The Jim Thompson House is the home of James H.W. Thompson, a self-made American entrepreneur who was the founder of the world renowned Jim Thompson Thai Silk Company. Thompson's achievements during his 25 year stay in the Kingdom of Thailand have won him much fame as the "Legendary American of Thailand" For his contribution to the development of the Thai Silk industry, Jim Thompson was awarded the Order of the White Elephant, a decoration bestowed upon foreigners for having rendered exceptional service to Thailand. Thompson's success story in Thailand has become one of the most popular postwar legends of Asia. In 1967, Jim Thompson went on holiday with friends to the Cameron Highlands in Malaysia. There he set out for a walk in the surrounding jungle but never returned. Thus began the Jim Thom |
Friday, January 20, 2012
The Land Of Smile - BANGKOK 1
THAI AIRWAYS INFLIGHT MAGAZINE
13th - 16th of JANUARI 2012 - saat indah yang sukar digambarkan walaupun aku berada di dalam keadaan kurang sihat. Sesungguhnya bebanan kerja yang banyak dan masa rehat yang tak cukup buatkan aku jatuh sakit dan tak sembuh sembuh coz aku sendiri tak makan ubat, kalau aku makan ubat maknanya keja aku tak jalan coz aku kena tidoq. Trip to Bangkok merupakan satu kombinasi kerja dan cuti yang buatkan aku 'membuka mata' sebenarnya. Segalanya masih tersimpan indah dan pastinya akan aku gunakan satu persatu mengikut kesesuaian keadaan. Apapun, a very special thanks to Miss Jaime di atas kesudian menawarkan aku tempat ini dan kepercayaan untuk aku learn something golden!
Penerbangan dengan Thai Airways sungguh lancar. Mulanya kitaorang pilih Air Asia tapi dek sebab masa berlepas pergi dan balik buatkan kitaorang memilih Thai Airways. Duduk je dlm flight, aku mula dah nak tido hehe coz aku tak sihat. Matiler orang kiri kanan maki hamun aku coz aku asyik batuk je hehe sabar je tuan tuan nak wat cam ner kannn....sampai je breakfast aku melantak dulu pastu tido hehehe layanan Cabin Crew bagus bagus, puas hati la. Standard ar kan, syarikat penerbangan negara.
NOK AIR ... hadek hadek sangatsss
Finally berjaya jugak menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvhanabumi Thailand, punya la ramai manusia berbaris kat imigresen sampai aku rasa sedikit tension hehe tak suka berbaris nyer pasal. Semuanya smooth la, kitaorang sampai pun masih pagi so perjalanan pertama kitaorang nak ke area hotel di Silom 19. Dari airport kitorang amek train terus ke last stop iaitu Phayathai (hehehe ada kenangan di sebalik nama ni) Dari situ lak kitaorang amek BTS to Stesen Saladaeng pastu kitaorang menapak kononnya ingat area hotel situ situ ja kan rupanya menapak maut la jugak sampai akhirnya tahan tut tut hehehe
MY ROOM 302 @ HERITAGE HOTEL BAAN SILOM
Finally sampai gak kat boutique hotel yang aku survey from internet. Yayyy...setelah berdiskusi beberapa ketika dengan Asst Front Office hotel tu Mr Vic so dapatlah special rate iaitu RM135 sajork termasuk breakfast, hotel ni sangat sangat la cantik, aku suka giler. Dah la dapat bilik yang ada kolonial balkoni (dan kenangan indah sangat malam pertama di situ hehehe), staff semua best best friendly, aku rasa kan memang layak la Thailand ni dikenali sebagai The Land Of Smile coz hampir semua tempat aku pegi dapat layanan yang mesra penuh senyuman, tudiahh promosi Thailand la pulak. Tapi itu realiti la....kitaorang a bit rushing sebenarnya coz nak tempah tiket kaberet Calypso aritu gak coz takut fully book. Tetiber bagasi Cik Jaime wat hal la pulak, cant open. Apalagey sib baik ada staff hotel yang sudi membantu...the best part is pas dapat bukak beg tu semua jerit cam budak budak kegembiraan apa ntah...bengong aku sat jadiknya hehehe
TUT TUT with MS J
Tak der lama sangat check in pastu kuar balik coz nak gi beli tiket Calypso, kitaorang naik tut tut tu ler, sempat dreba tu nama apa ntah tolong snap kan pic. Bila tgk booking untuk esok harinya, sitting cam tak memuaskan hati so kitaorang decide untuk tengok show ari Ahad. Dari situ dreba tut tut tu bawak kitaorang ke JIM THOMPSON House Museum. Jujurnya bila Ms J ajak aku ke sini, fikirang aku melayang layang, tempat apa lak ni sampai la aku tiba kat ruang nak beli tiket, aku sedikit WOW pastu aku baca brochure situ, aku cam teruja dah and finally, feel like tak nak keluar dari tempat tu, one day if aku ada banyak duit aku nak ada rumah cengginih, serius aku suka suasana dalam tempat tu, yang paling tak tahan umah tukang gaji and tukang kebun pun ada sekali, dalam taman lak tuh, aduhaiiii tenangnya jiwa. Jom kita baca skit pasal Jim Thompson ni....
DEPAN UMAH JIM THOMPSON
Sesungguhnya aku jatuh hati giler dengan umah dia ni, hope sangat sangat one day dapat umah cam ni. Sorry aku tak leh snap pic dalam umah dia coz tak dibenarkan. Korang leh dapatkan maklumat lanjut dari web : www.jimthompsonhouse.com
Pas puas mengelilingi tour umah muzium tu (aku tertarik sungguh dengan Tour Guide yang guide kitaorang sepanjang tour ni, lenggok bahasa ngan sebutan dia sungguh mengasyikkan sampai lidah aku rasa tergeliat kalau nak ikut dia hehehe apa pun memang terbaik la), kitaorang pun keluar la cari dreba tut tut tu coz nak balik hotel nak siap siap nak g Siam Niramit plak, rupanya kejadian misteri telah berlaku, dreba kitaorang telah menghilangkan diri hehe entah ke mana perginya, dah la tambang tak dibayar lagik, tak per la mayb dia saja nak sedekah kot....
Ok lets story pasal Siam Niramit, adoiii sumpah aku teruja untuk kali keduanya dalam masa sehari. Aku tak sangka dapat tengok persembahan yang sungguh antarabangsa ni, memang best sangat sangat. Alangkah bagusnya kalau Malaysia ada persembahan mcm ni, aku tak reti nak citer kat korang, persembahan ni dibahagi kepada 3 era yangberbeza, bercerita tentang Thailand dalam bentuk lagu, tari dan lakonan. Aspek teknologi digunakan sepenuhnya di sepanjang persembahan, kalau korang sampai Bangkok tapi tak pegi tempat ni memang rugi la aku rasa.
GAJAH NI AKAN SAMBUT KORANG KAT PINTU MASUK, JENUH AKU PUSING SANA SINI COZ DIA NAK AMEK BEG AKU TUH, UMO DIA DAH 45 TAHUN HOKEHH....
PENARI SIAM NIRAMIT
VIEW TAMAN DALAM SIAM NIRAMIT
Sebelum persembahan, aku sempat menjamah dinner kat Restoren Siam Niramit, pelbagai jenis makanan ada kat sini yang disajikan secara buffet, hadoiii makan makan makan je keja aku sepanjang masa kat Bangkok ni ha, sumpah sedap sedap belaka. Yang paling best ialah Aiskrim Kelapa yummyyy....
Pastu masa tengah makan ada troupe of dances yang masuk buat anouncement yang dorang akan mulakan persembahan outdoor sekejap lagi, ha bestkan? Mcm dulu dulu sebelum mulanya bangsawan, ada orang yang hebahkan serata kampung, konsep lebih kurang cam ni la....
Sesungguhnya aku tak akan lupakan kenangan tengok show kat Siam Niramit ni, korang leh view kat www.siamniramit.com kat sana ada la info pasal persembahan tu, Apa yang boleh aku kata, show tu memang AMAZING :)
Demikian jelajah aku di Kota Bangkok untuk hari pertama, ada lagi 3 hari yang nak aku share ngan korang tapi masa terlalu suntuk la dengan keja dengan urusan family, InsyaAllah aku akan update lagi kalo ada kesempatan. Nanti yer citer pasal trip aku ni di bahagian kedua hehehe .... BANGKOK MEMANG BESSSTTTT .......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment