Thursday, March 19, 2009

KOTA MEDAN - sinarnya kembali






15th March 2009

Sejak awal pagi aku sibuk yang teramat sangat, sebenarnya lately memang aku sibuk, hmm aku tak bercadang untuk bercerita tentang apa yang terjadi pada aku namun sesungguhnya terlalu menguji hinggakan aku hanya sempat bersiap untuk bertolak pada jam 3 petang. Sampai di airport sekitar jam 5 petang dengan rasa yang kurang senang, kurang gembira dan segala macam namun aku tutup semuanya kerana pemergian kali ini adalah untuk membawa teman-teman aku yang ingin melawat Kota Medan.


MEDAN
– apa yang istimewa? Setiap kali kaki ini menjejak bumi Medan, segala kenangan yang manis bermain di ruang perasaan. Dulu aku tidak mengendahkan kota ini namun bagaikan terkena sumpahan, setiap tahun aku pasti menjejakinya, mungkin ada sesuatu yang menuntut di jiwa aku ini.


Menjejaki Medan kali ini coz menemani teman-teman yang pertama kali mahu melancong. Kitaorang terbang dengan pesawat Air Asia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, sampai di Airport Polonia terus amek teksi ke Jalan SM Raja, awal lagi dah aku sibuk bertekak ngan driver teksi tuh, dia charga Rp50 Ribu padahal Rp35 Ribu je, aku dah hangin dah, katanya normal rate padahal aku dah tau rate teksi sana. Selamba je aku masuk hotel n tukar duit trus kasi dia Rp35 Ribu pastu blah.
Sabar jer la. Kitaorang semur check in Hotel Grand Lubuk Raya yang letaknya di belakang Hotel Dhasina. Hotel ni baru je bukak 4 bulan, ok la kan dapat rate Rp180, 000 semalam, ha amek ko, ratusan ribu jugak la untuk semalam, korang bleh bayar ke? Hehehehe….kira-kira RM54 hinggit je pun, hotel memang selesa sangat, hmm kalo pegi lagi aku nak stay sini jer la.


Belum sempat rehat, Abang Asep ngan Abang Bidin sampai ke bilik, dibawaknya juga kawan dorang nama Abang Leman. Lamanya aku tak jumpa Abang Asep, kali akhir jumpa tahun 2005, dah empat tahun masa berlalu, bukannya aku tak bleh jumpa lagipun aku selalu ke Medan tapi ada sesuatu yang pernah terjadi antara kami dulu yang membuatkan aku menjarakkan diri namun kini aku kembalikan pesaudaraan tu, mungkin udah dewasa untuk berfikir….


Malam tu kitaorang sumer gi makan kat Joko Solo, sebuah restoren milik teman Abang Asep, menu utama Ayam Penyet hmmm sedap sangat ayam kat situ. Selalu gak aku makan Ayam Penyet kat Medan tapi kat situ sedap ar…memacam gak la dorang order tapi aku cukup ngan ayam tu coz dalam proses diet huhuhu (bestnya ramai dah tegur aku nampak kurus, Alhamdulillah)


Pas makan kitaorang move ke Butik Kasut dan Beg milik Abang Bidin di Jalan Utama. Abang Bidin ni selalu ulang alik ke Penang beli kasut Vinci pastu jual kat Medan, kat sana kasut jenama ni dapat sambutan. Butik tu tak la besar sangat tapi cukup untuk berniaga, bukan calang calang orang dapat memiliki perniagaan sendiri di Kota Medan ni tau. Pengangkutan malam tu ditaja sepenuhnya oleh Abang Bidin hehehe yang drive keta cam F1 tu ialah Abang Leman, menakutkan sangat!


Dari sana kitaorang move ke Jalan Lahat, ha kat sini memang best. Sepanjang jalan di kiri kanan dijual produk pakaian, kasut, beg dari Bandung. Harganya? Hmmm memang bleh jadi gila, terlalu murah nak dibandingkan dengan Malaysia dan yang bestnya, kualiti sangat. Aku tak shopping apa pun coz terlalu banyak tengok tu tengok ni sampai rambang mata dan otak meniaga ni dah mula keluar. May nanti aku kan nak ke Jakarta, Pras (kawan aku) cakap dari Jakarta dia ajak aku drive terus ke Bandung hmmm makanya aku bleh terus ke kilang pakaian kat sana. Mungkin aku boleh runding harga borong, InsyaAllah.


Puas gak la dorang bawak ronda Medan malam tu. Balik bilik baru la mandi segala bagai. Dah lewat tapi dek kerana janji, aku keluar semula jumpa member aku di Hotel JW Marriot, lepak kat coffee house pastu berlanjut sampai ke karaoke (pening sangat sangat dalam ni). Dalam dua jam borak, aku balik lor ke bilik, sampai around jam 5 pagi, pintu hotel dah dikunci hehehehe mcm balik asrama plak aku rasa. Abang Guard tu bukak pintu, ditanya aku baru balik pijat (urut) ke?
Hehehe tamau la aku urut-urut sini kang lain plak terseliuh.


HARI KE – 2 (16th MARCH 2009)


Terlepas breakfast di hotel coz bangun lewat. Makanya semua gi makan kat Rumah Makan Ibunda, makan Nasi Padang. Semuanya di tanggung oleh Abang Sham (Husband Zura) hmm sesekali datang dalam group best la gak, Dari sana kitaorang amek Beca Mesin ke Medan Mall @ Pajak Sentral. Sebenarnya Zura yang ajak datang Medan ni coz nak survey ngan beli barang barang untuk kedai dia. Zura dalam proses mengusahakan sesuaru. Aku suka kawan kawan yang minat niaga ni, InsyaAllah maju kalo kuat usaha.


Sampai kat Medan Mall, aku bawak dorang terus ke Butik Romp, ha apa lagi Zura tu, banyak gak baju dia try tapi beli ntah la coz tak ada saiz huhuhu Abang Sham soping banyak gak.


Aku tersempak dengan Ady, dia ni dah lama aku kenal coz keja ngan Butik Man Square kat situ gak. Dari seorang pelanggan kami dah jadi kawan. Dia kehilangan number aku, dia baru je holiday ke Malaysia makanya pastuh tukar number semula. Hmm baru teringat, tak snap pun pic ngan Ady, tak per la len kali bleh lagi.


Dari sana aku bawak dorang di Kedai Rambut Palsu, Zura beli banyak gak. Ha amek ko, kalo wig yang pelbagai jenis kat KL dijual ngan harga RM100 paling murah, kat situ RM30 jer! Zura soping memacm bentuk sanggul dengan harga RM6 jer, memang murah siot. Aku lepak jer tengok ngan tukang tawarkan harga. Dari situ bermulalah aktiviti menjelajah Sentral tu, tempatnya cam bazaar pakaian tapi terlalu besar, dua tingkat, memacam ada. Dan pastinya murah ler….penat gak kat sini, memang penat tapi nak wat cam ner, dah temankan orang kan.


Balik ke hotel ari tu pengsan la jawabnya, pas Maghrib Abang Asep, Abang Bidin ngan dua orang lagi kawan dia datang, dorang ajak gi makan Mee Acheh. So malam tu semuanya merempit ler hehehe masa kaur hotel hujan dah renyai, sekerat jalan memang lebat giler, dekat sejam gak la aku lepak ngan Abang Asep di tepi jalan. Masa ni segala macam cerita kuar, hmm dah 4 tahun tak jumpa kan. Aku dah separuh basah dah pun..dah reda skit trus kitaorang move di makan di Warkop. Sodap gak Mee Acheh….dari sana kitaorang kembali ke Jalan Lahat, Zura nak beli suar. Hujan turun balik agak lebat.


Balik ke hotel, tersadai hehehe Abang Asep nak balik tak bleh coz hujan lebat sangat, sampai jam 2 pagi dia tunggu, finally aku suh je dia tido. Esoknya jam 7.10 pagi baru terjaga sedangkan dia nak pegi mengajar jam 7.30 pagi, jadi kartun la jawabnya.


HARI KE – 3 (17th MARCH 2009)


Breakfast kat hotel jer. Aku bawak dorang gi pasar basah n kering kat area hotel jer coz Abang Sham nak beli Esen Vanilla Indonesia untuk wat Apom Balik, katanya sedap. Dapat la jugak akhirnya. Masa tu ada kebakaran besar gak la area situ, jalan jem gak la.


Balik hotel rehat jap, Abang Asep datang. Dia bawak kitaorang ke Pajak Ikan, hmm lama gak kat sini coz Zura shopping kain tudung ngan kain batik. Kat sini sumer tension coz diganggu penjual jalanan yang suh beli barang souvenir dorang, budak budak kecik yang mintak sedekah pun ramai gak. Pajak Ikan ni memang terkenal di Medan, segala jenis kain boleh didapati di sini. Pelbagai jenis kain terkenal yang dijual di Kuala Lumpur dengan harga mahal boleh didapati di sini dengan harga yang jauh jauh jauh murahnya. Ntah cam ner aku nak cakap tapi memang la tersangat murah


Dari sini kitaorang gerak ke Sentral lagi, sebenarnya percutian ni percutian shopping bukannya melawat tempat tempat menarik. InsyaAllah aku akan datang sekali lagi unuk bercuti di Medan trus ke Brastagi n Danau Toba. Yang shoppingnya Zura ler, banyak gak la, pasni sure dia datang lagi sini. Aku dah memang plan akan kembali ke sini bulan depan nak amek stok kebaya.


Aku gi Gramedia dah merata , carik buku Rahasia Bulan, kiriman Meer tapi tak dapat pun, tension gak coz aku dengar cam best je kandungan novel tuh. Tapi aku dapat gak karya Andrea Aksana terbitan tahun lalu, citer judul Men To Love. Hmm synopsis cam best jer tapi aku yakin best coz karya Andrea tak pernah mengecewakan.


Abang Andy datang ke hotel, kitaorang lepak kat Café Hotel, dia kenalkan aku ngan sorang lagi anak Medan namanya Aji, mahasiswa jurusan Ekonomi yang juga Penari Separuh Masa di Sanggar Abang Andy, lama gak kitaorang lepak, kebetulan hari tu birthdaynya Abang Andy.


Naik ke bilik hotel, aku pengsan lagi hehehe Abang Asep pun pengsan gak. Dia kejutkan aku masa Maghrib tuh suh bangun mandi. Abang Bidin datang ngan kengkawan dia, kitaorang gerak ke Merdeka Walk, hujan renyai renyai. Ingat nak makan kat situ tapi tak jadi terus ke Kampung Keling. Malam tu menunya segala macam ler, hmm keja makan je kat sini, ya la kan sesekali menjelajah tempat orang apalagi enjoy la apa yang boleh. Lama kitaorang lepak kat situ, pas makan trus ngobrol.


HARI ke – 4 (18th MARCH 2009) HARI TERAKHIR


Sedih la plak, hari terakhir. Abang Andy datang join breakfast. Kitaorang keluar ke Sentral lagi coz Zura nak shopping last. Tapi kejap ja la trus balik bilik. Aku dah siap packing dari semalam lagik. Dah siap sumernya Abang Andy bawak kitaorang gi makan kat area situ, umah yang dijadikan kedai makan. Memang sedap sangat makan kat situ, semua la sedap heheheh aku ratah lauk je la coz tak makan nasi.


Jam 1 petang, kitaorang check out. Hmm sedih la plak, staff hotel pun baik baik belaka layan kitaorang. Sampai di bandara (airport) terus masuk. Aku kuar semula coz Echo datang nak jumpa. Hmm kitaorang lepak kat café luar. Echo ni aku kenal dalam beberapa bulan lepas di internet, dia seorang mahasiswa dan juga Permanent Part Time DJ Radio Medan haaaaaa sound nice kan kerjaya dia. Petang tu kitaorang borak mcm dah kenal lama, dia cakap kesal coz tak luang masa dengan aku sepanjang aku kat Medan ni coz dia terlalu busy. Nak wat cam ner, aku kena la paham kan coz dia keja n study. Pastuh aku masuk dalam nak check in, dia pun ikut masuk padahal tak bleh. Heheheh brutal mamat ni, kitaorang sambung borak kat dalam, kengkawan aku dah naik ke Balai Berlepas, setangah jam sebelum tu baru la aku masuk. Hmm seronok plak sembang ngan dia, macam macam isu yang keluar. Hmm mungkin ada kesempatan lain, InsyaAllah.


Abang Asep ngan Abang Bidin ada datang say BYE hmmm sesungguhnya aku rasa bertuah dapat kenal ngan kengkawan cam dorang sumer, baik baik belaka. Sebenarnya warga Indonesia ni baik baik tapi mungkin kerana sebahagiannya yang wat perangai buruk, kita ni cam pandang rendah terus terusan kat semuanya.


Melangkah masuk ke Balai Berlepas, sedikit rasa pilu terbit di hati. Segalanya aku tinggalkan di Bumi Medan ini. Segalanya….termasuklah sebuah cinta. CINTA? Yup sebuah cinta, ada catatan yang mungkin tiada di sini tapi tertulis indah di hati aku. Cinta yang baru aku miliki, mungkin kedengaran sedikit janggal dan susah bilamana bercinta dalam jarak yang jauh tapi andai ada jodoh, bersama jua kan? Biarlah, aku pun tak nak lebih-lebih berfikir tentang ini. 4 hari di Medan tapi aku hanya sempat bersua dengannya hanya beberapa jam sahaja. Pertama kali bersua wajah, si dia mencuri hati aku. Pandangan pertama barangkali. Sedetik itu juga terbayang wajah-wajah cinta yang pernah mengecewakan aku. Bersilih ganti….tak salah mencuba kan? Walaupun bertemu untuk berpisah………aku juga berhak merasa bahagia.


Next month my birthday, dia suh aku ke sana.
Hmm mungkin.


No comments:

Post a Comment