Sunday, October 4, 2009

citer KAWIN .....

AYA...is one of my dancers yang dah menyokong bisnes aku since 2000. Dia satu satunya dancer yang paling tak banyak karenah, senang di urus dan tak banyak songeh. Aku ngan dia agak rapat gak la, aku senang bila keja ngan dia, mak ayah dia pun baik giler, seluruh keluarga dia la memang baik baik.

Few months ago dia ada bilang dia nak kawin ngan Amar, dia datang bincang dengan aku tentang perancangan majlis kawin dia, finally dia nak aku jadi Wedding Planner dia. Hmm aku setuju je coz melakukan sesuatu untuk gembirakan orang kan ke bagus? Dan sejak itu bermulalah perjalanan persiapan perkahwinan Aya. Namun, sedihnya...sepatutnya segala urusan ini aku lakukan bersama seorang yang sudah berjanji untuk sama sama membantu dari A-Z namun sampai ke penghujung majlis nikah Aya, hanya aku seorang yang menanggung. Tapi petang tadi bila berakhir majlis, aku lah rasanya orang yang paling happy! Penat seminggu kebelakangan ini rasa hilang entah ke mana!

Kelmarin, segala persiapan hantaran dan pelamin selesai walaupun ke malam berlarutan dan pagi tadi aku ngan Bob ke umah Aya untuk sesi solekan. Aku ke town amek bunga tangan ngan sirih junjung. Sampai je semua dah siap. Aya n family ke Masjid Terapung Tanjung Bunga, aku nagn Bob stay kat umah je, hmm ada satu perasaan apa ntah bila tengok dia masuk keta, lambai tangan kat aku masa tu. Aku bual bual ngan Bob about frenz n wedding dorang, ramai gak yang melangkah ke alam umah tangga. Kitaorang je belum huhuhu....

Tak lama, Aya pulang ngan husband dia, Amar. Alhamdulillah semuanya dah selamat. Amar datang say thanks. Sweet sangat tengok dorang yang serba putih. Majlis nikah dorang punya la ramai jemputan sedangkan majlis kahwin bulan disember karang, ari tu masa tunang pun dah ramai orang, memang ramai kenalan dorang ni.

p/s : tiap kali tengok owang bersanding, lemah je aku rasa hmm.....

1 comment: