Backkkk....hehehe hari ketiga di Kota Bangkok, seawal jam 10am kitaorang dah berada di sekitar Siam Paragon untuk menyelesaikan misi ke Madam Tussauds Bangkok. Sebelum ni aku dah pernah ke Madam Tussauds Hong Kong so this time aku teruja la jugak nak tengok apa tarikan yang ada di sini. Kalau di Hong Kong, Madam Tussauds terletak nun di puncak bukit, di Bangkok lak terletak di dalam shopping mall yang gah! Enjoy la kat sini, ni sebahagian pic yang aku snap kat sana....berlambak sangat kalo nk post semua kat sini hehe ....
Malam tu satu lagi tempat menarik yang HARUS dikunjungi kalo korang ke Bangkok iaitu CALYPSO BANGKOK, merupakan kaberet club yang terkenal, kaberet ni dah established sejak tahun 1988 dan terletak di Asia Hotel, Jalan Phayathai (hehehe) Bangkok. Dalam ruang theater ni boleh memuatkan hampir 350 orang penonton. Malam tu aku tengok ramai pengunjung asing, mostly Mat Saleh la, Jepun n Korea pun ramai gak, tak sangka aku sambutan hebat gak kat sini. Harga tiket untuk sejam persembahan ialah RM120 dan korang boleh pilih show kol 8.15pm atau 9.45pm tapi yang pastinya harus booking tiket awal coz seat setiap malam selalu penuh, jangan tak percaya, this is Thailand :)
PRE SHOW - FIRST LADY
PRE SHOW - ITALIAN YOUNG, BEAUTIFUL & HANDSOME PERFORMERS
OPENING ACT WITH FEATHERS
THE CHINESE BALLAD
The story of a wounded love. But she, the brides, stands up against all conventions. She fight to get back her freedom, no happy end but revelation!
WONDERGIRLS - NOBODY
BLOSSOM
GEISHA GILA hehehe
THAI UNIQUE DANCE DRAMA
MUSICAL WITH SENSE OF HUMOUR
FINALE - CHARMING & LOVEABLE PERSONALITIES ON STAGE
No comments:
Post a Comment