Wednesday, June 10, 2009

MEDAN ....



























I’m back to Medan again dengan pesawat QZ8075, petang tu Fir ngan Joe yang hantarkan aku ke airport, sian gak kat Fir coz dalam minggu tu ada 3 function yang perlu dia handle sorang diri tanpa aku hehehe

Aku tertidur dalam pesawat Air Asia (rasanya pas ni sure Air Asia kena iktiraf aku sebagai customer tetap), aku tersedar pun masa pesawat landing. Hmm sampai gak aku ke bumi Medan, sesungguhnya hati ni memang tak sabar sangat nak ke sana. Alhamdulillah, sampai gak aku. Hmm satu yang bessat, kawalan penyakit H1N1 di Medan ni aku rasa dah upgrade berbanding Penang. Semua penumpang pesawat akan melalui pintu pencegahan di mana semua akan melalui ‘semburan air’ hehehe best siot mcm dalam video clip, feeling la sekejap hehehe

Tapi lama sangat aku tunggu bagasi aku sampai, sempat la berpeluh peluh kat ruang ketibaan tuh. Keluar je aku dah nampak dia, hmmm senyuman indah di wajahnya buatkan aku lega sangat, lamanya aku tunggu. Puas rasanya bila pelukannya membaluti tubuh aku, dari bandara kami terus ke Hotel Grand Lubuk Raya. Staff kat sini sampai dah kenal n hafal nama aku dah pun. Pas check in, aku rehat jap jer pastu terus keluar gi makan kat area Radio Kosa FM, tmpat Echo keja. Sedap gak dinner kat situ, dah lama tk makan nasi so malam tu betul-betul makan, tu pun kena paksa. Ramai orang kat sini. Pas makan aku ngan dia pusing town Medan.

Malam tu kitaorng banyak bual tentang apa yang sebenarnya terjadi antara aku, dia dan bekas BF dia yang senantiasa contact aku suruh aku tinggalkan dia. Malam itu segalanya terungkap. Pada aku SMS lain dan pada dia SMS lain plak, nyatanya bekas BF dia memang tak nak hubungan kitaorang berterusan. Tapi, biarlah, semua dah kitaorang putuskan. Sekarang ini, kami mahu jalani sebaik mungkin dengan sepenuh kepercayaan.

Sepanjang kat sana, aku banyak gak jalan jalan, borong kebaya 10 pasang, Tshirt butik Romp yang muuurraahhh sangat sangat, aku beli lace untuk Aya gak, kebetulan karang ada show modern so aku banyak beli kelengkapan untuk show modern jer la. Kali ini aku sempat ronda merata rata ke bahagian Kota Medan yang aku tak pernah sampai. Echo banyak temankan aku pusing Kota Medan la kali ni, yang paling terkesan aku berpeluang solat Jumaat di Masjid Simpang Raya. Walaupun banyak kali aku ke sini, baru pertama kali aku solat dalam masjid ni. Sememangnya masjid ini mengundang satu perasaan seolah kembali ke zaman silam yang bersejarah. Aku sempat berdiri di satu sudut masjid melihat senibina bangunan ini, memang cantik. Echo bercerita tentang sejarah masjid ini dan Istana Maimom. Istana tu aku penah jelajah dah ngan Syafiq dulu. Selain itu aku melewati gak kuburan besar nahas pesawat di Medan ini dulu. Medan ni besar sebenarnya. Moment ini tak akan aku lupakan, sesungguhnya Medan ini benar-benar Kota Kenangan.

Lagi, aku sempat merasa makan kat depan Universiti Sumatera Utara, bersarapan pagi, nama makanan tu ialah. Aku memang suka sangat sangat ditambah plak dengan minum Air Jagung yang pekat, fuh ntah cam mana aku nak gambarkan kesedapan makanan ni (korang tengok foto kat atas tu ha) Selain tu aku makan Sate Padang gak as usual tapi kali ni aku makan Sate Hati Ayam, aduhaiiii cam nak tapau bawak balik Penang jer rasanya hehehehe....pendek kata kunjungan kali ini penuh dengan cara makan makan dengan yang tersayang huhuhuhu rasa cam gemuk giler sepanjang kat Medan ni, ya la kat Penang aku sekat pengambilan makanan aku.

Hari terakhir aku terisi dengan cerita duka heheheh coz aku sakit perut, sakit kepala. Sib baik ada dia yang uruskan segalanya. Aku betul-betul terharu la. Semua dia siapkan untuk aku. Dia packing semuanya, ubat aku pun dia gi belikan. Hmm badan aku pun dia lapkan coz aku tak larat dah nak bangun mandi. Aku sampai tak boleh nak bangun langsung, pening siot. Dengan asyik keluar masuk toilet sampai letih. Ikutkan hati nak je aku tangguhkan penerbangan balik tapi tak bleh coz esok aku ada kelas cam biasa, dah banyak tertinggal pun.

Aku gagahkan diri, itupun late checkout. Kat airport aku lepak jer, aku dah badan aku dah letih sangat. Dia temankan aku sampai aku masuk Balai Berlepas. Hmm ada sesuatu yang aku tak dapat nak shared kat sini tapi masa aku nak berpisah di airport, dia yang aku lihat kuat, nyatanya lemah. Kami dah pedulikan sesiapa lagi di sekeliling. Cinta itu penuh dengan kekuatan dan semangat kan? Hmm mungkin itu bukti cinta barangkali.

Aku tak akan lupakan segala yang pernah kami lalui bersama walaupun saat terlalu pendek namun aku yakini aka nada saatnya nanti kami tidak akan jauh lagi, InsyaAllah.

Dia ada di dalam hati aku ini dan aku terlalu saying padanya. Tiada insan yang aku letakkan di hati ini sebagaimana aku tempatkan dia. Semoga dia tahu tentang ini.

Sayang, Zac akan menjaga cinta ini sebaik mungkin, untuk kita.

p/s : maaf, ada yang email, minta aku siarkan pic dia yang aku sayang...ya ampun, ngak dapat keizinannya! hehehe .....




















1 comment: