Friday, December 18, 2009

PERADUAN PINKY PINKY hehehe


Korang tengok pic kat atas ni ha....aku ada la suka suka masuk contest kat sini > http://chetambiz.blogspot.com hehehehe kena teka amenda tu, ni clue yang akak tu kasi....

Makanan ni sebenarnya tak pernah pun Chetam jumpa di Malaysia. Chetam makan di Medan di rumah Emak Mertua Chetam. Nampak besar tapi sebenarnya kecil jer.....macam bungkusan gula-gula. Dah habis peraduan ni nanti, Chetam akan kongsi resepinya.

Hadiah menarik untuk dimenangi.....satu set hadiah istimewa terdiri dari Brooch Ekin, Sepasang cucuk tudung, Tabung Slim, Baju Hujan Ben10.....ada lagi.....kena tunggu Chetam cari dulu sebab simpan merata-rata. Tak janji tapi kalau jumpa, Chetam akan beg lipstik bercermin dan frame gambar disneyland yang Chetam beli dari Hong Kong akan turut diselitkan dalam hadiah tu nanti.

Hantar lagi tekaan anda.

Aku pun 'mengemail' la jawapan aku iaitu WAJIK BANDUNG....kemudian disiarkan plak keputusannya...jeng jeng jeng

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Maaf tak dapat siarkan keputusan nya semalam (Ahad). Letih penangan kelas coklat dua hari berturut-turut. Chetam terima beratus-ratus email yang meneka Sagun. Ada juga yang meneka dodol, Baragas dll. Terima Kasih banyak-banyak kerana sudi melapangkan masa anda untuk mengirim email kepada Chetam. InsyaAllah, di lain masa Chetam akan adakan peraduan yang lain pula. Chetam Ini keputusannya: ========================================= Salam Che Tam, Jawapan kepada peraduan itu ialah: WAJIK @ WAJIK BANDUNG From ME : ZAC ZAINI MOHAMED ESA,BATU FERRINGHI,PENANG ========================================= Chetam minta Zac Zaini untuk emailkan alamat penghantaran hadiahnya yer......Nak tahu apa hadiahnya? Okay.......hadiah serba pink untuk Zac Zaini.

ha, amek kat aku, adiah serba pink untuk aku hehehehhee tergelak besar aku tengok adiah yang bakal aku dapat karang TAPI akak tu janji nak wat sendiri COKLAT untuk aku tau...korang tengok la blog dia, memang pakar coklat sangat!

hehehe tak sabar neh.....

PIC AYA KAWIN PART 2








Monday, December 7, 2009

wedding AYA












ALHAMDULILLAH....syukur sangat sangat coz segalanya berlangsung dengan meriah. sejak dulu lagi aku dah janji dengan Aya akan menguruskan persiapan perkahwinannya seada yang aku tahu which means dalam bidang aku ler!

Sabtu malam tu aku ngan Echo gi pasang pelamin dan meja beradap, sabar la sangat sangat, memang penat dengan kerusi yang teramat berat, pasang pelamin dua orang, meja beradap....akhirnya jam 2 pagi semuanya siap gak! malam tu gak aya baru teringat, kek tak order lagi, aku terus call kak ina pesan kek, ha tengok kek yang akak tu buat, dah la cantik, sedap plak tuh (akak, nanti sponsor birthday kek zac ok hehehehe...) sampai umah, mandi terus pengsan!

Esoknya awal lagi dah bangun, si Echo kena jadi pengapit si Amar, dia pasang ngan Ida. Hmm seharian hari ini memang penat tapi penuh dengan pelbagai perkara yang lucu la, meh aku kongsi ngan korang....

Sampai umah Aya, Bob (kawan aku yang pandai make up, memang cantik, korang bleh contact dia di talian 013-4833991) start makeup...aku terbaring di katil pengantin coz memang ngantuk sangat, sedang ayik pot pet pot pet dalam keadaan ngantuk, gedeboommm....apa tuh? katil runtuh hehehe apa lagi, pecah gelak la semuanya hehehehe sabar ja la, aku ke yang berat tuh? tu spasal, Amar plak (pengantin lelaki)...contact lens terkoyak dalam mata hehehe...separuh berjaya kuar, lagi separuh ada lam mata hehehe bini dia gak berjaya kuarkan....

Aku plak teringat bunga tangan tak amek lagi, terus drive di Tanjung Bunga, sekali aku tengok bunga tangan tu, hati aku punyalah sakit, mcm taik je kedai ni wat bunga tangan, aku rasa cam nak baling je bunga tu kat dia, apalagi aku bising la...finally aku yang terkenal dengan pembela hak hak pengguna, mintak dia ganti bunga baru coz aku nak olah semula, dia pun kasi je hehehe aku pecut gi Batu Ferringhi plak, suh Kak Siti gubah semula....

Patah balik ke Tanjung Tokong, semua dah siap nak gerak, Aya dah cantik sangat, Amar pun dah siap, aku siapkan pengapit ja la...dorang move tinggal aku, Bob ngan Sheeren bersihkan bilik...pastu move gi umah pengantin kat Tanjung Tokong, sampai ja dari jauh aku tengok dorang kat atas stage tengah tengok silat....hmm lega hati aku.

Tapi sekejap je, Aya panggil aku cakap Air Mawar, Bunga Rampai ngan Beras tak buat lagi, aduhhh aku zoom plak gi umah Kak Suria, mintak tolong watkan semua tuh. Dah siap, baru nak mamam tu pun tak senang gak, ada ja itu ini tapi aku ok jer la, memangnya bukan mudah untuk menguruskan majlis cam ni, banyak lagi hal yang kena buat.

Dengan cuaca yang panas, hmm ntahlah nak cerita mcm mana. Semuanya berlangsung dengan indah sebenarnya, ramai sangat tetamu dorang yang datang. Aku hepi sangat coz aku yang tempah pakaian pengantin yang kainnya aku beli dari Medan, ha cantik tak? Kalo sesapa nak kawin bleh order kat aku, kalo korang ada design sendiri pun tak per, just bawak je design tu....hehehehe....

Malam tu bukak pelamin n meja beradap plak......pengsan lagi!


Monday, November 30, 2009

SALAM AIDIL ADHA



Salam korang, Raya Korban tahun ni memang meriah sangat, coz aku beraya kat umah sewa aku ngan Echo Wibowo yang datang teman dari Indonesia huhuhu makanya tahun ni juadah raya umah aku berbau Indonesia ler hehehe Echo masak Rendang Medan ngan Bakso Ayam..yumiieee Alhamdulillah semua tetamu yang datang puji hidangan ari raya umah aku, dua hari sebelum tu aku sempat buat Biskut Tart n Almond gak, saja la nak tambahkan kemeriahan meja makan dan tak ketinggalan gak Kek Choc Istimewa ni ha dari Kak Ina....korang kalo nak tempah kek, gi je blog Kak Ina neh - http://kakina-bakery.blogspot.com

Berani jamin, kek akak ni memang sedap, puas hati sangat dengan harga yang berpatutan. Akak ni pun besh je layan SMS, korang nak cam ner bagitau jer, malam raya ari tu Kak Ina datang ngan hubby dier antar kek kat umah aku yang jauh ni ha, makasih la kak yer!

Hari Raya indah sangat kali ni rasanya, meriah dan penat sangat sangat huhuhu.....

Monday, October 26, 2009

NJOYING HATYAI.....

PHOTO akan diupload nanti hehehhee itulah pembuka cerita. PUAS DAN ENJOY - hanya itu yang mampu aku luahkan, sesungguhnya aku hepi sangat dengan short trip ke Hatyai Thailand (walaupun masa makan di sempadan, dah kena tipu idup idup bilamana makan nasi ngan ayam je kena bayar RM6 - sakit ati aku). Sepanjang perjalanan aku pot pet dengan Akak yang namanya NAH - dia ni orang Patani, mcm mcm yang kitaorang borak, dari pasal kehidupan, resepi, pelaris perniagaan, kehidupan peribadi dia (yang bercerai dengan laki dia, 2 owang anak lelaki dia yang pandai masak dan segala mcm lagi la), hurm memang mcm mcm hal yang kitaorang sembang (aku rasa penumpang yang len sure tension coz dengan suara kitaorang pot pet dan gelak gelak) hehehehe ....

Sampai je kat Hotel Diamond Hotel Plaza, terus check in n lepak jap je. Aku ajak Echo keluar semula, maka bermulalah perjalanan kitaorang seluruh Hatyai hehehe memang penat tapi berbaloi sangat, masa makan kat Restoren Maliam, kitaorang jumpa 'someone' yang berprofil tinggi, dia pun makan kat situ, sempat la tukar name card n citer...nanti balik Penang, calling calling katanya, yeah i will! Makan kat sini memang sedap sangat sangat, barulah terasa ketomyammannya hehehe tapi agak mahal berbanding kat Malaysia la...

Menyelesuri Hatyai mengingatkan aku pada Bangkok, barang dagangan kat sini lebih kurang Bangkok jer. Yang pastinya banyak yang unik. Penat jugalah berjalan sampai sengal sengal rasanya, stay kat hotel ni buatkan aku hepi sangat coz nak ke mana mana semua dekat...tempat shopping, makan semua sekitar ni jer.

Malamnya aku ngan Echo dinner kat Hansa Plaza, dinner sambil tengok kabaret show, njoy tengok costume dan juga kecantikan 'perempuan' di atas pentas hehehhe oh ya aku nak pesan kat korang yang nak beli tiket kat agent untuk tengok show ni, pastikat kat tiket korang ada tertulis DINNER & SHOW dengan harga Bath 300. Aku sempat bertekak coz bila sampai kat sana, no dinner dengan harga tu so dengan perbualan ayam dan itik, akhirnya aku finally dapat dinner jugak hehhee....dan seat kat center juga hehehe echo pulak takut aku gaduh hehehhe tapi aku memang cam gini, tak akan puas kalau 'kepenggunaan' aku dicabar! Finally malam tu berlabuh gak, aktiviti kitaorang diteruskan lagi tapi tak boleh diceritakan di sini huhuhuhu....

Esoknya...awal lagi dah bangun n call 'abang tut tut' tapi sudahnya dia dok tidoq lagi, semalam beria je nak bawak kitaorang gi bekfast katanya. Finally aku panggil tut tut len, kalo korang nak sarapan atau lunch, korang cakap je nak gi PLAZA, ha kat tingkat 3 ada mcm mcm makanan Islam yang dijual di sini, semua sedap sedap belaka..

Pas makan, kitaorang ronda dalam Plaza ni tapi tak beli pa pun coz menda yang aku nak carik tak ada la pulak..mungkin ada tapi aku tak jumpa kedai tu. So ambik tut tut lagi, awalnya nak ke Market Kim Yong tapi dengan bahasa ayam itik, aku terangkan gak yang aku nak carik kedai yang ada jual headgear penari tradisional Thailand, aku pun tunjuk la cam ner design menda alah tu kat atas kepala, driver tut tut angguk kepala, ntah apa dia cakap. Tahu tak korang, kedai apa yang dia bawak kitaorang? Hmm kedai jual helmet! Macam aku nak hantuk je kepala dia ngan helmet lam kedai tu, punya la sakit hati aku, Echo tergelak gelak jer....last round kitaorang decide nak balik ke Pasar Kim Yong coz ada barang yang aku order. Aku beli dulang hantaran yang mini dengan harga Bath20 jer setiap satu, aku beli 12. Just ronda n beli buah gajus ngan coklat pastu move.

Sampai kat area hotel, naik bilik check out n turun ronda lagi, kat area sini memang banyak kedai jual barang n yang kat kaki lima pun ramai gak. Jalan punya jalan, terjumpa la kedai barang yang aku carik tu padahal kemarin dah berpuluh kali lalu kat situ, mungkin rezeki kot. Aku beli tali pinggang Thailand yang design sisik ular emas untuk kegunaan dancers, Echo tukarkan duit lagi, aku ada tempah gak beberapa barang len dengan janji will b back December or January...bukannya jauh pun nak datang sini lagik!

Perjalanan balik ke Penang ok ok jer, van yang kitaorang naik much much better...kitaorang satu van dengan pelancong dari Medan, satu family. Baik sangat chinese tu, lancar je Bahasa Indo nya...katanya sering ke Penang, dorang stay kat Gurney Park.

Short trip tapi memang best sangat sangat, njoy. InsyaAllah will be in Hatyai lagi, nak ajak kengkawan yang lain datang bercuti....

Friday, October 23, 2009

HATYAI...

Rencana mahu ke Genting Highlands dengan Echo...jadual aku jadi ting tong sangat bulan ni sampai Disember memang pack. Tadi decide nak gi Hatyai jer la so aku pun buat booking tapi penuh la pulak coz dah last minute. Dengan hampanya, aku drive ke Prangin Mall...saja nak survey package apa yang ada, sekali aku tanya kat situ, masih ada kekosongan untuk pakej Hatyai, terus aku bayar ler, RM200 untuk 2 orang (transport ngan hotel) untuk 2 hari 1 malam...hurmmm ok wat!

So, esok jam 8.30am aku akan bertolak ke Hatyai ngan Echo, ntah mcm mana Hatyai pun aku tak tau, dulu dah penah pegi tapi kejap je coz naik flight dari sana ke Bangkok. Harapnya trip yang singkat ini menghiburkan dan njoy lor!

Will be back on MONDAY......bubbyyeee!!!!

Wednesday, October 21, 2009

KECIKNYER ATI AKU ....

Beberapa minit sebelum azan Maghrib berkumandang, aku dapat cerita dari seorang teman berkisar tentang dua orang teman baik aku yang selama ini aku jaga, aku beri perhatian melebihi saudara kandung aku sendiri coz aku dapat tengok dorang ni tak punya keyakinan diri, kena diperhatikan dan diberikan semangat tapi hari ini hati aku betul-betul hancur, Allah saja yang tahu. Segala yang aku dengar, aku simpan seketika di hati, aku percaya dengan apa yang aku dengar coz aku tahu dorang tu mcm mana. Aku pernah cuba mengubah sifat yang ada pada dorang tapi dihujungnya aku harus tahu juga, jika dorang tak tolong diri dorang sendiri, apa pulak daya aku.

Cuma, hari ini hati memang terusik dengan apa yang aku dengar. Mujurlah aku ni jenis tak cepat melatah malah sempat aku pujuk hati....tak apalah, satu waktu korang akan menyesal dengan kehidupan korang sendiri.

Yang penting sekarang, hidup perlu diteruskan. Esok aku ada janji dengan owner kedai di Batu Ferringhi, INSYAALLAH Januari nanti akan bermula satu episod baru dalam kehidupan aku. Dengan izin YANG MAHA ESA.

Tuesday, October 13, 2009

finally .....



MAKASIH MAK & BA ATAS SEMANGAT DAN PENGORBANAN ....

Monday, October 12, 2009

bila KENANGAN TERCIPTA .....





Tadik aku singgah umah AYA coz nak antar telekung yang dia order dari Medan...aku sempat tengok photo Majlis Akad Nikah dia ari tu. Hmm....saja nak share ngan korang, sempat gak bincang dengan Majlis Kahwin dia Disember nanti, Alhamdulillah sekali lagi dia berikan aku kepercayaan untuk handle karang dengan tema Garden Wedding...






Sunday, October 4, 2009

citer KAWIN .....

AYA...is one of my dancers yang dah menyokong bisnes aku since 2000. Dia satu satunya dancer yang paling tak banyak karenah, senang di urus dan tak banyak songeh. Aku ngan dia agak rapat gak la, aku senang bila keja ngan dia, mak ayah dia pun baik giler, seluruh keluarga dia la memang baik baik.

Few months ago dia ada bilang dia nak kawin ngan Amar, dia datang bincang dengan aku tentang perancangan majlis kawin dia, finally dia nak aku jadi Wedding Planner dia. Hmm aku setuju je coz melakukan sesuatu untuk gembirakan orang kan ke bagus? Dan sejak itu bermulalah perjalanan persiapan perkahwinan Aya. Namun, sedihnya...sepatutnya segala urusan ini aku lakukan bersama seorang yang sudah berjanji untuk sama sama membantu dari A-Z namun sampai ke penghujung majlis nikah Aya, hanya aku seorang yang menanggung. Tapi petang tadi bila berakhir majlis, aku lah rasanya orang yang paling happy! Penat seminggu kebelakangan ini rasa hilang entah ke mana!

Kelmarin, segala persiapan hantaran dan pelamin selesai walaupun ke malam berlarutan dan pagi tadi aku ngan Bob ke umah Aya untuk sesi solekan. Aku ke town amek bunga tangan ngan sirih junjung. Sampai je semua dah siap. Aya n family ke Masjid Terapung Tanjung Bunga, aku nagn Bob stay kat umah je, hmm ada satu perasaan apa ntah bila tengok dia masuk keta, lambai tangan kat aku masa tu. Aku bual bual ngan Bob about frenz n wedding dorang, ramai gak yang melangkah ke alam umah tangga. Kitaorang je belum huhuhu....

Tak lama, Aya pulang ngan husband dia, Amar. Alhamdulillah semuanya dah selamat. Amar datang say thanks. Sweet sangat tengok dorang yang serba putih. Majlis nikah dorang punya la ramai jemputan sedangkan majlis kahwin bulan disember karang, ari tu masa tunang pun dah ramai orang, memang ramai kenalan dorang ni.

p/s : tiap kali tengok owang bersanding, lemah je aku rasa hmm.....

Wednesday, September 30, 2009

persahabatan yang tiada nilai .....

Seringnya dalam hidup aku, selalu je aku di pihak yang menjadi mangsa, kekadang untuk pujuk rasa hati ni aku cakap la, maybe aku ni banyak salah, banyak dosa dengan orang so pasal tu la aku selalu je jadi mangsa tapi kalau dah tak henti henti aku ja yang kena, terfikir plak aku, banyak sangat ke dosa aku neh? Yang selalu aku ingat, datang la kengkawan yang mintak tolong, sure aku tolong, kekadang tu aku stopkan keja dan urusan aku hanya semata nak tolong cover masalah kengkawan but finally?

Aku sedih betul sejak Ramadhan ari tu, all about friendship. Rasa cam melepas anjing tersepit pun ada gak, aku cuba menjadi yang terbaik tapi selalu je ada yang tak kena. Tak perlu la aku cerita dengan jelas tapi aku dah terlalu banyak berkorban untuk kengkawan, duit ringgit tenaga dan masa tak yah la nak cakap, hmm rasa bodoh bangang betul la! Ringkasnya, tak ada sapa yang boleh dipercayai di dunia ni...bukan lantaran kecewa tapi memang aku rasa cam tuh la, masa susah je nak ingat, senang skit je terus lupa daratan. Aku bukan marah tapi aku kasihan dengan manusia yang tak ada arah tuju ni.

Mungkin orang jenis cam ni sering terselamat so dia merasakan kemenangan tu selalu di pihak dia hmm semoga dia cepat tersedar dan nampak jalan yang seharusnya. Aku masih di sini, seperti biasa, kekuatan yang ada dalam diri ni aku jadikan perisai cuma aku tertekan skit je, nasib baik ada tempat meluahkan segala perasaan yang terbuku ni ha.....

Mayb ada sahabat yang benar benar baik tapi bagi aku, cukup lah setakat ini. Ada noktah. Kesabaran aku juga ada hadnya, aku pun manusia gak bukan alien datang dari planet lain. Cuma aku doakan, semoga masing masing ada jalan terbaik untuk hidup. Dengan izin Allah.....

Aku akan terus melangkah.....

Monday, September 21, 2009

RAMADHAN & SYAWAL YANG TAK TERLUPAKAN







Tahun ini terlalu banyak cerita Ramadhan dan Syawal sebenarnya yeng melalui hidup aku namun aku lebih suka bercerita apa yang seharusnya aja. Perit juga tanggungan dan ujian yang meliputi hidup aku tahun ini namun hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang terjadi, hanya pada Allah aku mohon perlindungan.

Ramadhan tahun ini aku tak sunyi coz Echo datang dua hari sebelum Ramadhan so sepanjang 3 minggu Ramadhan, dia la yang temankan aku buka puasa manakala sahur plak Joe ada sekali, kiranya bertiga la kami sepanjang Ramadhan ni. Hampir setiap hari kami bertandang ke Bazar Ramadhan kat Tanjung Tokong, Echo la yang excited try makanan Malaysia. Aku dapat rasa perbezaan la tahun ni, aku tak banyak makan sangat masa buka puasa. Sahur, aku makan nasi goreng jer setiap hari (bosan la si Echo ngan Joe tu hehehehe, itu je yang mampu aku buatkan untuk sahur)

Echo yang banyak tolong aku siapkan biskut rya tempahan orang tahun ini, kalo dia tak ada aku tak tau la nak menjawab cam ner, aku sendiri hampir nak stop buat hehehehe banyak siot. Alhamdulillah semuanya siap gak.

Tahun ini menjelang Syawal ada sesuatu yang aku usahakan, tentang apa biarlah ianya menjadi rahsia hidup namun aku tahu ianya bermakna.

Aku sampai di Medan tanggal 18th September n terus ke hotel. Aku call Echo, terkejut beruk dia aku ada kat Medan hehehe saja nak wat kejutan katanya. Petang tu kitaorang jalan jalan ke mall, aku sampai rasa nak mengalah pun ada, punya ribuan ramainya manusia di sini sana, nak aku kata Penang n KL busy, di sini ntahlah aku nak cakap cam ner, nak gerak pun susah…cadangnya nak shopping tapi dah banyak sangat sampai aku tak tahu nak beli apa last skali balik bilik hotel ja la….

Petang tu buka puasa jam 6.30pm (waktu Medan hehehehe) aku makan Nasi Ayam Penyet, kuih muih khas Medan ngan Ais Campur hmm sedap siot, Bazaar Ramadhan kat sini meriah gak, masa makan tu aku tengok langit punya gelap. Risau gak hati ni coz aku dok Nampak nak shopping kat bazaar depan tuh tapi Alhamdulillah tak hujan. Makanya dari bazzar tu dapat la aku beli Baju Melayu untuk aku, abang ngan adik aku dengan harga RM27 untuk 3 pasang (kalo korang tengok sure makan hati…memang cantik siot, kualiti pun ok) hmm tahun depan jual baju melayu la pulak! Hehehe…..mcm mcm barang dijual kat sini, memang meriah dan pastinya murah!

Malam raya kat sana memang meriah sangat sangat, dorang berarak atas lori siap bergendang lagi, punya ramai manusia kat jalan. Sambutan yang aku tak pernah tengok selama ni, Syawal memang benar-benar diraikan. Yang paling best aku tengok, tabiran di masjid yang dimonopoli oleh kanak kanak. Aku sempat gi masjid belakang umah Echo, aku terharu tengok bebudak age aroung 5-7 years dalam satu kumpulan bertakbir raya gilir-gilir, dalam ramai ramai tu aku nampak anak saudara Echo yang age 7 tahun,namanya Rendy. Sampai part dia takbir, jadi lawak plak aku tengok. Cakap pun tak lancer tapi bertakbir plak hehehe tapi kawan kawan yang ada cover line ar…aku respect ar tengok management masjid ni yang benarkan budak budak ni tkbir guna mic…sekurangnya mereka ni dibentuk dari muda tapi macam masjid kita, asal nama bebudak je dianggap mengganggu.

Sayu la jugak bila berjauhan dari keluarga di hari raya, ada sesuatu yang terjadi yang menghalang aku beraya di Penang. Tapi aku syukur sangat dengan layanan dan pengalaman yang aku dapat sepanjang beraya di rantau ni. Keakraban keluarga jauh dan dekat terlalu mendalam. Teringat gak la sanak sadara kat Penang..mmm apatah lagi bila dengar suara mak call aku, sayu siot tapi control macho lagik la hehehehe…..

Seharian aku makan lontong hehehe sedap siot lontong Indon, tak sama dengan Malaysia. sure la kan, rempah ratus dua negara ini olahnya berbeda kan. Kalo kat sini, banyak yang sediakan kuih raya kering berbanding kita. Walaupun juadah lebih bersederhana kat sini tapi aku gembira, sekurangnya ini pengalaman yang terlalu brharga untuk aku. Mak Echo layan aku first class, saudara mara dia gak sporting, buatkan aku tak rasa asing.

Penerbangan pulang dengan pesawat Sriwijaya membangkitkan pelbagai rasa di dalam jiwa aku ini…sedih, sayu, gembira semuanya ada. Ramadhan dan Syawal tahun ini sungguh bahagia rasanya dengan pengalaman yang sungguh indah. Tak mungkin aku lupa…..

SYAWAL ini ada nawaitu yang aku simpan di dalam hati ini….InsyaAllah segalanya akan aku usahakan. Aku tidak mahu sesuatu yang terjadi sebelum Ramadhan tahun ini berulang lagi, kepedihan ini terlalu perit untuk aku tanggung, baru aku kenal siapa sebenarnya yang sanggup susah dan senang dalam kehidupan aku. Rupanya lakonan semata hanya demi kepentingan sendiri....

Saturday, August 29, 2009

RAMADHAN....

SALAM RAMADHAN...baru hari ini ada kesempatan untuk aku update kat sini. Ntahlah, masuk je Ramadhan ni mcm mcm hal yang membuatkan aku gembira di samping teramat duka. Alhamdulillah, Echo datang dari Medan bersama dengan aku. Dia banyak membuatkan perasaan aku tenang. Kesedihan dalam hati ini ntah macam mana nak aku gambarkan...bilamana seseorang yang sememangnya aku banyak berkorban menjauhi aku dengan alasan dan sebab yang tak masuk dek akal.

Finally, setelah melalui beberapa hari dengan kesedihan, aku nekad untuk letakkan noktah. Biarlah, segalanya ku serahkan pada Allah aja. Echo pun nasihatkan aku untuk biarkan perkara ni berjalan sendiri.

Sejak Ramadhan, aku sahur dengan Echo dan Joe. Kalo bukak puasa, aku ngan Echo jer la coz Joe gi wat show. Hepi gak aku coz dapat bawak Echo merasai pengalaman baru berpuasa di Penang ni cuma aku tak sempat sangat nak bawak dia jalan jalan pusing Penang. Mana dengan bulan puasa ditambah dengan hujan je tiap hari...InsyaAllah nanti je, dia lama kat sini.

K la, tu je aku nak update....nanti aku citerkan lagi pengalaman Ramadhan tahun ni...

Monday, August 10, 2009

LION AIR? Hmmm.....

Alhamdulillah, aku ada ruang untuk pot pet di sini lagik. Last minite aku dapat rezeki tapi aku harus siapkan permintaan pelanggan secepat mungkin. So aku decide nak terbang ke Medan lagi, aku contact Echo dan mintak tolong apa yang patut. So on the day nak terbang, awal pagi lagi aku dah sampai, dari nak fly dengan Sriwijaya Air kemudian Fireflyz akhirnya aku fly dengan Lion Air hmmm menakutkan! Hmm aku tak puas hati dengan harga yang aku bayar untuk tiket coz seat dalam flight cam bas ekspress yang buruk sangat dengan Pramugari yang tak mesra langsung di tambah plak sepanjang penerbangan, pemanduan cam tak bagus. Aku tak tahu napa, tak smooth cam Air Asia. Yang paling best, ada penumpang pompuan yang jerit jerit hehehe aku cuak gak tapi maintain macho je tapi dalam hati? hehehhe.....

Banyak hal yang terjadi sebenarnya di airport tapi malas aku nak ceritakan di sini, aku sendiri penat nak cerita but I have to give credit to Azrul Syafiq yang membantu aku walaupun dalam kebusyan exam PTD dia, thanks to 'Mr Dafi' gak atas help dia yang buatkan aku berjaya fly ke Medan jam 3.10 petang, finally. Sampai sana aku kena tahan la plak ngan Imigresen coz dalam pasport aku banyak sangat cop Indon, dia tanya pasal kerap datang sini so aku cakap ar tunang aku orang sini hehehehe lepas ar!

Sampai kat bandara, Echo tak sampai lagi coz kat hotel hujan tapi airport tak. So aku nunggu jap. Tak lama Echo sampai terus ke hotel, landing jap coz aku penat sangat sangat dari pagi cam orang gila kat airport. Pas Asar aku ikut Echo pergi majlis kenduri kahwin haaaaa first time merasai suasana kenduri kat Indon, best gak cuma kali ini aku tak bawak kamera, cantik siot pelamin dorang. Yang bestya ada show hehehe dan tak lupa gak makanan dorang la, sedaaaappppp sangat rendang daging, nak tambah rasa malu la plak hehehe

Dari sana kitaorang move ke Supermart Brastagi, soping makanan untuk bekalan di hotel hehehe itu la keja aku sampai badan aku ni dah jadi cam badak dah skarang ni. Balik hotel, watching tv mandi n lepak, malam tu kitaorang makan Ayam Penyet Bakar lagi lor, aku tak bleh lepas ar makan kat sini kalo ke Medan. Malam tu sambung watching lagik sampai kol 3am.

Esoknya aktiviti membeli belah ar....puas cari tudung Siti Nurhaliza tapi tak jumpa hehehe merata gak pusing ari ni, dengan cuaca panasnya! Kitaorang ke Plaza Milenium, beli handphone untuk mak Echo. Kat Lantai 4 aku sempat tengok Fashion Show Kanak Kanak sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Indo 17 Ogos akan datang, aku bleh tabik spring ar kat bebudak tuh, memang cam model professional. Kata Echo, bebudak tu dah fully train kat Sekolah Model, dasat memang dasat, ada sekolah model la plak!

Malam tu aku watching sowang je, Echo siaran sampai tengah malam. Aku tertido sampai la dia ketuk pintu tengah malam n baru gi makan malam tapi aku tak ada selera malam tu ar, ntah napa mayb coz dah tido hehhehehe

Tadik aku fly balik Penang guna Fireflyz jer la, tak nak Lion lagik hehehe cukuplah sekadar pengalaman. Tapi tadik Fireflyz lewat ar, tension aku coz nunggu giliran nak terbang katanya. Sib baik Pramugari cun....aku suka ar Pramugari Fireflyz (mengingatkan aku pada Pramugari MAS....sama je standard dorang)

OK la, till here....banyak keja nak buat nih!

Saturday, August 1, 2009

sebuah keluhan pemergian .....

Aku berlepas dari Bandara Polonia Medan pada tanggal 31st July 2009 jam 7.10pm dengan pesawat Air Asia QZ8074. Dengan perasaan hiba, sedih, pilu, entah segala bagai. Air mata dia yang dikawal tumpah juga bila aku mohon maaf atas salah silap sepanjang 8 hari aku dengan dia di bumi Medan. Hmm entahlah, aku tak tahu nak ungkap mcm mana. Belum pernah aku lalui suasana indah begini. Kadang kadang aku jadi takut sangat bilamana ketahuan diri ini terlalu dicintai, adakah hal ini aneh? Aku merasakan jauh dari dalam hati ini yang aku benar benar dihargai, dicintai, disayangi sedalamnya. Aku dilayan bagai bayi yang baru lahir yang tidak tahu untuk berbuat apa apa di dunia ini. Segalanya disediakan untuk aku.

Hmm tinggalkan segala kesedihan ini kerana aku nak kongsi 'kesedihan' yang lain. Aku rasa satu Malaya dah tahu citer si Beng Hock yang mati akibat kejadian yang belum diketahui puncanya kan? Dalam flight aku terbaca suratkhabar sebuah parti pembangkang yang menyiarkan sebuah puisi dari tunang si Beng Hock yang sedang mengandung itu, korang hayati. Tersentuh gak hati aku bila baca puisi tuh....hmmm

BENG HOCK, KAU TIBA TIBA PERGI TANPA SEBARANG PESAN
KAU KATA MASIH BANYAK YANG INGIN KITA LAKUKAN BERSAMA
BANYAK LAGI TEMPAT YANG SEPATUTNYA KITA KUNJUNGI
KAU KATA AKAN MENEMANIKU SEPANJANG PERJALANAN HIDUP INI
TAPI APA YANG HARUS AKU LAKUKAN SEKARANG?

BAGAIMANA DAPAT KITA BERTEMU LAGI?
KAU SENTIASA DIINGATANKU
AKU SELALU MENGINGATIMU, AKU MAHU KAU KEMBALI
MUNCUL SEMULA DI PANGKUANKU
DALAM BEBERAPA HARI INI AKU SENTIASA MENANTIMU
TAPI IA SUNGGUH MENGECEWAKAN

AKU HANYA INGIN TAHU SAMADA KAU SELAMAT
APAKAH KAU MENDERITA
JANGAN BIARKAN AKU TERUS MENUNGGU
AKU MAHU MENEMUIMU SEKALI LAGI
BILA TITISAN AIR MATAKU TIDAK DAPAT MENGHIDUPKAN DIRIMU
AKU TERPAKSA MENERIMA HAKIKAT
KAU TELAH PERGI SELAMA LAMANYA

HARI INI AKU MASIH PERLU MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL
AKU BERJANJI AKU AKAN JALANI KEHIDUPAN SEADANYA
TETAPI KAU MESTI BERJANJI SENTIASA DI SISIKU
DAN KITA BERSAMA SAMA MEMBESARKAN BAYI INI

BENG HOCK, PERJALANAN KITA BERDUA DALAM HIDUP INI SUDAH BERAKHIR
TETAPI AKU BERHARAP KALAULAH ADA KEHIDUPAN SELEPAS INI
AKU AMAT BERHARAP KITA DAPAT BERSAMA SAMA MENERUSKAN PERJALANAN KITA

KEKASIHKU
SEMOGA DIKAU TENANG DI ALAM ABADI


SOH SHER WEI - TUNANG BENG HOCK

Monday, July 20, 2009

MEDAN with FIREFLY ....

13th JULY 2009
Hmm citer Medan lagi, sure kengkawan yang drop sini makin bosan ngan blog aku, dun wori this time aku bawakan sisi lain ar. Kunjungan ni tak plan, last minute decide nak merasai FireFlyz plak ar coz dah selalu dengan Air Asia. So pada 13th July lepas aku terbang jam 10.30 am dengan pesawat Fireflyz FY3402 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Masa nak naik flight, takut gak aku rasa hehehe coz pesawat ni kecik, tangga nak naik cam muat muat badan aku je apatah lagi bila melangkah masuk on board hmm ketinggian aku dengan siling hanya berbaki 2-3 inci jer. Dengan bantuan Laila (Passanger Service Agent Fireflyz), aku dapat seat tepi tingkap, hmm memang aku nak pun coz nak tengok kipas yang berpusing tu (aku tak nak dah duduk dekat dengan kipas dan tingkap, scary hehehhee)

Tadi fly terlewat 10 minit tapi tak per la, coz aku 'tertawan' dengan 'keindahan' pramugari Fireflyz yang bagi aku mempunyai tarikan tersendiri, memang vogue dan professional dalam tugas, senyuman tak pernah lekang dari bibir. Yang paling aku suka ialah Flight Announcement dorang jelas sangat sangat tak mcm airlines lain yang cakap apa ntah antara dengar atau tak So puas hati kat situ ar, lagi satu muffin sedap siot dengan fresh oren huhuhu.....

Pesawat ni terbang rendah dan mengambil masa hampir satu jam nak sampai Medan, bosan sangat aku dalam flight. Tapi finally aku selamat juga tiba di bumi Medan. Ini kali pertama aku sampai Medan pada waktu pagi. Sampai je kat sana, aku ada masalah dengan Imigresen plak coz tak ada tiket balik so passport aku ditahan sementara, terpaksalah aku ke office Fireflyz cetak tiket balik, kecoh ar dorang ni.

Echo yang amek aku, dia sampai lewat skit, dari airport terus gi hotel letak beg n kitaorang gi makan kat Ayam Penyet Joko Solo, Jl Sisingamangaraja. Hmm enak sangat sangat makanan kat sini, kenyang siot. Dari sana, kitaorang zzoommm pegi USU, gi print photo yang aku bawak dari Malaysia, banyak gak la aku cuci, dekat 2 jam gak kat sini, rata rata yang kat sini dah kenal ngan aku hehehehe memacam la kitaorang borak. Echo belikan aku new prepaid number atas alasan keselamatan ( hehehe mcm ajen perisikan plak)

Dari sana terus ke Sun Plaza, aku tukar duit. Pastu terus balik ke hotel n bayar bilik sekaligus n tido hehehhee tu la aktiviti aku kalo sampai hotel, sure tido jap.

Malam baru bangun n kuar gi makan Sate Padang (kemestian) dari situ gerak ke Medan Mall Plaza, aku gi Butik Romp beli pakaian skit, aku bawak baju tak banyak n shopping dalam Carrefour, bekalan makanan tambahan untuk dalam bilik. Malam tu Echo bawak aku makan kat apa ntah nama tempat tu, dekat dengan station radio KOSA FM. Tapi memang murah dan sedap, ayam panggang penyet hmmm.....


14th JULY 2009

Bangun pagi aku tahu aku selsema coz kelmarin seharian aku ngan Echo, dia selsema. So disebabkan antibodi aku tak kuat so aku dijangkiti lor! Aku breakfast kat Cafe hotel je, pastu naik bilik semula makan ubat n tido balik. Aku lepak sowang je, Echo on duty. Petang tu baru la kitaorang kuar uruskan kad perkahwinan yang client aku tempah. Kat sini murah murah korang...mcm mcm design ada. Tak rugi wat tempahan kat sini. Dari sana aku ke Bank Mandiri buat transfer duit. Pastu terus ke Medan Mall, shopping kat Pajak Central, segala jenis kain yang dipesan pelanggan dan aku ke Romp lagi huhuhu.....

Malas nak gi jejauh, kitaorang lepak minum kat Cafe Esteller77 je, kat Malaysia pun ada cafe ni, aku minum Fanta Susu je, Echo minum Esteller, sedap coz dicampur mcm mcm jenis buah. Seterusnya hehehhe ni yang best kitaorang menikmati sejam kepala di cuci, diurut, distim dengan susu, haaa memang sedap sangat sangat. Kitaorang wat kat Yopie Salon yang letaknya dalam Medan Mall, semuanya pada harga Rp45K (ha ada korang mampu hehehhe) tapi kalo diRinggitkan sekitar RM12 jer, sedap sangat sangat, servis tip top tak padan ngan harga.

Dari sana Echo bawak aku ke Jalan Cirebon, sepanjang jalan kat sini ada banyak kedai yang menjual aksesori hiasan pengantin, dah sering aku ke Medan, baru kali ni aku jumpa apa yang sepatutnya aku jumpa. Aku terus SMS Fir ngan Ayu. Di sini bukan sahaja aksesori pengantin, aksesori untuk persembahan banyak sangat di jual. Susah ar nak jumpa tempat cam ni kat Malaysia dan yang pasti harganya murah giler!
Petang tu end dengan makan Sioamay kat USU......demam selsema makin mengganas!


15th JULY 2009

Awal lagi Echo bawak aku ke Rumah Sakit Adenin Adenan kat area hotel, aku dah memang 'flat' tahap cipan. Aku tak ada tenaga sangat sangat. Dan aku tak akan lupakan bilamana Echo bohong kat doc aku ni orang Jawa yang dah 8 tahun kerja kat Malaysia, ni balik cuti kat Medan hmmm aku diam je sepanjang doktor tu merawat aku. Kan aku sakit, tak bleh cakap hehehe padahal nak cover line kang pecah lubang aku warga Malaysia, kena tahan plak kat wad. End session, aku disuntik di punggung hehhehe dan diberi ubat yang banyak dan besar-besar, sabar ja la! Memang seharian aku tak ada mood coz sakit ar
Malam kembali ke makan malam dan sempat supper Sate Memeng gak jam 2 pagi hehehehe walau demam coz esok pagi dah nak balik.


16th JULY 2009

Esok awal pagi aku siap siap nak balik dengan pesawat FY3403, sedih siot nak balik, rasa sekejap sangat aku kat sini. Bukan sebab cinta tapi sebab aku memang suka sangat dengan lifestyle kat sini, simple murah n hepi.

Khamis depan (23rd JULY 2009) aku akan ke Medan lagi, lebih indah pastinya untuk meraikan Hari Lahir si dia yang ke 24, InsyaAllah.

Saturday, July 11, 2009

updated medan ....






ha pic di atas semua tu masa kunjungan aku ke medan dengan frenz, meriah gak bila pegi ramai cam tu, yang paling best la aku tengok si Dior ngan Ayu yang memangnya giler shopping. Shahril banyak beli barang untuk wat bisnes, aku teman kan jer la jadi tour guide tak bertauliah. hepi sangat tengok kengkawan hepi. Yang bestnya Dior ar....mulanya nak wak duit skit jer tapi finally, ha giler jadinya......tapi ok gak, dia kena ar banyak soping especially untuk pakaian dia, artis tengah naik sahamnya skang...wish U all da best Dior. Korang support ar dia gak, just go to > http://shahdior.blogspot.com/ .

bila pegi ramai ni jadi happening, masa soping...makan...experienced yang memang best ar! aku harap dapat pegi sesama lagik pas ni, dengan izin Allah. si Echo tu happy la dengan telatah Fir yang banyak mengajar dia 'perkataan-perkataan' yang tak berguna. Lawak plak aku dengar sebutan si Echo tuh...

ada kejadian seram tau korang....mulanya kitaorang stay kat lantai 4 hotel tu pastu kitaorang minta tukar so dapat le ke lantai 3. jeng jeng jeng....segala cerita terkeluar bila dah sampai penang. Aku la terbukak citer dulu yang mana aku 'dipindahkan' ketika tidur...betul korang, ini pengalaman pertama aku. Aku tido kat katil satu ni, esoknya masa azan aku terkejut bila aku 'cantik' je berselimut kat katil sebelah. aku yakin sangat aku tido katil lain, belum pernah la aku jadi cam ni. tapi semua ni aku wat bodo jer.

fir plak kuar bilik tunjuk telapak tangan dia yang pucat, memang serius pucat. cerita fir, malam tu dia tido...dia rasa tapak tangannya di isap isap hmm tapi mata dia tak bleh bukak, seram plak aku dengar....diisap tapak tangan, first time aku tahu tuh hehehhe

masuk plak si ayu, katanya malam tu waktu dia kuar toilet, dia terperasan ada kelibat hitam depan dia, sudahnya sampai siang dia tak bleh tido. hmm dan semua ini terjadi dalam satu malam yang sama, malam kitaorang pindah ke lantai 3 jeng jeng jeng serem siot!

demikian la antara kenangan....tapi yang paling aku tak bleh lupa, semuanya sakit perut dan cirit birit, ada yang sampai ter 'pret' dalam seluar la pulak hehehhee sian la korang. tapi paling kesian kat fir la, sampai seminggu keluar masuk toilet tak tentu masa hehehhee

demikianlah, antara kenangan di medan......indah pastinya!

Wednesday, July 8, 2009

medan again?

just back from Medan hehehe, my frenz n family dah mula tertanya-tanya apa sebenarnya ada di Medan ituh....hmm kali ini ada alasan baik skit, bawak kengkawan yang belum pernah ke Medan...

YUP, this time aku bawak Fir (dah penah pegi pun), Ayu, Dior n Shahril yang belum pernah pegi ke Medan, banyak sangat peristiwa manis kat sana, nanti ada masa aku citer la.

Yang pasti, aku ngan dia tak banyak masa sangat seperti sebelum kunjungan kali ini coz kitaorang dah jadi tour guide hehehe

Now, start RINDU....hmmmm

Wednesday, July 1, 2009

life as CABIN CREW .....


Begini ceritanya anak anak. seharian aku di rumah hari ini menyaksikan DVD yang pelbagai, maklumlah hidup sebagai Pelajar dah tamat (cepatnya masa berlalu) so aku punya banyak kesempatan untuk berehat sedikit. Hehehe...

Aku terpanggil untuk menonton kembali View From The Top yang bercerita tentang kehidupan seorang yang bergelar ANAK KAPAL. Citer ni menarik tapi aku tak der semangat nak citer hehehe korang gi carik la sendiri coz aku dulu pun carik citer ni setengah mati (dengan jahatnya)

Apa yang membuatkan aku nak menulis di sini adalah tentang cita-cita aku sejak dulu, terbang di awan biru. Mungkin ramai yang terkejut jika aku katakan yang aku telah melalui sessi temuduga dengan sebuah syarikat penerbangan kebanggaan negara sebanyak 10 kali di mana semuanya aku ke peringkat akhir dan kali terakhir ke peringkat medical checkup (itupun setelah bertegang leher tentang kekurangan apakah yang ada pada aku sehingga 10 kali ke peringkat akhir masih belum layak diterima) dan kali akhir bila aku dapat panggilan medical checkup memang gembira sangat apatah lagi di hubungi bertanyakan berapa bulan notis yang aku perlukan untuk resign dari kerja aku ketika itu namun hasilnya HAMPEH....logik ke bila aku tak dipanggil dan bila aku hubungi semula, jawapannya medical check up file dan nama aku tak ada dalam file? logik ke? Ya ampun aku tak paham alasan apakah itu....nasib baik masa tu aku tak resign keja lagi. aku naik bosan, memangnya kalo tak ada kabel tak yah la nak impikan kerja yang 'indah' tu.

Aku selalu travel sana sini, aku tengok biasa je yang keja tuh...bukannya mahu memandang rendah tapi aku yakini aku juga punya kemampuan seperti itu namunnnnnnnnnnn.....Allah menjadikan sesuatu itu dengan bersebab. Ada satu ketika aku menyedari hakikat ini, tentu ada sesuatu yang menjadi Rahsia Ilahi kenapa tidak itu tidak ini dalam beberapa hal dan sejak itu terkubur la impian kerjaya aku itu.

Ditambah pula baru ni aku tengok ceramah Dr Fazilah Kamsah yang menyatakan setiap kejadian dan ketentuan itu telah tertulis dan sebagai manusia yang beriman, seharusnya kita terima dengan hati yang terbuka DAN yang lebih penting, sejak aku kerap 'terbang' walaupun jarak yang dekat, sudah mula bosan....aku tanya diri aku kenapa aku bosan sedangkan aku dulu suka sangat terbang...impikan kerjaya ini....bilamana dah kerap terbang aku sering membaca raut wajah anak anak kapal yang bertugas, pelbagai cerita di wajah mereka dan sekarang aku yakini yang aku dalam landasan kehidupan yang betul.....

Namun, kerjaya ini tetap di hati.....cuma aku lebih bersyukur dengan diri aku sendiri kini. Ada jalan kehidupan yang lebih baik yang sedang aku tempuhi hari ini. Alhamdulillah.

Monday, June 29, 2009

citer SURPRISE .....






















Awal lagi aku dah set plan untuk 'kenakan' dia hehehhe aku tahu dia rindu giler kat aku n aku ni apa lagi, memang rindu giler kat dia tapi cover jer la kan huhuhu aku gi tau kena duty seminggu kat Singapore coz ada event kat sana, petang tuh dia siap call aku cakap dia memang tak bleh duduk dah coz memacam yang dia pikir bila aku cakap nak ke sana (padahal masa tu aku dah siap nak ke airport dah huhuhu) aku pujuk arr suh dia rilek, coz aku pegi pun coz keja. Jahat sangat aku ni kan?

Kat airport aku call dia bagitau, mintak tolong dia gi airport jam 6.45pm waktu Indon coz kawan aku gi Medan tapi tak tahu jalan sana, aku minta tolong dia hantar gi hotel jer, mulanya dia tak nak coz tak kenal kawan aku last sekali aku msg dia cakap aku dah nak off hp coz dalam flight, tolong amek kawan aku jugak jugak. Hehehe....

perjalananan 40 minutes on board memang teruja giler baban, aku excited sangat nak tengok riak wajah dia karang. Sampai je kat sana, keluar jer dari balai ketibaan tu, aku nampak wajah yang aku sayang tuh, senyum sampai ke lebar, wajah dia merah siot berlari anak ke arah aku hehehe terus peluk aku cakap aku penipu penipu penipu (sedap jugak la aku kena penampar) hehehe aku peluk dia sekuat hati aku, terlerai rasa rindu seketika....air mata yang mengiringi ketibaan aku di Kota Medan.

Sebenarnya malam tu dia nak gi tengok showcase artis Indonesia nama Tompi so pas aku check in terus je aku ikut dia ke Carrefour Plaza, tengok showcase tuh, best gak suara mamat tuh. Tapi sayangnya sempat dengar dua lagu je coz terlewat melayan karenah aku kat bilik hotel tadik, ya la lama tak jumpa sure banyak yang nak dicerita hmmm....malam tu aku tebus rindu dengan makan Ayam Penyet (Ayam Penyet is claimed to be originated from Surabaya, Indonesia. . Brief facts - Surabaya is the second largest city in Indonesia. It is a city with about a population of 5 million people, a city with a busy port and it is also a home to the Indonesian Navy. Most of the people staying there are Javanese. The unique feature about Ayam Penyet is that the chicken meat is flatten - smashed with using a pestle or wooden mallet. That is why this dish is also refer to as flattened or crushed chicken.)

Esoknya, kitaorang ke MEDAN - MEGA BAZAR kat Lapangan Benteng, sampai je acara Marching Band dah mula, so sempat la aku tengok lebih kurang 10 kumpulan terakhir marching dengan irama muzik yang segar lagi menghiburkan, lama gak lepak situ pahtu terus ronda dalam pameran tuh tengok senjata n kenderaan tentera. Kat dalam tu ada gak jual pakaian n pertunjukan dolphin, ramai sangat orang pagi tuh. Dari sana aku move ke Medan Mall coz banyak barang nak survey n nak beli, dah ramai yang order kan!

Penat gak memusing ari tuh, sib baik semua tempat dah tau, sampai je bilik hotel, tanpa aku sedari, aku tertidur sampai dia kejutkan aku, memang letih siot. Malam tu kuar makan n pusing Medan lagi, memang best ronda Kota Medan waktu malam coz memacam dapat tengok. siangnya penuh ngan kesesakan, malam tenang je.

Esok awal lagi kitaorang ke Pajak USU, kalo korang nak tahu, Pajak USU ni terletak dalam kawasan Universitar Sumatera Utara, lokasinya menarik coz mcm bazar biasa je tapi segala mak nenek ada dijual di sini. Aku amek port lama gak kat kedai proses foto, banyak gak aku cuci gambar kat sini di mana setiap satu foto diedit dengan Adobe Photoshop CS3, satu persatu beb...korang nak cam ner bagitau jer...lama la jugak. Mulanya aku segan sangat coz semua foto yang aku nak proses tu orang belakang dapat tengok tapi aku tengok dia selamba je wat dek so aku pun wat dek je la. Selain tu aku beli SIMCARD kat sini gak, murah dari kat luar. Baju, beg, stoking, pen drive, glossy paper, toys, handphone, segala mcm la ada di sini, pendek kata cam one stop bazar, dibuka 6 hari seminggu, hmmm dah macam laporan Jalan Jalan Cari Makan dah aku rasa. Keadaan kat sini panas skit la tapi ok per, sesekali mencuba pengalaman soping kat tempat orang. Aku sempat beli DVD citer hantu Indo ngan citer Ikan Paus Makan Kapal Terbang hehehe korang tau ke citer apa tu? Hmm korang takder hehehe.....

Penat berjalan seharian, singgah beli Es Teller kat area hotel....memang sedap Es ni, rasa cam nak tapau bawak balik Penang je, simpan dalam peti ais hehehe....tapi aku disekat minum ais kat sini ar, ada masa je bleh minum, aduh!

Esoknya ke Pajak Melati plak, ha kat sini keadaan tempatnya kurang baik skit, agak lecah tapi aku ok jer, semua pakaian terpakai dalam dan luar negara ada kat sini, ada gak beg dan kasut. Tinggal korang nak memilih je nak apa, part ni yang susah skit coz banyak sangat. aku sampai order air tebu wat hilang dahaga coz cuaca panas siot, at the end aku beli beg je.....

Dalam perjalanan pulang ke hotel aku singgah makan Kolok Durian....sedapnya bila durian yang sejuk di makan dengan pulut dan gula hitam dan ketulan ais kecik, hmmm korang mesti tak dapat bayangkan cam ner kan, tapi memang menyelerakan.
Hari terakhir aku ke Pajak Ikan, belikan baju Melayu moden untuk Uncle Zul sempena birthday n Hari Bapa tempohari...sempat gak survey jubah untuk mak. Aku beli 2 tudung untuk mak gak..murah siot. Pastu ke Carrefour Plaza cari cincin tapi tak der yang sesuai...so decide nak cari kat plaza lain la lain kali....

Balik hotel, packing n check out. Time balik. Hmm this time aku yang tak dapat kawal emosi, aku kalah siot kali ni. Ishk Ishk cam ni la aku bila dah sayang sangat kat seseorang tu, aku tak tahu la pasal aku sedih sangat this time mayb aku teringat dia betul betul jaga aku sepanjang kat Medan kali ni, mana taknya every day before aku tidur, aku diberikan rawatan rambut coz dia cakap rambut aku semakin nipis (memang pun) so dia bawakan vitamin n massage kepala aku. Dia tahu aku selalu sakit kepala, air putih selalu dia kasi kat aku...kekadang rasa cam penuh perut aku ni ngan air. Pakaian aku yang dah aku pakai, dia keringkan kat mana yang ada cahaya matahari. Kalo breakfast kat hotel aku lewat turun, dia yang turun dulu, ambil sarapan dan hidangkan kat meja pastu tunggu aku datang. Hmm banyak lagi perkara yang dia buatkan untuk aku sehingga aku rasa dihargai sangat.

Kat atas flight, aku buka diari hitam aku tuh, ada nota yang dia tulis untuk aku satu page hmm lagi la aku sedih.

Lusa (3rd Julai) aku akan ke sana lagi, dengan izin Allah.

p/s: kalo la aku bleh kawin esok .... hmmmm

Sunday, June 28, 2009

sian aku ....

aku nak update citer balik dari Medan, aku ke sana dari 20-24 june lepas (again) tapi tak sempat nak cerita kat sini coz aku sakit arrr.....

selalu cam ni, balik dari medan je aku akan sakit, hmm mak aku cakap aku rindu kat sapa sapa la kot, dulu balik medan tak cam gini pun, cam tahu je mak aku tuh kan? naluri sowang mak kot...

nanti la aku update coz banyak citer yang menarik, nanti aku citer pengalaman diuji sebagai pesakit H1N1 tempohari kat Hospital Besar Pulau Pinang gak ok.....menyeksakan sangat sangat....pengalaman tuh, korang ada? tak der la tuh hehehhe cemburu la tuh coz aku ada pengalaman tuh!

hmm ni pun aku dalam keadaan deman yang jap naik jap turun, aku pening memusing nak muntah pun ada, ke toilet jangan cakap la, tak stop plak tuh....
k la, to be continue .....