Monday, December 15, 2008

murahnya nilai kejujuran....

12th DECEMBER 2008

Sebuah isu yang tiada kesudahan sampai bila bila. Aku sedih mengenangkan isu ini bermain di kalangan kawan-kawan aku. Sanggup bersaing, menjatuhkan antara satu sama lain hanya kerana mempunyai matlamat yang tersendiri sehingga sanggup mengorbankan nilai sebuah persahabatan.

Disaksikan mata jiwa aku, permainan ini terlalu licik di mana setiap dari mereka berjuang atas nama keangkuhan. Aku perhatikan saja tanpa madah biarpun hati ini acapkali berbicara. Biarlah, segalanya akan terbuka, antara cepat dan lambat. Yang aku sedihkan, di manakah letaknya pengajaran kehidupan selama ini? Mudah benar manusia lupa pada kisah silam.

Aku zipkan mulut aku, hanya mengharap agar mereka sedar, di hujung jalan yang mereka tuju itu tiada satu kesudahan sebenarnya, semoga mereka sedar, harap-harapnya.

No comments:

Post a Comment