Tuesday, October 25, 2011

AMIN AMIN AMIN ....

AMINNN (bukan memanggil nama Pakistan yang menjual kapet ya kawan-kawan). Sbenarnya aku gembira sangat, di dalam kecelaruan fikiran memikirkan segala mcm perkara yang melanda jiwa ini, aku diberikan jalan yang mudah walaupun sukar yang teramat sangat. Korang pasti masih ingat dengan blog aku pasal aku ditawarkan jawatan untuk menguruskan World Friendship Music Fest 2011 (femes sangat ke blog aku sampai orang nak ingat bagai?). Sbenarnya sejak aku menerima tawaran kerja tersebut, aku boleh dikatakan sibuk yang teramat sangat, bagi yang tak tahu, kerja ni bukan mudah. Hidup aku dikelilingi internet, telefon, fax mesin dan photostat mesin dari pagi hingga ke malam. Dah la tempat keja dalam hutan, sabar je la...cabarannn sangat.

Hari ke hari aku makin takut sangat, dengan budget RM80K yang diberikan skarang meningkat menjadi RM150K, harapan yang disandarkan bukannya mudah. Antara skop kerja aku adalah mendapatkan artis yang mempunyai kepakaran dalam persembahan alatan muzik secara experimental dan menggunakan bahan terbuang, haaa dengar cam senang je kan? Ingat senang ke? Bagi korang yang pernah kerja dalam event, pasti tahu cabarannya. Dari tawaran rasmi, meeting dengan kedutaan, tempahan hotel, makan minum, pengangkutan, flight, sound system, stage, protokol, press, location, promotion, perlesenan, VIP dan sgala macam hal lagik, semuanya kena on mind dan dilakukan secara pantas kerana masa yang diberikan pada aku terlalu singkat.

ALHAMDULILLAH, stakat ini aku sudah mendapatkan persembahan dari No Noise, ASWARA, Rythm Of Borneo dan KKJ Penang mewakili Malaysia, NUSINDO dan Gema Music Percussion mewakili Indonesia, Exotic Percussion mewakili Thailand dan sebuah kumpulan aku lupa nama mewakili Japan. Semua ni tak akan menjadi nyata tanpa bantuan yang hebat dari Ms Jaime, Pengarah Tourism Penang yang banyak membantu aku terutamanya dari segi suntikan dana. Banyak perkara yang kitaorang bincang untuk dilaksanakan. Aku harap projek ini akan berjaya coz ianya sungguh mencabar dan dijalankan dalam masa yang singkat, this is really my baby project.

Nama baru festival ini ialah PENANG BEAT PRELUDE @ QUEENSBAY. Bagi korang yang berada di sekitar utara, datanglah beramai-ramai pada 11 dan 12 November jam 8pm, korang pasti tak nyesal punyalah, dijamin :)

p/s : aku mula rindu masa rehat urmmm ..... ada lak yang jauh hati ngan kesibukan aku skarang.

No comments:

Post a Comment