
Hari ini aku melihat jauh dalam sisi lain kehidupan aku ini, nyatanya terlalu ramai manusia yang mementingkan diri sendiri namun tiada apa yang mampu aku lakukan, mungkin skadar melihat sejauh mana permainan ini mampu bertahan dan siapa yang paling layak digelar JUARA…..
Aku akan terus melangkah untuk saki baki kehidupan aku ini kerana aku tidak akan mengalah lagi pada tuntutan manusia. Jujurnya, memang tepat lagi nyata, hanya mereka yang gagah mampu meneruskan langkah hingga ke titik akhir dan aku mahu berjaya ke sana.
Allah berikan aku peluang sekali lagi untuk melihat semua sandiwara ini dan emangnya aku sedang menyaksikannya. Entah sampai bila pengambaran ini akan berakhir. Tiada ruginya untuk aku di sini, mungkin ada sesuatu yang indah yang mampu aku jadikan pengajaran di akhir cerita.
No comments:
Post a Comment