Wednesday, December 7, 2011

BERJIMBA @ HATYAI ...






TERSEBUT la kisahhhh hehehe Sabtu lepas aku ke negeri di salah sebuah Negara Gajah Putih - Hatyai. Ermm bagi korang yang suka shopping n makan makan, boleh la jadikan Hatyai satu destinasi pelancongan berbudget rendah ya kerna memang kos rendah sangat untuk ke sini coz dari Penang maaa....

Ekceli aku ke sini bukan untuk suka suki yer kawan kawan, ada urusan bisnes yang harus disiapkan seberapa segera demi masa depan negara yang cemerlang dan gemilang tudiaahhh hehehe alah korang semua kalo dengar je Hatyai, Bangkok, Thailand kompem dalam kepala pikir lain je kan, yer la sememangnya industri seks Thailand sudah di kenali, aku ke sini bukan untuk itu yer la la la la la la ..... *tutup mulut dengan dua dua tangan*

Urmm aku tak yah la citer details sangat pasal tempat menarik kat Hatyai ni ye kalo korang nak tau, sila GOOGLE hahaha kejam tak? Yang buat aku gila kat sini ialah Pasar Malam Hatyai yang serius besar giler yang macam macam hada, haiyoohh serius macam macam hada dan menyakitkan mata sajork melihatnya, soping la jugak mana yang boleh tapi pastinya aku akan kembali ke sini untuk borong, tunggu taun depan sebelum posa yer. Yang aku sentap tu kan bila tgk je baju saiz M, yang jual tu nk promote saiz L kat aku, besar sangat ke aku ni? *memang pown* aku nak motivate diri je dengan beli baju M hehehe kononnya ler tapi finally beli gak la baju yang aku suka giler, sesuai sangat dengan jiwa hehehe dah pakai pon smalam datang kerja hehe lupa lak nak snappy....

Bagi korang yang suka night life, Hatyai ada untuk korang tapi pepandai korang la yer bawak diri coz yang tak baiknyer lebih banyak dari yang baik *baik ke? tak der pown yang baik nite nife kat sini* Aku santai saja di kamar beradu pas balik dari pasar malam tuh, golek sana golek sini huhuhu matiler bergolek...

Ishk kalo nak citer pasal kejadian kejadian di Hatyai ni banyak boleh aku citer tapi cam malas jerk...apapun hati dok teringat ayam kat Hatyai urmm ayam yang boleh dimakan okeh bukan ayam yang cantik di tepi jalan yer huhuhu skiannnn...


Friday, December 2, 2011

namanya MYDIN ...HEPI BESDAY

Skadar catatan ringkas coz aku terlalu sibuk sangat sangat lately, terlalu banyak urusan yang harus aku selesaikan, banyak yang tertangguh sejak aku dah keja. Urusan keja jangan dicakap la, sampaikan ramai kengkawan yang makan hati ngan aku coz alasan sibuk je memanjang so aku nak wat cam ne? Dah memang aku sibuk pun....

Aku nak share skit ngan korang, sejak aku mula keja kat opis ni, setiap hari aku disapa oleh seorang staff buruh, dia ni kurus kering je, umur sekitar 50an, aku kekadang perhatikan dia wat keja, nampak cam tak berapa sihat, kekadang dia termenung jauh sangat. Entah apa ada dalam fikiran dia tapi kalo habis meeting kat opis aku, dia slalu datang ketuk pintu bilik aku, tanya nak makan tak? Dia nak ambikkan tapi aku slalu cakap tak nak ....

Pagi tadi, aku sampai opis dengan bad mood skit, ada la hal yang kureng enak berlaku pada aku pg tadi. Aku duduk je di ruang depan, jejalan tgk pokok pokok, opis aku dalam hutan tau uols hehehe nanti la akuk snap snap aku publishkan okeh. Tadi aku lepak je tetiba dia datang tegur, namanya Mydin. Dia tanya kenapa aku nampak mcm ada masalah, ntah cam ne segala masalah aku citer kat dia huhuhu dia pun dengar la panjang lebar aku meroyan pepagi hehe dari situ bercerita lak kisah hidup dia. Ermm terkesima aku mendengar, dia dah lalui banyak kesusahan dalam hidup dia, Mydin sakit jantung yang agak serius, sib baik dia kakitangan kerajaan so dah dibedah dengan kos ditanggung, isteri dia seorang OKU yang amek upah menjahit skarang dah ada anak age 11 tahun. Macam macam dia nasihatkan aku tapi yang paling aku tak leh lupa, dia cakap dia tengok aku ni macam orang baik huhuhu malu la plaks dia tengok aku ni keja kuat tapi kenapa belum kawin? Hadoiiii soalan ni yang mencik ni, aku cakap kat dia aku nak beli umah dulu hehehe dia pun angguk je kepala. Sian aku tgk si Mydin ni, ekceli panjang lagik citer idup dia yang wat aku sesekali hiba la jugak urmm setiap org ada cerita hidup kan?

Dah habis sembang aku pun nak ke kantin, nak beli air tapi dia tak kasi, dia cakap ari ini dia nak belanja aku air. Hehe nak tergelak aku...pastu aku tanya kenapa? Coz ari ni hari jadi dia, alah alah alah so sweetttt aku pun wish besday kat dia, sian je aku tgk dia. Umur dah lanjut tapi masih keja, dengan masalah kesihatan lagik ermmm tak lama pastu dia balik bawak air, aku minum sambil sembang lagik ngan dia.

Esok aku akan beli kek untuk dia, mesti dia hepi nanti dia leh bawak balik utk wife ngan anak dia tuh, tadik aku tak de masa nak ke kedai kek coz aku dok mengadap pc je seharian. Dari aku menghabiskan duit untuk itu ini baik aku buat something yang boleh melukis senyuman kat wajah orang lain kan? Kisah hidup Mydin akan aku simpan sebagai pengajaran dalam kehidupan aku, semoga Mydin terus bahagia dengan dunianya, amin.

Monday, November 28, 2011

AGAIN ....


i knew i could fit it on my own

errrmmm

Friday, November 25, 2011

MAAFKANLAH ...

SEJAK semalam ada perkara yang mengganggu fikiran aku, tentang seseorang yang aku rasa sudah matang dalam berfikiran namun sengaja berpura-pura tanpa rasa bersalah melakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Namun, Subuh Jumaat tadi mengubah aku menjadi lebih terbuka, ada rahmatnya, semoga ALLAH memberikan dia petunjuk di alam yang fana ini. Jom aku share ngan korang satu artikel yang aku baca dari ILUVISLAM :)

Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia. Betapa Allah amat memberatkan hamba-Nya menjaga silaturrahim dan ukhwah sesama manusia. Dalam Al-Quran Allah telah berfirman yang bermaksud :

"Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An Nisaa' 4:1).

Hal ini diperkuatkan lagi dengan sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Barangsiapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), maka hendaklah dia menyambung (tali) silaturahim."

Jadi jelas di sini betapa penting untuk kita menjaga ukhwah yang telah terjalin sesama manusia. Kerana menjaga ukhwah itu hakikatnya bukanlah sesuatu perkara yang mudah dilaksanakan.

Begitu jua dalam perhubungan cinta antara seorang lelaki dan wanita. Yang saling menyayangi dan mencintai antara satu sama lain. Namun kadangkala apa yang kita rancang tidak semudah yang kita sangkakan. Dan sering datang cabaran-cabaran yang membuat perhubungan terputus.

Pastinya sekiranya berlaku sedemikan dalam hubungan itu, kadangkala hati kita terlalu sakit dan kecewa atau muncul perasaan benci dengan pasangan kita kerana merasakan diri kita dipermainkan lebih parah jika kita rasa seperti dikhianati.

Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan. Lalu dendam kesumat menjadi jarum hasutan untuk kita memutuskan silaturahim. Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."

Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.

Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada Tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."

Maha Suci Allah, jelas dari kisah sirah ini, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.

Jadi bagi mereka yang sedang berusaha dalam membina satu hubungan yang lebih diredhai; sabar dan tabah lah dalam menghadapi ujian-ujian yang hadir. Seandainya telah berlakunya perpisahan janganlah sesekali kita menyimpan perasaan benci dan marah di dalam hati kita.

Jangan juga kita cuba menyalahkan takdir kerana kegagalan dan perpisahan itu. Tetapi yakinlah dengan janji Allah.. perpisahan itu pasti akan berganti dengan pertemuan.. pertemuan yang lebih baik dari pertemuan yang dulu..

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday # 8

tudiaaahhhhh .... giler vavi semuanyer

Tuesday, November 22, 2011

MASIH DARA kah?


HAHHH kebetulan pas few days aku publish pasal KETERUNAAN, terbaca lak aku artikel tentang KEDARAAN hehe mampos la bahasa tunggang langgang...aku baca dari blogger ni (http://www.hasrulhassan.com) bagus gak la kalo nak tambah ilmu kehidupan, selebihnya sendiri tahu kannn....jom kita luangkan masa skejap baca informasi ni :)


6 Petunjuk Untuk Kenal Pasti Perempuan Ada Dara

Rekahan Bibir
Kita dapat mengenal pastinya jika bibir seorang wanita itu sangat mengancam dan berwarna kemerah-merahan. Dan rekahannya pula cantik. Selain itu, bibirnya juga bergaris-garis dan dapat dilihat dengan jelas.

Dahi Yang Berkedut
Gadis yang masih memiliki dara akan mempunyai dahi yang licin. Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara yang mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Ini dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa. Kedutan ini adalah berbeza dengan kedutan wanita yang berusia.

Bentuk Punggung
Bentuk punggung juga akan menggambarkan samada seseorang itu masih ada dara atau tidak. Bagi wanita yang tidak memiliki dara, punggunggya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel-sel punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari-lari dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang-goyang. Berbeza dengan gadis yang memiliki yang pejal dan tidak bergoyang.

Telinga
Telinga gadis yang mempunyai dara akan kelihatan warna kemerah-merahan dan cantik. Wanita yang tidak punyai dara telinganya akan kelihatan leper dan tidak menawan lagi.

Tumit
Cuba lihat tumit anda. Di hujung tumit anda, cuba picitkan sedikit. Sekiranya selepas picit darah anda akan kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna anda masih berdara. Jika tidak, kawasan yang dipicit itu akan pucat dan darah kembali dengan lambat. Awas! Jaga tumit anda. Banyak kepentingan dan rahsianya lagi.

Pipi
Jika pipi gadis itu licin, gebu dan kemerah-merahan serta tidak langsung memakai peralatan solek seperti pemerah pipi, bedak atau cecair pelembab muka, bermakna gadis itu masih berdara.





Monday, November 21, 2011

BANGKOK.....I'M CUMMIINGGG....




TAK PERNAH AKU SANGKA, BANGKOK AKAN AKU JEJAKI SEKALI LAGI PADA FEBUARI 2012, BULAN CINTA hehehe thanks so much pada MS J (opsss nama harus dirahsiakan bagi mengelakkan gossip gossip liar lagi tidak berasas) Thanks again coz sudi sponsor trip I, trust me ONE THING, i tak akan kecewakan u :) fuhh statement mengundang kontroversi hehehe tapi hanya kita yang tahu apa tujuan suci murni kita ke sana kennzzzz .....

Hari ini indah sangat, ada sumpah yang terlafaz, ada janji yang tertunai, tarikh istimewa ni bermakna sangat kerna ada syarikat baru yang muncul hasil perbincangan dua jiwa gituuuuu hehehe thanks Allah kerana peluang yang datang ini, tak mungkin dipersiakan, rezekiMu ini ku syukuri AMINN....

Trip to Bangkok ni umpama hadiah la bagi aku, nak diceritakan panjang tak dapat la pulak coz banyak risiko tapi aku gembira dapat kongsi ngan korang kat sini. Insyaallah aku akan ke Bangkok Febuari nanti tapi skadar 3 hari 2 malam jer tu pun dengan MISI PERDAGANGAN hehehe nanti panjang usia aku share kat sini k korang ....

MISS J, thankkkksssssssssssssss ..........................

ceritera SEDIH


SEPATUTNYA saat ini aku dah tidur, esok awal pagi aku ada urusan penting, penentu kehidupan. Namun sampai saat ini aku masih belum dapat melelapkan mata. Sejak petang tadi, aku termenung memikirkan sesuatu, tentang rasa hati. Kenapa aku masih mencintai dan menyayangi seseorang yang sudah beberapa kali membuatkan aku sedih dan pedih. Kenapa ya? Sedangkan aku punya banyak pilihan di sekeliling aku yang senantiasa ingin memberikan apa yang aku perlukan dalam kehidupan. Aku punya hati yang terlalu cinta, dalam menjauh sehinggakan aku yang merana sedangkan aku tak tahu apa yang dia rasa. Tenang wajahku tak menggambarkan gelodak dalam jiwa sebenarnya.

Aku bukan mudah melepaskan cinta sepertimana insan yang lain kerna pada aku cinta bukan mudah nak aku terima dengan seikhlasnya. Aku memberikan masa dan aku jalani satu persatu sebaiknya namun sampai saat ini aku sering terluka. Mungkin aku belum cukup sempurna tapi entahlah....

Atau ada sebab lain yang tidak mengizinkan cinta ini terus ada dalam hati aku barangkali. Nak dibuang terasa sayang nak disimpan entah bila cinta ini akan kesampaian.

Aku lalui sebaik mungkin, di hujungnya aku pasti ada jawapan.

Saturday, November 19, 2011

TERUNA @ TIDAK ? Errkk ....

PERINGATAN PENTING :

- sila baca entry ini dengan fikiran terbuka dan nawaitu untuk menambahkan ilmu okeh!
- jangan cuba cuba mencari pic aku dalam pic di atas kerana aku tak der dalam kelompok itu *sedey sangat*

Okies, aku baca info pasal KETERUNAAN LELAKI ini dari blog sapa ntah, aku dah lupa ar. Aku dah lama simpan catatan ni tapi tak per lah, aku persembahkan kat korang semua yang aku tau suka sangat kalo ada entry entry berbau nakal cengginih kan? Silalah membacanya yer ...


1. Seorang jejaka adalah yang tidak pernah melakukan hubungan seks dengan wanita kebiasaannya memiliki perasaan ghairah yang terpendam,kebiasaannya diwaktu bangun tidur di pagi hari alat vitalnya akan berdiri (ERMM MASIH ADA RASA INI CUMA TATAU CAM NER NAK BUKTIKAN KAT KORANG hehehe)

2. Di bahagian bawah kelopak mata seorang TERUNA adalah cerah, ini disebabkan mereka tidak mengeluarkan tenaga yang banyak untuk melakukan aktiviti ejakulasi, sebaliknya jejaka yang sudah tidak TEUNA memiliki kelopak mata berbentuk cekung dan berwarna kehitaman kerana tenaga dalam tubuh yang keluar semasa proses ejakulasi terjadi (ERRMM MASIH CERAH hehe KALO TAK CAYA SILA LIHAT PIC PIC AKU YANG LEPAS OKEH)

3. Seseorang yang masih TERUNA akan sering mimpi basah, dan jejaka yang sudah tidak TERUNA tidak akan pernah mengalami mimpi seperti itu lagi. (ERMM MASIH MIMPI, SERIUS MASIH MIMPI *AMEK BANTAL TUTUP MUKA*)

4. Warna alat vital dan puting susu jejaka yang masih TERUNA biasanya berwarna kemerahan, jika sudah tidak TERUNA akan berwarna kecoklatan atau bahkan berwarna hitam. (ERKK....X KAN AKU NAK SNAP PASTU POST KAT SINI KOWT huhuhu)

5. Bentuk perut seorang TERUNA biasanya datar, jika seseorang sering melakukan hubungan seks bentuk perut mereka akan berubah menjadi buncit (PERNAH MENGALAMI OBESITI TAPI NOW OTW MEMILIKI PERUT YANG RATA hehehe)

6. Bahagian punggung seorang TERUNA kelihatan berat dan berisi, mereka yang sudah pernah melakukan hubungan seks akan membuat punggung mereka tidak kelihatan atau setidaknya tidak berisi seperti saat masih TERUNA (HAH, INI LA YANG PALING KUAT MEMBUKTIKAN AKU MASIH TERUNA OKEH hehehe *ANDA TENGOK ANDA PERCAYA*)

Hah, aku pasti lelaki lelaki sekalian sedang melihat semua bahagian anggota yang disebutkan dalam catatan itu tadik kannnn yang dah tak teruna pun dok feeling teruna saat ini melainkan aku :) Apapun, hanya korang yang tahu korang ni teruna ke idak, entry ini skadar hiburan semata aku tak tahu sejauh mana ianya tepat dalam kehidupan seseorang lelaki :) SKIANNNN


Friday, November 18, 2011

truly amazing ....


AMAZING .... SYUKUR ALHAMDULILLAH dengan izin ALLAH SWT, hari ini Jumaat aku mendapat khabar gembira, dapat aku rasakan hidup aku semakin indah selepas ini. AMIN YA ALLAH dengan rezeki yang KAU berikan ini. Semuanya akan tersurat di pagi Isnin akan datang. Hmm sesuatu yang tak pernah aku sangka seumur hidup aku, mungkin berkah kesabaran dan segala ujian dalam kehidupan selama ini dan hadiahNya buat aku tersenyum panjang walaupun badan ni keletihan yang teramat sangat, sentap dengan kengkawan sentap ngan idola yang entah apa aku nak andaikan :)

Isnin ni akan aku bulatkan azam untuk terus kembangkan dunia niaga dan akan aku ciptakan kejayaan dalam kerjaya baru ini, hanya Dia yang tahu apa yang telah Dia siapkan untuk aku. Skarang ni aku tak nak pedulikan apa apa lagi, di depan mata hanyalah diri aku, dia yang aku sayang dan keluarga tercinta. Akan aku pastikan semuanya memiliki segala yang indah indah saja dari aku.

Aku tahu jalan yang aku pilih ini bukan jalan yang mudah untuk aku tempuh tapi aku yakin dengan diri aku kerna aku sering berada dalam keadaan yang tegang namun di hujungnya pasti indah dan buat aku senyum sendiri.

YA ALLAH, TERIMA KASIH. SYUKUR PADAMU.

hakikatnya ...

THIS MORNING really make me sick! Awal pagi dapat SMS dari someone yang aku tolak dengan baik, tentang permintaan cinta, tentang rasa hatinya. Tapi, SMS dari org tu buat aku SENTAP dowh! Serius aku sentap pepagi Jumaat nan mulia (biarpun masa pakai baju Melayu tadik aku hepi giler) Aku tahu, seharusnya kita mencintai orang yang mencintai kita dari kita mencintai orang yang belum tentu mencintai kita *matiler kalo korang tak faham, sah sah IQ korang lemah giler* Skiannn mencarut pembaca blog sendiri.

SIMPLE. Aku tak nak jadik hipokrit pada diri, tak nak menipu diri yang aku tak nak cintakan sesapa, leh lak dia ceramah dalam SMS ckp aku ni menipu diri tak nak terima cinta dia, ko sapa ha? Aku layan ko bebaik tapi ko feeling sampai cengginih pasal? Ha mula la mulut aku nak keluar benda yang tak eloks ni. Aku dah cakap kan cukup ar jadik kawan, memang aku tak leh terima cinta sapa dah, cukup aku ada someone yang aku sendiri tak tahu status hahahaha tapi aku tenang dengan idup aku cam ni. Yang aku ni membebel banyak pun bukan dia tau aku ada blog hehehe tapi tak per aku senang cara cam ni, satu medium meluahkan rasa secara terbuka.

SESUNGGUHNYA aku tak leh terima cinta sesapa buat masa ni coz aku dalam stage mengumpul harta bernilaai RM1 juta hehehe tak der la uols, aku nak majukan diri aku dulu, setakat dua tiga tahun ni aku nak tumpu pada bisnes pada kerjaya pada keluarga yang sering aku abaikan. Tapi Allah bagi kelebihan pada aku dengan menghadirkan aku orang orang yang ingin bercinta dengan aku cuma aku ja tak leh nak terima, serius tak boleh. PENAMATNYA...aku skadar menghormati diri aku sendiri dan mohon maaf untuk yang mencuba mencintai aku. Aku hargai rasa itu tapi skadar di situ. NOKTAH.

Tuesday, November 15, 2011

and now I want U to know ...


Aduhh macam mana nak aku cakap skang ni, aku dah penat melalui situasi begini, bukan mahu menabik dada tapi aku tak mampu nak terima sapa sapa lagi dalam hidup aku, cukup la dengan yang sudah sudah, saat ini aku mahu sendiri dengan dunia aku, cukup aku saja yang tahu dan yang lebih penting aku tak menipu diri aku sendiri maupun mereka yang mengharapkan cinta dari aku kerna aku yakini aku mampu teruskan hidup sebegini, diulangi ... cukup aku tahu siapa yang ada dalam hidup aku untuk aku terus tersenyum.

Untuk yang ke sekian kalinya, biarlah aku berterus terang, aku tak mampu menerima cinta sesiapa saja buat masa ini kerna aku ada yang teristimewa untuk aku hargai sebaiknya. Mungkin salah aku kerna terlalu baik dengan siapa saja yang aku kenal dan jumpa hingga menerbitkan rasa tapi jangan kerana nilai peribadi aku ini disalahtafsir. Sejak awal lagi aku dah nyatakan, ukhwah ini tak akan melibatkan rasa hati cukup sekadar berteman jadi jangan salahkan aku bilamana ada kekecewaan dalam diri kalian.

Aku mahu melalui hidup yang tenang tanpa menyakiti hati sesiapa, maafkan aku jika harus menyatakan pendirian ini.

sesungguhnya SEDEY ...


Sejak semalam aku bingung sebenarnya, bingung dalam membuat keputusan. Aku sayang apa yang aku ada saat ini tapi dalam masa beberapa hari ini aku harus membuat satu keputusan yang susah sangat. Kenapalah dalam hidup aku slalu jadi cengginih, terpaksa wat keputusan yang susah antara dua. Dua dua berharga untuk aku. Ermmm....harus fikir yang terbaik.

Monday, November 14, 2011

JOM 3SOME ....

HONG KONG


MACAU


DISNEYLAND HONG KONG

HAMBOIIHHHH kalo baca tajuk, cepat je korang nak baca blog aku kenzzz jangan nak say NO okeh, pantang ayat len mcm sket je, mula otak nak menguning.

Ekceli aku tatau nak citer panjang lebar pasal trip ni coz aku memang tengah busy giler...apapun kunjungan aku ke Hong Kong, Macau dan Disneyland kali ini merupakan kunjungan kedua yang berlangsung dalam saat aku sedang stress keja, Tuhan je yang tahu mcm mana busynya aku sepanjang aku kat sana tapi pengalaman kali ini best gak la, enjoy jejalan gak la this time walaupun cuaca agak panas.

Apapun pengalaman di sana kali ni best sket coz banyak xplore sana sini di samping pengalaman berurut di massage center fuhh bukan nak cakap ar, serius sedap giler. Malam first urut badan, malam second urut kepala, sumpah best :)

Cuma kali ini ada gak la pengalaman tension gaduh kat kaunter imigresen ngan satu family dari Kuwait ni, kecoh kat sana sampai aku kena check ngan imigresen Hong Kong dekat stengah jam. Sial betul la makhluk jahanam tuh. Itu dah sepasal, nak masuk Macau lak, dekat dua jam setengah beratur, tudiaahhhh amek ko! Sib baik la aku bawak enphone yang leh pasang lagu, nyanyi nyanyi hiburkan hati. Tak la rasa gelisah sangat...

Entah bila aku akan jejaki Hong Kong lagi tapi bagi korang yang nak melancong ke sana and nak advised aku, contact je aku anytime, i'm willing to help korang dengan bagi tips melancong secara dengan budget yang rendah dan memuaskan hati :)

Penang Beat Prelude - EXOTIC PERCUSSION

take a REST ....

p/s : LOTS TO SHARED BUT DUNNO WHEN ...

Monday, November 7, 2011

salam dari HONG KONG :)











ceritanya bakal menyusul sehari dua lagik okeh, banyak sangat kerjaan donk mas :)

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday # 7


p/s : tudiaaahhh SONY ERECTION katanyerr .... lariiikk

Monday, October 31, 2011

EPY belated BESDAY HENCEK SHAHRIL :)


UOLS, slepas kisah i tak bawak balik catatan besday kengkawan tempohari, ramai plak yg SMS i ingatkan besday memasing tapi si Shahril lagik xtreme, siap tinggal komen kat blog terkemuka Malaysia ini lagi, saja la tu kenzzz nak glam je kenzzz hahahahhaa

Ok la, tengah ada moodz ini, inginku ucapkan SLAMAT ARI JADI TERLEWAT buat Shahril ni, besday dia ari tu 14 Oct, sepertimana yang aku citer dlm blog lepas, aku tak ingat tarikh lahir kengkawan coz catatan aku tertinggal di KL. Ha Hencek Shahril, tudiaaahhh pic punya besaq, sapa nak contact Shahril ni sila hubungi number 012 - 41x2xx3, hah pepandai ar korang hehehe hamboih si Shahril ni pun senyum sampai telinga nohhh....

Ekceli Shahril ni houzemate aku masa kat Penang dolu, masa tu kitaorang stay sesama kat Batu Ferringhi, skang ni dia ada kedai dobi sendiri. Apa? Nak antaq kat kedai dobi dia? Tudiiiaahh punya banyak kedai dobi kat Penang, awat nak kena antaq kat kedai dia? Gatai sangat noooo uolsss....takder pe aku nak citer pasai budak ni cuma ikhlasnya dia ni rajin wat keja umah ar, sesuai ar wat laki bagi mereka yang masih solo yer. Tapi dia ni dah ada lover ke blom ah? Hmm ntah ar, cam malas je aku nak menjawab hehehehe leh cam tu?

BTW Shahril, SELAMAT HARI JADIK, smoga senantiasa dalam lindungan Ilahi selalu hendaknya, teruskan menjadi yang terbaik dalam kehidupan, bahagia sampai akhir nyawa :) Besar harapan agar ukhwah kita berpanjangan. AMIN

p/s : PIC KENANGAN MASA KAT OVERSEA ....negara mana terpaksa dirahsiakan, skian

Saturday, October 29, 2011

salute HYDIR IDRIS

WHO IS
HYDIR IDRIS

- nantikan from my side of view :) -

Friday, October 28, 2011

cinta kita

Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu

Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi

Cinta kita abadi selamanya

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

KENYATAAN HATI ...

SINGLE ... is not a status :)

SINGLE n STILL MINGLE :) gitulah kejanya hehehe sebenarnya beberapa hari ni aku dalam SILENT MOOD ... SILENT IS GOLDEN kan? Aku tanak ckp bebanyak lagi dah, aku dah pedih dan letih nak pertahankan perasaan aku. Buatlah apa nak buat ye, asalkan puas hati. Sampai bila aku nak tegur hal hal yang sepatutnya difahami sendiri sang kekasih hati atau empunya diri? Jauh di sudut hati ni, kesal usah dicakap la. Sebagai orang yang paling dekat di hati aku, rasanya dia tahu apa salah alpa dia tapi sengaja dok wat tatau je hmm mungkin untuk kepentingan peribadi dia, entahlah.

Sampai bila nak jadi cam ni ntahlah. Aku tak de sapa nak bercerita, cukup aku luahkan di sini je. Sejujur hati aku ni, makin hari makin jauh dari erti cinta sebenarnya. Manusia mudah je berjanji tapi aku dah jumpa ramai sangat yang berkata manis. Lelah aku nak percaya semua tuh...skarang ni aku lalui apa saja seadanya. Aku tahu sampai satu saat, pasti ada noktah. Kalau dikenangkan memanglah sedih tapi entahlah...biar masa je yang menentukan semua ni.

Yang aku tahu, aku bukan jenis lemah. PENGALAMAN LALU CUKUP MEMATANGKAN AKU.

Wednesday, October 26, 2011

hanak kuceng di tengah jalan ...







seriyes aku gtau korang hanak kuceng ni memang pandai posing, asik ikut je mana arah hp aku nak snap pic dia, sungguh bijak yer tuan tuan dan puan puan. tapik, dari mana datangnya kuceng ini yer ermm begini citernya...

saat aku memandu dengan kelajuan sederhana, tetiber keta di depan keta aku slow je tapi masih bergerak la, di simpang traffic light, pastu aku pun drive ar tetiber jeng jeng jeng mata tajam aku neh ternampak baby kuceng sedang merangkak rangkak kat jalan, aku tak pikir pe dah terus kuar keta n larik selamatkan anak kuceng tu, di seberang jalan ada mamat mana ntah stop motor nak selamatkan anak kuceng tu tapi dah aku slamatkan dulu, dia angkat tangan je kat aku dan aku balas ar angkat tangan gaks. yang aku tak puas ati keta belakang dok hon hon aku banyak kali pastu aku julang ar anak kuceng tu tunjuk kat pompuan tua nak mamposs tak reti nak sabar tuh, dia siap tunjuk lampu traffic light kat aku kononnya nak gtau lampu dah ijau n nak jalan ar tuh, mcm la aku tatau lampu ijau kena jalan, setan btol.

dipendekkan citer aku dah selamatkan baby kuceng di atas yang aku kasi nama sementara iaitu MIMI yer dan MIMI ni tak reti dok diam, tak habis nanges nanges nanges tanak makan, dia hanya diam bila duduk di sofa atau dilepaskan bebas, letak dalam sangkar dia nanges balik, tension aku jadiknya. ermm maybe idup dia dah terbiasa lepas bebas. sian lak aku tgk dia, mayb dia carik mak dia tuh, aku tatau nak tolong dia cam ner. wat masa ni aku jaga la dulu ermmm...

bila aku tgk dia main sowang sowang, sedey lak aku rasa. dia ni lak manja ngan aku cam tau je aku suka dia tapi aku tak leh bela kuceng lagik coz aku dah ada kuceng...kuceng aku si nama POK YEN dia tu jenis kalo ada kuceng len dalam umah, dia kurungkan diri dia dalam toilet tanak makan tanak minum, kononnya cam mogok lapar cam tuh, seriyes uolsss dia dah penah wat cam tu dua kali dah...ayoyoyo pening otak aku...