Saturday, August 29, 2009

RAMADHAN....

SALAM RAMADHAN...baru hari ini ada kesempatan untuk aku update kat sini. Ntahlah, masuk je Ramadhan ni mcm mcm hal yang membuatkan aku gembira di samping teramat duka. Alhamdulillah, Echo datang dari Medan bersama dengan aku. Dia banyak membuatkan perasaan aku tenang. Kesedihan dalam hati ini ntah macam mana nak aku gambarkan...bilamana seseorang yang sememangnya aku banyak berkorban menjauhi aku dengan alasan dan sebab yang tak masuk dek akal.

Finally, setelah melalui beberapa hari dengan kesedihan, aku nekad untuk letakkan noktah. Biarlah, segalanya ku serahkan pada Allah aja. Echo pun nasihatkan aku untuk biarkan perkara ni berjalan sendiri.

Sejak Ramadhan, aku sahur dengan Echo dan Joe. Kalo bukak puasa, aku ngan Echo jer la coz Joe gi wat show. Hepi gak aku coz dapat bawak Echo merasai pengalaman baru berpuasa di Penang ni cuma aku tak sempat sangat nak bawak dia jalan jalan pusing Penang. Mana dengan bulan puasa ditambah dengan hujan je tiap hari...InsyaAllah nanti je, dia lama kat sini.

K la, tu je aku nak update....nanti aku citerkan lagi pengalaman Ramadhan tahun ni...

Monday, August 10, 2009

LION AIR? Hmmm.....

Alhamdulillah, aku ada ruang untuk pot pet di sini lagik. Last minite aku dapat rezeki tapi aku harus siapkan permintaan pelanggan secepat mungkin. So aku decide nak terbang ke Medan lagi, aku contact Echo dan mintak tolong apa yang patut. So on the day nak terbang, awal pagi lagi aku dah sampai, dari nak fly dengan Sriwijaya Air kemudian Fireflyz akhirnya aku fly dengan Lion Air hmmm menakutkan! Hmm aku tak puas hati dengan harga yang aku bayar untuk tiket coz seat dalam flight cam bas ekspress yang buruk sangat dengan Pramugari yang tak mesra langsung di tambah plak sepanjang penerbangan, pemanduan cam tak bagus. Aku tak tahu napa, tak smooth cam Air Asia. Yang paling best, ada penumpang pompuan yang jerit jerit hehehe aku cuak gak tapi maintain macho je tapi dalam hati? hehehhe.....

Banyak hal yang terjadi sebenarnya di airport tapi malas aku nak ceritakan di sini, aku sendiri penat nak cerita but I have to give credit to Azrul Syafiq yang membantu aku walaupun dalam kebusyan exam PTD dia, thanks to 'Mr Dafi' gak atas help dia yang buatkan aku berjaya fly ke Medan jam 3.10 petang, finally. Sampai sana aku kena tahan la plak ngan Imigresen coz dalam pasport aku banyak sangat cop Indon, dia tanya pasal kerap datang sini so aku cakap ar tunang aku orang sini hehehehe lepas ar!

Sampai kat bandara, Echo tak sampai lagi coz kat hotel hujan tapi airport tak. So aku nunggu jap. Tak lama Echo sampai terus ke hotel, landing jap coz aku penat sangat sangat dari pagi cam orang gila kat airport. Pas Asar aku ikut Echo pergi majlis kenduri kahwin haaaaa first time merasai suasana kenduri kat Indon, best gak cuma kali ini aku tak bawak kamera, cantik siot pelamin dorang. Yang bestya ada show hehehe dan tak lupa gak makanan dorang la, sedaaaappppp sangat rendang daging, nak tambah rasa malu la plak hehehe

Dari sana kitaorang move ke Supermart Brastagi, soping makanan untuk bekalan di hotel hehehe itu la keja aku sampai badan aku ni dah jadi cam badak dah skarang ni. Balik hotel, watching tv mandi n lepak, malam tu kitaorang makan Ayam Penyet Bakar lagi lor, aku tak bleh lepas ar makan kat sini kalo ke Medan. Malam tu sambung watching lagik sampai kol 3am.

Esoknya aktiviti membeli belah ar....puas cari tudung Siti Nurhaliza tapi tak jumpa hehehe merata gak pusing ari ni, dengan cuaca panasnya! Kitaorang ke Plaza Milenium, beli handphone untuk mak Echo. Kat Lantai 4 aku sempat tengok Fashion Show Kanak Kanak sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Indo 17 Ogos akan datang, aku bleh tabik spring ar kat bebudak tuh, memang cam model professional. Kata Echo, bebudak tu dah fully train kat Sekolah Model, dasat memang dasat, ada sekolah model la plak!

Malam tu aku watching sowang je, Echo siaran sampai tengah malam. Aku tertido sampai la dia ketuk pintu tengah malam n baru gi makan malam tapi aku tak ada selera malam tu ar, ntah napa mayb coz dah tido hehhehehe

Tadik aku fly balik Penang guna Fireflyz jer la, tak nak Lion lagik hehehe cukuplah sekadar pengalaman. Tapi tadik Fireflyz lewat ar, tension aku coz nunggu giliran nak terbang katanya. Sib baik Pramugari cun....aku suka ar Pramugari Fireflyz (mengingatkan aku pada Pramugari MAS....sama je standard dorang)

OK la, till here....banyak keja nak buat nih!

Saturday, August 1, 2009

sebuah keluhan pemergian .....

Aku berlepas dari Bandara Polonia Medan pada tanggal 31st July 2009 jam 7.10pm dengan pesawat Air Asia QZ8074. Dengan perasaan hiba, sedih, pilu, entah segala bagai. Air mata dia yang dikawal tumpah juga bila aku mohon maaf atas salah silap sepanjang 8 hari aku dengan dia di bumi Medan. Hmm entahlah, aku tak tahu nak ungkap mcm mana. Belum pernah aku lalui suasana indah begini. Kadang kadang aku jadi takut sangat bilamana ketahuan diri ini terlalu dicintai, adakah hal ini aneh? Aku merasakan jauh dari dalam hati ini yang aku benar benar dihargai, dicintai, disayangi sedalamnya. Aku dilayan bagai bayi yang baru lahir yang tidak tahu untuk berbuat apa apa di dunia ini. Segalanya disediakan untuk aku.

Hmm tinggalkan segala kesedihan ini kerana aku nak kongsi 'kesedihan' yang lain. Aku rasa satu Malaya dah tahu citer si Beng Hock yang mati akibat kejadian yang belum diketahui puncanya kan? Dalam flight aku terbaca suratkhabar sebuah parti pembangkang yang menyiarkan sebuah puisi dari tunang si Beng Hock yang sedang mengandung itu, korang hayati. Tersentuh gak hati aku bila baca puisi tuh....hmmm

BENG HOCK, KAU TIBA TIBA PERGI TANPA SEBARANG PESAN
KAU KATA MASIH BANYAK YANG INGIN KITA LAKUKAN BERSAMA
BANYAK LAGI TEMPAT YANG SEPATUTNYA KITA KUNJUNGI
KAU KATA AKAN MENEMANIKU SEPANJANG PERJALANAN HIDUP INI
TAPI APA YANG HARUS AKU LAKUKAN SEKARANG?

BAGAIMANA DAPAT KITA BERTEMU LAGI?
KAU SENTIASA DIINGATANKU
AKU SELALU MENGINGATIMU, AKU MAHU KAU KEMBALI
MUNCUL SEMULA DI PANGKUANKU
DALAM BEBERAPA HARI INI AKU SENTIASA MENANTIMU
TAPI IA SUNGGUH MENGECEWAKAN

AKU HANYA INGIN TAHU SAMADA KAU SELAMAT
APAKAH KAU MENDERITA
JANGAN BIARKAN AKU TERUS MENUNGGU
AKU MAHU MENEMUIMU SEKALI LAGI
BILA TITISAN AIR MATAKU TIDAK DAPAT MENGHIDUPKAN DIRIMU
AKU TERPAKSA MENERIMA HAKIKAT
KAU TELAH PERGI SELAMA LAMANYA

HARI INI AKU MASIH PERLU MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL
AKU BERJANJI AKU AKAN JALANI KEHIDUPAN SEADANYA
TETAPI KAU MESTI BERJANJI SENTIASA DI SISIKU
DAN KITA BERSAMA SAMA MEMBESARKAN BAYI INI

BENG HOCK, PERJALANAN KITA BERDUA DALAM HIDUP INI SUDAH BERAKHIR
TETAPI AKU BERHARAP KALAULAH ADA KEHIDUPAN SELEPAS INI
AKU AMAT BERHARAP KITA DAPAT BERSAMA SAMA MENERUSKAN PERJALANAN KITA

KEKASIHKU
SEMOGA DIKAU TENANG DI ALAM ABADI


SOH SHER WEI - TUNANG BENG HOCK