Monday, September 21, 2009

RAMADHAN & SYAWAL YANG TAK TERLUPAKAN







Tahun ini terlalu banyak cerita Ramadhan dan Syawal sebenarnya yeng melalui hidup aku namun aku lebih suka bercerita apa yang seharusnya aja. Perit juga tanggungan dan ujian yang meliputi hidup aku tahun ini namun hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang terjadi, hanya pada Allah aku mohon perlindungan.

Ramadhan tahun ini aku tak sunyi coz Echo datang dua hari sebelum Ramadhan so sepanjang 3 minggu Ramadhan, dia la yang temankan aku buka puasa manakala sahur plak Joe ada sekali, kiranya bertiga la kami sepanjang Ramadhan ni. Hampir setiap hari kami bertandang ke Bazar Ramadhan kat Tanjung Tokong, Echo la yang excited try makanan Malaysia. Aku dapat rasa perbezaan la tahun ni, aku tak banyak makan sangat masa buka puasa. Sahur, aku makan nasi goreng jer setiap hari (bosan la si Echo ngan Joe tu hehehehe, itu je yang mampu aku buatkan untuk sahur)

Echo yang banyak tolong aku siapkan biskut rya tempahan orang tahun ini, kalo dia tak ada aku tak tau la nak menjawab cam ner, aku sendiri hampir nak stop buat hehehehe banyak siot. Alhamdulillah semuanya siap gak.

Tahun ini menjelang Syawal ada sesuatu yang aku usahakan, tentang apa biarlah ianya menjadi rahsia hidup namun aku tahu ianya bermakna.

Aku sampai di Medan tanggal 18th September n terus ke hotel. Aku call Echo, terkejut beruk dia aku ada kat Medan hehehe saja nak wat kejutan katanya. Petang tu kitaorang jalan jalan ke mall, aku sampai rasa nak mengalah pun ada, punya ribuan ramainya manusia di sini sana, nak aku kata Penang n KL busy, di sini ntahlah aku nak cakap cam ner, nak gerak pun susah…cadangnya nak shopping tapi dah banyak sangat sampai aku tak tahu nak beli apa last skali balik bilik hotel ja la….

Petang tu buka puasa jam 6.30pm (waktu Medan hehehehe) aku makan Nasi Ayam Penyet, kuih muih khas Medan ngan Ais Campur hmm sedap siot, Bazaar Ramadhan kat sini meriah gak, masa makan tu aku tengok langit punya gelap. Risau gak hati ni coz aku dok Nampak nak shopping kat bazaar depan tuh tapi Alhamdulillah tak hujan. Makanya dari bazzar tu dapat la aku beli Baju Melayu untuk aku, abang ngan adik aku dengan harga RM27 untuk 3 pasang (kalo korang tengok sure makan hati…memang cantik siot, kualiti pun ok) hmm tahun depan jual baju melayu la pulak! Hehehe…..mcm mcm barang dijual kat sini, memang meriah dan pastinya murah!

Malam raya kat sana memang meriah sangat sangat, dorang berarak atas lori siap bergendang lagi, punya ramai manusia kat jalan. Sambutan yang aku tak pernah tengok selama ni, Syawal memang benar-benar diraikan. Yang paling best aku tengok, tabiran di masjid yang dimonopoli oleh kanak kanak. Aku sempat gi masjid belakang umah Echo, aku terharu tengok bebudak age aroung 5-7 years dalam satu kumpulan bertakbir raya gilir-gilir, dalam ramai ramai tu aku nampak anak saudara Echo yang age 7 tahun,namanya Rendy. Sampai part dia takbir, jadi lawak plak aku tengok. Cakap pun tak lancer tapi bertakbir plak hehehe tapi kawan kawan yang ada cover line ar…aku respect ar tengok management masjid ni yang benarkan budak budak ni tkbir guna mic…sekurangnya mereka ni dibentuk dari muda tapi macam masjid kita, asal nama bebudak je dianggap mengganggu.

Sayu la jugak bila berjauhan dari keluarga di hari raya, ada sesuatu yang terjadi yang menghalang aku beraya di Penang. Tapi aku syukur sangat dengan layanan dan pengalaman yang aku dapat sepanjang beraya di rantau ni. Keakraban keluarga jauh dan dekat terlalu mendalam. Teringat gak la sanak sadara kat Penang..mmm apatah lagi bila dengar suara mak call aku, sayu siot tapi control macho lagik la hehehehe…..

Seharian aku makan lontong hehehe sedap siot lontong Indon, tak sama dengan Malaysia. sure la kan, rempah ratus dua negara ini olahnya berbeda kan. Kalo kat sini, banyak yang sediakan kuih raya kering berbanding kita. Walaupun juadah lebih bersederhana kat sini tapi aku gembira, sekurangnya ini pengalaman yang terlalu brharga untuk aku. Mak Echo layan aku first class, saudara mara dia gak sporting, buatkan aku tak rasa asing.

Penerbangan pulang dengan pesawat Sriwijaya membangkitkan pelbagai rasa di dalam jiwa aku ini…sedih, sayu, gembira semuanya ada. Ramadhan dan Syawal tahun ini sungguh bahagia rasanya dengan pengalaman yang sungguh indah. Tak mungkin aku lupa…..

SYAWAL ini ada nawaitu yang aku simpan di dalam hati ini….InsyaAllah segalanya akan aku usahakan. Aku tidak mahu sesuatu yang terjadi sebelum Ramadhan tahun ini berulang lagi, kepedihan ini terlalu perit untuk aku tanggung, baru aku kenal siapa sebenarnya yang sanggup susah dan senang dalam kehidupan aku. Rupanya lakonan semata hanya demi kepentingan sendiri....

3 comments:

  1. best dpt rasa raya di perantauan..

    ReplyDelete
  2. masjid tu yg kita penah pg dulu kan? masjid maimon!

    ReplyDelete
  3. he tu bukan masjid maimon la, maimom tu nama istana, masjid yang kita pegi tu masjid simpang raya la....

    ReplyDelete