sikit punya ensem ke tapi rabun warna? hehehe sapa la nak puji aku kan? baik aku puji diri aku sendiri. tetiba je isu rabun warna datang dalam kepala hotak aku ermm
sebenarnya aku tatau aku ni rabun warna sebelum sebelum ni uols, semua kaler aku nampak je cuma tak sama cam orang normal, tak normal la aku ni ek? hehehe...bila aku tau aku rabun warna? ermm bila aku gagal dalam dua medical checkup keja yang paling penting dan paling aku teruja nak keja (sedey skit nak ckp hal ni coz ini impian hidup)
aku penah gi interview polis dulu pas skolah (hahaha polis la sangat) tapi btol ar korang, aku pegi semua dah lepas tapi aku gagal ujian colour...sedey masa tu tapi aku ok lagik coz ada satu impian lagik iaitu pramugara. aku masih ingat lagik masa tu aku ngajar kat skolah menengah di penang, sronok sangat masa tu. ada interview pramugara MAS aku pegi, sampai last stage then sampai hari medical checkup...oh nooooo kantoi lagik, sedey giler masa tu, serentak ngan tu gak aku dapat job offer dari dua buah bank dan Singapore Airlines so aku jump tu SIA as Passanger Service Exec. ermm jom kita fahamkan apa sebenarnya rabun kaler ini hehehe.....
Rabun warna atau colour blindness sering disalahertikan. Ramai yang menganggap orang yang mempunyai rabun warna mempunyai penglihatan bagaikan televisyen hitam putih. Sebenarnya, orang yang rabun warna itu tidak sebenarnya buta warna, cuma persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa rabun warna biasanya bersifat kongenital. Ini bermakna, masalah ini telah ada pada kanak-kanak itu sejak lahir lagi disebabkan pembawaan genetik. Ada kalanya ia berlaku hanya setelah dewasa kerana menghidap sesuatu penyakit. Masalah rabun warna ini sukar untuk dikesan tanpa menjalani ujian warna.
p/s : skian. titik noktah dengan penuh bergaya.
No comments:
Post a Comment