Thursday, December 11, 2008

HADIAH DARI JOE

Aku happy sangat-sangat malam tadik, aku dah lama tak dapat hadiah hmm bukan aku mengharap apa apa dari kawan-kawan tapi aku rasa dihargai sangat. Tadi malam selepas show, aku dapat hadiah sehelai tshirt warna biru dari Joe. Dia kasi pada aku ngan Fir coz he loved both of us.

Siapa Joe? Hmm aku kenal dia masa latihan persembahan untuk pojek Watikah Melaka Georgetown as Bandar Warisan Dunia, masa tu skadar tengok jauh-jauh jer muka-muka dancers yang baru aku kenal. Tapi dalam ramai-ramai tu, aku dapat tengok Joe ni memang berbakat dalam tari cuma nak kena polish skit je lagik.

Masa kat KL aku perhatikan saja sikap dan perwatakan manusia. Balik ke Penang aku ada SMS ngan Joe, memang best kawan ngan Joe. Actually persahabatan ni semakin erat pun coz ada cerita di sebaliknya. Whatever it is, bagi aku dia teman yang baik walaupun dia jauh muda dari aku. Banyak juga segala permasalahan yang ada di dalam kepala ini hilang bila aku lepak ngan Joe.

Pertama kali aku jumpa dengan orang yang direct, easy to talk n jujur pada dirinya sendiri. Dia jenis tak kisah apa orang nak cakap tentang dia, satu lagi dia cakap dia bleh terima sapa saja tanpa ada rasa pelik di dalam hati dia. Hmm its not easy untuk jadi cam Joe tapi aku tahu dia bercakap benar. Alhamdulillah, aku hepi dengan relation ni. Aku mahu jadi cam Joe, berdiri atas prinsip sendiri dan tahu apa yang dimahukan dalam idup.

No comments:

Post a Comment