Monday, June 29, 2009

citer SURPRISE .....






















Awal lagi aku dah set plan untuk 'kenakan' dia hehehhe aku tahu dia rindu giler kat aku n aku ni apa lagi, memang rindu giler kat dia tapi cover jer la kan huhuhu aku gi tau kena duty seminggu kat Singapore coz ada event kat sana, petang tuh dia siap call aku cakap dia memang tak bleh duduk dah coz memacam yang dia pikir bila aku cakap nak ke sana (padahal masa tu aku dah siap nak ke airport dah huhuhu) aku pujuk arr suh dia rilek, coz aku pegi pun coz keja. Jahat sangat aku ni kan?

Kat airport aku call dia bagitau, mintak tolong dia gi airport jam 6.45pm waktu Indon coz kawan aku gi Medan tapi tak tahu jalan sana, aku minta tolong dia hantar gi hotel jer, mulanya dia tak nak coz tak kenal kawan aku last sekali aku msg dia cakap aku dah nak off hp coz dalam flight, tolong amek kawan aku jugak jugak. Hehehe....

perjalananan 40 minutes on board memang teruja giler baban, aku excited sangat nak tengok riak wajah dia karang. Sampai je kat sana, keluar jer dari balai ketibaan tu, aku nampak wajah yang aku sayang tuh, senyum sampai ke lebar, wajah dia merah siot berlari anak ke arah aku hehehe terus peluk aku cakap aku penipu penipu penipu (sedap jugak la aku kena penampar) hehehe aku peluk dia sekuat hati aku, terlerai rasa rindu seketika....air mata yang mengiringi ketibaan aku di Kota Medan.

Sebenarnya malam tu dia nak gi tengok showcase artis Indonesia nama Tompi so pas aku check in terus je aku ikut dia ke Carrefour Plaza, tengok showcase tuh, best gak suara mamat tuh. Tapi sayangnya sempat dengar dua lagu je coz terlewat melayan karenah aku kat bilik hotel tadik, ya la lama tak jumpa sure banyak yang nak dicerita hmmm....malam tu aku tebus rindu dengan makan Ayam Penyet (Ayam Penyet is claimed to be originated from Surabaya, Indonesia. . Brief facts - Surabaya is the second largest city in Indonesia. It is a city with about a population of 5 million people, a city with a busy port and it is also a home to the Indonesian Navy. Most of the people staying there are Javanese. The unique feature about Ayam Penyet is that the chicken meat is flatten - smashed with using a pestle or wooden mallet. That is why this dish is also refer to as flattened or crushed chicken.)

Esoknya, kitaorang ke MEDAN - MEGA BAZAR kat Lapangan Benteng, sampai je acara Marching Band dah mula, so sempat la aku tengok lebih kurang 10 kumpulan terakhir marching dengan irama muzik yang segar lagi menghiburkan, lama gak lepak situ pahtu terus ronda dalam pameran tuh tengok senjata n kenderaan tentera. Kat dalam tu ada gak jual pakaian n pertunjukan dolphin, ramai sangat orang pagi tuh. Dari sana aku move ke Medan Mall coz banyak barang nak survey n nak beli, dah ramai yang order kan!

Penat gak memusing ari tuh, sib baik semua tempat dah tau, sampai je bilik hotel, tanpa aku sedari, aku tertidur sampai dia kejutkan aku, memang letih siot. Malam tu kuar makan n pusing Medan lagi, memang best ronda Kota Medan waktu malam coz memacam dapat tengok. siangnya penuh ngan kesesakan, malam tenang je.

Esok awal lagi kitaorang ke Pajak USU, kalo korang nak tahu, Pajak USU ni terletak dalam kawasan Universitar Sumatera Utara, lokasinya menarik coz mcm bazar biasa je tapi segala mak nenek ada dijual di sini. Aku amek port lama gak kat kedai proses foto, banyak gak aku cuci gambar kat sini di mana setiap satu foto diedit dengan Adobe Photoshop CS3, satu persatu beb...korang nak cam ner bagitau jer...lama la jugak. Mulanya aku segan sangat coz semua foto yang aku nak proses tu orang belakang dapat tengok tapi aku tengok dia selamba je wat dek so aku pun wat dek je la. Selain tu aku beli SIMCARD kat sini gak, murah dari kat luar. Baju, beg, stoking, pen drive, glossy paper, toys, handphone, segala mcm la ada di sini, pendek kata cam one stop bazar, dibuka 6 hari seminggu, hmmm dah macam laporan Jalan Jalan Cari Makan dah aku rasa. Keadaan kat sini panas skit la tapi ok per, sesekali mencuba pengalaman soping kat tempat orang. Aku sempat beli DVD citer hantu Indo ngan citer Ikan Paus Makan Kapal Terbang hehehe korang tau ke citer apa tu? Hmm korang takder hehehe.....

Penat berjalan seharian, singgah beli Es Teller kat area hotel....memang sedap Es ni, rasa cam nak tapau bawak balik Penang je, simpan dalam peti ais hehehe....tapi aku disekat minum ais kat sini ar, ada masa je bleh minum, aduh!

Esoknya ke Pajak Melati plak, ha kat sini keadaan tempatnya kurang baik skit, agak lecah tapi aku ok jer, semua pakaian terpakai dalam dan luar negara ada kat sini, ada gak beg dan kasut. Tinggal korang nak memilih je nak apa, part ni yang susah skit coz banyak sangat. aku sampai order air tebu wat hilang dahaga coz cuaca panas siot, at the end aku beli beg je.....

Dalam perjalanan pulang ke hotel aku singgah makan Kolok Durian....sedapnya bila durian yang sejuk di makan dengan pulut dan gula hitam dan ketulan ais kecik, hmmm korang mesti tak dapat bayangkan cam ner kan, tapi memang menyelerakan.
Hari terakhir aku ke Pajak Ikan, belikan baju Melayu moden untuk Uncle Zul sempena birthday n Hari Bapa tempohari...sempat gak survey jubah untuk mak. Aku beli 2 tudung untuk mak gak..murah siot. Pastu ke Carrefour Plaza cari cincin tapi tak der yang sesuai...so decide nak cari kat plaza lain la lain kali....

Balik hotel, packing n check out. Time balik. Hmm this time aku yang tak dapat kawal emosi, aku kalah siot kali ni. Ishk Ishk cam ni la aku bila dah sayang sangat kat seseorang tu, aku tak tahu la pasal aku sedih sangat this time mayb aku teringat dia betul betul jaga aku sepanjang kat Medan kali ni, mana taknya every day before aku tidur, aku diberikan rawatan rambut coz dia cakap rambut aku semakin nipis (memang pun) so dia bawakan vitamin n massage kepala aku. Dia tahu aku selalu sakit kepala, air putih selalu dia kasi kat aku...kekadang rasa cam penuh perut aku ni ngan air. Pakaian aku yang dah aku pakai, dia keringkan kat mana yang ada cahaya matahari. Kalo breakfast kat hotel aku lewat turun, dia yang turun dulu, ambil sarapan dan hidangkan kat meja pastu tunggu aku datang. Hmm banyak lagi perkara yang dia buatkan untuk aku sehingga aku rasa dihargai sangat.

Kat atas flight, aku buka diari hitam aku tuh, ada nota yang dia tulis untuk aku satu page hmm lagi la aku sedih.

Lusa (3rd Julai) aku akan ke sana lagi, dengan izin Allah.

p/s: kalo la aku bleh kawin esok .... hmmmm

Sunday, June 28, 2009

sian aku ....

aku nak update citer balik dari Medan, aku ke sana dari 20-24 june lepas (again) tapi tak sempat nak cerita kat sini coz aku sakit arrr.....

selalu cam ni, balik dari medan je aku akan sakit, hmm mak aku cakap aku rindu kat sapa sapa la kot, dulu balik medan tak cam gini pun, cam tahu je mak aku tuh kan? naluri sowang mak kot...

nanti la aku update coz banyak citer yang menarik, nanti aku citer pengalaman diuji sebagai pesakit H1N1 tempohari kat Hospital Besar Pulau Pinang gak ok.....menyeksakan sangat sangat....pengalaman tuh, korang ada? tak der la tuh hehehhe cemburu la tuh coz aku ada pengalaman tuh!

hmm ni pun aku dalam keadaan deman yang jap naik jap turun, aku pening memusing nak muntah pun ada, ke toilet jangan cakap la, tak stop plak tuh....
k la, to be continue .....

Saturday, June 20, 2009

atas nama CINTA ....

CINTA membawa aku kembali pada dia, hmm ini lah aku sebenarnya bila ditakluki cinta, aku selalu kalah. Dia yang aku cintai, hanya dia yang ada dalam hati aku. Adakah aku selalu menjadi hamba dan mangsa kepada cinta? Terkadang aku sendiri takut dengan ruang hadapan kehidupan aku, bimbang segala yang pernah terjadi berulang kembali....

Namun dengan dia, aku yakin teramat. Dengannya aku rasa dihargai, begitu sempurna dilayan walaupun jauh di mata. Entahlah, mungkin Tuhan itu mahu aku merasai kebahagiaan walaupun tidak di depan mata. Namun, bukan mudah bilamana bercinta jarak jauh sebegini.

Sebentar lagi jam 7 malam aku akan naik pesawat Air Asia lagi tapi dia tak tahu yang aku akan ke sana hehehe....malam ini malam minggu, sampai je karang nak check in n gi terus umah dia, aku nak makan kat Kampung Keling n terus nonton Ketika Cinta Bertasbih, insyaAllah.

Tak sabar sangat nak jejak bumi Medan...buat ke sekian kali.

Wednesday, June 17, 2009

show show show & AYU





my pic with favo show queen, her name is AYU, my friend sejak sekolah. Dia cantik, selamba, energetic, kontroversi, soft spoken, bla bla bla bla ....one thing aku suka bout ayu ialah dia boleh takluk audience masa show, aku tatau ilmu apa yang dia pakai tapi i really salute dia ar....

ayu very open minded dalam segala hal, tentunya sebagai manusia dia ada masa naik turun, salah silap dan sebagainya tapi aku tengok dia tempuh idup dia ngan selamba biawak jer, kekadang bila aku tengok dia perform on stage, aku tak tahu kat mana dia letak segala masalah yang dia tanggung tuh.

ntah ar, inilah kehidupan sebenarnya kan, kita kena tempuh gak walaupun tak nak! aku doakan ayu ni ada pengakhiran yang sempurna especially dalam kehidupan berkeluarga. dia anak pilihan untuk memilih siapa dalam hidup dia tapi dengan pengalaman kehidupan yang lalu, dia seakan fobia untuk meneruskan langkah hidupnya. hmmm.....

Wednesday, June 10, 2009

MEDAN ....



























I’m back to Medan again dengan pesawat QZ8075, petang tu Fir ngan Joe yang hantarkan aku ke airport, sian gak kat Fir coz dalam minggu tu ada 3 function yang perlu dia handle sorang diri tanpa aku hehehe

Aku tertidur dalam pesawat Air Asia (rasanya pas ni sure Air Asia kena iktiraf aku sebagai customer tetap), aku tersedar pun masa pesawat landing. Hmm sampai gak aku ke bumi Medan, sesungguhnya hati ni memang tak sabar sangat nak ke sana. Alhamdulillah, sampai gak aku. Hmm satu yang bessat, kawalan penyakit H1N1 di Medan ni aku rasa dah upgrade berbanding Penang. Semua penumpang pesawat akan melalui pintu pencegahan di mana semua akan melalui ‘semburan air’ hehehe best siot mcm dalam video clip, feeling la sekejap hehehe

Tapi lama sangat aku tunggu bagasi aku sampai, sempat la berpeluh peluh kat ruang ketibaan tuh. Keluar je aku dah nampak dia, hmmm senyuman indah di wajahnya buatkan aku lega sangat, lamanya aku tunggu. Puas rasanya bila pelukannya membaluti tubuh aku, dari bandara kami terus ke Hotel Grand Lubuk Raya. Staff kat sini sampai dah kenal n hafal nama aku dah pun. Pas check in, aku rehat jap jer pastu terus keluar gi makan kat area Radio Kosa FM, tmpat Echo keja. Sedap gak dinner kat situ, dah lama tk makan nasi so malam tu betul-betul makan, tu pun kena paksa. Ramai orang kat sini. Pas makan aku ngan dia pusing town Medan.

Malam tu kitaorng banyak bual tentang apa yang sebenarnya terjadi antara aku, dia dan bekas BF dia yang senantiasa contact aku suruh aku tinggalkan dia. Malam itu segalanya terungkap. Pada aku SMS lain dan pada dia SMS lain plak, nyatanya bekas BF dia memang tak nak hubungan kitaorang berterusan. Tapi, biarlah, semua dah kitaorang putuskan. Sekarang ini, kami mahu jalani sebaik mungkin dengan sepenuh kepercayaan.

Sepanjang kat sana, aku banyak gak jalan jalan, borong kebaya 10 pasang, Tshirt butik Romp yang muuurraahhh sangat sangat, aku beli lace untuk Aya gak, kebetulan karang ada show modern so aku banyak beli kelengkapan untuk show modern jer la. Kali ini aku sempat ronda merata rata ke bahagian Kota Medan yang aku tak pernah sampai. Echo banyak temankan aku pusing Kota Medan la kali ni, yang paling terkesan aku berpeluang solat Jumaat di Masjid Simpang Raya. Walaupun banyak kali aku ke sini, baru pertama kali aku solat dalam masjid ni. Sememangnya masjid ini mengundang satu perasaan seolah kembali ke zaman silam yang bersejarah. Aku sempat berdiri di satu sudut masjid melihat senibina bangunan ini, memang cantik. Echo bercerita tentang sejarah masjid ini dan Istana Maimom. Istana tu aku penah jelajah dah ngan Syafiq dulu. Selain itu aku melewati gak kuburan besar nahas pesawat di Medan ini dulu. Medan ni besar sebenarnya. Moment ini tak akan aku lupakan, sesungguhnya Medan ini benar-benar Kota Kenangan.

Lagi, aku sempat merasa makan kat depan Universiti Sumatera Utara, bersarapan pagi, nama makanan tu ialah. Aku memang suka sangat sangat ditambah plak dengan minum Air Jagung yang pekat, fuh ntah cam mana aku nak gambarkan kesedapan makanan ni (korang tengok foto kat atas tu ha) Selain tu aku makan Sate Padang gak as usual tapi kali ni aku makan Sate Hati Ayam, aduhaiiii cam nak tapau bawak balik Penang jer rasanya hehehehe....pendek kata kunjungan kali ini penuh dengan cara makan makan dengan yang tersayang huhuhuhu rasa cam gemuk giler sepanjang kat Medan ni, ya la kat Penang aku sekat pengambilan makanan aku.

Hari terakhir aku terisi dengan cerita duka heheheh coz aku sakit perut, sakit kepala. Sib baik ada dia yang uruskan segalanya. Aku betul-betul terharu la. Semua dia siapkan untuk aku. Dia packing semuanya, ubat aku pun dia gi belikan. Hmm badan aku pun dia lapkan coz aku tak larat dah nak bangun mandi. Aku sampai tak boleh nak bangun langsung, pening siot. Dengan asyik keluar masuk toilet sampai letih. Ikutkan hati nak je aku tangguhkan penerbangan balik tapi tak bleh coz esok aku ada kelas cam biasa, dah banyak tertinggal pun.

Aku gagahkan diri, itupun late checkout. Kat airport aku lepak jer, aku dah badan aku dah letih sangat. Dia temankan aku sampai aku masuk Balai Berlepas. Hmm ada sesuatu yang aku tak dapat nak shared kat sini tapi masa aku nak berpisah di airport, dia yang aku lihat kuat, nyatanya lemah. Kami dah pedulikan sesiapa lagi di sekeliling. Cinta itu penuh dengan kekuatan dan semangat kan? Hmm mungkin itu bukti cinta barangkali.

Aku tak akan lupakan segala yang pernah kami lalui bersama walaupun saat terlalu pendek namun aku yakini aka nada saatnya nanti kami tidak akan jauh lagi, InsyaAllah.

Dia ada di dalam hati aku ini dan aku terlalu saying padanya. Tiada insan yang aku letakkan di hati ini sebagaimana aku tempatkan dia. Semoga dia tahu tentang ini.

Sayang, Zac akan menjaga cinta ini sebaik mungkin, untuk kita.

p/s : maaf, ada yang email, minta aku siarkan pic dia yang aku sayang...ya ampun, ngak dapat keizinannya! hehehe .....




















Tuesday, June 9, 2009

AM BACK ....


I'm back to PENANG.....indahnya di MEDAN, Allah saja yang tahu bilamana bersama insan yang paling disayangi, banyak yang nak aku coretkan di sini tapi nanti la yer, takder masa lagik!