Tuesday, February 24, 2009

You Raised Me Up .....

When i am down, and oh my soul so weary
When troubles come, and my heart burdened be
Then i am still and wait here in the silence
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up so i can stand on mountains.
You raise me up to walk on stormy seas.
I am strong when i am on your shoulders.
You raise me up to more than i can be.

You raise me up so i can stand on mountains.
You raise me up to walk on stormy seas.
I am strong when i am on your shoulders.
You raise me up to more than i can be.

Saturday, February 21, 2009

dia yang bernama LUNA ....

Namanya sering aku dengar di bibir kawan-kawan, tentang kenakalannya, kelincahannya, kegembiraannya, segala yang indah-indah. Namun aku belum pernah bertemu mata. Sejak menyaksikan penampilannya di dalam satu pertandingan ratu cantik, gadis itu benar-benar menarik perhatian aku, entah bila aku akan berjumpa dengannya…


Sehingga semalam, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, aku sengaja make a call, hmmm tak sangka, suara cerianya membuatkan aku ketawa dengan segala cerita. Malam itu, untuk kali pertama, aku amek Luna di depan kondo mewahnya, hehehe romeo la plak (bak kata Fazi)


Malam tu penuh dengan hilai ketawa, dari jam 10.30 malam hingga 3.30 pagi. Luna penuh dengan segala macam cerita yang nak dikongsi, tak pernah habis. Mungkin berdarah campuran membuatkan dia tak lepas dari dipandang lelaki di restoren tempat kitaorang lepak semalam, dengan tarafnya sebagai supermodel Malaysia, seksinya hmmmm ntah la nak cakap cam ner tapi memang meletop! Smalam Luna tak makeup skit pun tapi hmmm cantik siot!


Perbualan kitaorang malam tu berselang seli dari serius ke gelak ketawa, yang pasti semuanya punya isi yang boleh dijadikan pengalaman. Aku suka jumpa Luna, bual bicaranya ada makna lagipun dia tak pernah ada riak di wajah dalam memilih teman, seminit sudah cukup untuk merapatkan aku dan dia.


Pelukan hangat semalam saat berpisah buatkan aku terkenangkan dia sepanjang jalan pulang ke Penang…masih adakah lagi insan sepertinya yang sering membuatkan orang sekeliling rasa sungguh dihargai. Hanya beberapa jam terasa seperti sudah bertahun mengenali dia yang bernama LUNA….



Wednesday, February 18, 2009

andai mereka mengerti ....

SEJAK DAHULU LAGI, SAYA FIKIRKAN, HIDUP DALAM KETIDAKPUASAN ORANG LAIN TIDAK MEMBERIKAN APA-APA. IA HANYA MEMBATASKAN KITA UNTUK BERJAYA DALAM APA YANG KITA LAKUKAN. JIKA KITA DENGAR SAJA KATA ORANG, KITA JADI TIDAK YAKIN DENGAN HALA TUJU KITA. PERJALANAN SAYA SEJAK PERMULAAN DULU, SAYA TIDAK NAMPAK PUN BIDANG YANG TIADA MASA DEPAN. SEPANJANG SAYA BERADA DALAM BIDANG INI, PELUANG YANG BAIK UNTUK KERJAYA SERING MUNCUL. BANYAK PERKARA YANG BOLEH DITEROKAI DAN MENDATANGKAN PENDAPATAN DALAM INDUSTRI SENI TEMPATAN – A.ARIS A.KADIR (PENARI, KOREOGRAFER DAN PENSYARAH, AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)


Aku baca catatan tu dari Berita Harian bertarikh 14 Febuari 2009. Ntah nak aku ulas macam mana tapi aku puas, sebenarnya banyak lagi luahan Encik A.Aris yang buatkan aku tersenyum, dia dan akuk berada di dalam pemikiran yang sama tapi pastinya taraf dia lagi tinggi la kan hehehe tapi cetusan pendapat kami dalam dunia yang seiring pastinya.


Susah
nak gambarkan pandangan masyarakat keliling sebenarnya tapi semua tu dah malas aku nak amek port, wat bodo jer la. Cuma sesekali bila teringat, diri ini pernah dikeji, dihina hanya kerana pernah bergerlar penari, hati ini sedih la jugak sedangkan bidang ni la yang pernah memberikan aku dan keluarga aku makan minum. Apa yang mereka tahu tentang ini? Allah jua yang mengetahui segalanya……


Benarlah, hidup dalam ketidakpuasan hati orang lain tidak memberikan apa-apa. Yang penting, nawaitu diri kita sendiri…

Saturday, February 14, 2009

KASIH selamanya .....


HAPPY VALENTINES DAY ZAINI, SEMOGA ALLAH MEMPERTEMUKAN JODOH YANG ZAINI IDAMKAN. SEMOGA ZAINI BERTEMU DENGAN SI DIA YANG MEMAHAMI HATI ZAINI, YANG MENYAYANGI ZAINI DENGAN SEPENUH HATI. SELAMAT HARI KEKASIH, BE HAPPY OK!

Saat itu jam menunjukkan angka 12.02 tengah malam, aku sendirian di Gurney Drive beremankan angin malam. SMS itu aku dapat dari Fazi (thanks Fazi) di saat aku menempuh malam yang indah itu sendirian. Tadi masa drive nak ke sini, ada orang sibuk membeli bunga dan hadiah Valentine kat tepi jalan, untuk yang tersayang pastinya. Aku tetiba jadi sayu coz aku tak ada sesapa, I mean LOVER. Sunyinya rasa hidup tanpa teman namun aku sendiri yang takutkan pada satu permulaan yang aku tahu pengakhirannya pedih.

Sebentar tadi sebelum ke Gurney, aku jumpa dengan x-lover aku yang paling aku sayang, hubungan kami sukar dimengertikan. Aku sayang dia sangat sangat walaupun aku tahu dia kini sudah berpunya. Dan aku tahu apa gelodak hatinya. Namun atas dasar menghormati, aku terima semuanya. Valentine ini aku bingkiskan dia sebuah CD, sebuah bantal kecil berbentuk love dan sekeping kartu. Aku tak dapat nak menghalang diri aku dari menghadiahkan sesuatu padanya, ntah kenapa. Hmmm semoga dia tabah dengan apa yang sedang dia lalui sekarang ini. Tengah malam itu, aku terima SMS darinya ‘awak, tq for the sweet gift, hepu valentine to u, tq for ur love’ sayu di hati ini menerbitkan air mata (again) arrgghh bosan aku dengan kesedihan.

Malam tadi gak aku utuskan SMS untuk xlover yang sorang lagik, skadar ucapan untuk dia dengan doa dia bahagia dengan pilihannya sekarang yang dah pun dia bawak datang umah aku di umah aku sendiri…hmmmm aku yakin dia bahagia dan gembira sekarang ini.

KASIH SAYANG aku untuk semua…kerana aku tahu aku kaya dengan perasaan ini. Semoga yang terindah menjadi milik kita di hari ini….

melangkau silam

Dah berapa hari aku menyepi, bukannya tiada yang mahu aku kongsikan tapi aku jadi malas pada keadaan, pada suasana yang menyelubungi aku, jadi kesal pada manusia manusia di sekeliling aku. Yang harus mengerti adalah aku sedangkan mereka? Hmm berdiam diri dan aku tak pasti samada perasaan hati aku ini didengari ataupun tidak. Teringat kata-kata Meer, kesedihan ini tak pernah berpenghujung.....


Pagi tadi aku menjalani satu kenangan yang agak sweet dan pilu gak la. Beberapa tahun dulu, aku pernah berbual dengan mak, tentang cara nak menambahkan pendapatan family. Hasil perbincangan, kitaorang wat keputusan nak buat dan jual sandwich telur dan sardine coz kat kampung aku tak der lagi orang jual sandwich tu.


Bertitik tolak dari situ, setiap hari jam 3 pagi aku ngan mak akan ada di dapur bertungkus lumus buat sandwich, menjelang Subuh aku akan hantar semua sandwich tu ke pasar, gerai-gerai tepi jalan n kedai kopi. Adakalanya letih sangat, dengan kadangkala hujan, masa tu naik moto gi antar sandwich, tak lama pas tu yang aku beli keta atos. Banyak kenangan suka duka sepanjang buat bisnes ni sebenarnya. Duit bisnes sandwich banyak membantu kehidupan aku sekeluarga. Adik aku pun habiskan diploma dengan duit sandwich ni gak. Hmm banyak la kalo nak diceritakan. Kekadang aku jadi sayu gak la bila mengenangkan semua ni.


Bertahun berlalu, bisnes sandwich masih wujud dalam keluarga aku cuma dah setahun lebih aku tak tolong mak di dapur coz aku dah tinggal berasingan. Serba salah tu ada gak tapi aku perlu menginjakkan diri, sekurangnya untuk diri aku berdikari.


Rintik hujan pagi tadi buatkan aku terkenang segala yang berlalu, bukan hanya tentang sandwich tapi segala yang aku tempuh sedetik yang berlalu.

Tuesday, February 3, 2009

1001 kisah seharian ....

Aku tak tahu cam ner nak mulakan tapi aku memang nak bercerita apa yang jadi hari ini seharian dalam hidup aku. Aku mulakan dengan cerita pagi ni k, as usual semua dah siap nak gi kelas, singgah makan pagi jap kat Khaleel, Shahril join sekali gak. Tengah makan, Fir plak sakit perut, actually sejak 2-3 hari ni dia asyik sakit je bahagian bawah perut tu tapi tadi nampak cam dia tak tertahan so decide nak gi klinik. Aku je la sorang gi kelas. Aku naik motor jer, keta aku bagi kat Shahril untuk bawak Fir gi klinik.

Aku terus gi CELCOM kat Bangunan KWSP, bayar bil broadband aku. First time aku bayar bil CELCOM kat situ, memang layanan memuskanlah!

Kat kelas, aku habiskan potongan kain untuk blouse. Aku wat ngan Ayu, keja sikit tapi mengumpat je banyak huhuhu sib baik ada sorang student yang paling rajin nama Fizah tolong aku. Keja memotong n menjahit ini banyak ketelitian yang perlu ada, bukan calang orang yang bleh wat keja ni, banyak plak kiraan matematik, yang paling aku benci tuh! Tapi aku sabarkan diri aku gak huhuhu

Tengahari aku makan kat area Masjid Terapung dengan Ayu, cuaca panas cam hapa ntah dah tu tak cukup meja nak makan plak, yang dah sudah makan tak nak bangun plak, hisap rokok 5 jam kat situ, bengang betul aku. Finally kitaorang tumpang meja nyonya mana ntah.

Masuk kelas, sampai jam 3 petang semua student busy wat keja, hmm aku? Keja aku dah habis arrr so terpaksa nak tunggu next step untuk belajar. Tetiba idea setan datang, aku jumpa cikgu cakap nak g bayar duit keta kat Bayan Baru huhuhuhu, sabar je la tapi aku gi Prangin Mall, jejalan lepaskan tension. Dekat kol 5pm aku balik masuk kelas hehehe….

Balik umah, aku singgah makan ais kacang ngan bihun sup kat depan tropical spice garden, pas makan aku lepak je la kat situ, adegan yang tak pernah aku tengok secara LIVE depan mata, ada mat saleh berbogel dengan jarak 2 meter jer dari aku, pastu dia gi mandi laut hmmm terkedu aku.

Aku balik umah mak aku jap coz nak gi jumpa MOMO, main jap ngan dia aku balik umah aku ler, sampai kat Pulau Asmara, aku tak bleh control motor, tayar belakang tetiba pecah, sib baik aku bawak slow jer, makanya aku catwalk la dengan motor tu sampai Masjid Batu Ferringhi suh cina mekanik tu baiki, Shahril datang amek aku, fuh penat sungguh tolak motor.

Sampai umah aku lepak jap, borak ngan Fir n Shahril pastu tengok dia buat kuih gertas tapi tak tahu nak wat sira gula cam mana plak, aku tepon mak pastu wat sira gula, aku pot pet kat si Fir, menuntut ilmu setengah jalan cam tu la.

Malam aku kuar semula ngan Shahril gi amek moto kat kedai cina tu pastu aku gi Pasar Malam Batu Fereringhi beli CD Celine Dion (MY LOVE) Ultimate Essential Collection yang ada 33 lagu tuh! Hmm sedap giler collection ni, allbout love hmmm ya about LOVE.

Aku tanpa LOVE.

Monday, February 2, 2009

memiliki kehilangan .....

Seharian hari ini terasa kekosongan, mungkin tidak ada apa yang perlu aku lakukan dan mungkin juga suasana kosong ini dipenuhkan dengan masalah peribadi yang memenuhi ruang fikiran. Aku sendiri tak mengerti sampai bila aku harus begini. Finally, aku tertidur. Hehehehe….

Dah dua hari aku tak dapat nak bercerita pada dia kerana dia ada ‘dia’ hmmm ntah cam mana aku nak describe. Makanya di dalam ruang fikiran ni, penuh la segala cerita. Mujur ada Meer ngan Aizat yang bagi support tapi dalam pada itu baru aku sedar yang aku ini kesepian. Satu takdir yang perlu aku terima. Yup, aku keseorangan sebenarnya.

Aku ingin jadi seperti kebanyakan yang lain, yang mudah melupakan cinta, yang mudah menjauhkan diri setelah disakiti, kan senang mcm tu. Hmm susahnya kalau di dalam hati ini terlalu baik, inilah sifat yang aku tak suka sebenarnya.

Tiada kata yang bisa aku sampaikan
selain maaf dan terima kasih.

Kau telah memberikan erti di hidupku
yang sempit ini
aku harus pergi
bukan meninggalkanmu
tapi hanya terlepas darimu

Jika kamu yakin akanku
maka memang inilah cara terbaik untuk dijalankan