Monday, October 31, 2011

EPY belated BESDAY HENCEK SHAHRIL :)


UOLS, slepas kisah i tak bawak balik catatan besday kengkawan tempohari, ramai plak yg SMS i ingatkan besday memasing tapi si Shahril lagik xtreme, siap tinggal komen kat blog terkemuka Malaysia ini lagi, saja la tu kenzzz nak glam je kenzzz hahahahhaa

Ok la, tengah ada moodz ini, inginku ucapkan SLAMAT ARI JADI TERLEWAT buat Shahril ni, besday dia ari tu 14 Oct, sepertimana yang aku citer dlm blog lepas, aku tak ingat tarikh lahir kengkawan coz catatan aku tertinggal di KL. Ha Hencek Shahril, tudiaaahhh pic punya besaq, sapa nak contact Shahril ni sila hubungi number 012 - 41x2xx3, hah pepandai ar korang hehehe hamboih si Shahril ni pun senyum sampai telinga nohhh....

Ekceli Shahril ni houzemate aku masa kat Penang dolu, masa tu kitaorang stay sesama kat Batu Ferringhi, skang ni dia ada kedai dobi sendiri. Apa? Nak antaq kat kedai dobi dia? Tudiiiaahh punya banyak kedai dobi kat Penang, awat nak kena antaq kat kedai dia? Gatai sangat noooo uolsss....takder pe aku nak citer pasai budak ni cuma ikhlasnya dia ni rajin wat keja umah ar, sesuai ar wat laki bagi mereka yang masih solo yer. Tapi dia ni dah ada lover ke blom ah? Hmm ntah ar, cam malas je aku nak menjawab hehehehe leh cam tu?

BTW Shahril, SELAMAT HARI JADIK, smoga senantiasa dalam lindungan Ilahi selalu hendaknya, teruskan menjadi yang terbaik dalam kehidupan, bahagia sampai akhir nyawa :) Besar harapan agar ukhwah kita berpanjangan. AMIN

p/s : PIC KENANGAN MASA KAT OVERSEA ....negara mana terpaksa dirahsiakan, skian

Saturday, October 29, 2011

salute HYDIR IDRIS

WHO IS
HYDIR IDRIS

- nantikan from my side of view :) -

Friday, October 28, 2011

cinta kita

Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu

Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi

Cinta kita abadi selamanya

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

KENYATAAN HATI ...

SINGLE ... is not a status :)

SINGLE n STILL MINGLE :) gitulah kejanya hehehe sebenarnya beberapa hari ni aku dalam SILENT MOOD ... SILENT IS GOLDEN kan? Aku tanak ckp bebanyak lagi dah, aku dah pedih dan letih nak pertahankan perasaan aku. Buatlah apa nak buat ye, asalkan puas hati. Sampai bila aku nak tegur hal hal yang sepatutnya difahami sendiri sang kekasih hati atau empunya diri? Jauh di sudut hati ni, kesal usah dicakap la. Sebagai orang yang paling dekat di hati aku, rasanya dia tahu apa salah alpa dia tapi sengaja dok wat tatau je hmm mungkin untuk kepentingan peribadi dia, entahlah.

Sampai bila nak jadi cam ni ntahlah. Aku tak de sapa nak bercerita, cukup aku luahkan di sini je. Sejujur hati aku ni, makin hari makin jauh dari erti cinta sebenarnya. Manusia mudah je berjanji tapi aku dah jumpa ramai sangat yang berkata manis. Lelah aku nak percaya semua tuh...skarang ni aku lalui apa saja seadanya. Aku tahu sampai satu saat, pasti ada noktah. Kalau dikenangkan memanglah sedih tapi entahlah...biar masa je yang menentukan semua ni.

Yang aku tahu, aku bukan jenis lemah. PENGALAMAN LALU CUKUP MEMATANGKAN AKU.

Wednesday, October 26, 2011

hanak kuceng di tengah jalan ...







seriyes aku gtau korang hanak kuceng ni memang pandai posing, asik ikut je mana arah hp aku nak snap pic dia, sungguh bijak yer tuan tuan dan puan puan. tapik, dari mana datangnya kuceng ini yer ermm begini citernya...

saat aku memandu dengan kelajuan sederhana, tetiber keta di depan keta aku slow je tapi masih bergerak la, di simpang traffic light, pastu aku pun drive ar tetiber jeng jeng jeng mata tajam aku neh ternampak baby kuceng sedang merangkak rangkak kat jalan, aku tak pikir pe dah terus kuar keta n larik selamatkan anak kuceng tu, di seberang jalan ada mamat mana ntah stop motor nak selamatkan anak kuceng tu tapi dah aku slamatkan dulu, dia angkat tangan je kat aku dan aku balas ar angkat tangan gaks. yang aku tak puas ati keta belakang dok hon hon aku banyak kali pastu aku julang ar anak kuceng tu tunjuk kat pompuan tua nak mamposs tak reti nak sabar tuh, dia siap tunjuk lampu traffic light kat aku kononnya nak gtau lampu dah ijau n nak jalan ar tuh, mcm la aku tatau lampu ijau kena jalan, setan btol.

dipendekkan citer aku dah selamatkan baby kuceng di atas yang aku kasi nama sementara iaitu MIMI yer dan MIMI ni tak reti dok diam, tak habis nanges nanges nanges tanak makan, dia hanya diam bila duduk di sofa atau dilepaskan bebas, letak dalam sangkar dia nanges balik, tension aku jadiknya. ermm maybe idup dia dah terbiasa lepas bebas. sian lak aku tgk dia, mayb dia carik mak dia tuh, aku tatau nak tolong dia cam ner. wat masa ni aku jaga la dulu ermmm...

bila aku tgk dia main sowang sowang, sedey lak aku rasa. dia ni lak manja ngan aku cam tau je aku suka dia tapi aku tak leh bela kuceng lagik coz aku dah ada kuceng...kuceng aku si nama POK YEN dia tu jenis kalo ada kuceng len dalam umah, dia kurungkan diri dia dalam toilet tanak makan tanak minum, kononnya cam mogok lapar cam tuh, seriyes uolsss dia dah penah wat cam tu dua kali dah...ayoyoyo pening otak aku...

Wordless Wednesday # 6

p/s : HAPPY DEEPAVALI yer ...nggeeee :)

Tuesday, October 25, 2011

AMIN AMIN AMIN ....

AMINNN (bukan memanggil nama Pakistan yang menjual kapet ya kawan-kawan). Sbenarnya aku gembira sangat, di dalam kecelaruan fikiran memikirkan segala mcm perkara yang melanda jiwa ini, aku diberikan jalan yang mudah walaupun sukar yang teramat sangat. Korang pasti masih ingat dengan blog aku pasal aku ditawarkan jawatan untuk menguruskan World Friendship Music Fest 2011 (femes sangat ke blog aku sampai orang nak ingat bagai?). Sbenarnya sejak aku menerima tawaran kerja tersebut, aku boleh dikatakan sibuk yang teramat sangat, bagi yang tak tahu, kerja ni bukan mudah. Hidup aku dikelilingi internet, telefon, fax mesin dan photostat mesin dari pagi hingga ke malam. Dah la tempat keja dalam hutan, sabar je la...cabarannn sangat.

Hari ke hari aku makin takut sangat, dengan budget RM80K yang diberikan skarang meningkat menjadi RM150K, harapan yang disandarkan bukannya mudah. Antara skop kerja aku adalah mendapatkan artis yang mempunyai kepakaran dalam persembahan alatan muzik secara experimental dan menggunakan bahan terbuang, haaa dengar cam senang je kan? Ingat senang ke? Bagi korang yang pernah kerja dalam event, pasti tahu cabarannya. Dari tawaran rasmi, meeting dengan kedutaan, tempahan hotel, makan minum, pengangkutan, flight, sound system, stage, protokol, press, location, promotion, perlesenan, VIP dan sgala macam hal lagik, semuanya kena on mind dan dilakukan secara pantas kerana masa yang diberikan pada aku terlalu singkat.

ALHAMDULILLAH, stakat ini aku sudah mendapatkan persembahan dari No Noise, ASWARA, Rythm Of Borneo dan KKJ Penang mewakili Malaysia, NUSINDO dan Gema Music Percussion mewakili Indonesia, Exotic Percussion mewakili Thailand dan sebuah kumpulan aku lupa nama mewakili Japan. Semua ni tak akan menjadi nyata tanpa bantuan yang hebat dari Ms Jaime, Pengarah Tourism Penang yang banyak membantu aku terutamanya dari segi suntikan dana. Banyak perkara yang kitaorang bincang untuk dilaksanakan. Aku harap projek ini akan berjaya coz ianya sungguh mencabar dan dijalankan dalam masa yang singkat, this is really my baby project.

Nama baru festival ini ialah PENANG BEAT PRELUDE @ QUEENSBAY. Bagi korang yang berada di sekitar utara, datanglah beramai-ramai pada 11 dan 12 November jam 8pm, korang pasti tak nyesal punyalah, dijamin :)

p/s : aku mula rindu masa rehat urmmm ..... ada lak yang jauh hati ngan kesibukan aku skarang.

Monday, October 24, 2011

LOVE THIS ....

Aku suka sangat dengan quote ni, sangat mententeramkan jiwa raga.
HAPPY MONDAY everyone!!!

air mata Nur Salina ....


ASALNYA aku tak berkesempatan menonton cerekarama ini pada tahun lalu, mungkin kesibukan membuatkan aku terlepas pandang dan sebenarnya kali ini juga aku sibuk namun aku luangkan kesempatan yang ada walaupun sedikit. Sebuah cereka tentang Nur Salina ....

Salina merupakan penyanyi kugiran di rumah-rumah orang kahwin di kampungnya. Kecantikan Salina sering menjadi bualan anak-anak muda disitu namun hatinya Salina terpaut kepada Fakar, seorang kerani biasa sehingga sanggup meninggalkan keluarganya dan berkahwin lari bersama Fakar di Thailand.

Selepas berkahwin, mereka berhijrah tinggal di Kuala Lumpur supaya Fakar dapat membuka perniagaan sendiri bermodalkan kesemua wang simpanan yang ada. Fakar mula lupa diri apabila perniagaannya meningkat maju.

Kawan-kawan yang mendampinginya mula mempengaruhinya bermain judi. Setiap hari mereka berjudi tanpa mengira waktu berkerja hingga akhirnya perusahaan Fakar terpaksa ditutup gara-gara banyak hutang. Akhirnya, Salina terpaksa berpindah semula ke rumah setinggan dan berkerja mencuci pejabat manakala Fakar masih menganggur dan terus mengamalkan tabiat buruknya.

Tabiat judi yang sukar dikikis memakan diri sendiri apabila Fakar tidak dapat melangsaikan hutangnya dengan Leman sehingga isteri sendiri menjadi taruhan. Salina bertukar kerja dan kembali menjadi penyanyi di kelab dangdut sementara Fakar diupah oleh Shamsul untuk menjalankan tugas-tugas rumit.

Keadaan menjadi lebih perit buat Salina dan anaknya apabila mengetahui yang Fakar sebenarnya terbabit di dalam kegiatan menyeludup dadah dan kini mendesak Salina pula untuk membantu menyelesaikan tugasnya kerana takut diburu polis.

Kecewa dan marah dengan sikap Fakar, Salina hilang pertimbangan dan berlakulah pertengkaran dan pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka kehilangan nyawa. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah nasib Salina akan kembali berubah?

Nasib Nur Salina berakhir di tali gantung. Apa yang nak aku katakan di sini di sepanjang cerita tu terlalu banyak adegan yang terkesan, aku hayati satu persatu penderitaan Nur Salina. Dia hidup atas nama cinta, bukannya kekayaan dan kemewahan yang dia inginkan cuma kasih sayang. There is a dialog, jika dengan kesusahan dia dapat memiliki kasih sayang suaminya, dia akan memilih kesusahan. Aku yakini sangat ada manusia yang tabah macam Nur Salina, aku yakini ada insan seperti itu sebenarnya. Cuma pengakhiran kisah ini terlalu tragis. Seorang insan yang terlalu sabar, baik, banyak ujian hidup terus terusan diuji Ilahi dan akhir hidupnya di tali gantung bukan kerna kesalahan dirinya.

Aku terdiam seketika, merenung diriku sendiri, satu persatu ujian hidup yang datang dan aku masih belum tahu di mana akhirnya hidupku.

Thursday, October 20, 2011

BALASAN ALLAH TIBA JUA .....

SESUNGGUHNYA, nafas aku macam nak terhenti bila aku membaca berita tentang seseorang yang 'tersangatlah' aku kenal, i read it dlm newspaper Harian Metro. Mengucap panjang aku jadinya, sumpah aku tak tahu nak ceritakan rasa apa yang ada dalam diri aku saat itu. Samada aku nak marah, dendam, ketawa kepuasan @ kasihan serta simpati yang teramat sangat, sumpah aku tak tahu nak ckp apa yang aku rasa.

Mungkin aku lebih ke arah merenung apa yang dia telah lakukan dulu pada aku, menjatuhkan maruah aku sewenang-wenangnya dan aku pula jenis suka diamkan diri, entah apa yang merasuk fikirannya. Bila terbaca tentang diri dia yang kini menjadi buruan, perlahan lahan aku buka folder sms di hp, semus sms sumpah seranah dan caci maki dia pada aku masih aku simpan, entah kenapa aku simpan aku tak pasti ermm mungkin aku pernah terbaca di net ini tentang keindahan kita menyimpan rahsia buruk tentang seseorang dan jangan pernah membuat fitnah kerna balasannya kita tak akan pernah tahu bagaimana akan terkena pada kita. Aku pernah ingatkan dia tentang hal ini tapi sms yang aku dapat terlalu sakit untuk aku baca.

Tak lama rupanya balasan kehidupan. Aku dimalukan di kalangan kawan kawan tentang cerita hidup yang tak benar, dah aku ingatkan hal itu tak pernah terjadi dan tak lama slepas itu semua orang mengetahui cerita yang sebenar tapi hari ini cerita tentang dia luas terbentang di akhbar arus perdana, subhanallah....ngeri sangat aku rasa. Tapi aku yakin, semuanya ada rahsia alam yang tersimpan.

Sekali ingin aku ingatkan...tak selamanya kita di atas. Sombong benar satu ketika dulu menyebut tentang semua yang jadi miliknya, insan insan yang berada di sekeliling, skarang? Bagaimana? Hmmm Allahuakbar, cukuplah sampai di sini bimbang aku terlalu takbur.

Aku mengakui kesalahan aku dan memohon maaf darinya walaupun aku tahu aku tak bersalah ..... bukan kerana aku lemah atau kalah tapi kerana aku punya nilai peribadiku sendiri.

Wednesday, October 19, 2011

HEPI BESDAY EDDY .....

GUSTI RADEN MAS EDDY TASPUTRA DARUL NAIM
( anak lelaki selain putra mahkota dari permaisuri ketika masih muda )

His name is EDDY, nak tau nama sebenar ngan FB dia, sila check catatan blog aku yang lepas lepas, malas aku nak kasi promosi lebih lebih kat dia, yang korang nak tau sangat pasal? Ni blog aku okeh bukan blog dia jadi sila baca sajork tulisan aku, gituuuu marah pembaca blog sendiri, motep nak sentap pepagi? Hehehe ....

Tak der, gini citernya aku ni ada satu buku catatan hari lahir kengkawan, nak dijadikan citer, aku tertinggal buku tu kat KL so aku tak dapat balik gi amek lagi, so hari hari aku penuh dengan termenung la, teringat sapa sapa la yang aku tertinggal wish tu, since dua hari sudah aku jadik teringat ingat sapa la birthday coz bulan Oktober ni meman ramai yang sambut birthday. nah, finally aku tau jugak, its EDDY BIRTHDAY huhuhu tu pun pas aku SMS kat dia early morning pasal satu menda and he reply me back...alahai sorrriii la sangatsss so untuk mengambik hati dia, posting ni khas untuk dia la korang ni pown....dia ni ustaz tau, skolah agama okeh, single mingle hehe nak try bayar komisen kat aku dulu hehehe

Ekceli Eddy ni my housemate kat KL, walaupun ustaz, otak gegila cam aku gak, banyak yang kitaorang kongsi sama citer suka duka, dah lama gak aku tak jumpa dia since dia dah pindah ke Subang coz tempat dia ngajar dekat ngan umah dia (pepandai la korang cari skolah agama apa area Subang tuh hehe). Asal Kelantan so banyak la loghat Kelantan yang aku blajar ari ari hehe one more thing yang paling best dia banyak kongsi ilmu agama ngan aku la, mana yang baik aku ambik la kan, mana yang tak baik, sendiri pikir la kan, kan Eddy kannnnnnnnn??? Hehehe .......

Oklah, once again Eddy, HAPPY BIRTHDAY to you, semoga Allah senantiasa melindungi you, tahun depan dah nak kawin kan, jangan lupa amek i sebagai pengapit okeh hehehe mana tau jodoh i ngan ustazah jugekksssss.....aminnnnnn


Wordless Wednesday # 5

GUSTI RADEN AJENG MADINASARI MENGAMBANG
( anak perempuan dari permaisuri ketika belum dinikahkan )

p/s : mamposss aku jap lagik

Tuesday, October 18, 2011

UDIN SEDUNIA


Aku tengok video clip ni masa aku kat Indon, banyak kali aku tgk, cam layan je hepi hepi hehe kreatif gak ni, kat Indon apa yang pelik, itu la yang dapat perhatian...enjoy watching okeh :)

Sunday, October 16, 2011

PLEASE STOP !

PERJALANAN hari yang panjang buat aku, since morning sampai skarang aku masih kerja non stop, too much nak fikir..mana fikir keja, fikir bisnes, fikir tentang manusia yang susah nak faham keadaan aku. So many times la aku rasakan, aku jadik biadap pada orang lain disebabkan manusia itu sendiri. Aku cuba nak jelaskan, dengan nada yang baik dan tenang bahawa aku tak perlukan kasih sayang sesiapa buat masa ni dan aku mahu berikan sepenuh masa aku untuk diri aku dan keluarga aku, please dont give ur love to me since i dont trust people anymore atas apa yang telah berlaku. Aku tak mintak dilayan bak putera raja, disiapkan itu ini segala. Dah aku ckp awal awal, i have no time tapi tak faham faham gak pastu nak sentap bagai. Salah aku ke? Ni la namanya takder penyakit tp carik penyakit. Slalu sangat cam ni, yang tahu nyer bijak bercakap itu ini tapi tak pernah nak belajar dari kesilapan lepas lepas. Aku tak faham la ngan manusia cam ni, I try to be nice to every people tapi ni aku sendiri tak leh nak layan dah. Bila aku malas nak layan, kesian la plak tapi bila aku bg perhatian skit, mula dah nak feeling bagai so aku kena buat apa? Penat aku nak ulang cakap banyak kali, aku tanak ada sapa sapa love aku coz aku tanak sapa sapa kecewa bila aku tanak terima, tolong faham! Jangan kat mulut je ckp faham tapi still berangan melayan perasaan. Paling aku tak leh nak terima manusia yang cuba nak kawal aku, fuhhh aku dah terbiasa sendiri, apa pun aku senang sendiri sejak kecik lagi and i know i can berdikari so tak yah nak tentukan hidup aku.

Penutup kata, aku hargai sangat sangat sesiapa je yang datang dalam hidup aku, menyayangi dan menerima aku seadaanya but there is a limit. Sebagai balasan, aku akan lebih menyayangi orang tu dan menerimanya bukan saja dalam hidup aku malah dalam famili aku jugak. Tapi pengajaran dah cukup banyak mengajar aku tentang semua ni. Enough is enough.

Saturday, October 15, 2011

LOVE THIS ....

p/s : aku banyak melaluinya .....

Friday, October 14, 2011

WHO CARES ?

Sbenarnya kan no one cares la when korang hurt, no one cares mcm korang cares kat diri korang sendiri ler maksud aku. Sebab tu aku kadang cam over load tension bila orang simply je say something bout myself sedangkan kita ni baik punya susun ayat bagai...errmm dulu ar, skang ni aku jenis lepas je, sori la tak ada masa nak mengarang ayat nak berlapik coz aku penat ar, penat hati ni disakiti.

Menda ni simple je sebenarnya, sbelum kita say something, kita bayangkan skit, amek masa skit la, bayangkan apa yang kita nak sound tu, orang sound kat kita, amacam bro? ada rasa ke? haaa sendiri mau ingat la kan....

Aku ni kalau nak lawan mulut, payah skit nak terkeluar coz aku akan sedih hehe tapi kalo aku dah sentap sangat, SMS la tempat aku sound semua dan bertambah hangin bila org tu tak paham paham...hadoiiiiii hangin giler tapi ayat aku kompem power la kan. Sentap giler kowt.....

Aku malas nak gaduh sbenarnya tapi aku pelik ar napa manusia skang ni feel 'brother sister' dah tak der erkkk perkataan 'brother sister' tu aku pinjam dari Aunty Nellies *tengkiu aunty nanti ada masa kita sembang lagik okeh* Sib baik ar ada blog ni, tenang skit aku melepaskan sgala yang terbuku di kalbu ni.

Hmmm dah la something kebabooommmm end of this month menanti, yaaayyyyyyyyyy!!!!!


Thursday, October 13, 2011

her name is ETON


her name is ETON hehe this pic taken few years ago in Langkawi. Ini sesatunya kawan aku yang paling pelik. Kawan dari kecik. YESS memang kitaorang dari kecik kenal even family kitaorang kenal each other. Aku dengan Eton ni kalo jumpa ke kalo cakap dlm phone ke, terisi dengan gelak ketawa je. Kitaorang share semua rasa...tapi kalo citer sedih tu kejap je selebihnya gelak je memanjang. Dengan Eton ni dah memacam situasi aku tempuh, dia tahu luar dalam aku. Dia tak cantik mcm perempuan lain yang pernah aku kenal, Eton ni tersangat kasar tapi aku selesa dengan dia coz dia ada kecantikan jiwa yang tak termiliki orang lain, kelembutan persahabatan dia tak terbanding dengan kawan lain. Kitaorang tak pernah bergaduh, tak pernah bermasam muka. Ada apa tak kena, terus cakap depan depan. Tapi percayalah, kalo sapa kutuk aku, siaplah...dan mcm tu jugak ngan aku, aku dengar je orang kutuk dia, hmm tau lah orang tu. Penah gak orang cuba nak gaduhkan kitaorang, sudahnya orang tu malu sendiri la.

Aku ngan Eton ni kadang punya persamaan perasaan. Sometimes aku tengah pikir pasal something dlm kepala otak, dia yang mula ckp tentang apa aku fikir, cam tu gak ngan aku. Aku happy gak semua lover aku (semuaaaaaa???? owh banyaknya) dapat terima Eton. Semua hepi ngan dia, aku lagi la hepi. Kami saling support apa saja usaha masing masing. Kadang bila berjauhan, SMS je jadik penghilang rindu. Lama giler tak jumpa Eton sejak aku pindah KL, ari tu jumpa sekejap masa balik Penang, ya ampunnnn macam nak pecah Penang jadiknya.

Kenapa tetiba aku tulis bout Eton? Coz aku dapat tengok peningkatan hidupnya. Aku kenal dia dari kecik, kenal keluarga kenal anak anaknya, Eton seorang single mother yang banyak berkorban untuk anak anak dan aku lihat dia terlalu tabah melalui semuanya. Aku harap kami tak akan sama sama tinggal di rumah orang orang tua nanti (kitaorang penah janji nak tinggal sesama kat umah orang orang tua kalau anak anak kitaorang tak pedulikan kitaorang hehehehe). Sampai kapan pun, aku akan sentiasa mengingati Eton - antara teman yang aku sayang.

Wednesday, October 12, 2011

cerita ceriti BZ BODY la sangatssss ....


APA? Satu sesi treament badan RM7 hengget? Biar betoiiiii....ni pasti ada agenda yang tersembunyi kat memana kannnn....aku ni jenis pejuang pengguna okeh, dah berapa produk atau khidmat untuk pengguna yang aku rasa tak btoi @ ada agenda yang mengelirukan, akulah pejuangnya (bila kena ngan muka aku lah hehe)

Sbelum ni few years ago lah kan, aku pernah beli komputer jenama D...L, seawal 2 hari beli dah memacam hal, bila wat report ada je alasan, bila antar repair kejap je ok tapi kalo korang pun takkan puas hati kan brg baru pakai tp banyak prob, aku sabar lagik tapi kalo dah masuk kali ketiga repair pun rosak lagik, aku hantar lg skali dah tu dah sminggu tak siap, dengan hanya 1 panggilan je ke Customer Service syarikat tu, aku ckp mintak alamat penuh HQ korang, aku nak isi dalam borang tuntutan Tribunal Pengguna. Malam aku call, esok pagi terpacak dua orang antar komputer baru, yg rosak pun dorang pulangkan skali, amek kau!

Pastuh pasal aku beli keta, kasi deposit tapi dah berapa bulan keta tak sampai. Loan dah approved, finally aku submit kes kat Tribunal gak la. Pagi tu tarikh kes aku disebutkan, masa nak naik lif, owner kedai jual keta tu tahan aku, mintak slesai kes luar mahkamah haaaa kan senang, sebelum ni aku call tanak jawab, sms tak nak reply, sampai dah jadik cam ni wat rugi je coz aku claim skali dari duit deposit, duit kredit phone, kos malu, kos masa, kos tekanan perasaan, amek kau. Finally aku dapat banyak gak la urmm bukan nak duit dia sangat pun tapi ni je cara nak mengajar!

Ishk panjang lak citer, meh sambung pasal pakej rawatan rm7 hengget tu. Kalo korang rajin baca akhbar lately, pasti korang jumpa iklan slimming centre ni yang celebrate tahun ke *tetttt* dorang beroperasi dan sebagai hadiah kepada pengguna yang nak mencantik dan memaskulinkan badan, satu sesi rawatan dikenakan bayaran rm7 hengget sahajorkkk, penipu sangat tapi dah aku ni jenis suka menyiasat (takder keja la tuh) dan impian nak mencantikkan badan jugeks, aku hayunkan kaki melangkah jua ke pusat rawatan *tettttt* tersebut.

Indahnya aku dilayan bagai putera raja, dipuji tentang paras rupa aku, ketinggian aku dan sempat lagik meneka keja aku sebagai model....gitewwww propa sangat kan memuji bagai nak amek hati aku la tuh. So aku pun senyum jer la kan, semua penerangan terperinci diberikan tentang rawatan nak shape kan badan aku menjadi maskul katanya. Last last sampai gak part bayaran, dari rm7 bla bla bla jadik rm15o ++ satu sesi dan kena buat 30 sesi, amekkkk....tu tak per lagi...bila aku tanak jadi 10 sesi kemudian 5 sesi kemudian 1 sesi kemudian pujuk aku daftar je dulu, ingat aku bodoh ke sial? Hahhhh berderau darah aku. Tapi aku dengan penuh PUBLIC RELATION SKILL menerangkan yang aku tak berminat coz aku prefer join gym kat tempat keja aku tuh dengan harga RM10 setahun, ada instruktor, ada sgala. Pastu dia pujuk memacam la nak kasi adiah itu la ini la, adiah aku bleh beli sendiri okeh amoii....hehe tak der la aku ckp cenggituh kat dia, dengan baiknya aku bangun dan say thanks tp dia diam je, pastu masa dia buka pintu tekan punat automatik tu, aku say thanks lagi, dia diam je. Aku pusing badan tgk muka dia aku say thanks lagik, dia diam je muka dia masa tu dah macam taik je aku tengok, sumpah wajah wajah manis ayu manja masa memula aku melangkah masuk tadik dah tak der masa aku nak melangkah keluar. Dan aku terus tersenyum ......

DAN setiap langkah aku tuh penuh ngan azam, korang tau la nasib korang nanti. So aku ada agenda dah nak menasihati pengguna pengguna Malaysia yang bukan bodoh pastinya, korang jangan la mudah terpedaya dengan taktik taktik syarikat pelangsingan dan pembentukan badan mcm ni yang menggunakan selebriti yang cantik setelah diadobe kan...kerjaya aku banyak menemukan aku ngan artis artis, dorang ni biasa biasa je korang...cantik diedit je pown. Memang ada yang natural beauty cam ZIANA ZAIN tuhhhhh (kena angkat gak coz ZIANA ZAIN is my DIVA okeh hehe)

KESIMPULANNYA, tepuk dada tanya slera ermmm cam nak makan kenny roggers la, sapa nak belanjerrrrr?

Wordless Wednesday # 4

p/s : silakan mengomen hehehe .....

Tuesday, October 11, 2011

sebuah kisah hati ....


PERJALANAN yang panjang. Sampai saatnya aku macam dah penat melalui kehidupan. Aku dah terlalu banyak mengutamakan orang lain dalam hidup aku, tahun demi tahun tak pernah aku berhenti berfikir tentang orang lain, memberi segala yang seharusnya aku miliki, kenapa aku perlu jadi manusia begini agaknya? Haruskah aku salahkan takdir atau sememangnya aku perlu menerima segala ketentuan kehidupan untuk aku? Bila aku renungkan sejenak, satu persatu aku lakukan dan kebanyakannya untuk insan insan yang aku sayang tapi sampai saatnya semua berlalu meninggalkan aku. DAN kerna itu di dalam hati ini aku tak perlukan sesiapa dah, no one can be trust, aku dah bulatkan dalam diri. Pernah aku cuba nak membuka hati mempercayai keikhlasan, kasih sayang orang pada aku tapi palsu juga akhirnya. Mereka fikir mereka bijak tapi mereka lupa aku dah terlalu banyak belajar dengan pengalaman kehidupan aku. Akhirnya, aku perhatikan saja.

Aku kini menghitung hari untuk menamatkan semuanya dengan orang yang kini di dalam hati aku, hari demi hari segalanya makin hilang. Terlalu banyak sangat bukti yang aku simpan dan sampai bila harus aku simpan semua ni? Bodoh ke aku untuk terus setia menanti?

Bukan menabik dada, aku tak perlukan sesiapa untuk melawat ke hati ini walaupun untuk mencuba cuba kerna aku sudah ada yang teristimewa di minda dan akan aku bukti pengakhirannya nanti..cukup cukuplah aku menangis kerana terlalu berat menanggung semuanya. Cukup la sampai di sini. Aku pasti dia masih milikku abadi.

Monday, October 10, 2011

OTAKKU BEKERJA dengan OVER


ARINI otak aku bekerja melebihi yang sepatutnya hinggakan badanku tereffect dengan keluarbiasaan ini, gitu. Since morning aku serius tak menjangkakan semua ni terlalu padat. Sampai kat opis, aku masih bersenang lenang membaca email email dari obersea yang harus aku reply sehinggalah dikejutkan dengan pertanyaan 'tak masuk meeting ke?' hah amek kau, pertanyaan tu mcm kilat ngan petir yang bergabung, aku tanya la balik meeting apa? saya tak tau pun...rupanya ada staff yang lupa invite aku dlm email dan itu meeting aku bout prelude festival tuh aiyooo apalagik terus la jadik lipas kudung japs, tanak la krg nampak aku bodoh kannnnn.....

Habis satu meeting sambung meeting lain la plaks. Untuk lauch Hari Lanskap Negara lak, habis tu zoom ke Kedutaan Thailand aiyoss pening lalat meeting ngan penuh protokol ari ni, yang wat aku tak senang duduk, mata ni dok terpandang kek coklat yang dihidangkan tuh...aku tunggu Pengarah mula sentuh je kek coklat tu pastu aku nak follow la, sampai ke sudah dia tak sentuh huhuhuhu nangesss dalam hati je la aku hehehehe feverets tuh kek cekelat.

Sumpah ari ni aku letih giler baban, ada la few menda yang berlaku yang tak perlu aku sebut kat sini tapi adoiiiii sungguh penat.

Sunday, October 9, 2011

nooooooooooooo .....


aaarrrggghhhhhh ..... kena cepat cepat shape up,
have to be fast, sefast fastnya.
tanak lepaskan peluang depan mata ......

Pencarian 50 blogger oleh Chegu Zubir



Wokeh semua, apalagik....jemput jemput la singgah kat belog haku ngan belog Chegu Zubir ni ha, kita rapatkan ukhwah dan kekalkan silaturahmi sepanjang zaman, tudiahhhh promosi :)

Saturday, October 8, 2011

NAWAITU AKU untuk MEREKA

DAH 2 hari jiwa ni terasa kacau sangat, bukan kerna apa apa tapi kerna memikirkan mak ngan ba aku ermm kebetulan ba plak kurang sihat dah hampir sminggu, makin teruk aku tengok ba sakit kali ni, sumpah risau sangat.

Sejak kebelakangan ni kehidupan aku makin terurus, masalah selesai satu persatu, usaha aku juga berjalan dengan sempurna. Semuanya buat jiwa aku tenang sebenarnya cuma aku risau aku tak sempat sempurnakan nawaitu untuk mak ngan ba. Susah plak nak aku taip di sini apa nawaitu aku untuk dorang tapi aku harap sangat aku dapat sempurnakan sedikit masa lagik insyaAllah.

Banyak impian yang nak aku sempurnakan untuk dorang. Sejak dulu lagi aku pasang angan angan, segala macam. Aku yakin separuh dari impian aku untuk dorang dah pun aku laksanakan cuma ada yang masih mahu aku lakukan. Kadang bila aku fikir tentang kegagalan cinta pertama aku ada rahmatyang tersimpan. Kegagalan itulah yang membuatkan aku sedar dari lena, baru aku tahu yang aku ada keluarga yang senantiasa bersama dengan aku. Sejak tu aku jadi dekat dan rapat giler lagi erat ngan mak n ba. Sebelum tu pun memang la dah rapat tapi sejak itu aku tak pernah la abaikan dorang. Apa yang aku lalui dari A-Z semua dorang tau. Aku tak percaya siapa siapa lagi untuk aku kongsi keresahan kehidupan, bagi aku semua orang akan ada di sekeliling kita bila kita berada di atas tapi bila kita di bawah, semuanya akan hilang tapi keluarga selamanya ada ngan kita.

Petang tadi banyak yang aku bualkan dengan mak. Banyak kesimpulan yang aku buat tentang kehidupan tentang masa depan InsyaAllah akan aku corakkan sebaiknya.

aku masih seperti dulu :)

Kau masih ku sayang
Sehangat waktu cinta bermula
Tidak pernah pudar
Kasihku padamu
Sekalipun musim berlalu

Kau masih ku rindu
Walaupun tidak aku lafazkan
Tidak pernah aku
Membenci dirimu
Sekalipun engkau sakiti

Aku masih seperti dulu dahulu
Merahnya cintaku
Menyala di kalbu

Aku masih yang kau kenal dulu
Harumnya kasihku
Semerbak merindu

Ku merenung jauh
Kiranya ku hidup bersamamu
Akan ku cuba
Bahagiakanmu
Sekalipun hati terluka

Wednesday, October 5, 2011

NOBODY KNOW ....

BAGI aku, semuanya dah cukup indah untuk aku, untuk famili aku, untuk segala yang aku miliki kini tapi tak siapa tahu apa yang aku simpan dalam hati ni, yang orang nampak adalah kegembiraan aku, kesenangan aku, kebahagiaan yang terpancar jelas di mata dan bibir aku yang senantiasa senyum dan ketawa biarpun hati terasa...hanya Allah yang tahu. Sebab itu aku malas nak melayan karenah orang lain yang kadangkala buat nafas aku sesak. Sebagaimana aku permudahkan hidup aku, sebegitu juga aku tak mampu hidup aku disusahkan oleh orang lain tapi ada je yang mahukan seribu perhatian dari aku yang satu, kalau diabaikan sedikit, beribu kata pula yang terhambur ermm siapalah orang orang ini yang nak menyesakkan dada aku setelah aku berhempas pulas memujuk hati aku untuk tenang bahagia? Perlu ke aku nak menjaga hati orang lain?

Sehari dua ni jadual aku pack giler baban, am hepi with my life. Baik aku sibuk cam ni dari punya masa lengang, sememangnya aku rindu suasana ni, dah malas nak goyang kaki walaupun massyyuukkk hehehe aku suka dengan job skang ni, dah memacam manusia aku jumpa. Walaupun dalam showbiz aku dah jumpa memacam orang tapi bekerja di department yang berhubungan dengan International Affairs ni buatkan aku lebih berdisiplin dan errmm ntahlah, lebih menjaga diri kowt hehehe ....

Aku rindukan someone yang aku dah semakin jauh aku rasa, sumpah rindu sangat. Mujur ada kawan kawan yang senantiasa menggembirakan. Madi, i tahu u akan baca blog i, waktu u tanya i baru ni hows my relation with that ehem ehem, i ckp ok...orang tu sibuk...bla bla bla tapi ntahlah i sendiri tak tahu sebenarnya. Susah nak i jelaskan, so far i lalui sebaik mungkin. Orang di langit tinggi entah nampak atau tidak kita di tanah bumi ni.

Banyak sebenarnya di dalam hati ni yang orang tak tahu dan orang tak nampak tapi ada sesuatu yang terjadi di situ. Aku akan teruskan kehidupan seperti biasa dan aku harap semua keresahan ini akan berlalu tak lama saja lagi.

p/s : mula menghitung hari untuk ke satu tempat yang hmmmm la la la la .....

Monday, October 3, 2011

mari BEKERJA yer hadek hadek sekalian ...

Urmm sungguh tak aku sangka, selain aku busy wat *tetttttt*, job offer yang ditawarkan ini, tak harus aku tolak! Pastinya....untuk tempoh tak sampai dua bulan, aku bekerja sebagai Event Manager untuk MPPP dalam rangka menjayakan World Friendship Beat Fest 2011 (takooottttnyeerrrr). Semoga semuanya akan berjalan lancar, AMINNNNN....

Hari ini hari pertama kerja, Alhamdulillah aku diberikan 'masa' aku sendiri, fleksibel working hours coz Pengarah tau aku ada menda lain yang aku nak buat asalkan aku langsaikan keja aku yang sepatutnya udah ler...

Aku suka giler dengan suasana opis baru aku ni, dah la dalam hutan, sejuk je. Opis dah macam rumah dengan dinding bata merah, deco buluh merata n perabot kayu jati semuanya, tenang giler siot. Ermm esok aku nak pasang muzik Bali lak dlm opis hehehe ...

Love my 'sementara' job ni, dah orang kasi kepercayaan, harus la aku buktikan sebaiknya kemahiran yang ada. Semoga semuanya berjalan dengan sempurna. Dengan izin DIA YANG MAHA KUASA :)

Sunday, October 2, 2011

HELP ME PLZ ....




tak tahu nak buat keputusan ... hati di sini @ di sana ?

OH NOOO ....

AKU memang tak nak jumpa dia, aku dah janji dalam hati aku....kalau jumpa aku tau aku akan sakiiiittt sangat tapi tadik aku TERNAMPAK dia, YA ALLAH...SUMPAH aku sakkkiiitttt....aku tak der salah apa pun kat dia, sepatutnya dia tahu apa yang dia dah buat pada aku tapi aku tgk dia mcm tak der apa apa pun, siap enjoy dengan life lagik. Dia la yang kasi aku cinta dia mcm giler dan dia gak yang blah tetiba dari dalam idup aku. Sentap dowh, pening memusing aku jadiknya. Memang aku tak ingat dia dah tapi ari ni spoiiilll sungguh terserempak ngan dia lak. Patut la sejak pagi aku rasa cam ada yang tak kena.

Bila sesowang mcm ni mula la aku dok pikir memacam, teringat semua kisah silam apa yang dia dah buat pada aku, ishkkk tak aku sangka manusia yang punya wajah setenang itu, sering menjadi perhatian orang tapi punya hati yang ntah lah...YA ALLAH mengumpat lak aku kat sini tapi hati aku sakit sangat ni, cam ner nak buat ni ermmm....

Harus aku mandi jap kasi darah panas ni kembali sejuk.

OCT 2011

OCTOBER kembali lagi. Bulan ni bulan yang paling busy bagi aku setiap tahun coz ramai insan insan kesayangan aku celebrate their birthday dalam bulan ni dan bulan ni jugak banyak kenangan dalam hidup aku such as aku mula fall in LOVE on 8th October 1995 :) malu siot hehehe and then clash on 8th October 1998 when she decided to marry my friend :( sedey la plak, setahun gak aku termenung dalam bilik sebelum come back to life ...

Yang paling penting, besday mak aku on 9th October, abang aku on 23rd October. Kawan kawan yang len pun ramai gak celebrate birthday on October.

3rd October aku akan sign contract ngan MPPP untuk tempoh 2 bulan as Event Manager untuk World Friendship Beat Festival (PRELUDE) yang akan diadakan pada 11-13 November 2011 di Queensbay Penang. Tak sabar nak handle project yang paling besar yang ditugaskan untuk aku sepanjang karier aku dalam showbiz selama ni urmm mungkinkah projek ni penutup segala aktiviti aku dalam showbiz selama ini? Mungkin ....

27th till 31st October pun ada big plan yang aku tatau nak setuju atau pun tidak, adoiiii fening kepala nak buat keputusan. Ikutkan hati nak je redah tapi banyak komitment lain yang aku tengah fikirkan. By the way, tawaran yang agak menarik untuk aku. Lagipun tahun ni aku tak 'berjalan jauh' lagik. Mungkin aku terima je la tawaran dari hot couple tuh hehehe ....

Ada few plan lain dalam October yang bila aku semak je date semua tu buat aku sesak nafas urmmm tolak kalendar ke tepi jap, baik aku tido dulu hehehe ....

Saturday, October 1, 2011

AARRGGGHHH ....

I just wanna happy life la, malas nak pikir menda yang bosan bosan yang menyakitkan kepala hotak. I just wanna be simple as I can and I hope other person oso can be like me, respect me as I respect them n their life, simple je kan? Tp why orang lain tak leh cam tuh? Coz orang lain tak sama cam diri aku kan? Yes aku leh paham tapi dlm soal respect idup orang len, cuba la faham. Tu je aku mintak, bukan aku mintak duit ringgit atau harta benda pown, aku tak hingin semua tu.

Aku ni kalo leh nak jaga hati semua orang, tak nak sakitkan hati orang tapi aku selalu je sakit hati ngan kata kata orang dan bila aku lak mulakan kata kata aku, org len sakit hati pastu mula lah memacam ayat ayat cinta drama swasta drama kerajaan nak keluar sedih bagai...tapi perlu ke aku nak rasa mengalah? Sapa yang mulakan? Aku tak kacau orang lain pown tapi bila dah jadik cam ni sedapppp je ayat ayat irama padang pasir kuar, aduhaaaiii serius aku malas nak melayan.

I just wanna happy n simple life. Aku tak kacau orang dan jangan orang kacau aku. Slagi aku boleh sms, boleh call, please respect me. Sampai satu tahap aku cakap kat diri aku tentang satu hal, U will never see me anymore in Ur life. TITIK.