Saturday, January 31, 2009

di hujung JANUARI .....

Dah 10 hari aku tak update blog, emangnya aku terlalu sibuk dengan urusan kelas, masa yang ada hanyalah keletihan yang teramat. Dalam tempoh 10 hari ni mcm mcm hal yang terjadi dalam idup aku. Ada manis ada pahitnya. Aku pun bingung nak bercerita atau tak.

Semuanya tentang perasaan. Yang hanya dimengertikan sekiranya kita benar-benar ikhlas. Aku serahkan pada Allah untuk menilai dan menghakimi semuanya kerana aku tidak berdaya lagi untuk menghalang segalanya dari terjadi.

Seharian hari ini aku kemas bilik sebelah, Shahril n Fir tolong sama gak, bergotong-royong dari pagi hingga ke petang, penatnya……

Ntah kenapa aku terbaring memikirkan betapa sunyinya hidup aku tanpa yang tersayang. Aku sebenarnya baru selesai membaca Maskulin edisi terbaru. All about LOVE…memang sunyi tanpa cinta. Tapi adakah aku benar bersedia untuk mengharungi cinta yang baru? Adakah aku bersedia untuk kecewa lagi? Hmm persoalan yang belum mampu aku jawab sebenarnya. Kekadang aku merasakan dunia ini tidak adil pada aku, seringnya aku saja yang melalui ujian ini, pedih dan sakit. Meer banyak menasihatkan aku tentang apa yang baru saja terjadi. Alhamdulillah kata-katanya zuuppp masuk ke dalam dada dan jiwa aku. Biarlah apa yang mahu ‘dia’ lakukan asalkan aku tidak sepertid ia. InsyaAllah.

Sepantas kilat, hari ini hari terakhir Januari, cepatnya masa berlalu. Esok dah February…bulan cinta hehehe….kepada semua yang bercinta, semoga korang bahagia hendaknya, AMIN.

Setiap hari ku mohon agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati kekuatan
Menempuhi segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya


Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang, dengan merasa kesyukuran
Ku doa kau selalu, mengawasi gerak geriku
Berkatilah, ku perlu rahmat darimu


Oh tuhan
Terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala, hidup penuh cabaran ini


Oh tuhan
Ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang, dengan bimbinganMu selalu


Adakala ku merasa, hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar, hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku, melalui semua itu
Kuatkanlah, cekalkanlah diriku

Wednesday, January 21, 2009

SMS againnnn .....

I’VE BEEN AROUND THE WORLD,
BEING TO A LOT OF PLACES,
SEING A MILLION FACES IN A THOUSAND TIMES,
BUT THE MOMENT I FOUND YOU,
I KNEW I’VE FOUND HEAVEN.

Seriously pas aku dapat SMS tu aku tak tahu nak komen cam ner, nak gelak besar pun ada tapi apa yang lucu pada kata-kata yang indah itu? Hmm indah ke? Memang indah, aku sukakan keindahan baik di mata ataupun di bibir tapi itu mungkin aku yang dulu. Setelah sering hanyut dengan segala tipu dusta, aku jadi alah pada segala yang puitis ini.

Kerja dia di langit biru, aku kenal pun secara tak sengaja di saat bersendirian di Padang Kota Lama sambil makan rojak. Rupanya aku yang ‘buta’ ini sedang diperhatikan oleh mata yang cerah bercahaya. Dari sekadar menguntum senyuman, ada jalinan yang bermula. Pada aku, cukup sekadar kawan biasa. Tidak terlintas di hati ini untuk melanjutkan segalanya. Apa gunanya bertemu insan untuk hidup dalam hati aku buat seketika kemudian pergi meninggalkan segala kenangan? Sakit jiwa aku jadinya jika kecewa lagi. Lagipun seperti katanya, kerjanya merentas benua. Mungkin aku antara yang dia jumpa malah siapa tahu di setiap persinggahan kerjayanya ada lagi yang seperti aku? Hmmm ntahlah.

Aku memilih untuk diam di sini. SMS yang aku terima memohon agar ruang hati ini dibuka kembali namun aku masih kebal, menyimpan segala rasa, biar sunyi diri ini, biar sepi melingkari, cukup aku seorang diri….buat masa ini. Katanya aku punya ruang istimewa di hatinya, bagi aku mungkin madah penyedap bicara. Telah aku temui pelbagai jenis manusia, banyak corak yang terlindung di setiap sudut kehidupan ini.

Buat masa ini, aku mahu bersendirian.

Sunday, January 18, 2009

renungkanlah .....

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakitnya hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
yang menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu,
kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan ALLAH tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
musnahnya harapanmu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahukan,
kerana DIA tahu hati yang sebeginilah selalu yang lebih lunakdan mudah untuk akrab dan dekat denganNYA.

Aku surf net semalam dengan Fir ngan Shahril kat cyber area umah kitaorang, memang bosan so aku tersurf kat satu web ni, apa ntah dah lupa ar, aku jumpa quote ni. Hmm damai sangat hati aku bila baca. Idup aku ni banyak ujian dan segala macam yang aku tempuh, ibarat first perenggan tu ar, aku setuju sangat tapi bila masuk perenggan yang kedua lagi aku hepi. Aku yakini takdir Allah itu, setiap yang Dia tentukan ada sebabnya. Aku redha dengan segala yang aku lalui sekarang dan aku yakin ada ruang untuk aku merasai kebahagiaan itu di hadapan, dengan izinNya.

Untuk semua yang membaca blog aku, hayatilah sekali lagi maksud quote di atas, sematkanlah di dalam jiwa korang, InsyaAllah korang mampu meneruskan kehidupan ini dengan penuh ketenangan. Mungkin kita yang terpilih untuk menerima ujian ini, ada sesuatu yang boleh kita fikirkan dengan positif siapa diri kita yang sebenarnya.

Saturday, January 17, 2009

LOVE is in the air .....

"love is looking into someone's eyes and seeing your self perfect for the first time in your life..."

Aku sukakan quote yang aku baru dapat dari seseorang menerusi email tapi sayangnya cinta itu seakan hilang dari dalam jiwa aku buat masa ini. Cinta yang datang tak mudah aku percayai lagi, terlalu sukar untuk aku terima. Buat masa ini, biarlah aku dengan cara aku, biar indah mana cinta yang hadir aku masih punya ketetapan dalam hati aku ini.

Cerita yang berlalu terlalu pedih untuk aku kenang. Walaupun ada manisnya, aku jadi fobia pada cinta. Aku boleh tempuh keadaan sekarang, aku masih mampu. Aku hargai setiap mereka yang pernah hadir dalam hidup aku kerana dengan mereka, aku pernah merasai bahagianya cinta, lupakan tentang sengsara kerana setiap manusia ada baik buruknya. Aku bahagia kerana aku masih punya mereka, biar hanya sebagai teman biasa. Harapan aku antara aku dan mereka tiada sebarang dendam dan benci, sisa kehidupan ini aku sendiri tidak tahu berapa lama bakinya jadi untuk apa berburuk sangka sesame.

p/s : hari ini Hari Lahir Fallah, insan yang banyak memberikan aku semangat dalam kehidupan sedikit masa lalu. Semoga dia bahagia dengan impian hidupnya, dengan izin Allah.

Thursday, January 15, 2009

ku pinta pada Dia .....


Aku minta pada Ilahi setangkai bunga segar, Dia berikan aku kaktus berduri.
Aku minta kupu-kupu, di beri ulat beluncas. Aku sedih dan kecewa.
Namun kemudian kaktus itu berbunga indah skali
dan beluncas itu bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik.

Itulah jalan Allah, indah pada masa di tetapkanNya.
Dia tidak sering memberi apa yang diharap,
tetapi sering di beri apa yang kita perlukan.

Kadang kala kita rasa sedih, kecewa dan terluka.
Tetapi jauh diatas sana Dia mengatur yang terbaik untuk kita.

If U feel down, there's always sweetness to remember
and will make you smile.

Remember to be thankful with what ever you have.

Tuesday, January 13, 2009

melakar mimpi di dinding .....





Hari ini hari penuh dengan kesibukan, memang sibuk. Aku tak tahu nak cerita cam ner tapi memang penuh la jadual hari ni, dulu banyak masa terluang tapi bilamana dah start study, aku dah kekurangan masa. Awal pagi tadi aku terus ke klinik wat check up, medical staff pun dah mula mesra ngan aku hehehe tak lama lagi aku jadi warga klinik kot. Pemeriksaan hari ini ada tanda tanda kesakitan yang belum aku tahu keputusan sebenarnya tapi aku taknak cakap pasal tu la, malas.

Tadi di kelas, as usual la, banyak yang dipelajari hari ini, aku hepi belajar sesuatu yang dah lama menjadi minat namun tak kesampaian, mungkin tahun ini aku bakal memperolehi apa yang aku inginkan, dianugerahNya kegembiraan buat aku, diberikanNya juga ujian yang entah mampu aku tanggung mahupun tidak. Wallahualam.

Skarang aku nak citer pasal gambar-gambar yang sungguh ceria. Actually dalam bilik kuliah tu tak sempoi, penuh dengan cat putih jer tapi dengan idea kitaorang yang gila-gila maka terbentuklah lakaran yang amat ‘cantik’ itu. Actually tak siap lagi pun coz kekurangan masa tapi ok la skit skit. Pic dalam tu ialah (dari kiri : FIR, YAN, yang cam sembunyi kat belakang tu la cikgu kitaorang yang memang sempoi giler, nama cikgu kitaorang CIKGU AISYAH, depan cikgu ialah MIMI, yang paling lampai tu aku ler huhuhu, yang lepak kat lantai tu, dua beradik yang gila-gila iaitu si Nurul ngan Balqis. Ha, ada lagi yang terlibat dalam proses ‘menconteng’ dinding tu tapi dorang tengah busy menjahit ‘bulatan’ hehehehe pening siot menjahit ni sebenarnya!

Ha, tajuk lukisan mural tu ialah DOSA SEMALAM hehehe aku pun tak tau nak terjemahkan cam ner tapi yang pasti dorang la yang kasi tajuk tu

Ok la, that’s all for now, nanti aku coretkan lagi, andai punya kesempatan….InsyaAllah.

Monday, January 12, 2009

CATATAN HARI INI .....


Awal pagi lagi aku dah berada di Hospital Besar Pulau Pinang membawa sekeping kertas putih untuk rujukan doctor. Yang lebih penting, aku galas bersama sebuah harapan agar berita yang aku dengar minggu lalu adalah sesuatu yang belum dapat dipastikan hmm harapan aku jer la (walaupun aku tahu peratusan keputusan itu tidak menyebelahi aku)

Berada di ruang tunggu merupakan detik yang paling aku benci. Jujurnya Sabtu dan Ahad yang lewat kelmarin aku menantikan SMS dari dia yang pernah aku sayang namun kosong. Tiada sebarang khabar, aku tahu sebabnya tapi aku juga manusia biasa yang inginkan belaian, ditambah pula di saat aku begini. Bukan simpati yang aku mahukan namun aku perlukan tambahan semangat, sesungguhnya aku terasa terlalu sunyi, sakit sangat menempuh semua ini seorang diri. Segala ketakutan ini muncul secara tiba-tiba jadi pada siapa yang harus aku kongsi. Aku ceritakan pada Fir dan Shahril (kerana mereka yang paling dekat dengan aku) namun itu tidak mencukupi kerana mereka bukan ‘rasa’ yang aku mahukan. Ntahlah….mungkin takdir hidup ini mahukan aku sendiri melalui segala rasa getir tapi kenapa bilamana segala kegembiraan itu perlu dikongsi namun bila kepahitan hidup harus aku tanggung sendiri?

Bilik 7, number 007 bertemankan Doktor Rameswari, segalanya jelas. Aku dirujuk ke Kardiologi untuk Ujian ECG dan mendapati ada keganjilan jelas pada denyutan jantung aku. Pemeriksaan darah untuk Klinik Pakar dilakukan, dua minggu lagi ada jawapan yang perlu aku terima. Dua minggu hmmm lamanya menantikan saat itu.
Kembali ke kelas, meneruskan pengajian tanpa semangat yang seharusnya ada namun di bibir ini masih menghadiahkan senyuman dan tawa buat semua kerana aku tahu ini tanggungjawab aku, setiap yang berada di keliling aku harus merasai kegembiraan, duka ini biar aku saja yang simpan.

Rasanya aku lebih menghargai kehidupan selepas ini…entah berapa lama lagi, nikmat ini dapat aku rasai…

Aku suka lagu ni, HINGGA AKHIR WAKTU dari NINEBALL

Ku coba untuk melawan hati
Tapi hampa terasa di sini tanpamu
Bagiku semua sangat berarti lagi
Kuingin kau disiniTepiskan sepiku bersamamu
Tak `kan pernah ada yg lain disisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain disisi
Ku ingin kau disini tepiskan sepiku bersamamu...
Bagiku semua sangat berarti
Kuingin kau disini
Bagiku semua sangat berarti lagi
Kuingin kau disini

Tak `kan pernah ada yg lain disisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain disisi
Ku ingin kau disini tepiskan sepiku bersamamu...

Hingga akhir waktu ...
Hingga akhir waktu ...
Hingga akhir waktu ...

Friday, January 9, 2009

andai ini takdir hidupku .....

2.30 petang - Hari ini 9th January 2009 – satu tarikh yang tak akan aku lupa dalam hidup aku. Ada berita yang bagai memberhentikan seluruh nafas hidup aku selama ini. Aku tidak tahu bagaimana mahu menghadapi semua ini dengan tenang.

Aku diberitakan, hasil pemeriksaan doctor, aku disahkan mengalami masalah berkaitan jantung dan dikategorikan sebagai serius. Terdiam aku saat diberitahu. Yang terbayang di mata hanya wajah mak, ba, abang ngan adik adik aku. Seluruh alam bagaikan bertukar hitam saat ini. Apakah aku punya masa untuk membahagiakan mereka seadanya dan yang lebih penting berapa lama lagi masa yang aku punya untuk aku langsaikan hutang aku pada Ilahi? Ya Allah, saat ini terasa aku ini begitu kerdil di hadapanMu.

Mengapa aku? Aku penat sangat sangat menempuh segala ujian, baru melangkah ke tahun baru, aku fikirkan aku inginkan ketenangan, berusaha ke arah kejayaan yang lebih sempurna namun berita ini seakan menghentikan segala harapan aku.

8.04 malam - Setiap musibah yang Allah berikan pada hambaNya adalah sebagai kifarah. Aku tak sepatutnya merungutkan? Seharusnya aku panjatkan kesyukuran kerana diberi ingatan oleh Dia untuk aku tempuhi ujian dunia ini sebaik mungkin. Pada mulanya aku terasa down sangat-sangat namun aku pujuk diri aku. Sakit aku ini mungkin tiada ubat yang dapat menyembuhkan secara total, yang ada hanyalah kekuatan diri aku sendiri namun aku tidak harus jadikan alasan penamat segala usaha. Aku harus kuatkan diri aku.

Isnin ini aku mendapatkan rawatan pakar di Hospital Besar Pulau Pinang di bahagian Kardiologi. Dan bermula esok aku perlu mendapatkan rawatan dan pantauan setiap hari di klinik berhampiran selama seminggu. 14 Januari ini aku akan diambil darah untuk ujian menyeluruh. Ya Allah, besar sungguh kali ini ujianMu.

Andai ini takdir hidupku, akan aku terima seadanya……dan aku akan terus tersenyum.

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut dosa yang terus membayangiku

andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku mengucap kata taubat padaMu..

ampuni aku dari segala dosa-dosaku
ampuni aku menangis ku bertaubat padaMu

aku manusia yang takut neraka.
namun aku juga tak pantas di surga

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku mengucap kata taubat padaMu


p/s : dalam kisah duka ini, masih terselit rasa gembira bilamana aku berjaya mendapatkan kembali seorang teman yang pernah terpisah seketika bilamana diuji kesetiaan persahabatan, Alhamdulillah, Allah berikan juga pada aku kegembiraan ini.

Thursday, January 8, 2009

masa yang berlalu .....

p/s : gambar di tepi adalah gambar 4 JEBON yang paling rapat dengan aku. Dalam kelas kitaorang duduk di barisan 3 yang paling last dan paling kecoh wat bising tapi ‘cikgu-cikgi’ suka kat kitaorang coz kitaorang happening! Huhuhu….

Kehidupan sebagai pelajar sungguh pantas rasanya berlalu, bukan mudah untuk aku cover dua benda dalam satu masa, antara perniagaan yang sedang diusahakan dan juga sebagai pelajar sepenuh masa namun Alhamdulillah berkat perancangan yang teliti, hingga saat ini aku mampu melaluinya, hmm ntahlah tapi aku tekad untuk tempuh semua ini. Mungkin jalan hidup aku ini sukar, tak macam orang lain yang mudah je jalan hidupnya tapi aku tak pernah kesal, teringat kata Aunty Chew pada aku petang tadi ‘U ha, sangat rajin usaha, tak pernah nak putus asa Cuma mungkin ong belum ada’ hehehe aku ketawa je dengar celoteh Aunty petang tadi. Katanya mungkin ada benar, dan aku juga percaya pada rezeki, mungkin belum sampai masanya tapi aku yakini usaha ini akan berbalas nanti, dengan izin Allah.

Hari ini juga aku dilantik sebagai Ketua Perwakilan Pelajar untuk batch pertama tahun ini hmm Alhamdulillah, sebagai Pengerusi aku dah cadangkan sesuatu untuk pelajar course Fashion Design ni, hmm nak tahu apa kena la tunggu penghujung June atau awal July, ada sesuatu yang nak aku organise, InsyaAllah.

Aku masih dalam keadaan tak sihat sebenarnya. Tapi aku tempuh gak datang kelas coz aku tak nak terlepas subjek subjek penting. Skarang terasa masa itu suntuk sangat dan cepatnya putaran jam hmmmm singkatnya kehidupan!

story morry .....


6th JANUARY 2009
BLURRRRR…..

Aku tak tahu apa jadi dengan aku skarang ni, memang out. Semalam fir teman aku gi klinik coz aku memang tak ada daya dah dengan demam yang memang panas sangat sangat. Apatah lagi selsema dengan batuk yang cam hapa ntah. Banyak jugak la collection ubat yang aku dapat. Malam lena yang paling best huhuhu

Bangun pagi aku memang dah makin out, aku tak sanggup lagi dah. Finally get an mc walaupun hari kedua kelas, aku dah tak peduli coz memang dah tak tahan. Makan ubat n tido sampai tengahari. Tak penah aku sakit tahap cam gini. Petang aku pegi hospital untuk medical checkup, aku pelik la harga checkup spital ngan klinik lain lain la plak, terus drive pegi umah Johan amek flower arch yang dia sewa ari tu n gi jumpa abang Baie amek kasut pengantin yang tertinggal dalam bonet keta dan yang paling best ari ni aku kena saman semasa drive huhuhu, polis tu selamba je tahan n terus saman, tak da perbincangan apa apa k, amek ko padan muka aku! Masa tu aku tengah sembang dengan mak pasal fahmi. Sabar jer la, saman pertama di tahun 2009.

Petang tadi aku satu perbincangan serius antara aku ngan Fir, about business yang akan kami usahakan selepas tamat study nanti. Aku harap tahun ini ada sinar kejayaan yang menanti aku, InsyaAllah.










Tuesday, January 6, 2009

HARI BARU .....

Bangun pagi Subuh hari aku memang tak sedap badan, dengan sakit kepala, demam n selsema dicampur batuk, hmm memang menyeksa sangat tapi aku dah biasa dengan keadaan cam ni di awal tahun, every year. Aku perlu bangun gak coz nak pegi kelas hehehe hari ini hari pertama aku attend course Fashion Design & Dressmaking.

Hanya ada 2 je student laki, kiranya kumbang terpilih dan paling indah la hehehe cikgu plak sowang laki sowang pompuan. So far so good la, minggu ni minggu orientasi jer, minggu depan baru start kelas. Abis pun kol 1pm, lega skit coz aku tak sihat sangat, esok pun sama.
Balik umah aku terbaring jap, mcm nak tido jer tapi aku tak bleh coz nak gi amek roadtax, medical check up tak buat lagi, gambar passport tak snap lagi, borang penjamin tak isi lagi, banyak juga keja nak kena wat, sumer kena antar ari Rabu ni.

Aku tak puas hati dengan drama melayu kat tv skarang ni, digambarkan pereka fesyen sebuah butik sebagai lelaki lembut, asal fashion designer jer digambarkan sebagai lembut. Aku bukan la sensitive sangat pasal tu tapi pemikiran kita yang dah set cam tu so masyarakat menerima semua tu. Ntah lah, salah sapa aku pun tak tau. Yang aku tau, aku ada mission yang perlu aku lengkapkan di dalam tahun ni. Hmmm letihnya badan.

Sunday, January 4, 2009

tak sihat la pulak .....

Sejak semalam aku dah start sejuk panas tak tentu pasal so sejak semalam gak baju sejuk tak lekang dari badan aku. Siap bertopi hehehe aku tatau napa tiba-tiba je demam selsema menyerang aku. Sejak balik Genting Highlands kulit aku especially bahagian bawah hidung mengelupas cam berdarah, aku perasan sakit sejak di sana lagi masa sampai, memang sejuk yang aku tak tertahan, dengan 12 darjah celcius aku dah tak tahan cam ner la kalo suhu -5 darjah celcius ntah la. Hidung aku dah mula sakit masa kat sana, balik Penang je mengelupas truk bawah hidung n atas bibir. Skang dah demam selsema plak terus aku jadik tak ada mood.

Esok aku akan mulakan kelas 6 bulan di dalam bidang Fashion Design & Dressmaking. Hmm dengan sakit cam ni jadik cam tak ada mood la plak tapi kena gi kelas gak la, aku ada rencana hidup yang baru selepas ini. Tahun 2009 aku harap aku dapat kembangkan perniagaan aku ke satu fasa lain. Aku mahu mencuba bidang baru dan memastikan ianya berjaya, dengan izin Allah.

Skang ni aku teringin nak makan Kuay Teow Kung Fu kat Tanjung Tokong, malam karang aku nak ajak Fir temankan aku huhuhu….umah dah tinggal berdua, Shahril balik kampung mak dia balik dari Mekah, Joe plak balik umah sewa lagi satu coz esok dah start mengajar so tinggal aku ngan Fir. Mulai esok umah ni akan lengang la cuma hujung minggu baru la ada orang. Hidup baru bermula sebenarnya….

Friday, January 2, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

























































Selamat Tahun Baru buat semua, lupakan tentang kerja kerana aku mahu bercerita tentang sebuah kegembiraan yang teramat! Buat pertama kalinya aku meraikan kehadiran tahun baru 2009 di Kota Keriangan (di sini pernah menjadi saksi kisah suka duka aku sejak usia aku seawall 17 tahun sehingga sekarang).

Kunjungan ke Genting Highlands kali ini bertemankan Fir dan Shahril, cukup bertiga tapi kemeriahan sememangnya terasa. Awal pagi itu dengan suhu 12 darjah celcius, memasing kedinginan teramat sangat. Genting dibanjiri manusia, terlalu ramai terlalu padat namun ini jugak yang menimbulkan rasa seronok. Aktiviti kitaorang bermula pada petang itu, selepas Zohor terus kitaorang masuk taman tema. Aku tak naik satu permainan pun coz sejak tahun 1997 aku dah merasai kesemua permainan tu cuma kalo ada yang terbaru baru aku join. Permainan yang thrill cukup hanya sekali, aku tak nak ambik risiko mati diakibatkan permainan tu hehehe memang aku takut sangat. Suasana meriah giler dengan orang, memang ramai la mayb coz semua nak rasa kemeriahan sambutan New Year kot kat sini.

Balik ke bilik, kitaorang terlelap kejap tapi kejap sangat pun, pas Maghrib keluar semula coz ditaja untuk menonton pertunjukan DREAMZ. Hepi sangat sangat, kawan Shahril si Syukoq dah lama keja sini so bila dapat tau kitaorang datang sini, dia bermurah hati nak sponsor so malam tu kitaorang dapat seat Super VIP lagik, depan skali menyaksikan show Dreamz. Tiket paling murah pun RM100 itupun seat jauh, ini yang paling depan dapat free, syukur Alhamdulillah. Yang paling aku tak bleh lupa, aku dijemput ke pentas untuk menjayakan segmen Magic Show, actually segmen tu cam funny-funny skit, aku mulanya berat skit nak join tapi ok jer la layan hepi hepi huhuhu, dancers yang jemput aku tu punya seksi siap wangi plak tu, masa part last pegang tangan dier punya la lembut hmmm kalo dapat pompuan perfect camtu, confirm aku kawin skarang gak hehehehe

Abis je show kitaorang pegi Genting Hotel, to say thanks to Syukoq, dia kasi tiket party gak yang harga RM50 tiap satu, kitaorang amek je tapi finally tak pegi pun coz pikir balik punya la ramai lautan manusia dalam tu. Dari Hotel Genting kitaorang move ke Taman Tema, malam tu masuk free jer, memang happening ar. Detik 12 malam menjadi memori terindah mengisi kekosongan jiwa aku, percikan bunga api yang paling cantik yang pernah aku tengok menggembirakan hati yang sunyi ni. Aku rasa gembira sangat biarpun aku tahu jiwa aku sedang bergelora dengan seribu macam cerita, sekurang-kurangnya ada Shahril dan Fir di sisi aku.

Thanks so much to FALLAH, JOHHNY, ZARUL, ECHO, AS, AFRI, SAL, AYU, IWAN, LIZA, EMY, SYAFIQ, ANGAH, KAK SITI, ABANG REMY, UNCLE ZUL & MAMA ANA atas ucapan Tahun Baru, terima kasih kalian kerana masih berada di sini, di sisiku.

Lembaran 2009 baru saja bermula, aku harapkan ada sinar yang menantikan kehidupan aku di tahun baru ini, semoga segala yang aku rancang akan menjadi kenyataan, dengan izin Allah.