Sunday, January 16, 2011

SEDIHNYA HATI ...

2010 ... genap sepuluh tahun aku mendambakan diri secara serius dalam dunia showbiz. Dalam tempoh tu aku ada pekerjaan tetap namun aku tinggalkan kerjaya hanya semata minat dalam dunia perniagaan walaupun mendapat bantahan ibu tercinta.

Rentetan dari situ, aku semakin ligat dalam dunia showbiz, semakin hari semakin naik ke puncak. Sekali aku pernah terjatuh, setahun juga aku berdiam diri mengenang nasib yang menimpa namun aku naik semula, hanya kerana semangat yang bergelora.

Sejak tu aku tak berpaling lagi, Alhamdulillah satu persatu kejayaan datang mendatangi. Namun tak semua datang bergolek, banyak halangan dan dugaan datang sebenarnya namun aku tempuhi satu persatu. Jika aku ikutkan hati, dah lama tinggalkan segalanya. Terlalu banyak musuh dalam selimut, terlalu banyak yang berdengki dalam diam ibarat pijak semut pun tak mati. Namun semua aku diamkan walaupun banyak kata fitnah dilemparkan kepada aku. Dah memang aku jenis diam dan suka simpan perasaan hmmm

2011......telah aku semat dan niat di hati ini, inilah tahun terakhir aku dalam dunia showbiz. Bukan aku mengalah pada keadaan, terlalu banyak dah aku lalui. Aku pernah difitnah namun yang paling aku menderita adalah ilmu hitam. Pengalaman di santau menjadikan aku takut sangat nak menghadapi dunia showbiz. Walaupun kembali pulih, selepas tu pelbagai perkara terjadi lagi pada diri aku, sakitnya Allah yang tahu. Yang aku kesiankan adalah mak, dia yang sering menanggung akibat, risau dia sangat sangat bila aku sakit....

Cukuplah sampai sini, aku dah bulatkan segalanya. Akan aku tinggalkan dengan hati yang tenang dan redha, semoga Allah mendengar dan memberkati usaha aku. Selepas ini aku tak tahu apa yang perlu aku buat, semuanya masih samar. Mungkin bidang perniagaan yang lain yang aku kenal siapa manusia di sekeliling aku.

Dulu slalu sangat aku dengar, org dalam showbiz ni hati busuk mulut jahat, hari ini aku menganggukan kepala mengiyakan segalanya walaupun sebelum ini aku mempertahankan kata nista itu. Yang pastinya aku tak akan pernah menyesal dengan keputusan ini kerana aku percaya Allah senantiasa ada dengan aku.

Bukan memohon namun aku yakin Allah tahu isi hati ini, satu hari nanti mereka yang menfitnah aku mendapat balasan yang setimpal. Dosa dengan Allah, dosa dengan manusia ini lain. Satu hari nanti segalanya terungkap...tak selamanya roda di atas.

Satu pengajaran yang terlalu bermakna, aku tinggalkan kerjaya di EPIC, AMBANK, SINGAPORE AIRLINES, aku tolak tawaran MAYBANK, PBA PENANG, hanya kerana menurut kata hati yang ingin berjaya dalam perniagaan tanpa aku sedar aku terlepas memohon restu orang tua. Jika aku ikutkan kata mak dulu, tak mungkin aku dalam keadaan begini. Hmm sgala yang berlaku ini ada rahmatNya, mungkin titik noktah dalam dunia sosial yang aku jalani selama ini telah sampai ke penghujung jalan.

YA ALLAH YA TUHANKU, BIMBINGLAH AKU KE JALANMU.

4 comments:

  1. Salam ...
    hmm boleh la bergiat dalam dunia blog pula... ceritakan pengalaman lampau .. amat menarik sekali nanti.

    http://hasrulhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. no worries En Zaini.. "The end of every journey.. is always a beginning of another GREAT adventure" :)
    Cheer up dear. Things will work out well..

    ReplyDelete
  3. thanks friend friend hehehe hope Allah always with us...

    ReplyDelete
  4. setiap yg berlaku itu ada sebab dan hikmahnya...

    ReplyDelete