Tuesday, December 30, 2008

YANG TERINDAH .....

Semalam menjadi antara detik terindah di dalam hidupku, bilamana rindu dendam ini terlerai biarpun masa terlalu mencemburui. Sesungguhnya, aku terasa bahagia biarpun aku tahu sudah terlewat untuk aku kembali memiliki. Hidup ini punya suratnya, aku terima segala ketentuan yang tertulis untuk aku cuma bilamana berpeluang menganyam mimpi biar semalam, aku gunakan sebaik mungkin kerana aku bimbang ianya tak mungkin berulang lagi. Terlalu pantas masa berlalu dan hari ini aku masih di sini menantikan cinta yang tak akan aku cari, biarlah aku begini kerna aku yakini aku bahagia begini.

Monday, December 29, 2008

buatmu AISYE ....

27 DECEMBER 2008
Saat ini Aisye sedang bercuti di sebuah pulau bersama insan yang paling dia sayang saat ini. Aku tahu dia sedang bahagia dan aku masih terbayang segala telatah jujurnya ketika bersama aku dulu. Hmm tiada apa yang harus aku kesalkan aku terperangkap dengan kenangan yang sukar untuk aku buang apatah lagi semalam aku terjumpa CD foto-foto aku bersama Aisye dulu masa mengemas rumah. Terlalu banyak kenangan yang tersimpan. Hubungan kami terlalu indah cuma gelora yang melanda merubah segalanya, lantaran sikap masing-masing yang mungkin tidak berfikir dengan sempurna. Walaubagaimanapun aku dengan Aisye masih baik sebagai teman. Cuma sayang dan kasih ini sukar untuk aku hapuskan dan aku tahu dia juga begitu cuma dalam keadaan ini aku perlu hormati hubungannya. Segalanya telah berlalu, masing-masing antara kami punya jalinan hidup sendiri yang perlu diterjemahkan sebaik mungkin. Segalanya tersimpan indah di memori…

kasih
maafkan diriku
banyak dosaku padamu
tidak terhitung jari jemari kaku
tak dapat dibilang bagai bintang beribu
sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu


kasih
engkau tak bersalah
hanya hatiku yang buta
tulus dan ikhlas berkorban jiwa raga
dan tanpa belas buat kau kecewa
ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya


“tak ada siapa yang dapat menggantikan saya dalam hidup awak dan tak ada siapa yang dapat menggantikan awak dalam hidup saya”

Saturday, December 27, 2008

I'M SORRY GOOD BYE

25th DECEMBER 2008

Perlahan-lahan aku buang segala rasa yang tidak sempurna yang ada di dalam hati ini, mungkin aku sedikit kesunyian tapi aku kuatkan diri aku untuk terima segala ujian ini hanya kerana aku mahu sendiri, aku bebas begini, menentukan perjalanan hidup aku sendiri tanpa dikonkongi sesiapa.

Hari ini aku ‘lihat’ lagi sikap dia yang sebenar, sedih sungguh rasa di dalam hati aku ini, biarpun tidak melibatkan aku tapi aku kesal dan tertanya apa yang dia mahukan sebenarnya. Adakah kerana tidak lagi memiliki aku lalu kawan baik aku turut terkena segala tempias. Yang membuatkan aku meratap sedih adalah sifatnya yang langsung tidak aku sangka begini. Ada baris SMS yang dihantar pada aku, masih kuat ego yang ada di dalam diri, lebih tepat lagi terlalu bangga pada diri. Aku renungkan sejenak, segala bentuk tohmahan yang pernah dilemparkan pada aku adalah melambangkan dirinya sendiri sebenarnya.

Hanya Allah yang tahu siapa sebenarnya dia dan aku yang kerdil ini ingin memohon agar dia cepat sedar apa yang sedang berlaku, jangan terlalu menghukum manusia lain tanpa melihat dirinya sendiri.

Tapi, sesungguhnya aku bersyukur.

sebelum bertemu denganmu hidupku bahagia
semenjak bertemu denganmu ku makin bahagia
semakin lama aku semakin tahu tentang engkau
sedikit kecewa ternyata engkau tak baik

pertama-tama semua manis yg engkau berikan
membuat aku merasakan cinta sebenarnya
semakin hari semakin terungkap yg sesungguhnya
ku makin kecewa ternyata kau penuh dusta

maafkan ku harus pergiku
tak suka dengan ini
aku tak bodoh seperti kekasihmu yg lain

terima kasih oh Tuhan
tunjukkan siapa dia
maaf kita putus
so thank you so much
I’m sorry, goodbye

seribu cara kau membuaiku dengan puitis
maybe kau lupa bahwa aku pun juga manusia
yg punya mata, punya hati, dan perasaan
maaf aku pergi dan takkan untukmu lagi

mengapa ada cinta?


Aku tak tahu kenapa perlu ada pertemuan dan di hujungnya ada perpisahan. Aku bingung kebelakangan ini dengan pelbagai persoalan tentang kesetiaan, kejujuran dalam sesebuah hubungan. Aku melihat sendiri dengan mata kepala aku cerita-cerita jalan hidup pasangan kekasih yang hilang segala rasa cinta. Aku sedih arr tengok semua ni. Mengapa tidak mampu membawa sebuh kejujuran dalam hubungan itu sendiri? Susah sangat agaknya, mungkin.

Semalam aku disapa cinta. Hmm sayangnya di dalam hati ini rasa cinta itu seakan beku. Dia, yang pernah aku inginkan satu ketika dulu hadir kembali namun aku tidak mampu berbohong pada diri aku, hati ini tak mungkin akan dimiliki lagi, aku terlalu sakit untuk menempuh semua ini, sekali lagi. Aku tahu dia ikhlas, kerana sejak dulu lagi harapan ini tergalas di bahunya namun aku yang sengaja membutakan perasaan bukan kerana apa, hanya kerana aku merasakan dia terlalu sempurna untuk aku. Saat ini dia sudah berpunya namun sebaik saja mengetahui yang aku sudah seorang diri, dia kembali menyatakan hasratnya. Katanya sudah terlalu lama dia menantikan aku, hmmm apa yang mampu aku katakan? Sesungguhnya aku terkejut, terlalu terkejut dengan pertanyaan ini, sesuatu yang tak pernah aku jangka sama sekali dan sekarang aku terikat di situasi yang memaksa aku membuat keputusan.

Friday, December 26, 2008

bersiaran langsung dari MENARA KL, PESTA PULAU PINANG

Skang aku kat booth Menara KL di Pesta Pulau Pinang, hari ini masuk minggu keempat produksi persembahan aku wat show di sini. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Ahad ini merupakan hari terakhir untuk produksi aku wat show kat sini. Bagi korang yang datang Pesta Penang sure pernah lalu area booth Menara KL, show time at 8.30pm, 9.30pm n 10.15pm. Enjoy sangat show kat sini coz layanan staff Menara KL sumer bagus bagus, komitmen dancer aku pun bagus gak, sumer njoy keja.

InsyaAllah kalo ada kesempatan Ahad ni aku akan amek pic dancers yang wat persembahan kat sini, karang aku publish lor. Sepanjang persembahan di sini dah macam macam pengalaman aku dapat, dah macam macam hal yang jadi, inilah pahit manis kehidupan kan. Sumernya akan aku simpan dan kenang sepanjang hayat aku.

Sesekali aku berada di kalangan penonton, saja nak dengar feedback audience berkaitan persembahan, so far tak ada lagi la aku dengar perkara tak elok, sumer cam hepi jer, njoy watching show. Menyaksikan dancer wat show mengingatkan aku pengalaman lalu ketika aktif sebagai penari. Hmm semuanya tak mungkin kembali tapi nyatanya kuat di ingatan aku. Di dalam dunia persembahan ini, aku dah kenal ramaaaiiiiii sangat manusia, ada mcm mcm jenis tapi yang paling aku sedih mereka yang memandang hina golongan penari sedangkan kehidupan mereka sendiri ntah mcm mana, memang sedih.

Bagi korang yang belum datang ke Pesta Penang, dipersilakan. Sila-sila la singgah kat booth Menara KL ok, mcm mcm ada kat sini, kalo tak caya, datang la, layanan mesra kakitangan sini menanti korang!

Adios.

Thursday, December 25, 2008

BISCUIT AGAIN …..

SESUNGGUHNYA aku malas nak siapkan tempahan biskut raya cina ni tapi dek kerana dah ada janji yang tersurat, aku terpaksa. Malas sangat sangat coz tak ada mood, banyak yang nak dibuat dan banyak yang nak dipikir, tu yang aku jadik cam neh.

Smalam aku dah beli semua barang-barang, aku paksa Mak ngan Adik-Adik aku tolong buatkan hehehe aku cakap, semua hasil jualan menjadi hak milik dorang hehehe baru la semua semangat nak tolong. Dalam family aku tak ada sapa yang suka wat biskut, aku pun tatau mana aku dapat kebolehan wat biskut ni, mayb dari arwah tok aku kot coz selalu tengok dia wat kuih petang-petang dulu.

Tapi tempahan tak banyak sangat pun, around 3000 keping jer, esok InsyaAllah siap ar semua ni so Khamis aku dah bleh deliver. Aku wat 5 jenis jer untuk raya cina – ALMOND LONDON, TART NENAS, SHORTBREAD, PANDAN KLASIK ngan ICE CREAM.

Saturday, December 20, 2008

cinta terhalang

Sebelum ni aku dengar cam gitu jer lagu yang dinyanyikan Bob AF ni tapi sejak my frenz suh dapatkan lagu ni (finally dapat gak smalam, kawan Yanti Bluetooth), aku dengar dengar n dengar, wat a lovely song, muzik n lirik, both nice! Hmm cinta terhalang, susahkan….jatuh cinta tapi tak mampu untuk memiliki.

Rasa lahirnya impianku
Bila terpandang wajahmu
Lirik senyuman kilauan mata
Memikat memukau jiwa ini

Ingin aku menyapa
Mahu ku kenali hatimu
Kini ku sedari ini bukan biasa

Tak dapat aku lindungi perasaan
Engkau impian yang aku idamkan
Kau yang ku puja, kau yang ku sanjung
Kau yang aku perlukan
Kau yang ku sayang, kau yang ku cinta
Kaulah satu cinta terhalang

Engkau lafazkan perasaan
Setulus hati jiwamu
Penuh keikhlasan, penuh bermakna
Memikat hati dan naluriku

Walau kau sedari
Kau tetapkan perasaanmu
Kau berikan cinta yang terpendam

Walau ku tahu kita
Tak mungkin bersama
Tetap ku sanjung.…
Cintamu yang suci walau terhalang

Wednesday, December 17, 2008

rindu, cinta & sayang .....

ADA RINDU TAPI TAK TERLUAH,
ADA CINTA TAPI TAK TERKATA,
ADA SAYANG TAPI TAK PERNAH TERBUANG.

SMS itu aku dapat dari seorang insan yang pernah aku cintai dan masih aku cintai sehingga kini, hanya aku dan dia yang mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi. Dia yang pernah aku sakiti hatinya mengirimkan SMS yang berulang kali aku renung maksudnya sedalam mungkin. Aku tahu rahsia hatinya yang tersimpan namun aku juga akur akan hatinya yang telah dimiliki. Segala yang terjadi harus dihormati.

Hari ini aku bangun dari kegagalan hasil nasihat dan semangat dia. Aku tahu aku pernah tersalah langkah tapi dia tidak pernah memandang rendah pada aku sebaliknya kini dia menjadi pendorong semangat untuk aku. Biarpun jauh di mata tapi aku yakini dia senantiasa bersama aku.

Hmm satu perjalanan kehidupan yang aku sendiri tidak tahu di mana hujungnya…..

Tuesday, December 16, 2008

tiada lagi indah .....


Aku masih tak dapat nak lelapkan mata, aku perhatikan segenap ruang di dalam bilik aku, di rumah aku ini. Terbayang segala kenangan yang pernah wujud di sini. Disember ini genap setahun aku mendiami rumah ini, sungguh pantas masa berlalu.

Fir ada tanyakan samada aku masih ingat akan dia. Aku diamkan buat sesaat dia, fikiran ini terpaksa berfikir untuk memberikan sebuah jawapan yang jelas. Aku patahkan bahawa aku sudah tidak lagi mengingati segala kenangan yang terindah kerana yang pahit itu mengatasi segalanya. Fir tahu yang aku ni jenis mengingati akan kenangan tapi untuk kali ini aku tidak lagi, aku terlalu sakit dan pedih di dalam hati. Biarpun aku cuba mengingati yang terindah tapi yang wujud betapa sakitnya hati dan terkilan bilamana aku dilempar dengan segala penghinaan, hmm ntah bagaimana mahu aku gambarkan di sini. Nyatanya, aku terima segala yang tersurat ini.

Kini, hati aku telah melupakan segalanya. Siapa aku untuk terus merasa kesal dan tidak memaafkan, aku bukannya Tuhan. Biarlah segala kepura-puraan itu terjadi, yang aku tahu bukan aku yang menetapkan semua ini. Perjalanan hidup ini seakan baru sahaja bermula, aku akan pastikan yang aku tidak akan terjatuh lagi, dengan izin Allah.

Monday, December 15, 2008

hidup baru ....

13th DECEMBER 2008

Setiap Jumaat hingga Ahad aku di Pesta Pulau Pinang menguruskan persembahan untuk booth Menara KL, Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar. Malam tadi habis je show, aku ngan dancers terus gi makan kat Tokong Ular. Malam tadi tak lepak lama sangat coz nak balik ada keja.

Kejanya….inilah ceritanya. Umah aku kat Tingkat 2, sepanjang aku stay sini, aku ada la kenal kenal ngan jiran-jiran bujang, kat Tingkat 1 ada la mamat dua orang menyewa. Dorang dah nak pindah, salah sorang offer aku beli barang-barang umah dia cam set sofa, meja tv, tilam, mesin basuh, meja hiasan tepi dan beberapa barang len, pas bincang aku dapat dengan harga yang betul-betul murah so aku bincang dengan housemate aku, Fir. Kitaorang decide nak amek je. So malam tadik, operasi memindahkan barang-barang pun dijalankan dengan bantuan Joe n Aizat. Penat gak la, finally sampai ke pagi aku tak dapat nak tido.

Alhamdulillah, rumah dah hampir penuh, sesuai dengan kehidupan bujang untuk aku ngan frenz.

murahnya nilai kejujuran....

12th DECEMBER 2008

Sebuah isu yang tiada kesudahan sampai bila bila. Aku sedih mengenangkan isu ini bermain di kalangan kawan-kawan aku. Sanggup bersaing, menjatuhkan antara satu sama lain hanya kerana mempunyai matlamat yang tersendiri sehingga sanggup mengorbankan nilai sebuah persahabatan.

Disaksikan mata jiwa aku, permainan ini terlalu licik di mana setiap dari mereka berjuang atas nama keangkuhan. Aku perhatikan saja tanpa madah biarpun hati ini acapkali berbicara. Biarlah, segalanya akan terbuka, antara cepat dan lambat. Yang aku sedihkan, di manakah letaknya pengajaran kehidupan selama ini? Mudah benar manusia lupa pada kisah silam.

Aku zipkan mulut aku, hanya mengharap agar mereka sedar, di hujung jalan yang mereka tuju itu tiada satu kesudahan sebenarnya, semoga mereka sedar, harap-harapnya.

Thursday, December 11, 2008

TERPAKSA MELANGKAH

Biar apa pun yang terjadi dalam kehidupan, hidup perlu aku teruskan. Aku nekad dan percaya, tiada siapa yang mampu aku jadikan sandaran dalam kehidupan aku, susahnya untuk mempercayai manusia yang hanya bermanis kata. Aku sendiri jadi bingung kenapa kepura-puraan itu perlu ada sedangkan mereka mahukan sebuah kejujuran dari aku sedangkan aku tak layak memilikinya dari mereka, apakah ini nama sebuah keadilan?

Hari ini aku melihat jauh dalam sisi lain kehidupan aku ini, nyatanya terlalu ramai manusia yang mementingkan diri sendiri namun tiada apa yang mampu aku lakukan, mungkin skadar melihat sejauh mana permainan ini mampu bertahan dan siapa yang paling layak digelar JUARA…..

Aku akan terus melangkah untuk saki baki kehidupan aku ini kerana aku tidak akan mengalah lagi pada tuntutan manusia. Jujurnya, memang tepat lagi nyata, hanya mereka yang gagah mampu meneruskan langkah hingga ke titik akhir dan aku mahu berjaya ke sana.

Allah berikan aku peluang sekali lagi untuk melihat semua sandiwara ini dan emangnya aku sedang menyaksikannya. Entah sampai bila pengambaran ini akan berakhir. Tiada ruginya untuk aku di sini, mungkin ada sesuatu yang indah yang mampu aku jadikan pengajaran di akhir cerita.

HADIAH DARI JOE

Aku happy sangat-sangat malam tadik, aku dah lama tak dapat hadiah hmm bukan aku mengharap apa apa dari kawan-kawan tapi aku rasa dihargai sangat. Tadi malam selepas show, aku dapat hadiah sehelai tshirt warna biru dari Joe. Dia kasi pada aku ngan Fir coz he loved both of us.

Siapa Joe? Hmm aku kenal dia masa latihan persembahan untuk pojek Watikah Melaka Georgetown as Bandar Warisan Dunia, masa tu skadar tengok jauh-jauh jer muka-muka dancers yang baru aku kenal. Tapi dalam ramai-ramai tu, aku dapat tengok Joe ni memang berbakat dalam tari cuma nak kena polish skit je lagik.

Masa kat KL aku perhatikan saja sikap dan perwatakan manusia. Balik ke Penang aku ada SMS ngan Joe, memang best kawan ngan Joe. Actually persahabatan ni semakin erat pun coz ada cerita di sebaliknya. Whatever it is, bagi aku dia teman yang baik walaupun dia jauh muda dari aku. Banyak juga segala permasalahan yang ada di dalam kepala ini hilang bila aku lepak ngan Joe.

Pertama kali aku jumpa dengan orang yang direct, easy to talk n jujur pada dirinya sendiri. Dia jenis tak kisah apa orang nak cakap tentang dia, satu lagi dia cakap dia bleh terima sapa saja tanpa ada rasa pelik di dalam hati dia. Hmm its not easy untuk jadi cam Joe tapi aku tahu dia bercakap benar. Alhamdulillah, aku hepi dengan relation ni. Aku mahu jadi cam Joe, berdiri atas prinsip sendiri dan tahu apa yang dimahukan dalam idup.

Wednesday, December 10, 2008

bermulanya sebuah perjalanan indah ....

26th NOVEMBER 2008
SEBUAH RASA YANG TERSIMPAN …..


BILA RASAKU INI RASAMU.

Aku Memang Terlanjur Mencintaimu
Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan
Menggenggam Janji Setiaku

Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini
Alasan Kau Menyakitiku
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti

Bila Rasaku Ini Rasamu
Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya
Terkhianati Cinta Yang Kau Jaga
Coba Bayangkan Kembali
Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih
Semua Telah Terjadi

Aku sukakan lagu yang baru aku dengar ini, memang aku suka banget. Hari ini hari yang paling indah, aku mendapatkan kembali sesuatu yang pernah hilang dari dalam hidup aku. Menulis di blog yang sekian lama menjadi pendamping perasaan aku. Aku tak dapat nak bayangkan bagaimana gembiranya hati ini apabila aku dapat melakukan suatu hal yang satu ketika dulu aku tak dapat lakukan. Sebenarnya, di sinilah tempat wujudnya segala keindahan tentang sebuah kejujuran kerana di sini aku berkongsi tanpa rasa sembunyi. Aku bebas menyatakan apa yang ada di dalam hati ini. Sekali aku melangkah di sini, tak akan aku undur lagi, aku di sini untuk diriku.

RASA YANG TERSIMPAN : hari ini bagai hari paling indah di dalam hidupku




30th NOVEMBER 2008
HARI-HARI SEPI


Sudah berapa hari semuanya berlalu. Alhamdulillah aku mampu melaluinya dengan penuh ketenangan. Ada rahmatnya bila semua ini aku adukan pada Ilahi, hanya Dia yang mampu aku percaya saat ini. Pada Dia juga aku mohon agar segala rasa duka dan sengsara ini mampu pergi jauh sejauh-jauhnya. Aku sudah nekad dengan perjalanan hidup yang baru yang mahu aku tempuh. Aku yakin akan diri aku, dengan izinNya aku mahu mengubah sesuatu yang selama ini menjadi kebiasaan. Biarpun sepi dalam meneruskan perjalanan hidup, aku tahu aku mampu. Ini bukan sesuatu yang berat untuk aku pikul kerana aku pernah tempuh lebih dari ini. Besar harapan aku agar segalanya kembali pulih sepertimana yang aku inginkan.




31st NOVEMBER 2008
SAMPAINYA HATI….

Alhamdulillah, rezeki Allah untuk aku di bulan Disember akan datang, aku berjaya dapat 24 slot persembahan di Pesta Pulau Pinang. Malam tadi merupakan Opening Night, dancers just buat welcoming jer, dancers Menara KL buat persembahan. Aku hepi malam ni tapi cuma sementara. Kawan aku bagitahu something tentang dia. Sungguh aku tak sangka, dalam diam rupa-rupanya aku dipermainkan, maruah aku benar-benar dijatuhkan. Banyaknya kekurangan dan salah aku yang dia ceriatakan pada insan yang dia sayang dalam diam. Aku hanya mendengar dan mendengar. Mungkin aku harus mendengar dan membiarkan dia terus berkata-kata. Dia sungguh bijak memainkan peranan dalam hal ini. Aku terdiam, air mata ini aku tahan dari gugur. Aku percaya apa yang aku dengar kerana butiran yang sampai ke telinga aku ini benar sepertimana yang terjadi. Cuma aku kesal, kenapa yang nampak adalah aku sedangkan dia? Allah juga yang mengetahui tentang semua ini. Licik sungguh permainan ini untuk menampakkan aku yang bersalah. Wajah-wajah mereka terlalu baik untuk diragui, merekalah penghuni syurga Firdausi di mata semua orang namun kenyataannya? Ya Allah, kenapa mereka sanggup jadi begini hanya kepentingan diri sendiri? Aku terkejut, bingung, sedih, kecewa semuanya bercampur baur menjadi satu. Ini ke wajah dia yang sebenar? Baru aku mengerti kini, rupanya mahu menyelamatkan diri dan kesalahan itu menjadi milik aku agar mudah diceritakan pada orang lain betapa jahatnya aku. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana semua ini berakhir. Mungkin dia tidak menyedari segala lakonan ini sudah aku ketahui watak-wataknya.

RASA YANG TERSIMPAN : Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tunjukkanlah kebenaran. Sesungguhnya aku teraniaya dengan segala kata-katanya.