Hari pertama di bulan Ramadhan, aku lalui dengan kepenatan, sesungguhnya tiada semangat. Atas hal yang aku ketahui beberapa hari lalu, pendedahan yang membuang seluruh kepercayaan aku kepadanya. Sampai hati aku dikhianati, seperti biasa dia seperti tidak bersalah kerana dia tahu kelemahan aku yang mudah percaya. Namun tidak kali ini. Aku merasa terpukul dengan segala apa yang dia lakukan. Semua bukti sudah jelas dan dia tahu apa kesudahannya kali ini. Sudah aku beri amaran awal lagi, jika aku mahu bukti, segala macam aku mampu lakukan dan kini bukti di genggaman aku.
Dalam kesibukan, aku luangkan masa untuk melakukan sesuatu yang sering aku lakukan di Ramadhan, biskut hasil tanganku sendiri untuk yang tersayang. Namun kali ini entah bila aku dapat memberikan hasil aku ini kerana hati ini sudah tawar untuk berada di situ. Biarlah, aku buatkan juga...sedih sangat aku rasa tadi.
ALMOND LONDON - biskut pertama aku siapkan hari ni. Ermm...tahun ini sepi sangat. Jujurnya, aku rasa tertipu.
almond london.. :) my favourite..
ReplyDeleteNk ckit.. Mesti sedap...