Wednesday, January 25, 2012

The Land Of Smile - BANGKOK 2

MAP CHATUCHAK WEEKEND MARKET

Hello, kembali lagi kita ke catatan The Land Of Smile - Bangkok (Hari Kedua) hehehe ekceli aku tak banyak idea nak story sangat coz banyak keja nak kena settle ni, sangat banyak hokeh tapi tak pe la aku guna masa yang singkat ni untuk selesaikan catatan hari kedua. Hari ni tugasan di Chatuchak Weekend Market, nenjiaaa di sini lah letaknya sorga membeli belah, bagi korang yang suka soping atau bagi business minded cam aku, di sini lah lubuk duit sebenarnya hehehe jom kita xplore apa yang ada di sini.

Chatuchak Weekend Market merupakan salah satu weekend market yang terbesar di dunia dengan keluasan 27 ekar terbahagi kepada 27 bahagian tudiaaahhhh banyak ke tidakkkk, kat sini ada lebih 5000 kedai hokeh yang menjual barang barang dari seluruh Thailand, negara ko hader? hehehe .....

Satu fakta yang aku nak kongsi ngan korang, Chatuchak ni dibuka hanya pada hujung minggu tapi setiap Sabtu dan Ahad, ada lebih 200,000 ribu pengunjung yang datang ke sini, ramai ke tidakkk? Kat sini korang nak apa, semua ada! SEMUA ADA haaa serius segala mak nenek nyer barang semua ada tinggal nk pikir mcm mana nak angkut balik Melesia jerk. Aku pun pening jalan dalam kawasan ni dah la sampai je aku dah bengong nak start jalan kat mana. Hehehe....





PISANG BERSALUT COKLAT YUMMIIIEEE

Kat market ni ada 27 section di mana agihan jenis barang yang dijual. Mau pening dibuatnya tapi tak per korang leh dapatkan map yang ada kat sini.

SECTION 1 : BUKU, CAFE, COLLECTIBLES ITEM, FOOD SHOP
SECTION 2-4 : HIASA RUMAH, TERRA COTTA, LUKISAN HIASAN
SECTION 5-6 : PAKAIAN, ADORNMENTS
SECTION 7-9 : BARANGAN ANTIK, SERAMIK, PERABOT, CENDERAMATA
SECTION 10-24 : PAKAIAN, BARANGAN PENGGUNA, PETS, BARANGAN RUMAH
SECTION 17-19 : SERAMIK, MAKANAN BASAH N KERING
SECTION 25-27 : DESSERT, HANDICRAFT





Kalau bab makan kat sini, korang tak yah risau coz ada lebih 400 kedai jual makanan, tinggal korang pilih je nak makan apa tapi hati hati la gak kan takut termakan yang tak halal beb! Ari tu aku makan nasi goreng je, boleh la tahan lapar nyer pasallll...hehe kat sini korang leh pilih makanan asli Thailand ada, makanan barat ada, pelbagai pilihan makanan Asia yang lain pun ada gak. Kalo korang nak lepak makan kat booth pun ada gak...terserah selera korang arr....

Hah dah puas berjalan so kitaorang berangkat pulang tu pun dah petang, balik membersihkan diri dan berehat seketikan dibuai aircond sekejap hehe kasi badan fresh smula dan malamnya berangkat ke DAHRA BEAUTY & SPA (www.dahra-spa.com) booking dah buat dari siangnya so malamnya kitaorang berangkat ler, memula skali aku tanya ada tak beautician lelaki yang handle semua tapi dorang cakap tak der, adoiiiiii mula la perasaan malu tersipu sipu datang tapi Ms J cakap, ok jer la uolsss so aku pun iyakan je la tapi dalam hati dok bayang memacam dah.


So aku pilih FULL SPA TREATMENT, dalam pakej ni termasuk la FACIAL, CLEANSING N SOOTHING BODY SCRUB, BODY WRAP dan BODY MASSAGE. Serbis ni amek masa selama 3 jam 45 minit, tudiaahhhh sampai aku tetido la dalam tu bestnyer pasal tapi satu la pengalaman yang tak akan aku lupakan hehe sepanjang serbis tu aku hanya dikasi seluar pendek yang leh aku labelkan sebagai underwear yang paling seksi di dunia ok, serius malu giler dah step by step kena mandi dalam bilik tu jugak dengan takder cover langsung, adoiiiii sumpah aku malu, aku pikir dari pakai underwear yang leh NAMPAK SEMUA apa yang aku ada, baik aku naked je terus, hamek kauuuuuu!!!!!! Apapun, aku telah dinodai dibilik yang sungguh indah itu, skian. Tak perlah, janji aku segar giler pas tu dah la tak cukup rest tapi sumpah Ms J dok gelak kat aku.....

Apapun, malam tu kitaorang melantak sampai meja tak cukup n sampai restoren tutup hehehe amek makanan penuh meja sampai tapau bawak balik bilik hehehe serius perjalanan hari kedua ini sungguh berbaloi.



Ok la kot citer aku untuk hari kedua di Kota Bangkok, nanti ada masa aku citer lagik, memang best la puas sangat sangat walaupun penat. Jangan lupa kalau ke Thailand, Chatuchak n khidmat SPA jangan dilepaskan.....

1 comment:

  1. Rasa nak pingsan nak karang criter hari kedua dalam Bahasa Inggeris ...

    ReplyDelete