Sunday, March 29, 2009

hmmm....

semalam kempen Earth Hour, kegelapan. buat sementara saja, semalam aku hepi ketawa dengan kengkawan tapi juga sementara.

hujan renyai, melalui kawasan Nite Market Batu Ferringhi, aku drive slowly jer coz takut terlanggar orang kat tepi jalan.

pandangan mata aku tertumpu pada seseorang berbaju polo putih sedang melihat sesuatu dan aku kenal sangat siapa dia...dia yang pernah aku cinta. dan dia tidak keseorangan, pastinya bersama insan terbaru yang dia cinta.

tiba-tiba segala kegembiraan tadi hilang. dalam senyum di wajah aku ini terus bagai dihiris pisau di hati. kenapa dia yang aku cinta sedangkan aku tahu sikapnya begitu? bukan cinta lagi tapi terimbau segala kenangan susah payah bersama. aku insannya yang suka menyimpul kenangan erat di sudut hati, sering mengambil masa yang panjang untuk membuang segala yang indah. namun orang lain mungkin bukan seperti aku. dan rasa pilu ini berada di dalam jiwa.

terngiang di telinga ini hanya aku yang dia cinta dan tak mungkin dapat meneruskan kehidupan andai segalanya tamat begitu saja. nyatanya, lidah tak harus dipercaya. ada sesuatu yang aku belajar di sini. di lain kali, aku tak mungkin lagi jatuh di landasan yang sama. namun, kenangan masih tetap aku ingatkan, kerana dia pernah aku cintai .....

semoga awak bahagia hendaknya. amin.

1 comment:

  1. Life goes on my friend. We just have to move on. Obviously she has right!
    Be cheerful ok ;)

    ReplyDelete