Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN


Aku yakin, saat ini pasti ramai gembira dengan kehadiran Ramadhan tahun ini namun jujur jauh di sudut hati aku, sedih sangat. Seharian hari ini aku sibuk dengan office launching someone yang aku kenal sebagai seorang insan yang tabah (InsyaAllah nanti aku buat posting kat sini). Hurmm sangat sibuk lately namun kesibukan ini jugalah yang menjauhkan aku dari terkenangkan seseorang. Insan yang paling aku cinta dalam hidup ini namun skarang entahlah...makin jauh rasanya diri aku dengan dirinya. Aku dah tak nak fikir apa apa lagi, aku nak tengok je sejauh mana dan sampai bila dia mahu ego dengan dirinya sendiri. Segala bukti dah ada dalam genggaman aku, sampai saatnya aku pasti dedahkan satu persatu. Sampai saat ini aku masih menanti sekiranya sekali lagi dia mengakui yang dirinya tersalah langkah lagi ermmm...

teringat plak kat ma ngan ba, Ramadhan tahun ini dorang pasti sunyi, anak anak semua dah makin jauh, Ya Allah beratnya hati aku saat ini namun aku punya kehidupan aku sendiri, begitulah agaknya nanti bila aku ada anak nanti, satu masa pasti aku akan merasa sunyi, melalui suasana yang sama dengan apa yang melanda mak ngan ba tapi aku senantiasa ingatkan dorang.

RAMADHAN...syukur dengan kehadirannya walau jiwa ini sepi.

Friday, July 29, 2011

SEKALI LAGI?

Sesungguhnya, serius sesungguhnya skit pun aku tak sangka dengan apa yang aku tahu sejak petang tadi. Sampai skang gelisah di dalam jiwa hanya Allah yang tahu. Haruskah manusia gini yang aku berikan peluang slama ni terus menipu diri aku? Entah apalah yang ada di dalam benak fikirannya sampai tergamak mempermainkan aku skali lg?

Mungkin kerana setiap kali dia buat salah, aku diamkan dan berikan peluang dan lagi dan lagi tapi aku kah yang salah? Bukti ada di depan mata untuk ke sekian kalinya dan aku masih menantikan sedikit masa lagi untuk dia tahu siapa aku sebenarnya. Kadang bila aku renungkan, aku sering jadi JAHAT kerana sikap orang lain. Kali ini aku sememangnya tak akan membiarkan keadaan ini terus berterusan lagi. Masanya akan tiba dan cukuplah aku berkorban selama ini, dah penat sangat sangat aku jadi hamba.

Sedih sangat masa aku menaip catatan ni, aku sedih sebab napa mudah sangat aku percaya pada orang? Mudah sangat aku kasihan...mudah sangat aku kasi bantuan...di hujungnya semua ni memakan diri aku sendiri. Slama ni manis je kata kata, indahnya ayat tersusun di bibir rupanya tak lebih dari manisnya tebu. Bergetar jari jari aku skarang ni...

Aku masih mahu menyaksikan lakonan yang terhebat ini. Masanya akan tiba .....

Thursday, July 28, 2011

FINALLY.....MUNCUL SEMULA

Finally....MILAN muncul semula, aku ngan Milan jarang contact tak mcm dulu, legaaaa sangat dia kembali email aku pic dia kat Japan skang ni, banyak pengalaman idup dia merantau dia citer ngan aku. Bestnya skang dia kat Japan, tingat pengalaman aku kat sana 40 hari, ntah bila dapat lagi kesempatan tu....

MILAN ni slalu turun Penang dulu, kerap gak turun Indon so banyak la pengalaman yang kitaorng share sama tapi dia lagi banyak pengalaman jalan jalan dari aku. Dah berapa bulan aku lost contact ngan dia hehe agaknya dia jemu kot coz dia je slalu call aku sedangkan aku skalipun tak penah call dia hehehe dah lama dia ilang tetiba muncul balik.

Katanya nak datang Penang tapi tarikh tak kasi plak...surprise katanya ermm aku dah kat KL pun. Tak perlah, apapun memang happy la gak coz dia dah kembali. Tak sabar aku nak dengar pengalaman dia pas ni. Yang aku tahu dia ni pun berat jodoh gak hehehe berapa kali cinta berapa kali putus ntah ayoyoyo .....

Dalam kesedihan ada jugak ruang gembira...Allah tu Maha Penyayang :)

Wednesday, July 27, 2011

MEREKA DALAM HATIKU

Selain dari keluarga tercinta, aku ada beberapa insan yang senantiasa ada di dalam hatiku. Mereka ini merupakan insan yang paling rapat denganku. Biar apa yang jadi, insan insan inilah yang selalu ada ngan aku. Pendek kata, aku dah anggap dorang ni mcm family aku sendiri, saudara kandung hingga akhir usia.

FIR – aku dah lama kenal Fir, ingat lagi masa aku kenal dia, hari pertama kenal, lebih tepat lagi masa kenal tu, muka dia tengah masam hehehe ntah mcm mana sampai ke hari ini kami jadi rapat. Masa tu dia tengah ada masalah ngan lover dia. Aku la yang menyaksikan sinetron tuh hehehe aku la tempat dia bercerita berkongsi rahsia masa tu. Dia jugak lah housemate aku di Penang dan skarang di KL. Susah senang aku banyak ngan dia, segala cerita aku kongsi ngan dia. Family kitaorang pun dah kenal. Smoga ukhwah aku ngan Fir berterusan hendaknya....

ECHO – perkenalan ngan Echo pun unik gak. Dari seorang insan biasa, aku lihat banyak peningkatan dalam kehidupan Echo. AMINNNNN itulah impiannya untuk berjaya dan aku melihat setiap usaha dia. Walaupun jauh, kitaorang masih keep in touch. Family Echo dah macam family aku gak, rindu plak nak jumpa mak dia ermm banyak kenangan pahit manis ngan Echo dan yang bestnya, Echo rapat gak ngan Fir so kelompok orang yang aku sayang berada dalam lingkaran yang sama.

FAZI – inilah satu satunya kawan perempuan yang PALING SUSAH aku nak jumpa tapi PALING SENANG aku berkongsi cerita luar dalam (kalau aku tak ngadu ngan Fir n Echo lah) Coz sometimes, cerita ngan perempuan buatkan diri kita lebih tenang tawww hehehe Fazi ni sempoi, mcm mcm cerita lucu aku ngan dia, kadang kitaorg suka perli each other tapi as motivation lah...lamanya tak jumpa, lindu ama cik fazi lah hehehe …..

DINA – ini ibarat perunding perniagaan aku hehe, orang yang paling banyak kasi nasihat about perjalanan perniagaan dan personal aku gak la, antara semua dia yang paling lama aku kenal, sejak dari zaman aku bergelar Penari. Kitaorang dalam satu team tapi sampai skarang dia masih aktif menari cuma aku dah bersara awal hehehehe pantang aku wat salah, siap la telinga dengar leteran dia tapi aku happy coz setiap nasihat dia pasti terbaaaiikkkk....

Demikianlah ceritera mereka yg hadir dalam hidup aku....

Tuesday, July 26, 2011

KEMBALI ....

Dah hampir sebulan aku hidup di Kota Kuala Lumpur, mungkin rezeki aku di sini. Banyak sangat dugaan yang aku tempuh sejak kebelakangan ini. Ya Allah, kadang tu terselit gak rasa yang paling tak enak tapi tak apalah, inikan namanya kehidupan so tempuh je la.

Lama sangat aku tak menulis kat sini, rindu sebenarnya nak bercerita mcm mcm hal tapi buka je blog, rasa cam malas nak menulis. Tapi kali ni aku decide nak bercerita hehehe …. walaupun mcm mcm dugaan datang dalam hidup, kadang sampai sesak nafas aku berfikir, aku redha je. Aku diamkan diri, renung apa yang jadi dan lalui sebaik mungkin. Aku ni jenis boleh menerima segala apa yang jadi dalam hidup cuma aku tak suka diganggu coz aku tak suka ganggu orang. Lagi satu aku tak suka orang yang cuba nak mengongkong kehidupan aku, yessss aku tak suka sangat sangat manusia jenis ni. Aku bukannya perfectionist, aku tahu diri aku jenis biasa biasa je pun so aku tak suka menda yang bleh wat fikiran aku berselerak, pening der....wat pe la nak pikir yang serabut!

Saat aku nulis post ni aku rindu sangat dengan suasana dulu, dengan yang tersayang. Hmm kenangan sangat, ntah bila aku dapat kembali mcm dulu. Serius aku rindu sangat sangat. Mungkin aku ni jenis yang menghargai CINTA, teringat kat dia, makan makan...jalan jalan...hurmm wish can be together again, InsyaAllah.

Tak lama lagi Ramadhan bakal menjengah. Kejap je masa berjalan pastu diam tak diam Syawal plak, menyusul ke akhir tahun. Takut plak bila menghitung waktu. Semoga masa yang mendatang menjanjikan kejayaan untuk aku, dengan izin NYA YANG MAHA ESA.