Semalam menjadi antara detik terindah di dalam hidupku, bilamana rindu dendam ini terlerai biarpun masa terlalu mencemburui. Sesungguhnya, aku terasa bahagia biarpun aku tahu sudah terlewat untuk aku kembali memiliki. Hidup ini punya suratnya, aku terima segala ketentuan yang tertulis untuk aku cuma bilamana berpeluang menganyam mimpi biar semalam, aku gunakan sebaik mungkin kerana aku bimbang ianya tak mungkin berulang lagi. Terlalu pantas masa berlalu dan hari ini aku masih di sini menantikan cinta yang tak akan aku cari, biarlah aku begini kerna aku yakini aku bahagia begini.
Tuesday, December 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment