APA? Satu sesi treament badan RM7 hengget? Biar betoiiiii....ni pasti ada agenda yang tersembunyi kat memana kannnn....aku ni jenis pejuang pengguna okeh, dah berapa produk atau khidmat untuk pengguna yang aku rasa tak btoi @ ada agenda yang mengelirukan, akulah pejuangnya (bila kena ngan muka aku lah hehe)
Sbelum ni few years ago lah kan, aku pernah beli komputer jenama D...L, seawal 2 hari beli dah memacam hal, bila wat report ada je alasan, bila antar repair kejap je ok tapi kalo korang pun takkan puas hati kan brg baru pakai tp banyak prob, aku sabar lagik tapi kalo dah masuk kali ketiga repair pun rosak lagik, aku hantar lg skali dah tu dah sminggu tak siap, dengan hanya 1 panggilan je ke Customer Service syarikat tu, aku ckp mintak alamat penuh HQ korang, aku nak isi dalam borang tuntutan Tribunal Pengguna. Malam aku call, esok pagi terpacak dua orang antar komputer baru, yg rosak pun dorang pulangkan skali, amek kau!
Pastuh pasal aku beli keta, kasi deposit tapi dah berapa bulan keta tak sampai. Loan dah approved, finally aku submit kes kat Tribunal gak la. Pagi tu tarikh kes aku disebutkan, masa nak naik lif, owner kedai jual keta tu tahan aku, mintak slesai kes luar mahkamah haaaa kan senang, sebelum ni aku call tanak jawab, sms tak nak reply, sampai dah jadik cam ni wat rugi je coz aku claim skali dari duit deposit, duit kredit phone, kos malu, kos masa, kos tekanan perasaan, amek kau. Finally aku dapat banyak gak la urmm bukan nak duit dia sangat pun tapi ni je cara nak mengajar!
Ishk panjang lak citer, meh sambung pasal pakej rawatan rm7 hengget tu. Kalo korang rajin baca akhbar lately, pasti korang jumpa iklan slimming centre ni yang celebrate tahun ke *tetttt* dorang beroperasi dan sebagai hadiah kepada pengguna yang nak mencantik dan memaskulinkan badan, satu sesi rawatan dikenakan bayaran rm7 hengget sahajorkkk, penipu sangat tapi dah aku ni jenis suka menyiasat (takder keja la tuh) dan impian nak mencantikkan badan jugeks, aku hayunkan kaki melangkah jua ke pusat rawatan *tettttt* tersebut.
Indahnya aku dilayan bagai putera raja, dipuji tentang paras rupa aku, ketinggian aku dan sempat lagik meneka keja aku sebagai model....gitewwww propa sangat kan memuji bagai nak amek hati aku la tuh. So aku pun senyum jer la kan, semua penerangan terperinci diberikan tentang rawatan nak shape kan badan aku menjadi maskul katanya. Last last sampai gak part bayaran, dari rm7 bla bla bla jadik rm15o ++ satu sesi dan kena buat 30 sesi, amekkkk....tu tak per lagi...bila aku tanak jadi 10 sesi kemudian 5 sesi kemudian 1 sesi kemudian pujuk aku daftar je dulu, ingat aku bodoh ke sial? Hahhhh berderau darah aku. Tapi aku dengan penuh PUBLIC RELATION SKILL menerangkan yang aku tak berminat coz aku prefer join gym kat tempat keja aku tuh dengan harga RM10 setahun, ada instruktor, ada sgala. Pastu dia pujuk memacam la nak kasi adiah itu la ini la, adiah aku bleh beli sendiri okeh amoii....hehe tak der la aku ckp cenggituh kat dia, dengan baiknya aku bangun dan say thanks tp dia diam je, pastu masa dia buka pintu tekan punat automatik tu, aku say thanks lagi, dia diam je. Aku pusing badan tgk muka dia aku say thanks lagik, dia diam je muka dia masa tu dah macam taik je aku tengok, sumpah wajah wajah manis ayu manja masa memula aku melangkah masuk tadik dah tak der masa aku nak melangkah keluar. Dan aku terus tersenyum ......
DAN setiap langkah aku tuh penuh ngan azam, korang tau la nasib korang nanti. So aku ada agenda dah nak menasihati pengguna pengguna Malaysia yang bukan bodoh pastinya, korang jangan la mudah terpedaya dengan taktik taktik syarikat pelangsingan dan pembentukan badan mcm ni yang menggunakan selebriti yang cantik setelah diadobe kan...kerjaya aku banyak menemukan aku ngan artis artis, dorang ni biasa biasa je korang...cantik diedit je pown. Memang ada yang natural beauty cam ZIANA ZAIN tuhhhhh (kena angkat gak coz ZIANA ZAIN is my DIVA okeh hehe)
KESIMPULANNYA, tepuk dada tanya slera ermmm cam nak makan kenny roggers la, sapa nak belanjerrrrr?
hahaha.. sabor jer la. Padan muka amoi tu. Memang patut diajar pun dia org nie cos ramai yg kena tipu.. ehem.. termasuk la yours truly nih skali tu kat LWM.. :( huhu
ReplyDelete