Monday, February 2, 2009

memiliki kehilangan .....

Seharian hari ini terasa kekosongan, mungkin tidak ada apa yang perlu aku lakukan dan mungkin juga suasana kosong ini dipenuhkan dengan masalah peribadi yang memenuhi ruang fikiran. Aku sendiri tak mengerti sampai bila aku harus begini. Finally, aku tertidur. Hehehehe….

Dah dua hari aku tak dapat nak bercerita pada dia kerana dia ada ‘dia’ hmmm ntah cam mana aku nak describe. Makanya di dalam ruang fikiran ni, penuh la segala cerita. Mujur ada Meer ngan Aizat yang bagi support tapi dalam pada itu baru aku sedar yang aku ini kesepian. Satu takdir yang perlu aku terima. Yup, aku keseorangan sebenarnya.

Aku ingin jadi seperti kebanyakan yang lain, yang mudah melupakan cinta, yang mudah menjauhkan diri setelah disakiti, kan senang mcm tu. Hmm susahnya kalau di dalam hati ini terlalu baik, inilah sifat yang aku tak suka sebenarnya.

Tiada kata yang bisa aku sampaikan
selain maaf dan terima kasih.

Kau telah memberikan erti di hidupku
yang sempit ini
aku harus pergi
bukan meninggalkanmu
tapi hanya terlepas darimu

Jika kamu yakin akanku
maka memang inilah cara terbaik untuk dijalankan

No comments:

Post a Comment