Monday, July 20, 2009

MEDAN with FIREFLY ....

13th JULY 2009
Hmm citer Medan lagi, sure kengkawan yang drop sini makin bosan ngan blog aku, dun wori this time aku bawakan sisi lain ar. Kunjungan ni tak plan, last minute decide nak merasai FireFlyz plak ar coz dah selalu dengan Air Asia. So pada 13th July lepas aku terbang jam 10.30 am dengan pesawat Fireflyz FY3402 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Masa nak naik flight, takut gak aku rasa hehehe coz pesawat ni kecik, tangga nak naik cam muat muat badan aku je apatah lagi bila melangkah masuk on board hmm ketinggian aku dengan siling hanya berbaki 2-3 inci jer. Dengan bantuan Laila (Passanger Service Agent Fireflyz), aku dapat seat tepi tingkap, hmm memang aku nak pun coz nak tengok kipas yang berpusing tu (aku tak nak dah duduk dekat dengan kipas dan tingkap, scary hehehhee)

Tadi fly terlewat 10 minit tapi tak per la, coz aku 'tertawan' dengan 'keindahan' pramugari Fireflyz yang bagi aku mempunyai tarikan tersendiri, memang vogue dan professional dalam tugas, senyuman tak pernah lekang dari bibir. Yang paling aku suka ialah Flight Announcement dorang jelas sangat sangat tak mcm airlines lain yang cakap apa ntah antara dengar atau tak So puas hati kat situ ar, lagi satu muffin sedap siot dengan fresh oren huhuhu.....

Pesawat ni terbang rendah dan mengambil masa hampir satu jam nak sampai Medan, bosan sangat aku dalam flight. Tapi finally aku selamat juga tiba di bumi Medan. Ini kali pertama aku sampai Medan pada waktu pagi. Sampai je kat sana, aku ada masalah dengan Imigresen plak coz tak ada tiket balik so passport aku ditahan sementara, terpaksalah aku ke office Fireflyz cetak tiket balik, kecoh ar dorang ni.

Echo yang amek aku, dia sampai lewat skit, dari airport terus gi hotel letak beg n kitaorang gi makan kat Ayam Penyet Joko Solo, Jl Sisingamangaraja. Hmm enak sangat sangat makanan kat sini, kenyang siot. Dari sana, kitaorang zzoommm pegi USU, gi print photo yang aku bawak dari Malaysia, banyak gak la aku cuci, dekat 2 jam gak kat sini, rata rata yang kat sini dah kenal ngan aku hehehehe memacam la kitaorang borak. Echo belikan aku new prepaid number atas alasan keselamatan ( hehehe mcm ajen perisikan plak)

Dari sana terus ke Sun Plaza, aku tukar duit. Pastu terus balik ke hotel n bayar bilik sekaligus n tido hehehhee tu la aktiviti aku kalo sampai hotel, sure tido jap.

Malam baru bangun n kuar gi makan Sate Padang (kemestian) dari situ gerak ke Medan Mall Plaza, aku gi Butik Romp beli pakaian skit, aku bawak baju tak banyak n shopping dalam Carrefour, bekalan makanan tambahan untuk dalam bilik. Malam tu Echo bawak aku makan kat apa ntah nama tempat tu, dekat dengan station radio KOSA FM. Tapi memang murah dan sedap, ayam panggang penyet hmmm.....


14th JULY 2009

Bangun pagi aku tahu aku selsema coz kelmarin seharian aku ngan Echo, dia selsema. So disebabkan antibodi aku tak kuat so aku dijangkiti lor! Aku breakfast kat Cafe hotel je, pastu naik bilik semula makan ubat n tido balik. Aku lepak sowang je, Echo on duty. Petang tu baru la kitaorang kuar uruskan kad perkahwinan yang client aku tempah. Kat sini murah murah korang...mcm mcm design ada. Tak rugi wat tempahan kat sini. Dari sana aku ke Bank Mandiri buat transfer duit. Pastu terus ke Medan Mall, shopping kat Pajak Central, segala jenis kain yang dipesan pelanggan dan aku ke Romp lagi huhuhu.....

Malas nak gi jejauh, kitaorang lepak minum kat Cafe Esteller77 je, kat Malaysia pun ada cafe ni, aku minum Fanta Susu je, Echo minum Esteller, sedap coz dicampur mcm mcm jenis buah. Seterusnya hehehhe ni yang best kitaorang menikmati sejam kepala di cuci, diurut, distim dengan susu, haaa memang sedap sangat sangat. Kitaorang wat kat Yopie Salon yang letaknya dalam Medan Mall, semuanya pada harga Rp45K (ha ada korang mampu hehehhe) tapi kalo diRinggitkan sekitar RM12 jer, sedap sangat sangat, servis tip top tak padan ngan harga.

Dari sana Echo bawak aku ke Jalan Cirebon, sepanjang jalan kat sini ada banyak kedai yang menjual aksesori hiasan pengantin, dah sering aku ke Medan, baru kali ni aku jumpa apa yang sepatutnya aku jumpa. Aku terus SMS Fir ngan Ayu. Di sini bukan sahaja aksesori pengantin, aksesori untuk persembahan banyak sangat di jual. Susah ar nak jumpa tempat cam ni kat Malaysia dan yang pasti harganya murah giler!
Petang tu end dengan makan Sioamay kat USU......demam selsema makin mengganas!


15th JULY 2009

Awal lagi Echo bawak aku ke Rumah Sakit Adenin Adenan kat area hotel, aku dah memang 'flat' tahap cipan. Aku tak ada tenaga sangat sangat. Dan aku tak akan lupakan bilamana Echo bohong kat doc aku ni orang Jawa yang dah 8 tahun kerja kat Malaysia, ni balik cuti kat Medan hmmm aku diam je sepanjang doktor tu merawat aku. Kan aku sakit, tak bleh cakap hehehe padahal nak cover line kang pecah lubang aku warga Malaysia, kena tahan plak kat wad. End session, aku disuntik di punggung hehhehe dan diberi ubat yang banyak dan besar-besar, sabar ja la! Memang seharian aku tak ada mood coz sakit ar
Malam kembali ke makan malam dan sempat supper Sate Memeng gak jam 2 pagi hehehehe walau demam coz esok pagi dah nak balik.


16th JULY 2009

Esok awal pagi aku siap siap nak balik dengan pesawat FY3403, sedih siot nak balik, rasa sekejap sangat aku kat sini. Bukan sebab cinta tapi sebab aku memang suka sangat dengan lifestyle kat sini, simple murah n hepi.

Khamis depan (23rd JULY 2009) aku akan ke Medan lagi, lebih indah pastinya untuk meraikan Hari Lahir si dia yang ke 24, InsyaAllah.

1 comment:

  1. Salam singgah ke blog kami. http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/
    sang putera raja blog anda penuh dengan cerita yang bagus kami dah baca.. thanks kerana kongsi pengalaman.. salam persahabatan..

    ReplyDelete