Aku tak tahu kenapa perlu ada pertemuan dan di hujungnya ada perpisahan. Aku bingung kebelakangan ini dengan pelbagai persoalan tentang kesetiaan, kejujuran dalam sesebuah hubungan. Aku melihat sendiri dengan mata kepala aku cerita-cerita jalan hidup pasangan kekasih yang hilang segala rasa cinta. Aku sedih arr tengok semua ni. Mengapa tidak mampu membawa sebuh kejujuran dalam hubungan itu sendiri? Susah sangat agaknya, mungkin.
Semalam aku disapa cinta. Hmm sayangnya di dalam hati ini rasa cinta itu seakan beku. Dia, yang pernah aku inginkan satu ketika dulu hadir kembali namun aku tidak mampu berbohong pada diri aku, hati ini tak mungkin akan dimiliki lagi, aku terlalu sakit untuk menempuh semua ini, sekali lagi. Aku tahu dia ikhlas, kerana sejak dulu lagi harapan ini tergalas di bahunya namun aku yang sengaja membutakan perasaan bukan kerana apa, hanya kerana aku merasakan dia terlalu sempurna untuk aku. Saat ini dia sudah berpunya namun sebaik saja mengetahui yang aku sudah seorang diri, dia kembali menyatakan hasratnya. Katanya sudah terlalu lama dia menantikan aku, hmmm apa yang mampu aku katakan? Sesungguhnya aku terkejut, terlalu terkejut dengan pertanyaan ini, sesuatu yang tak pernah aku jangka sama sekali dan sekarang aku terikat di situasi yang memaksa aku membuat keputusan.
No comments:
Post a Comment