Sunday, January 30, 2011

DHUHA...


Sahrul Gunawan – Dhuha

Ku berdoa, dalam dhuha
Dua tangan menadah, ku meminta
Limpahan rahmat, limpahan rizki
Rizki halal dan baik, yang Kau ridhoi

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan
Tuhan…

Ku tertunduk dan bersila
Dua mata terpejam, khusuk berdoa
Sajadah panjang, basah terbentang
Airmata menetes, mohon dikabulkan
http://hotliriklagu.com
Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan
Tuhan…

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan
Tuhan…

Bila masih haram, Engkau sucikan
Bila masih kotor, Engkau bersihkan
Tuhan…

Thursday, January 20, 2011

BABY....MISS U SO MUCH


Tadik aku baru transfer foto-foto dari hp lama aku Nokia 6300, aku belek la foto Baby. Hmm sedih giler tgk dia, rindu sesangat.

Baby ni 4 beradik, mak kucing mana ntah datang tumpang beranak kat umah aku, dah aku kesian, aku jaga la. Dalam 4 beradik tu, sekor ni yang paling manja ngan aku. Pasal tu aku panggil dia BABY. Pantang nampak aku baring atas sofa je sure dia panjat. Adik beradik dia yang 3 lagi wat dek je kat aku, hampeh. Baby ni pandai amek ati aku, tido malam pun ngan aku lam bilik.

Tapi semua ni tak kekal lama, one day aku balik umah aku tgk sangkar yang aku tempatkan Baby ngan keluarga dia kosong...Puas aku carik merata rata tapi aku tak jumpa pun. Dah puas aku tanya semua orang, x der sapa yang nampak. Hmm aku tau ada orang dah curi...sedih la gak aku berhari hari....

Semua ni hanya tinggal kenangan....di mana pun Baby ada skarang, aku harap dia sihat. Miss U Baby.....

Sunday, January 16, 2011

SEDIHNYA HATI ...

2010 ... genap sepuluh tahun aku mendambakan diri secara serius dalam dunia showbiz. Dalam tempoh tu aku ada pekerjaan tetap namun aku tinggalkan kerjaya hanya semata minat dalam dunia perniagaan walaupun mendapat bantahan ibu tercinta.

Rentetan dari situ, aku semakin ligat dalam dunia showbiz, semakin hari semakin naik ke puncak. Sekali aku pernah terjatuh, setahun juga aku berdiam diri mengenang nasib yang menimpa namun aku naik semula, hanya kerana semangat yang bergelora.

Sejak tu aku tak berpaling lagi, Alhamdulillah satu persatu kejayaan datang mendatangi. Namun tak semua datang bergolek, banyak halangan dan dugaan datang sebenarnya namun aku tempuhi satu persatu. Jika aku ikutkan hati, dah lama tinggalkan segalanya. Terlalu banyak musuh dalam selimut, terlalu banyak yang berdengki dalam diam ibarat pijak semut pun tak mati. Namun semua aku diamkan walaupun banyak kata fitnah dilemparkan kepada aku. Dah memang aku jenis diam dan suka simpan perasaan hmmm

2011......telah aku semat dan niat di hati ini, inilah tahun terakhir aku dalam dunia showbiz. Bukan aku mengalah pada keadaan, terlalu banyak dah aku lalui. Aku pernah difitnah namun yang paling aku menderita adalah ilmu hitam. Pengalaman di santau menjadikan aku takut sangat nak menghadapi dunia showbiz. Walaupun kembali pulih, selepas tu pelbagai perkara terjadi lagi pada diri aku, sakitnya Allah yang tahu. Yang aku kesiankan adalah mak, dia yang sering menanggung akibat, risau dia sangat sangat bila aku sakit....

Cukuplah sampai sini, aku dah bulatkan segalanya. Akan aku tinggalkan dengan hati yang tenang dan redha, semoga Allah mendengar dan memberkati usaha aku. Selepas ini aku tak tahu apa yang perlu aku buat, semuanya masih samar. Mungkin bidang perniagaan yang lain yang aku kenal siapa manusia di sekeliling aku.

Dulu slalu sangat aku dengar, org dalam showbiz ni hati busuk mulut jahat, hari ini aku menganggukan kepala mengiyakan segalanya walaupun sebelum ini aku mempertahankan kata nista itu. Yang pastinya aku tak akan pernah menyesal dengan keputusan ini kerana aku percaya Allah senantiasa ada dengan aku.

Bukan memohon namun aku yakin Allah tahu isi hati ini, satu hari nanti mereka yang menfitnah aku mendapat balasan yang setimpal. Dosa dengan Allah, dosa dengan manusia ini lain. Satu hari nanti segalanya terungkap...tak selamanya roda di atas.

Satu pengajaran yang terlalu bermakna, aku tinggalkan kerjaya di EPIC, AMBANK, SINGAPORE AIRLINES, aku tolak tawaran MAYBANK, PBA PENANG, hanya kerana menurut kata hati yang ingin berjaya dalam perniagaan tanpa aku sedar aku terlepas memohon restu orang tua. Jika aku ikutkan kata mak dulu, tak mungkin aku dalam keadaan begini. Hmm sgala yang berlaku ini ada rahmatNya, mungkin titik noktah dalam dunia sosial yang aku jalani selama ini telah sampai ke penghujung jalan.

YA ALLAH YA TUHANKU, BIMBINGLAH AKU KE JALANMU.

GO HOLIDAY 2011

Hurmm............................holiday again? Sememangnya aku suka jejalan, untuk tahun 2011 aku dah ada plan untuk jejalan, InsyaAllah jadik kenyataan.

Kalo tahun lepas, paling jauh aku sampai Hong Kong, InsyaAllah tahun ni aku ke sana lagik, Oktober gak, nak tunaikan janji pada member aku yang tingin sangat nak ke sana.

Tapi sebelum Oktober, Ogos aku dah ada plan nak ke satu negara tuh cuma belum dapat green light confirmation jer, nanti kalo nama dah lulus, aku kongsi ngan korang k. InsyaAllah.

Febuari ngan March aku kembali ke Medan sebagai Tour Guide lor hehehe rindu sangat ngan Medan, suasananya...makan makannya, orang orangnya hmmm apatah lagik ada yang istimewa kannn....

Febuari aku naik Firefly, March aku naik Air Asia, saja tukar tukar...kalo tak tukar bosan plak nanti. InsyaAllah aku akan post semua kegiatan aku kat sini, harus aktifkan blog kembali. Tak nak bersarang lagik hehehe.....

Thursday, January 13, 2011

ARRGGHH....TAK TAHAN

Seingat aku, batuk + sakit tekak + selsema ni mula mendatangi aku penghujung tahun 2010. Seperti biasa aku dah memang standby nak sakit di awal tahun kerana itulah kebiasaannya hehehe tapi tahun ni memang teruk ar sampai aku hilang sora, terpaksa kerja gak dengan suara yang begitu seksi lagi berahi bila ckp dengan microphone hehehe tapi hazabbb sangat, hanya Allah yang tahu tapi tak per la sakit ni kan penghilang dosa dosa kecil. Banyaknya dosa aku sampai skang aku tak sembuh sembuh lagi neh.

Ubat dah 3 round aku habiskan, smalam Manager Golden Thai kasi aku minum air apa ntah, bagus untuk sakit tekak katanya, punyalah masam...tak pernah aku minum minuman semasam itu dalam hidup aku tapi tak baik gak hehehe maybe kena minum lagik kot rasanya.

Harapnya aku cepat sembuh la coz minggu depan ada few meeting yang aku kena attend, takkan masa tu nak berkokok...hmm semoga aku cepat sembuh, aminnnn.........

Monday, January 10, 2011

TAHUN 2011

Mungkin belum terlewat untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU untuk kengkawan di sini. Cepat sangat masa berlalu, alih alih dah 10 hari di tahun 2011, takut pun ada gak coz usia bakal menginjak. Tahun baru ni bermula dengan cabaran sangat rasanya coz aku lost suara yang menjadi sumber rezeki, dengan batuk dengan sakit tekak semua datang sekali. Masalah tahun lepas pun masih ada tak habis lagi, Ya Allah teruknya ujian kali ini tapi seperti biasa aku tenang je hadapi satu persatu, tak guna nak larikan diri dari masalah, takder apa yang selesai di penghujungnya nanti so aku tempuh je sebaik mungkin.

Sebentar tadik gak aku dapat berita, insyaAllah 23 karang bakal melalui satu fasa baru yang dah aku tinggalkan agak lama, mungkin ada peluang baru menanti.

Di samping itu, aku makin teruja mengira hari untuk memasuki bulan Ogos, tak sabar rasanya nak menempuhi semuanya, dengan izinMu Ya Allah.

Once again, SELAMAT TAHUN BARU kengkawan bloggers!