Saturday, February 14, 2009

melangkau silam

Dah berapa hari aku menyepi, bukannya tiada yang mahu aku kongsikan tapi aku jadi malas pada keadaan, pada suasana yang menyelubungi aku, jadi kesal pada manusia manusia di sekeliling aku. Yang harus mengerti adalah aku sedangkan mereka? Hmm berdiam diri dan aku tak pasti samada perasaan hati aku ini didengari ataupun tidak. Teringat kata-kata Meer, kesedihan ini tak pernah berpenghujung.....


Pagi tadi aku menjalani satu kenangan yang agak sweet dan pilu gak la. Beberapa tahun dulu, aku pernah berbual dengan mak, tentang cara nak menambahkan pendapatan family. Hasil perbincangan, kitaorang wat keputusan nak buat dan jual sandwich telur dan sardine coz kat kampung aku tak der lagi orang jual sandwich tu.


Bertitik tolak dari situ, setiap hari jam 3 pagi aku ngan mak akan ada di dapur bertungkus lumus buat sandwich, menjelang Subuh aku akan hantar semua sandwich tu ke pasar, gerai-gerai tepi jalan n kedai kopi. Adakalanya letih sangat, dengan kadangkala hujan, masa tu naik moto gi antar sandwich, tak lama pas tu yang aku beli keta atos. Banyak kenangan suka duka sepanjang buat bisnes ni sebenarnya. Duit bisnes sandwich banyak membantu kehidupan aku sekeluarga. Adik aku pun habiskan diploma dengan duit sandwich ni gak. Hmm banyak la kalo nak diceritakan. Kekadang aku jadi sayu gak la bila mengenangkan semua ni.


Bertahun berlalu, bisnes sandwich masih wujud dalam keluarga aku cuma dah setahun lebih aku tak tolong mak di dapur coz aku dah tinggal berasingan. Serba salah tu ada gak tapi aku perlu menginjakkan diri, sekurangnya untuk diri aku berdikari.


Rintik hujan pagi tadi buatkan aku terkenang segala yang berlalu, bukan hanya tentang sandwich tapi segala yang aku tempuh sedetik yang berlalu.

No comments:

Post a Comment