Friday, March 27, 2009

LANGKAWI - PERMATA KEDAH











Sebelum ke Medan tempohari, aku dapat offer untuk event kat Langkawi, semuanya last minute, banyak persiapan yang nak kena buat tapi aku grab je la, InsyaAllah semua akan ok. So dengan tak cukup tidonya (coz semalam baru sampai dari Medan), paginya seawal jam 6 pagi, semua dah get ready. Aku dah cakap kat Fir, masuk je van karang sure aku nak tido. Bertolak dari Batu Ferringhi ke Kuala Kedah, aku tido. Sedar dah sampai Kuala Kedah, beli tiket terus zoom masuk feri dan aku tido lagi, memang letih giler. Sampai je Langkawi, aku call Sham. Check in kat Sandy Beach Hotel, Pantai Chenang.


Bermulalah episod yang penuh ketegangan hehehehe aku ni paling tak suka cuaca panas tapi inilah kenyataan yang perlu aku hadapi, sepanjang 4 hari di sini dari jam seawal 8 pagi hingga 6 petang aku berjemur di pantai. Sebenarnya aku dapat tugasan untuk bawak 10 promoter as Games Girl. Hmm pendek kata sepanjang 4 hari kat sini aku dikenali sebagai Bapak Ayam la pulak. Ya la kan, biasanya promoter games ni pakaian dah seksi, selalunya dapat tumpuan, apatah lagi untuk Beach Soccer cam ni, event ni dianjurkan oleh Menara Kuala Lumpur. Memang meriah memang best.


Selain acara utama pertandingan bolasepak pantai, Pantai Chenang dimeriahkan gak dengan 10 Games Stall dan konsert artis tempatan di sebelah malam. Artis seperti Alif AF, Ekin AF, Mama Rina, Khai, Rosma, Sahri, Sheeda, hmm sapa ntah lagi turut berkampung kat sini tapi ramai yang cam merungut gak la bila ada program yang membabitkan artis dibatalkan saat akhir, hmm ada gak merungut yang artis yang datang tak cukup fofular….tapi konsert malam memang happening ar!
Sesekali berkonsert tepi pantai memang best, dengan angin laut fuhh tenang sangat.


Sepanjang masa di sini aku amek kesempatan mendekati Abang DJ yang menghiburkan pengunjung kat sini sejak pagi sampai petang, namanya Abang Farid, selama aku dalam dunia hiburan ni, boleh la aku katakan Abang Farid adalah DJ terbaik yang pernah aku jumpa. Hari pertama aku tengok dia bertugas, persoalan yang ada dalam otak aku ni adalah – mana dia dapat idea bercakap tanpa henti ni ha? Macam macam yang keluar dari mulut dia hinggalah pada hari ketiga aku berbual panjang dengan Abang Farid, rupanya dia pernah menjadi DJ Radio Pulau Pinang, pengalamannya membawa dia ke merata pelusuk negara dan berjumpa dengan pelbagai lapisan manusia, kagum aku dengan cerita cerita dia. Tapi yang paling best dia tak pernah meninggi diri dalam setiap kata-kata dia. Sebaliknya, dia banyak menasihati aku mcm mcm hal, hmm susahnya nak jumpa orang cam gini.


Selain tu, aku jumpa dengan ramai sangat Photgrapher muda, mostly dari suratkhabar utama hmmm ramainya yang menggalas kamera kat sini, dah tu kamera dorang hebat hebat belaka, aku ni memang suka ngan kamera tapi tak mampu beli lagi kot so aku dekati sorang demi sorang hehehe memang hebat pengalaman dorang, banyak gak la yang aku dah tau pasal kamera neh, InsyaAllah one day nanti aku nak ada kamera cam dorang ada huhuhu…


Kat sini gak aku kenal ngan mamat nama Amir, dia ni dari Sabah tapi dah lama stay kat Langkawi, kejanya dalam bidang entertainment gak, selain menari dia punya kemahiran bermain api dan juga face painter…hmmm bakat orang kan? Orangnya memang giler-giler, suka make fun, tak kering gusi aku lepak ngan dia. Selain dia aku kenal ngan Amy dan Karim, both of them mcm main organiser kat Langkawi ni gak, hmm networking tu kan penting.


Final day, aku dapat offer untuk wat submission quotation for dua syarikat telekomunikasi Malaysia for road tour pusing Malaysia, InsyaAllah. Selain tu, kalo ada rezeki aku akan kembali ke Langkawi next month untuk Pesta Air.


Kenangan di sini terlalu indah sebenarnya, tergambar di ingatan saat aku bersama dia, pernah ke sini, menghabiskan masa bersama satu ketika dulu, menjelajah Pulau Langkawi hmmm ramai gak couple yang aku jumpa kat sini. Indahnya bercinta tapi aku tau, tak ke mana pun hehehehe jahatnya mulut! Sesungguhnya, saat saat yang aku lalui dengan dia tak mungkin aku lupakan, sayangnya jodoh kami tak panjang. Hmm tak per lah.


Hmm yang dikesalkan, tak sempat langsung nak shopping coklat, terlalu padat masa kerja kat sini. Harap aku akan dapat kembali ke Langkawi – Permata Kedah.


No comments:

Post a Comment