PERJALANAN yang panjang. Sampai saatnya aku macam dah penat melalui kehidupan. Aku dah terlalu banyak mengutamakan orang lain dalam hidup aku, tahun demi tahun tak pernah aku berhenti berfikir tentang orang lain, memberi segala yang seharusnya aku miliki, kenapa aku perlu jadi manusia begini agaknya? Haruskah aku salahkan takdir atau sememangnya aku perlu menerima segala ketentuan kehidupan untuk aku? Bila aku renungkan sejenak, satu persatu aku lakukan dan kebanyakannya untuk insan insan yang aku sayang tapi sampai saatnya semua berlalu meninggalkan aku. DAN kerna itu di dalam hati ini aku tak perlukan sesiapa dah, no one can be trust, aku dah bulatkan dalam diri. Pernah aku cuba nak membuka hati mempercayai keikhlasan, kasih sayang orang pada aku tapi palsu juga akhirnya. Mereka fikir mereka bijak tapi mereka lupa aku dah terlalu banyak belajar dengan pengalaman kehidupan aku. Akhirnya, aku perhatikan saja.
Aku kini menghitung hari untuk menamatkan semuanya dengan orang yang kini di dalam hati aku, hari demi hari segalanya makin hilang. Terlalu banyak sangat bukti yang aku simpan dan sampai bila harus aku simpan semua ni? Bodoh ke aku untuk terus setia menanti?
Bukan menabik dada, aku tak perlukan sesiapa untuk melawat ke hati ini walaupun untuk mencuba cuba kerna aku sudah ada yang teristimewa di minda dan akan aku bukti pengakhirannya nanti..cukup cukuplah aku menangis kerana terlalu berat menanggung semuanya. Cukup la sampai di sini. Aku pasti dia masih milikku abadi.
semoga dipermudahkan semuanya inshaallah =D
ReplyDeletehikmah menanti dihujung hari..
ReplyDelete