Wednesday, May 13, 2009

hepi giler siot ....

ari ni aku dapat siapkan KEBAYA huhuhu nanti la aku publish kat sini, tak der la perfect tapi ok la untuk beginner cam aku nih tapi ari ni ada lagi hal yang wat aku hepi...

umah aku takder mesin basuh, takder peti sejuk dan takder sofa tapi hari ni semuanya dah ada hehehe....lengkap la umah aku, dan yang paling best aku dapat semua tu ngan harga RM350 jer, ha sapa nak kasi? sebenarnya kawan aku nak pindah so dia tak nak bawak barang barang dia so lelong la kat aku, semuanya tak sampai setahun dia beli....dan yang paling aku suka sekali ialah rak TV dia yang warna itam....hmm nanti aku publish ar, tak sempat nak snappy lagi coz busssyyyy.....

tadi berbual ngan MY LOVE ... rindunya tak terkata.

Tuesday, May 12, 2009

i'm in KOSMO!


Pantang nampak objek katak


Dahulu dia pernah membayangkan watak Putera Katak dalam hikayat dongeng ialah dirinya. Kini, Zaini Mohamed Isa ialah pengumpul objek bertemakan katak.

ZAINI bersama sebahagian daripada koleksi kataknya.

Katak biasanya tidak digemari oleh ramai orang kerana rupanya yang buruk dan menggerutu. Namun, apabila ia berbentuk objek seperti patung dan barang permainan, katak berubah menjadi comel dan menarik minat sesetengah orang untuk mengumpulnya.

Itulah yang terjadi kepada tamu ruangan Buat Apa minggu ini. Sejak tujuh tahun lalu, Zaini Mohamed Esa, setia bersama hobinya yang unik itu.

"Seperti kebanyakan orang, saya juga tidak suka dengan katak hidup yang hodoh dan menggelikan. Tetapi, hati saya tertawan dengan objek-objek bertemakan katak yang comel dan menarik ini," katanya kepada GenK baru-baru ini.

Zaini memberitahu, minat itu timbul apabila dia tertarik melihat koleksi objek berasaskan katak milik seorang kenalan menerusi Internet.

Zaini yang berasal dari Teluk Bahang, Pulau Pinang berkata, setakat ini dia telah mengumpulkan lebih 1,000 objek katak. Ia merangkumi soft toy, tabung, tempat letak telefon bimbit, rantai kunci, bekas kosmetik, hiasan kereta, gelas, bantal dan banyak lagi. Koleksi kataknya juga diperbuat daripada bahan yang pelbagai.

Cerita Zaini, dia tidak mengambil kira apa jua jenis objek katak itu atau buatannya. Asal saja ia berupa katak, pasti dia akan membelinya.

"Saya memang pantang nampak objek katak. Terserempak di mana-mana saja, tak kira di pusat beli-belah, pasar malam atau di mana saja, saya akan terus beli. Kebetulan, saya juga minat melancong dan pasti beli objek katak di sana kalau jumpa," katanya sambil memberitahu dia pernah membeli objek bertemakan katak dari Jepun, Singapura, Indonesia dan Thailand.

"Lagipun, saya ramai kawan. Mereka juga memahami minat saya dan mereka biasa menghadiahkannya terutama ketika ulang tahun hari lahir saya. Saya masih ingat seorang kawan saya, Ayu, dia belikan empat hadiah katak sekali gus masa hari jadi saya.

Apabila saya tanya kenapa sampai empat, dia cakap ia sangat comel hingga dia tak tahu nak pilih yang mana!" katanya lucu mengenangkan rakan-rakannya yang faham benar minatnya itu.

"Disebabkan hobi ini juga saya mungkin dilihat unik oleh kawan-kawan," ujarnya.

Zaini berkata, walaupun tidak menggemari katak hidup, namun dia mengakui sejak memiliki hobi mengumpul objek berasaskan katak, dia juga minat melihat rupa-rupa katak di Internet.

"Bagi saya, katak ialah haiwan yang unik. Ia boleh hidup di darat dan di air. Saya rasa saya pun ada sifat seperti katak yang boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran. Saya boleh bergaul dengan siapa sahaja. Saya bekerja sebagai eksekutif acara, jadi saya banyak bergaul dengan pelbagai lapisan orang," katanya.

Adakah dia pernah mempunyai apa-apa sejarah dengan katak atau yang berkaitan dengannya? Zaini berkata, semasa kecil, dia meminati cerita Putera Katak.

"Saya selalu berimaginasi yang Putera Katak itu ialah saya," katanya sebelum menambah: "Seorang kawan baik saya pun tidak boleh dengar saya menyanyi. Kata kawan saya, 'berkawan lagi dengan katak, suara pun dah jadi macam suara katak'."

Dalam banyak koleksinya, yang manakah koleksi yang paling disayanginya? Zaini berkata, dia paling sayang objek tembaga empat ekor katak, seekor tutup mata, seekor tutup telinga, seekor tutup mulut dan seekor lagi barangkali tutup kemaluan.

"Ada makna objek itu. Dalam hidup ini, kita jangan tengok benda yang tak elok, jangan dengar benda yang tak baik, jangan cakap bukan-bukan dan akhir sekali, jangan gatal-gatal," ujarnya sambil memberitahu objek-objek kataknya berharga dalam lingkungan RM50 ke bawah.

Monday, May 11, 2009

indahnya kenangan ....

Alhamdulillah, aku selamat mendarat di Penang walaupun tadik masa nak berlepas hujan rebut giler kat Medan, seram sejuk aku gak la. Ada citer best sangat kat Medan ni ha, sebenarnya kelmarin aku balik tapi aku tersalah tengok timing, finally aku tak dapat naik flight terpaksa la beli tiket baru dan bertolak ari ni tapi aku tak kisah coz aku dapat luangkan masa sehari lagi di sana, napa ek? Tentunya ada yang teristimewa…

Kali ini kunjungan ke Medan terlalu bererti aku rasa, dia yang baru aku kenal nyatanya memberikan aku sepenuh perhatian, hmm jika namanya bercinta pasti punya risiko untuk berpisah kan? Tapi aku dah tak peduli apa lagi. Ini kehidupan aku, aku tahu apa yang harus aku tempuh dan siapa dia yang sebenarnya. Kali ini aku rasa benar-benar dihargai, belum pernah aku dilayan sebegini sempurna oleh insan yang aku saying. Benarlah…mungkin kita bertemu insan yang salah sebelum menemui yang terindah. Aku tak tahu kenapa aku suka dia tapi dia cukup istimewa di hati aku. Jauh di sudut hati ini aku terlalu bahagia. Aku berdoa agar segalanya sempurna.

Tadi di airport, dia menangis memeluk aku di tengah tengah orang ramai. Kala itu tiada apa lagi yang mampu disembunyikan, air mata dia tak tersisa lagi. Tapi aku kuat dengan diri aku namun jatuh juga air mata lelaki ini bila pesawat sudah mula di udara. Tertanya tanya aku pada dia, apa sangat yang istimewa aku padanya. Nyatanya hati tak mampu menipu.

Friday, May 8, 2009

salam dari KOTA MEDAN

Alhamdulillah, aku masih selamat dari selsema B...I, walaupun Fazi takut takutkan aku dengan isu ni masa aku bagitau dia yang aku nak travel ke Indon ni.

Aku tak nak citer bebanyak sangat la pasal kunjungan kali ni tapi aku nak gi tau, memang padat sangat sangat, aku tak tido hotel pun, menumpang umah Abang Asep tapi dia busy giler makanya aku terpaksa la membawa diri, mujurnya ada Echo yang usung aku sana sini dari pagi sampai malam, hmmm sian dia terpaksa temankan aku sepanjang kat Medan.

Arini last day aku kat Medan, jap lagi aku nak balik kol 7pm tapi pecayalah hehehe aku tak packing lagi dan yang paling best barang barang yang aku beli tadik semua ada kat kedai lagik, esok baru aku nak amek.

Aku beli banyak kebaya, kain telekung untuk dijual, yang lain banyak kiriman orang je such as kain lace pengantin, buku buku fashion, kek lapis, dvd, hmm apa lagik ek, banyak ar...aku tak tau la jap lagi aku nak kena charge berapa la plak ngan Air Asia tuh!

Sunday, May 3, 2009

tak lekang oleh waktu ...

aku suka lagu neh! peneman ahadku yang sunyi ....

Seputih cinta ini ingin kulukiskan di dasar hatiku
Kesetiaan janjiku untuk pertahankan kasihku padamu
Bukalah mata hati
Ku masih cumbui bayang dirimu di dalam mimpi
Yang mungkin tak kan pernah membawamu di genggamku

Dirimu di hatiku, tak lekang oleh waktu
Meski kau bukan milikku
Intan permata yang tak pudar,
Tetap bersinar mengusik kesepian jiwaku

Ku coba memahami,
Bimbangnya nurani tuk pastikan semua
Tak akan ku ingkari,
Terlalu banyak cinta yang mengisi datang dan pergi
Namun tak pernah bisa,
Lenyapkanmu di benakku...

Saturday, May 2, 2009

sebuah perjalanan panjang ....

banyak yang berlaku sepanjang aku tinggalkan blogging sekejap, banyak sangat sampai letih nak memikir, mungkin ini cabaran dan ujian yang aku kena pikul bila ingin berjaya, tak per lah aku susahkan diri aku dulu, siapa tahu di masa akan datang, kesenangan itu jadi milik aku, dengan izin Allah.

hari hari aku sunyi sebenarnya walaupun aku terlalu sibuk, aku tak pernah dapat lari dari kesunyian, itu kata Ikmal teman maya aku. hmm katanya mungkin benar, sesekali terasa diri ini dipergunakan bilamana aku senantiasa ada untuk orang tapi bilamana aku perlukan seseorang, mereka tidak ada untuk aku hmmmm

mujur ada fir, fazi n meer yang banyak mengerti perasaan aku walaupun jjjjjjjaaaaaaaarrrrraaaaaaaannnggggg jumpa tapi aku selalu ngadu. sekuat mana pun diri aku ni, sesekali aku perlukan teman yang bisa memahami aku gak. saat ini aku belum jumpa siapa yang layak di hati aku dan aku tak pernah mencari.

mungkin saat ini kebahagiaan bukan milik aku. rabu ni aku berlepas lagi ke Medan - kota kenangan.

Wednesday, April 15, 2009

ZOOM TO KUALA LUMPUR


12 APRIL 2009

Awal lagi dah memang plan nak turun KL tapi asyik memacam je halangn. Finally pas tengok Cerekarama malam tu, aku cakap kat Fir, jom ar kita move. So berkemas la kitaorang, tetiba hujan plak turun. Keta Spektra aku plak mengalami masalah aircond so bertangguh la jap, aku sempat tido la jap, kol 2am aku bangun. Baru jer berdiri ada number 019 masuk kat hp aku, ingatkan sapa, rupanya akak ipar aku kol gitau abang aku sakit perut, teruk katanya. Hmm aku terus ar start keta bawak gi klinik, memang teruk pun aku tengok abang aku tuh. Sian plak dia, dari dulu dia memang ada masalah gastric. Tapi kali ini aku tengok cam serius jer, Pembantu Perubatan tu kasi abang aku injection. Aku terus antar abang aku balik umah mak coz jap lagi aku nak move ke Kuala Lumpur so kalo abang masih sakit, mak bleh panggil ambulan.

Aku ngan Fir pun bertolak pagi tu lebih kurang jam 3am. Alhamdulillah pot pet pot pet, sampai gak kitaorang ke KL. Aku selalu travel KL ngan Fir, best jalan jalan ngan dia coz banyak citer lawak yang kitaorang bual.

First stop ke umah Siti, Fir amek costume dia nak bawak balik Penang. Banyak gak costume mamat ni hehehe…next stop balik umah Fir, jumpa mama dia jap pastuh trus ge umah Saiful, dia dah keja ngan ASWARA sekarang sebagai Timbalan Pengarah (Department Tari), Alhamdulillah, bahagia dengar kengkawan dah semakin berjaya. Aku ngan Fir lepak kat umah dia sampai petang. Saiful stay dengan designer muda, Rizman Ruzaini, aku sempat tengok hasil-hasil tangan dorang dalam penghasilan fesyen, hmm terkedu sangat, rasa diri ni kerdil jer. Memang berbakat sangat dorang ni, aku luangkanmasa berbual dengan Saiful tentang kisah-kisah zaman muda remaja huhuhu hingga skarang. Dah banyak yang berubah dalam kehidupan kitaorang, sesekali berjumpa cam ni rasa njoy and hepi sangat.

Dari umah Saiful, aku ngan Fir move ke Sungai Wang, Fir kenalkan aku dengan owner Maleeq Fusion, Abang Maleeq. Aku bertuah sangat dapat jumpa ngan usahawan muda ni, banyak pengalaman yang dikongsi dengan aku malah Abang Maleeq offer aku francais lagi. Skarang ni butik Abang Maleeq tengah meletop letap kat KL, kalo kirang berkesempatan di Sungai Wang, visit la kedai retail n butik Fusion, memang cantik.

DIOR join kitaorang sekali, lepak sama kat Old Town, minum kopi sambil bincang tentang usaha dia untuk mengembangkan bakat, Dior banyak bagi suggestion kat aku ngan Fir bout bisnes, nyatanya dia banyak sangat idea perniagaan. Aku percaya Dior akan berjaya nanti, mungkin bukan rezekinya lagi untuk berada di puncak tapi dia yang aku kenali, jenis tak putus asa.

Bual punya bual, plan nak move petang dah lanjut sampai ke malam. Finally, nearly kol 9pm baru kitaorang move dari KL, jalan jem plak dengan hujan lebat n kemalangan. All the way back, aku bertukar drive ngan Fir sampai Penang. Punya la letih Tuhan je yang tahu…..
Tapi trip ni memang best.

ZAF … PRET A POTER … satu nama yang bakal menjengah industri fashion tanahair sedikit masa lagi, InsyaAllah by January 2010 dan ZAF … COUTURE akan menyusul by Jun 2010, doakan. Dengan izin Allah…..