Saturday, October 8, 2011

NAWAITU AKU untuk MEREKA

DAH 2 hari jiwa ni terasa kacau sangat, bukan kerna apa apa tapi kerna memikirkan mak ngan ba aku ermm kebetulan ba plak kurang sihat dah hampir sminggu, makin teruk aku tengok ba sakit kali ni, sumpah risau sangat.

Sejak kebelakangan ni kehidupan aku makin terurus, masalah selesai satu persatu, usaha aku juga berjalan dengan sempurna. Semuanya buat jiwa aku tenang sebenarnya cuma aku risau aku tak sempat sempurnakan nawaitu untuk mak ngan ba. Susah plak nak aku taip di sini apa nawaitu aku untuk dorang tapi aku harap sangat aku dapat sempurnakan sedikit masa lagik insyaAllah.

Banyak impian yang nak aku sempurnakan untuk dorang. Sejak dulu lagi aku pasang angan angan, segala macam. Aku yakin separuh dari impian aku untuk dorang dah pun aku laksanakan cuma ada yang masih mahu aku lakukan. Kadang bila aku fikir tentang kegagalan cinta pertama aku ada rahmatyang tersimpan. Kegagalan itulah yang membuatkan aku sedar dari lena, baru aku tahu yang aku ada keluarga yang senantiasa bersama dengan aku. Sejak tu aku jadi dekat dan rapat giler lagi erat ngan mak n ba. Sebelum tu pun memang la dah rapat tapi sejak itu aku tak pernah la abaikan dorang. Apa yang aku lalui dari A-Z semua dorang tau. Aku tak percaya siapa siapa lagi untuk aku kongsi keresahan kehidupan, bagi aku semua orang akan ada di sekeliling kita bila kita berada di atas tapi bila kita di bawah, semuanya akan hilang tapi keluarga selamanya ada ngan kita.

Petang tadi banyak yang aku bualkan dengan mak. Banyak kesimpulan yang aku buat tentang kehidupan tentang masa depan InsyaAllah akan aku corakkan sebaiknya.

1 comment:

  1. bnyak2 kan berdoa tuk diorang..
    Smoga trlaksana segala hajat..

    ReplyDelete