AMAZING .... SYUKUR ALHAMDULILLAH dengan izin ALLAH SWT, hari ini Jumaat aku mendapat khabar gembira, dapat aku rasakan hidup aku semakin indah selepas ini. AMIN YA ALLAH dengan rezeki yang KAU berikan ini. Semuanya akan tersurat di pagi Isnin akan datang. Hmm sesuatu yang tak pernah aku sangka seumur hidup aku, mungkin berkah kesabaran dan segala ujian dalam kehidupan selama ini dan hadiahNya buat aku tersenyum panjang walaupun badan ni keletihan yang teramat sangat, sentap dengan kengkawan sentap ngan idola yang entah apa aku nak andaikan :)
Isnin ni akan aku bulatkan azam untuk terus kembangkan dunia niaga dan akan aku ciptakan kejayaan dalam kerjaya baru ini, hanya Dia yang tahu apa yang telah Dia siapkan untuk aku. Skarang ni aku tak nak pedulikan apa apa lagi, di depan mata hanyalah diri aku, dia yang aku sayang dan keluarga tercinta. Akan aku pastikan semuanya memiliki segala yang indah indah saja dari aku.
Aku tahu jalan yang aku pilih ini bukan jalan yang mudah untuk aku tempuh tapi aku yakin dengan diri aku kerna aku sering berada dalam keadaan yang tegang namun di hujungnya pasti indah dan buat aku senyum sendiri.
YA ALLAH, TERIMA KASIH. SYUKUR PADAMU.
No comments:
Post a Comment