Aduhh macam mana nak aku cakap skang ni, aku dah penat melalui situasi begini, bukan mahu menabik dada tapi aku tak mampu nak terima sapa sapa lagi dalam hidup aku, cukup la dengan yang sudah sudah, saat ini aku mahu sendiri dengan dunia aku, cukup aku saja yang tahu dan yang lebih penting aku tak menipu diri aku sendiri maupun mereka yang mengharapkan cinta dari aku kerna aku yakini aku mampu teruskan hidup sebegini, diulangi ... cukup aku tahu siapa yang ada dalam hidup aku untuk aku terus tersenyum.
Untuk yang ke sekian kalinya, biarlah aku berterus terang, aku tak mampu menerima cinta sesiapa saja buat masa ini kerna aku ada yang teristimewa untuk aku hargai sebaiknya. Mungkin salah aku kerna terlalu baik dengan siapa saja yang aku kenal dan jumpa hingga menerbitkan rasa tapi jangan kerana nilai peribadi aku ini disalahtafsir. Sejak awal lagi aku dah nyatakan, ukhwah ini tak akan melibatkan rasa hati cukup sekadar berteman jadi jangan salahkan aku bilamana ada kekecewaan dalam diri kalian.
Aku mahu melalui hidup yang tenang tanpa menyakiti hati sesiapa, maafkan aku jika harus menyatakan pendirian ini.
No comments:
Post a Comment