Friday, July 29, 2011

SEKALI LAGI?

Sesungguhnya, serius sesungguhnya skit pun aku tak sangka dengan apa yang aku tahu sejak petang tadi. Sampai skang gelisah di dalam jiwa hanya Allah yang tahu. Haruskah manusia gini yang aku berikan peluang slama ni terus menipu diri aku? Entah apalah yang ada di dalam benak fikirannya sampai tergamak mempermainkan aku skali lg?

Mungkin kerana setiap kali dia buat salah, aku diamkan dan berikan peluang dan lagi dan lagi tapi aku kah yang salah? Bukti ada di depan mata untuk ke sekian kalinya dan aku masih menantikan sedikit masa lagi untuk dia tahu siapa aku sebenarnya. Kadang bila aku renungkan, aku sering jadi JAHAT kerana sikap orang lain. Kali ini aku sememangnya tak akan membiarkan keadaan ini terus berterusan lagi. Masanya akan tiba dan cukuplah aku berkorban selama ini, dah penat sangat sangat aku jadi hamba.

Sedih sangat masa aku menaip catatan ni, aku sedih sebab napa mudah sangat aku percaya pada orang? Mudah sangat aku kasihan...mudah sangat aku kasi bantuan...di hujungnya semua ni memakan diri aku sendiri. Slama ni manis je kata kata, indahnya ayat tersusun di bibir rupanya tak lebih dari manisnya tebu. Bergetar jari jari aku skarang ni...

Aku masih mahu menyaksikan lakonan yang terhebat ini. Masanya akan tiba .....

No comments:

Post a Comment