Alhamdulillah, aku ada ruang untuk pot pet di sini lagik. Last minite aku dapat rezeki tapi aku harus siapkan permintaan pelanggan secepat mungkin. So aku decide nak terbang ke Medan lagi, aku contact Echo dan mintak tolong apa yang patut. So on the day nak terbang, awal pagi lagi aku dah sampai, dari nak fly dengan Sriwijaya Air kemudian Fireflyz akhirnya aku fly dengan Lion Air hmmm menakutkan! Hmm aku tak puas hati dengan harga yang aku bayar untuk tiket coz seat dalam flight cam bas ekspress yang buruk sangat dengan Pramugari yang tak mesra langsung di tambah plak sepanjang penerbangan, pemanduan cam tak bagus. Aku tak tahu napa, tak smooth cam Air Asia. Yang paling best, ada penumpang pompuan yang jerit jerit hehehe aku cuak gak tapi maintain macho je tapi dalam hati? hehehhe.....
Banyak hal yang terjadi sebenarnya di airport tapi malas aku nak ceritakan di sini, aku sendiri penat nak cerita but I have to give credit to Azrul Syafiq yang membantu aku walaupun dalam kebusyan exam PTD dia, thanks to 'Mr Dafi' gak atas help dia yang buatkan aku berjaya fly ke Medan jam 3.10 petang, finally. Sampai sana aku kena tahan la plak ngan Imigresen coz dalam pasport aku banyak sangat cop Indon, dia tanya pasal kerap datang sini so aku cakap ar tunang aku orang sini hehehehe lepas ar!
Sampai kat bandara, Echo tak sampai lagi coz kat hotel hujan tapi airport tak. So aku nunggu jap. Tak lama Echo sampai terus ke hotel, landing jap coz aku penat sangat sangat dari pagi cam orang gila kat airport. Pas Asar aku ikut Echo pergi majlis kenduri kahwin haaaaa first time merasai suasana kenduri kat Indon, best gak cuma kali ini aku tak bawak kamera, cantik siot pelamin dorang. Yang bestya ada show hehehe dan tak lupa gak makanan dorang la, sedaaaappppp sangat rendang daging, nak tambah rasa malu la plak hehehe
Dari sana kitaorang move ke Supermart Brastagi, soping makanan untuk bekalan di hotel hehehe itu la keja aku sampai badan aku ni dah jadi cam badak dah skarang ni. Balik hotel, watching tv mandi n lepak, malam tu kitaorang makan Ayam Penyet Bakar lagi lor, aku tak bleh lepas ar makan kat sini kalo ke Medan. Malam tu sambung watching lagik sampai kol 3am.
Esoknya aktiviti membeli belah ar....puas cari tudung Siti Nurhaliza tapi tak jumpa hehehe merata gak pusing ari ni, dengan cuaca panasnya! Kitaorang ke Plaza Milenium, beli handphone untuk mak Echo. Kat Lantai 4 aku sempat tengok Fashion Show Kanak Kanak sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Indo 17 Ogos akan datang, aku bleh tabik spring ar kat bebudak tuh, memang cam model professional. Kata Echo, bebudak tu dah fully train kat Sekolah Model, dasat memang dasat, ada sekolah model la plak!
Malam tu aku watching sowang je, Echo siaran sampai tengah malam. Aku tertido sampai la dia ketuk pintu tengah malam n baru gi makan malam tapi aku tak ada selera malam tu ar, ntah napa mayb coz dah tido hehhehehe
Tadik aku fly balik Penang guna Fireflyz jer la, tak nak Lion lagik hehehe cukuplah sekadar pengalaman. Tapi tadik Fireflyz lewat ar, tension aku coz nunggu giliran nak terbang katanya. Sib baik Pramugari cun....aku suka ar Pramugari Fireflyz (mengingatkan aku pada Pramugari MAS....sama je standard dorang)
OK la, till here....banyak keja nak buat nih!
bestnye pg kenduri medan!! nasi myk ke?
ReplyDeletenasi apa ntah tapi memang sedap ar...yang paling best rendang daging hmm tak jumpa kat mana dah memang sedap sungguh!
ReplyDelete