Awal lagi aku dah set plan untuk 'kenakan' dia hehehhe aku tahu dia rindu giler kat aku n aku ni apa lagi, memang rindu giler kat dia tapi cover jer la kan huhuhu aku gi tau kena duty seminggu kat Singapore coz ada event kat sana, petang tuh dia siap call aku cakap dia memang tak bleh duduk dah coz memacam yang dia pikir bila aku cakap nak ke sana (padahal masa tu aku dah siap nak ke airport dah huhuhu) aku pujuk arr suh dia rilek, coz aku pegi pun coz keja. Jahat sangat aku ni kan?
Kat airport aku call dia bagitau, mintak tolong dia gi airport jam 6.45pm waktu Indon coz kawan aku gi Medan tapi tak tahu jalan sana, aku minta tolong dia hantar gi hotel jer, mulanya dia tak nak coz tak kenal kawan aku last sekali aku msg dia cakap aku dah nak off hp coz dalam flight, tolong amek kawan aku jugak jugak. Hehehe....
perjalananan 40 minutes on board memang teruja giler baban, aku excited sangat nak tengok riak wajah dia karang. Sampai je kat sana, keluar jer dari balai ketibaan tu, aku nampak wajah yang aku sayang tuh, senyum sampai ke lebar, wajah dia merah siot berlari anak ke arah aku hehehe terus peluk aku cakap aku penipu penipu penipu (sedap jugak la aku kena penampar) hehehe aku peluk dia sekuat hati aku, terlerai rasa rindu seketika....air mata yang mengiringi ketibaan aku di Kota Medan.
Sebenarnya malam tu dia nak gi tengok showcase artis Indonesia nama Tompi so pas aku check in terus je aku ikut dia ke Carrefour Plaza, tengok showcase tuh, best gak suara mamat tuh. Tapi sayangnya sempat dengar dua lagu je coz terlewat melayan karenah aku kat bilik hotel tadik, ya la lama tak jumpa sure banyak yang nak dicerita hmmm....malam tu aku tebus rindu dengan makan Ayam Penyet (Ayam Penyet is claimed to be originated from Surabaya, Indonesia. . Brief facts - Surabaya is the second largest city in Indonesia. It is a city with about a population of 5 million people, a city with a busy port and it is also a home to the Indonesian Navy. Most of the people staying there are Javanese. The unique feature about Ayam Penyet is that the chicken meat is flatten - smashed with using a pestle or wooden mallet. That is why this dish is also refer to as flattened or crushed chicken.)
Esoknya, kitaorang ke MEDAN - MEGA BAZAR kat Lapangan Benteng, sampai je acara Marching Band dah mula, so sempat la aku tengok lebih kurang 10 kumpulan terakhir marching dengan irama muzik yang segar lagi menghiburkan, lama gak lepak situ pahtu terus ronda dalam pameran tuh tengok senjata n kenderaan tentera. Kat dalam tu ada gak jual pakaian n pertunjukan dolphin, ramai sangat orang pagi tuh. Dari sana aku move ke Medan Mall coz banyak barang nak survey n nak beli, dah ramai yang order kan!
Penat gak memusing ari tuh, sib baik semua tempat dah tau, sampai je bilik hotel, tanpa aku sedari, aku tertidur sampai dia kejutkan aku, memang letih siot. Malam tu kuar makan n pusing Medan lagi, memang best ronda Kota Medan waktu malam coz memacam dapat tengok. siangnya penuh ngan kesesakan, malam tenang je.
Esok awal lagi kitaorang ke Pajak USU, kalo korang nak tahu, Pajak USU ni terletak dalam kawasan Universitar Sumatera Utara, lokasinya menarik coz mcm bazar biasa je tapi segala mak nenek ada dijual di sini. Aku amek port lama gak kat kedai proses foto, banyak gak aku cuci gambar kat sini di mana setiap satu foto diedit dengan Adobe Photoshop CS3, satu persatu beb...korang nak cam ner bagitau jer...lama la jugak. Mulanya aku segan sangat coz semua foto yang aku nak proses tu orang belakang dapat tengok tapi aku tengok dia selamba je wat dek so aku pun wat dek je la. Selain tu aku beli SIMCARD kat sini gak, murah dari kat luar. Baju, beg, stoking, pen drive, glossy paper, toys, handphone, segala mcm la ada di sini, pendek kata cam one stop bazar, dibuka 6 hari seminggu, hmmm dah macam laporan Jalan Jalan Cari Makan dah aku rasa. Keadaan kat sini panas skit la tapi ok per, sesekali mencuba pengalaman soping kat tempat orang. Aku sempat beli DVD citer hantu Indo ngan citer Ikan Paus Makan Kapal Terbang hehehe korang tau ke citer apa tu? Hmm korang takder hehehe.....
Penat berjalan seharian, singgah beli Es Teller kat area hotel....memang sedap Es ni, rasa cam nak tapau bawak balik Penang je, simpan dalam peti ais hehehe....tapi aku disekat minum ais kat sini ar, ada masa je bleh minum, aduh!
Esoknya ke Pajak Melati plak, ha kat sini keadaan tempatnya kurang baik skit, agak lecah tapi aku ok jer, semua pakaian terpakai dalam dan luar negara ada kat sini, ada gak beg dan kasut. Tinggal korang nak memilih je nak apa, part ni yang susah skit coz banyak sangat. aku sampai order air tebu wat hilang dahaga coz cuaca panas siot, at the end aku beli beg je.....
Dalam perjalanan pulang ke hotel aku singgah makan Kolok Durian....sedapnya bila durian yang sejuk di makan dengan pulut dan gula hitam dan ketulan ais kecik, hmmm korang mesti tak dapat bayangkan cam ner kan, tapi memang menyelerakan.
Hari terakhir aku ke Pajak Ikan, belikan baju Melayu moden untuk Uncle Zul sempena birthday n Hari Bapa tempohari...sempat gak survey jubah untuk mak. Aku beli 2 tudung untuk mak gak..murah siot. Pastu ke Carrefour Plaza cari cincin tapi tak der yang sesuai...so decide nak cari kat plaza lain la lain kali....
Balik hotel, packing n check out. Time balik. Hmm this time aku yang tak dapat kawal emosi, aku kalah siot kali ni. Ishk Ishk cam ni la aku bila dah sayang sangat kat seseorang tu, aku tak tahu la pasal aku sedih sangat this time mayb aku teringat dia betul betul jaga aku sepanjang kat Medan kali ni, mana taknya every day before aku tidur, aku diberikan rawatan rambut coz dia cakap rambut aku semakin nipis (memang pun) so dia bawakan vitamin n massage kepala aku. Dia tahu aku selalu sakit kepala, air putih selalu dia kasi kat aku...kekadang rasa cam penuh perut aku ni ngan air. Pakaian aku yang dah aku pakai, dia keringkan kat mana yang ada cahaya matahari. Kalo breakfast kat hotel aku lewat turun, dia yang turun dulu, ambil sarapan dan hidangkan kat meja pastu tunggu aku datang. Hmm banyak lagi perkara yang dia buatkan untuk aku sehingga aku rasa dihargai sangat.
Kat atas flight, aku buka diari hitam aku tuh, ada nota yang dia tulis untuk aku satu page hmm lagi la aku sedih.
Lusa (3rd Julai) aku akan ke sana lagi, dengan izin Allah.
p/s: kalo la aku bleh kawin esok .... hmmmm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment