Aku masih tak dapat nak lelapkan mata, aku perhatikan segenap ruang di dalam bilik aku, di rumah aku ini. Terbayang segala kenangan yang pernah wujud di sini. Disember ini genap setahun aku mendiami rumah ini, sungguh pantas masa berlalu.
Fir ada tanyakan samada aku masih ingat akan dia. Aku diamkan buat sesaat dia, fikiran ini terpaksa berfikir untuk memberikan sebuah jawapan yang jelas. Aku patahkan bahawa aku sudah tidak lagi mengingati segala kenangan yang terindah kerana yang pahit itu mengatasi segalanya. Fir tahu yang aku ni jenis mengingati akan kenangan tapi untuk kali ini aku tidak lagi, aku terlalu sakit dan pedih di dalam hati. Biarpun aku cuba mengingati yang terindah tapi yang wujud betapa sakitnya hati dan terkilan bilamana aku dilempar dengan segala penghinaan, hmm ntah bagaimana mahu aku gambarkan di sini. Nyatanya, aku terima segala yang tersurat ini.
Kini, hati aku telah melupakan segalanya. Siapa aku untuk terus merasa kesal dan tidak memaafkan, aku bukannya Tuhan. Biarlah segala kepura-puraan itu terjadi, yang aku tahu bukan aku yang menetapkan semua ini. Perjalanan hidup ini seakan baru sahaja bermula, aku akan pastikan yang aku tidak akan terjatuh lagi, dengan izin Allah.
No comments:
Post a Comment