Friday, January 6, 2012

2.0.1.2

Assalammualaikum, lama jugak la ya aku berehat dari mencoretkan sesuatu kat sini ermm entah dari mana nak aku mulakan aku sendiri jadik kekok, terlalu banyak cerita yang aku lalui selama beberapa bulan ni, banyak yang manis dan tak kurangnya yang pahit jugak tapi Alhamdulillah aku lalui dengan tenang saja la. Sebelum aku terus menulis, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru pada korang, smoga 2012 ni bawak cahaya yang lebih gemilang.


CHAP 1

Sebenarnya aku ada catatan sedih yang nak aku kongsi skit ngan korang, sejak Oktober lepas kan aku dah joining PBT di Penang ni sebagai pegawai jadi aku terpaksa lepaskan beberapa job penting pada orang yang aku harapkan, I mean business aku. Rupanya manusia ni sering hanyut dengan wang ringgit ya, aku terkena lagik. Tapi aku ok jer, bukan pasal aku banyak duit ke apa ke tapi aku ni jenis manusia yang selalu redha dan terima ujian dengan hati yang terbuka. Mulanya aku terduduk jugak la mengenangkan apa yang jadik sebenarnya, bila aku kaji balik mungkin salah aku terlalu percaya dan aku sendiri busy dengan urusan kerja baru aku. Fine, hidup perlu diteruskan. Aku terima segala yang jadi dan aku melangkah dengan tenang, Alhamdulillah skarang ni keadaan semakin baik. I will make sure it never happen again dengan izin Allah.


CHAP 2

Aku nak share something yang berharga jugak la, terlalu berharga untuk aku. Sejak aku join PBT ni, aku kenal dengan siapa yang namanya kawan. Mulanya aku ada gap la ngan dia coz dia ni Pengarah, aku ni sapa je la ka, pegawai biasa je pown, gred pun jurang melangkau tapi aku sendiri kekadang fikir mcm mana la aku ni leh rapat ngan dia. Satu satu kenangan akan keluar di ingatan aku. Dalam masa beberapa bulan ni kami semakin rapat. Syukur sangat, dia banyak membentuk aku berfikiran positif dan how nak jalan ke depan memajukan diri. Itulah, bukan semua orang jahat kan, pasti ada yang melihat kita dengan pandangan mereka sendiri dan nampak apa yang sedang kita usahakan, tak perlu la kita ni nak menjaja diri siapa diri kita. Aku rasa happy sangat sampai sehari tak BBM ngan dia jadik tak senang duduk apatah lagik kitaorang ni ada je isu yang dibincangkan. Siapa dia aku tak dapat nak dedahkan di sini coz dia seorang public figure, aku tak nak nanti jadik isu, kena jugak jaga reputasi dia. Aku harap persahabatan kitaorang akan berpanjangan hingga akhir usia, dengan izin Allah.


CHAP 3

October 2011 till Febuari 2012 : 5 bulan. Aku rasa dah cukup rasanya untuk aku berkhidmat di sini coz aku tahu yang aku dah melakukan yang terbaik. Sebab aku sanggup keluar dari PBT ni biarlah aku rahsiakan, cukup aku katakan yang aku nak tumpu pada perniagaan aku yang aku suka dan membawa hasil yang lebih sesuai dengan pengorbanan masa aku. Mungkin sedikit berat nak aku pergi cam tu saja so aku akan gunakan ruang yang ada ini sebaiknya untuk aku menabur bakti di sini hmm sedih la pulak …. sepanjang di PBT ni aku dah banyak mengendalikan event besar mahupun kecik, aku hargai segala peluang yang diberikan cuma aku memerlukan skop yang lebih luas untuk diri aku maju lagi.

Aku tahu perjalanan aku masih jauh dan aku yakin aku akan membuktikan sesuatu yang lebih baik jika aku terus berani explore. Yang penting, pasni nak balik umah KL jap, rindunya bantal ngan tilamzzzzz aku kat sana hehehe ...

1 comment:

  1. One of my friends pernah berkata ... kadangkala kita kena lepaskan rantai mutiara agar boleh digantikan dengan rantai berlian.

    Keduanya, jangan berpegang kepada sesuatu yang kita tidak pasti kesudahannya atau bukan milik kita.

    Ketiga, sentiasa ingat bahawa pekerjaan kita sebenarnya satu ibadah dan baru tadi ada orang share with me ... bila kita memberikan senyuman atau kegembiraan pada seseorang, itu sebenarnya satu bentuk amal jariah.

    ReplyDelete