Tuesday, August 30, 2011

RAYA bersama AYAH BONDA hehe ...



SALAM AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA TO ALL BLOGGER & READER YANG SAYA KENAL MAHUPUN TIDAK, terima kasih di atas sokongan kalian yang membaca blog aku yang biasa biasa sangat neh. Di sinilah tempat aku meluahkan segala rasa yang jujur dari hati tanpa apa apa suntingan hehehe aku ni susah nak mengadu susah senang kat orang coz aku dah maleh nak caya orang so blog ni aku jadikan tempat luahan perasaan.

Sori la ye mungkin ada sesetengah luahan perasaan aku ni menyakiti hati kalian yang singgah untuk membaca blog aku ni, sesungguhnya tak ada niat nak menyakiti.

Syawal tahun ni seperti yang sudah sudah, punya makna tersendiri dalam hidup aku. Yang penting aku melalui dengan sederhana mungkin. This year kitaorang satu family nak konvoi umah sedara coz tiap tahun dorang kumpul umah mak aku so this year giliran kitaorang satu keluarga gi jejalan laks...

Once again, SELAMAT HARI RAYA, jangan lupa jaga kesihatan dalam riuh beraya okeh :) Cheerrsss ......

Wednesday, August 24, 2011

jom BERBUKA di MEDAN INDONESIA



Aku tak nak bercerita tentang kerja di sini, sekian. Heheh yang aku nak ceritakan tentang keindahan di Medan (walaupun hazab keletihan yang amat amat). Seingat aku kali akhir aku ke Medan (dengan abang n akak polis) on March @ April kot sejak tu aku tak gi dah coz tak der tugas pun nak gi huhu so this time aku really guna masa work n leisure sepenuhnya. Actually aku dah puas pusing Medan tu tapi setiap kali Ramadhan, aku memang suka ke sana, bukak posa @ Ramadhan Fair (sila makan hati dengan melihat photo yang disediakan) dengan pemandangan malam Masjid Raya, meriah giler. Makanan mcm biasa la kan, memacam ada especially air buah yang lazat ituh. Dan part pas tu yang best ialah jalan jalan cuci mata la kan kat pasar malam. Meriah sangat sangat suasana kat sini. Benarlah kata orang Ramadhan n Hari Raya lebih meriah di Indonesia. Ntahlah kan, ini just aku ckp atas pengalaman aku sendiri. Kalo nak shopping kat sini pun best gak, memacam barang ada especially baju melayu - baju koko. Baju sulam semurah RM12 sehelai, ok pe kan? Tapi tahun ni aku dpt sponsor baju dr adik kesayangan hehe, selamat tak yah kuar duit :)

As usual aku stay @ Grand Lubuk Raya tapi next time kalo ada trip lagik aku nak stay @ Kesawan Hotel je, cam best je bila aku view hotel tuh. Next time tu bila ntah hehehe ada group memana tak yang nak guna Tour Guide? Hehehe aku sanggup tiap bulan ke sana, mesti korang tertanya tanya apa la yang best sangat kat Medan tuh? Urmmm soklan tak der jawapan hehehe ader la yang korang tak der, jujurnya aku dah ada 2 famili angkat kat sini so aku angkat la skali ngan anak anak dorang hehehe tu la yang buat aku rindu nak selalu ke sini, kunjungan kali ni aku sempat jenguk ke umah dorang sayangnya sapa pun tak der, aku pun balik ngan hampa. Kononnya nak wat kejutan, alih alih memasing keluar ada keja, dorang nak datang hotel aku plak busy esoknya. Sedihnyerr....

MEDAN akan aku kunjungi lagi InsyaAllah jika ada kesempatan ...

p/s : teringat pelawaan si ILHAM dari PADANG yang aku kenal kat Ramadhan Fair, katanya wisata Padang lebih asiikkkkk....

Saturday, August 20, 2011

MASJID RAYA


Esok, aku akan kembali menjejakkan kaki ke Kota Medan, Indonesia. Sempena Ramadhan Al Mubarak ini, aku kenalkan korang pada sebuah masjid yang kaya dengan sejarah di Medan. Aku dah penah beberapa kali solat kat sini, aku suka sangat dengan senibina dan ruang dalaman masjid ini seolah aku kembali ke zaman silam. Di tepi masjid ni ada Bazaar Ramadhan yang panjang sangat, mcm mcm ada jual kat sini, arrghhh just cant wait to be there again : WORK n LEISURE :)

Masjid ini dikenali sebagai Masjid Raya Al-Mashun @ Masjid Deli @ Masjid Agung, masjid ni mula di bangun pada 21 Ogos 1906 dan siap dibuka untuk orang ramai pada 10 September 1909.

Hari ni korang tengok la pic dulu k, one day InsyaAllah korang bleh sampai sini, trust me : MEDAN is a great place to visit :)

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday # 1


sebuah catatan dari hati ...

Aku ngan Ba & Mak di hari bahagia aku :) Hehehe ....

Aku menulis tanpa memikirkan tentang sekeliling kerna aku hanya meluahkan apa yang datang dari dalam jiwa aku, hati aku, sebuah rasa yang jauh tersimpan dan tak terluahkan kerna aku tak percaya pada sesiapa untuk aku berkongsi rasa, terlalu banyak yang pahit aku lalui bilamana mengenali teman teman dalam kehidupan. Biar apa yang orang sangkakan, sejujurnya aku gembira dengan keluargaku sendiri. Mungkin kami bukan dalam lingkungan mewah tapi kami tenang dalam dunia kami sendiri, InysaAllah aku doakan keadaan ini selamanya ada hingga akhir hayat.

Sesuatu yang nak aku kongsi di sini. Bukan seorang yang pernah menghubungi aku melalui email dan catatan blog yang mana bila mereka baca catatan blog yang tak seberapa ini, terlukis senyum di wajah mereka tanpa disedari dan dalam masa yang sama juga ada air mata yang terlimpah di pipi. Bila aku tanya kenapa? Jawapannya membuatkan aku turut terhanyut dengan emosi - kerna mereka tak punya keluarga yang bahagia.

Ermm...syukur Alhamdulillah sampai saat ini aku bahagia dengan keluarga aku, kami rapat sesama sendiri. Pernah aku lihat kawan kawan yang hidup dalam keluarga yang terlalu berdisiplin tapi anak anak hanyut, mungkin terlalu ketat mengawal. Ada juga yang diberikan kebebasan namun tak dihargai sebaiknya. Tapi aku, jujurnya tak pernah tertekan dengan sebarang didikan mak dan ba. Mereka tegas dalam diam dan secara tak langsung aku tahu batasan kehidupan aku. Begitu jugak dengan abang, adik laki n adik pompuan aku.

Ingin aku kongsikan sesuatu pada sesiapa sahaja yang kekurangan kasih sayang keluarga, jangan pernah berduka dan merasa terasing kerna ALLAH itu ada, Dia melihat segalanya. Aku teringat citer catatan seorang blogger tentang Allah perintahkan Malaikat Jibrail untuk mendatangkan ujian pada hamba yang dirinduiNya kerna DIA YANG MAHA ESA mahu mendengar keluhan hamba kepadaNya...jadi barangsiapa yang merasa sedih, diuji, bangunlah skarang kerna anda merupakan antara hamba yang dirindui Allah dan dipilih untuk melalui ujian. Mintalah apa saja nescaya Dia mendengar dan Mengasihani, pastinya! Cheerssss .......

Tuesday, August 16, 2011

COUNTING DAYS .....

Tak sabar rasanya nak balik kampung hehehe ... teringat aku dulu dulu, meriah je suasana kat kawasan umah kalo malam malam sepanjang bulan puasa tapi skang dah tak mcm dulu, agaknya mak bapak skang tak kasi anak anak dorang main mercun or bunga api kowt...tapi biasanya aku paling suka la kalo dah masuk minggu ketiga puasa ni. Aku ngan mak suka lepak lepak kat luar umah memalam, sembang sembang ermm rindunya sangat. Tak sabar nak balik Penang.

Tengok citer Upin Ipin masa nak buka puasa setiap hari buatkan aku teringat kat arwah tok aku, dia la yang paling sibuk sepanjang puasa, masak sahur macam nak buka puasa je tapi memang happening ar. Dari susah nak makan terus berselera je. Arwah tok kalo masak, memang aku tak tinggal nyer...apatah lagi saat nak dekat raya, semua dia usahakan mcm kitaorang ni tak der dlm umah tu. Ermm rindu sangat dengan arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya, AMINNNN.....

Tahun ni bulan puasa aku banyak di KL, kekadang bangun sahur tingat gak kat mak yang sahur sorang sorang coz ba tak bangun sahur. Tapi aku slalu la call mak waktu sahur, kadang tu cam nak menitis air mata tapi control la kan, kang aku sedih mak aku hapa lagi sedihnya hehe jadik hujan air mata lak karang.

Makkkkk.....tunggguuuuuuuu kepulangan anakmuuuuu hehehe ....

Saturday, August 13, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah

Hahhhh....disebabkan blog aku ni kureng fofular, aku dengan senang hatinya menjoinkan diri dengan langkah inisiatif si pemilik blog cute HENCEK ANIF ABDULLAH http://neracaparadigma.blogspot.com untuk menambahkan follower dan secara tidak langsung menambahkan kengkawan alam maya.

Ku kenalkan diri ku sebagai ZAC ZAINI. Hobi aku yang berada di tangga teratas ialah MELANCONG. Disebabkan kareer aku dulu dalam bidang seni so banyak la tempat yang aku pegi secara FREE huhuhu....sampai skang aku suka melancong sesangat. Tak kiralah pelancongan sejarah ke, pulau ke, bandar ke, semua aku suka so sesapa yang perlukan teman melancong, sila hubungi aku okeh :)

Selain tu aku suka membaca, membaca dan membaca haaaa especially blog la kan, boleh tak tidur berhari hari kalo aku dah suka sesatu blog tuh. OK la korang, nak jadik kawan tak? Anytime beb....salam kenal :)

YAY YAY...SYAWAL NAK DATANG...

MERAHNYA baju huhu sometimes aku suka warna yang terang giler, sajer je kan nak kasi org tgk aku, yer la aku ni sapa org nak curik pandang (sedeyyyy sangatss). Ekceli aku bukan nak meluahkan rasa pasal warna ke pasal baju ke tapi bangun pagi tadik aku teringatkan something...

Dulu masa ada lover, antara saat paling manizzzz skali bila nak Syawal ar, bulan posa dah memang manizzz la kan bila bukak posa sesama. Dah tu start plan nak pakai baju kaler apa di pagi raya, bertandang umah each other, sweetnyerr...entah bila la dapat aku ulangi suasana cengginih lagik.

Dalam ingatan ni aku hanya tingat nak all outkan umah mak je, aku nak upgrade skit tahun ni deco tapi entah sempat ke tak coz aku nak balik Penang next week tapi banyak event nak handle, pastu balik KL balik ermm aku tak tau la bila nak deco umah (tadik tgk ADIE - danieladie.blogspot cat wall umah dia cam cantik sangats). Mayb tunggu adik aku balik Penang on 26th kot. Kemuncaknyer 27th tu ada acara bukak posa 1 famili (tk sabar nak tunggu date ni) Dah tu tinggal few days je before raya, InsyaAllah sempat kot.

Karang nak fly 3 hari ke Indon, as usual itulah antara aktiviti aku di bulan Ramadhan setiap tahum, aku tak pernah tinggal melawat Indon di bulan puasa. Tiket dah berbulan awal aku beli, gi balik Air Asia RM92 hengget sahajork. Serius rindu sangat nak merasai skali lagi puasa kat sana, meriah sangat tak mcm di Malaysia apatah lagi suasana malam raya..rindunya aku, serius. Tingat kat famili angkat aku yang dah nearly 5 months tak jumpa, serius rindu ngan Mama n Bu Handra. Dannnn yang paling best shopping ler kat pasar malam dorang, harga jangan ckp la. Serius puas hati ngan kualitinyer...

Ok la, tgh type ni pun aku dah rasa happy n meriah. Cukup la dengan kegembiraan secara psikologi dulu hehe Ya Allah, inginnya aku tenang seperti dulu....

INILAH AKU ...

This is me. Malam ni aku sendiri jer. Lots of thing aku fikirkan, semuanya tentang kehidupan lampau aku. Kata orang yang berlalu jangan dikenang. Hmm tapi aku tak tahu kenapa aku sering di hantui segala hal yang lepas lepas, mayb coz aku banyak wat mistake hanya kerna ikut rasa hati muda belia kot, skang ni nak menyesal pun dah tak guna lagi, terlalu banyak peluang aku sengaja aku lepaskan walaupun aku sedar semua peluang yang aku dapat tu terlalu berharga sangat, sampai semua yang rapat ngan aku ckp aku ni bodoh lepas itu lepas ini hanya kerna mengejar sesuatu yang aku SUKA BANGET tapi finally I'M DEAD.

Aku tahu, aku dah dapat jawapan yang sebenar apa yang telah jadi tapi aku belum tahu bagaimana nak aku mulakan kembali. Sering aku fikir, ALLAH itu menguji dan aku seharusnya tak boleh mengalah dengan ujian ini. Sampai saat ini aku masih kuat sebenarnya mengharungi satu satu perjalanan kehidupan.

Tak sabar nak balik Penang, ada hal yang nak aku kongsi dengan mak, just between us. Something yang aku tahu dan aku perlukan restu mak. Cukup la dulu apa saja nasihat mak kasi aku wat dek je, skang ni nak menyesal pun tak guna lagik. Nak je aku share dengan semua adik adik yang muda muda, apa juga keputusan kehidupan, dapatkanlah restu orang tua slagi mereka masih ada.

Namun, aku masih bersyukur, kerna aku masih punya peluang bernafas dan menikmati kehidupan di bumi tumpangan. Smoga ada cahaya menantiku di hadapan, dengan izin Allah.

Friday, August 12, 2011

BERIBU SESALAN

Aku suka lirik dan melodi lagu ni sangat sangat. Setiap kali aku dengar lagu ni, cam sayu jer rasa kat hati ni ermm hanya yang merasai akan mengerti. Semuanya aku serah pada Ilahi. Semoga Dia sahaja yang dapat mententeramkan hati aku. Aku akan terus melangkah...sebaik mungkin. Ermm...

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

Wednesday, August 10, 2011

CERITA NORMA ....



http://miera301.blogspot.com/search/label/Norma

Aku tak tahu nak mulakan dari mana apa yang aku nak kongsi ngan korang, just click at the label atas tu, korang baca dan rasai sendiri pengalaman insan-insan ini. Dalam kesusahan aku berfikir, dalam keperitan aku melalui kehidupan, cerita ini memberikan aku suntikan semangat untuk terus kuat. Thanks to www.jumiesamsudin.com atas paparan blog tentang insan yang diuji dengan penuh hebat ini. Terasa diri aku ni kerdil sangat apabila membaca betapa hebatnya ujian Allah pada pasangan suami isteri dan keluarganya.

Pengajaran di sini, jangan pernah putus asa tentang kehidupan. Kita diuji hari ke hari dengan kepelbagai ujian dari Allah SWT, seharusnya kita bersyukur dengan semua ini kerna kita antara insan terpilih untuk diuji. Ya Allah Ya Tuhanku, ringankanlah beban mereka....

Berikut sedikit catatan pemilik blog :

" Norma is my biras. Age 26 , suffer brain cancer stage 4
Married last year Mac 2010 , lahirkan rafiq bulan Jan 2011
Start sakit masa pregnant 7 bulan .
As soon bersalin terus dia tak boley bangun
The cancerous tumor is 7 cm kat saraf tunjang dia
5 X operation . 2 mon after operation ...tumor tew membesar balik
dah 15X radioterapi tapi tak memberi kesan
she is to weak for kimo
hospital dah surrender
now dia berada di rumah nya at Balakong,"

Air mata ini masih belum berhenti mengenangkan penderitaan mereka...sama samalah kita berdoa.

Tuesday, August 9, 2011

SHOOTING with FIR @ LINDA JASMINE's STUDIO






Hokayyy lets me introduce uols, ni houzmate aku, namanya Hencek Firdaus. Dia run bisnes sendirik dlm showbiz kat KL. And semua pic ni aku snap masa temankan dia shooting untuk drama bersiri INSPIRASI VARSITI. Dijangkakan ditayangkan untuk siaran RTM akhir bulan September nanti, InsyaAllah. Actually Fir ni dapat tawaran last minit untuk bawakan watak En Haris, seorang Pensyarah Tari di sebuah akademi seni. Ni la first time aku tgk dia shooting, sebelum ni aku tgk acting dia dalam slot Cerekarama TV3 selebihnya aku tgk acting dia dalam kehidupan seharian je la, sakit perut aku asik gelak je kalo dengan si Fir ni. Fir ni seorang kawan yang berbakat dalam bidang seni suara, tari dan lakonan gak. Kalo masak makan pun sodaaapppp......pendek kata serba serbi bisa dong...

Actually darah seni memang mengalir dalam diri dia dah lama coz mama dia seorang pelakon hebat satu ketika dulu. Fir juga merupakan anak saudara kepada seniman terkenal Malaysia, KUSWADINATA. Mama si Fir ni seorang aktres asal Singapura, namanya ANITA JAAFAR, seniwati Malaysia yang aktif sekitar 1970an. Antara lakonan seniwati ini ialah :
  • Malaysia 5 (1974) arahan Jun Aristorenas
  • Detik 12 Malam (1978) arahan S. Sudarmadji
  • Penyamun Si Bongkok (1972) M. Amin
  • Boneka Permata (1974) Tony Azman
  • Kelana (1972) S. Kadarisman
  • Semambu Kuning (1972) Omar Rojik

Monday, August 8, 2011

ALONE & LONELY

RAMADHAN yang lesu sangat aku rasa tahun ni, bukan salah bulan mulia pastinya tapi takdir hidup pastinya. Bukan mengalah pada ketentuan Allah cuma mungkin sudah tersurat perjalanan hidupku tahun ini.

Tak sabar rasanya nak balik Penang, nak melalui Ramadhan dengan famili aku, pastinya. Rindu sangat ngan mak n ba, urmm tadik sembang panjang ngan mak, rasa cam sayu je hati. Ni kali pertama aku jauh dari famili, apatah lagik Ramadhan, sayu la skit ati ni. A week before Ramadhan aku akan make sure dah di Penang apatah lagik nak ke satu tempat tuh, tak sabar sangat sangat.

Tak ada sebarang persiapan yang aku buat buat masa ni, InsyaAllah nanti je la nak shopping ngan adik aku last minit, baru best skit. So wat masa ni jalani saja kehidupan yang serba lesu huhuhuhu alahaiiii sodihnya rasa di jiwa ini.

Jauh di sudut hati, aku harap dapat bertemu Ramadhan tahun akan datang coz ada niat yang masih tersimpan yang belum terlaksana, dengan izin Allah.

Sunday, August 7, 2011

PUASA ke 7 ....

Meriah sangat hari ni walaupun not in mood, Alhamdulillah hidup aku ini dimeriahkan dengan kawan kawan yang bertandang, sangat la happynya. Arini tersangat penat..sangat sangat tp berbuka puasa dengan happening dengan pelbagai juadah yang kitaorang shopping dari Pasar Ramadhan Bandar Baru Ampang.

Jom kenal ngan kengkawan aku ni...yang paling kiri ialah Ustaz Muda hehe namanya Eddy, budak kelantan. Dulu kitaorang satu umah tapi skang ni Eddy dah pindah ke Subang coz dia dah start menjawat jawatan Ustaz kat sebuah skolah rendah agama kat Subang. So panggil dia Pak Ustaz hehehe ....

Next to him is Jo @ ALDO (berangan Indonesia sangatssss). Mamat asal Sabah tapi keja at The Ship Batu Ferringhi, hujung bulan ni resign agaknya coz nak start keja kat KL InsyaAllah tak lama lagi. Bahasa dia kitaorang semua tak faham sangat,jap Indon jap Sabah semua bercampur campur...hehehhe

Next to Jo is Fir, dulu housemate aku kat Penang tapi dia move dulu ke KL, ni kiranya kawan terdekat aku la dr dulu sampai skang ni, bersifat DIVA sket tapi aku ok je ngan dia, the happiest person in the world hehe so skang ni aku serumah ngan Fir la. Dia ni artistik person taw....

Berikutnya ialah Abang Bard, aku baru je kenal abang Bard ni tapi sempoi la, macam macam isu bleh masuk, bleh layan sembang apa saja. Si Fir tu slalu je mengusik Abang Bard ni tapi dia maintain cool jer all the time...

Tu je lah manusia yang menemani aku sepanjang Ahad ari ni...Eddy dah. balik Subang. Slasa ni si Jo balik Batu Ferringhi, Abang Bard pun sure la balik umah dia so tinggallah aku ngan Fir ni jer...urmmm pusingan kehidupan seadanya.

Apapun, Selamat Meneruskan Puasa okeh, ni dah masuk hari ke tujuh, tak lama je lagi tinggal 3 minggu je lagi nak raya....urmmm raya tapi kurang gembira, sebabnya hanya aku saja yang tahu.

SEGENGGAM TABAH

Smalam aku dapat lagu ni, sangat best. EDDY (my Kelantan's friend yang sudah berjaya berkhidmat sebagai Ustaz Muda di sebuah sekolah agama, gitewww) kasi lagu ni coz dia tau aku suka lagu lagu yang membangkitkan semangat kerna kawan dia sorang ni banyak sangatssss dugaan hidup tapi masih tabah. Kalo korang nak kenal ngan kawan aku sowang ni, silalah ke FB dia - YOE QLATE, slamat berkenalan, jangan dok goda goda Ustaz ni di bulan Ramadhan yang mulia okehhhh.....silalah hayati lagu yang aku suka sangat ni :

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai gelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup di palu
Pasti bertemu tenangnya



Saturday, August 6, 2011

Saya Segak Berbaju Melayu



Assalammualaikum kengkawan skalian....

Sesungguhnya saat ini aku tersangatlah down giler, tension dengan kepelbagaian jenis masalah yang datang serentak, bak kata Ina Naim dalam lagu rayer dia - siapalah diriku tak siapa pun tahu, Rintihan yang menusuk kalbu oh pedihnya, Ku bersuara lesu menyatakan segala, Ku redha akan takdirnyaaaaa .... ha sapa mampooo hafal lirik lagu tuh? Huhuhu, aku je okehhh...

Online je malam ni jap tadik hati berbunga segala, apa salahnya aku join contest ni, sesaja je pown, mana taw ader rezeki blog ni direview huhuhu ni blog baru aku, blog lama aku budakistana.blogspot.com .... ishk melalut plaks. Ekceli pic aku berbaju melayu indah berseri lagi menawan tu disnap oleh tanganku sendiri masa raya tahun lepas. Tu kat umah mak, bunga putih kat blakang tu aku wat sendiri okeh dan sarung kusyen tepi aku tuh aku beli kat pasar malam Batu Ferringhi, sekian maklumat terperinci.

Korang apa lagik, meh kita meriahkan contest ni weiiii smangat nak raya neh (walaupun fikiran bercelaru sangatssss)


Thursday, August 4, 2011

BUKAN DIA TAPI AKU

berulang kali kau menyakiti
berulang kali kau khianati
sakit ini coba pahami
ku punya hati bukan tuk disakiti

ku akui sungguh beratnya
meninggalkanmu yang dulu pernah ada
namun harus aku lakukan
karena ku tahu ini yang terbaik

ku harus pergi meninggalkan kamu
yang telah hancurkan aku
sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

ku harus pergi meninggalkan kamu
yang telah hancurkan aku
sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

cintaku lebih besar darinya
mestinya kau sadar itu
bukan dia, bukan dia, tapi aku

begitu burukkah ini
hingga ku harus mengalah

ku harus pergi meninggalkan kamu
yang telah hancurkan aku
sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

(cintaku) cintaku
(lebih besar dari benciku) lebih besar dari benciku
cukup aku yang rasakan
(jangan dia) jangan dia
(jangan dia) jangan dia cukup aku

(jangan dia jangan dia) cukup aku
(jangan dia)



Wednesday, August 3, 2011

SEPARUH JIWAKU PERGI ...

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

sedih sangat melalui Ramadhan kali ni, sesak nafas tak henti. soalan yang aku timbulkan sampai skarang tidak ada jawapan. mungkin inilah nyatanya orang yang bersalah. soalan aku mudah saja, aku perlukan penjelasan. jelaskan dengan hati. samada dijelaskan ataupun tidak, hati ini tetap terguris. slama ini aku diamkan dan turutkan saja, hanya kerna cinta. tapi kini hati aku makin hari makin kosong, semua sama saja. tak layak diberikan cinta. yang mereka tahu hanya kegembiraan sedangkan mereka lupa sesuatu yang lebih penting dalam perhubungan. mungkin aku ni terlalu bodoh untuk percaya pada cinta, menurut semua rasa yang ada hingga aku sendiri menjadi mangsa keadaan, diperlakukan dalam diam. adakah harus aku berikan lagi peluang untuk insan sebegini? yang kononnya berpegang utuh dengan kesetiaan katanya....

sumpah, sakit sangat jiwa ini. entah bila akan berakhir.


Monday, August 1, 2011

SEPERTI BIASA ...

Hari pertama di bulan Ramadhan, aku lalui dengan kepenatan, sesungguhnya tiada semangat. Atas hal yang aku ketahui beberapa hari lalu, pendedahan yang membuang seluruh kepercayaan aku kepadanya. Sampai hati aku dikhianati, seperti biasa dia seperti tidak bersalah kerana dia tahu kelemahan aku yang mudah percaya. Namun tidak kali ini. Aku merasa terpukul dengan segala apa yang dia lakukan. Semua bukti sudah jelas dan dia tahu apa kesudahannya kali ini. Sudah aku beri amaran awal lagi, jika aku mahu bukti, segala macam aku mampu lakukan dan kini bukti di genggaman aku.

Dalam kesibukan, aku luangkan masa untuk melakukan sesuatu yang sering aku lakukan di Ramadhan, biskut hasil tanganku sendiri untuk yang tersayang. Namun kali ini entah bila aku dapat memberikan hasil aku ini kerana hati ini sudah tawar untuk berada di situ. Biarlah, aku buatkan juga...sedih sangat aku rasa tadi.

ALMOND LONDON - biskut pertama aku siapkan hari ni. Ermm...tahun ini sepi sangat. Jujurnya, aku rasa tertipu.