Monday, January 10, 2011

TAHUN 2011

Mungkin belum terlewat untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU untuk kengkawan di sini. Cepat sangat masa berlalu, alih alih dah 10 hari di tahun 2011, takut pun ada gak coz usia bakal menginjak. Tahun baru ni bermula dengan cabaran sangat rasanya coz aku lost suara yang menjadi sumber rezeki, dengan batuk dengan sakit tekak semua datang sekali. Masalah tahun lepas pun masih ada tak habis lagi, Ya Allah teruknya ujian kali ini tapi seperti biasa aku tenang je hadapi satu persatu, tak guna nak larikan diri dari masalah, takder apa yang selesai di penghujungnya nanti so aku tempuh je sebaik mungkin.

Sebentar tadik gak aku dapat berita, insyaAllah 23 karang bakal melalui satu fasa baru yang dah aku tinggalkan agak lama, mungkin ada peluang baru menanti.

Di samping itu, aku makin teruja mengira hari untuk memasuki bulan Ogos, tak sabar rasanya nak menempuhi semuanya, dengan izinMu Ya Allah.

Once again, SELAMAT TAHUN BARU kengkawan bloggers!

No comments:

Post a Comment