Wednesday, July 1, 2009

life as CABIN CREW .....


Begini ceritanya anak anak. seharian aku di rumah hari ini menyaksikan DVD yang pelbagai, maklumlah hidup sebagai Pelajar dah tamat (cepatnya masa berlalu) so aku punya banyak kesempatan untuk berehat sedikit. Hehehe...

Aku terpanggil untuk menonton kembali View From The Top yang bercerita tentang kehidupan seorang yang bergelar ANAK KAPAL. Citer ni menarik tapi aku tak der semangat nak citer hehehe korang gi carik la sendiri coz aku dulu pun carik citer ni setengah mati (dengan jahatnya)

Apa yang membuatkan aku nak menulis di sini adalah tentang cita-cita aku sejak dulu, terbang di awan biru. Mungkin ramai yang terkejut jika aku katakan yang aku telah melalui sessi temuduga dengan sebuah syarikat penerbangan kebanggaan negara sebanyak 10 kali di mana semuanya aku ke peringkat akhir dan kali terakhir ke peringkat medical checkup (itupun setelah bertegang leher tentang kekurangan apakah yang ada pada aku sehingga 10 kali ke peringkat akhir masih belum layak diterima) dan kali akhir bila aku dapat panggilan medical checkup memang gembira sangat apatah lagi di hubungi bertanyakan berapa bulan notis yang aku perlukan untuk resign dari kerja aku ketika itu namun hasilnya HAMPEH....logik ke bila aku tak dipanggil dan bila aku hubungi semula, jawapannya medical check up file dan nama aku tak ada dalam file? logik ke? Ya ampun aku tak paham alasan apakah itu....nasib baik masa tu aku tak resign keja lagi. aku naik bosan, memangnya kalo tak ada kabel tak yah la nak impikan kerja yang 'indah' tu.

Aku selalu travel sana sini, aku tengok biasa je yang keja tuh...bukannya mahu memandang rendah tapi aku yakini aku juga punya kemampuan seperti itu namunnnnnnnnnnn.....Allah menjadikan sesuatu itu dengan bersebab. Ada satu ketika aku menyedari hakikat ini, tentu ada sesuatu yang menjadi Rahsia Ilahi kenapa tidak itu tidak ini dalam beberapa hal dan sejak itu terkubur la impian kerjaya aku itu.

Ditambah pula baru ni aku tengok ceramah Dr Fazilah Kamsah yang menyatakan setiap kejadian dan ketentuan itu telah tertulis dan sebagai manusia yang beriman, seharusnya kita terima dengan hati yang terbuka DAN yang lebih penting, sejak aku kerap 'terbang' walaupun jarak yang dekat, sudah mula bosan....aku tanya diri aku kenapa aku bosan sedangkan aku dulu suka sangat terbang...impikan kerjaya ini....bilamana dah kerap terbang aku sering membaca raut wajah anak anak kapal yang bertugas, pelbagai cerita di wajah mereka dan sekarang aku yakini yang aku dalam landasan kehidupan yang betul.....

Namun, kerjaya ini tetap di hati.....cuma aku lebih bersyukur dengan diri aku sendiri kini. Ada jalan kehidupan yang lebih baik yang sedang aku tempuhi hari ini. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment