Saturday, August 1, 2009

sebuah keluhan pemergian .....

Aku berlepas dari Bandara Polonia Medan pada tanggal 31st July 2009 jam 7.10pm dengan pesawat Air Asia QZ8074. Dengan perasaan hiba, sedih, pilu, entah segala bagai. Air mata dia yang dikawal tumpah juga bila aku mohon maaf atas salah silap sepanjang 8 hari aku dengan dia di bumi Medan. Hmm entahlah, aku tak tahu nak ungkap mcm mana. Belum pernah aku lalui suasana indah begini. Kadang kadang aku jadi takut sangat bilamana ketahuan diri ini terlalu dicintai, adakah hal ini aneh? Aku merasakan jauh dari dalam hati ini yang aku benar benar dihargai, dicintai, disayangi sedalamnya. Aku dilayan bagai bayi yang baru lahir yang tidak tahu untuk berbuat apa apa di dunia ini. Segalanya disediakan untuk aku.

Hmm tinggalkan segala kesedihan ini kerana aku nak kongsi 'kesedihan' yang lain. Aku rasa satu Malaya dah tahu citer si Beng Hock yang mati akibat kejadian yang belum diketahui puncanya kan? Dalam flight aku terbaca suratkhabar sebuah parti pembangkang yang menyiarkan sebuah puisi dari tunang si Beng Hock yang sedang mengandung itu, korang hayati. Tersentuh gak hati aku bila baca puisi tuh....hmmm

BENG HOCK, KAU TIBA TIBA PERGI TANPA SEBARANG PESAN
KAU KATA MASIH BANYAK YANG INGIN KITA LAKUKAN BERSAMA
BANYAK LAGI TEMPAT YANG SEPATUTNYA KITA KUNJUNGI
KAU KATA AKAN MENEMANIKU SEPANJANG PERJALANAN HIDUP INI
TAPI APA YANG HARUS AKU LAKUKAN SEKARANG?

BAGAIMANA DAPAT KITA BERTEMU LAGI?
KAU SENTIASA DIINGATANKU
AKU SELALU MENGINGATIMU, AKU MAHU KAU KEMBALI
MUNCUL SEMULA DI PANGKUANKU
DALAM BEBERAPA HARI INI AKU SENTIASA MENANTIMU
TAPI IA SUNGGUH MENGECEWAKAN

AKU HANYA INGIN TAHU SAMADA KAU SELAMAT
APAKAH KAU MENDERITA
JANGAN BIARKAN AKU TERUS MENUNGGU
AKU MAHU MENEMUIMU SEKALI LAGI
BILA TITISAN AIR MATAKU TIDAK DAPAT MENGHIDUPKAN DIRIMU
AKU TERPAKSA MENERIMA HAKIKAT
KAU TELAH PERGI SELAMA LAMANYA

HARI INI AKU MASIH PERLU MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL
AKU BERJANJI AKU AKAN JALANI KEHIDUPAN SEADANYA
TETAPI KAU MESTI BERJANJI SENTIASA DI SISIKU
DAN KITA BERSAMA SAMA MEMBESARKAN BAYI INI

BENG HOCK, PERJALANAN KITA BERDUA DALAM HIDUP INI SUDAH BERAKHIR
TETAPI AKU BERHARAP KALAULAH ADA KEHIDUPAN SELEPAS INI
AKU AMAT BERHARAP KITA DAPAT BERSAMA SAMA MENERUSKAN PERJALANAN KITA

KEKASIHKU
SEMOGA DIKAU TENANG DI ALAM ABADI


SOH SHER WEI - TUNANG BENG HOCK

No comments:

Post a Comment