CANT SLEEP ... thinking of something, tentang seseorang yang pernah cuba hadir dalam hidup aku, dari saat aku terlalu susah nak menerima kehadirannya sehinggalah aku bukakan seluasnya pintu cinta hati tapi semuanya hanyalah lakonannya semata. Tahniah untuk awak kerna dapat apa yang awak nak dari saya tapi ingatlah kegembiraan awak dari kesakitan hati saya. Entah bagaimana la aku cair ngan manusia sorang ni, sabar sungguh dia menunggu kata setuju aku. Akhirnya? Urmmm....setelah dia dapat apa yang dia maukan, dia pergi ngan selamba bewak...ko memang bewak pasir hehehhee ....
Actually aku ni jenis manusia yang simple jer, senang terima apa saja keadaan, bukan ke kita ni manusia kena terima takdir, qada dan qadar Ilahi tapi tak la sampai harus kita berserah bulat bulat kan? Aku ni jenis cool, sampai skang ni aku masih simpan SMS merayu, meminta segala. Skang ni mayb dia tersenyum gembira setelah dapat apa yang dihajati tapi satu ketika nanti bilamana roda kehidupan dia di bawah, pasti dia merasa apa yang aku rasa. Masa tu baru nak minta maaf, ok je akan aku maafkan (dah maafkan pun) tapi saat itu sendiri pikir la kan ...
Buat korang yang membaca entry ni, hari ke hari dalam kehidupan kita, makin ramai manusia yang suka mengambil kesempatan hanya kepentingan kehidupan. Jangan mudah mempercayai janji dan kata manis. Always remember, hargailah diri kita sendiri, jangan mudah hanyut dengan bicara indah okeh...dan sekiranya korang pernah disakiti, dimalukan atau apa saja la yang membuatkan korang terasa rendah diri terkesima penuh kemaluan (sila fahami maksud ayat okeh), jangan pernah merasa hampa. Tuhan itu Maha Kaya...Dia juga tahu segala isi kejadian dunia dan akhirat so cheer up, kembali bersenam bersama aku hehehe...
Sampai sini, nanti kita berbicara lagi di alam maya ini :)
No comments:
Post a Comment