Monday, October 26, 2009

NJOYING HATYAI.....

PHOTO akan diupload nanti hehehhee itulah pembuka cerita. PUAS DAN ENJOY - hanya itu yang mampu aku luahkan, sesungguhnya aku hepi sangat dengan short trip ke Hatyai Thailand (walaupun masa makan di sempadan, dah kena tipu idup idup bilamana makan nasi ngan ayam je kena bayar RM6 - sakit ati aku). Sepanjang perjalanan aku pot pet dengan Akak yang namanya NAH - dia ni orang Patani, mcm mcm yang kitaorang borak, dari pasal kehidupan, resepi, pelaris perniagaan, kehidupan peribadi dia (yang bercerai dengan laki dia, 2 owang anak lelaki dia yang pandai masak dan segala mcm lagi la), hurm memang mcm mcm hal yang kitaorang sembang (aku rasa penumpang yang len sure tension coz dengan suara kitaorang pot pet dan gelak gelak) hehehehe ....

Sampai je kat Hotel Diamond Hotel Plaza, terus check in n lepak jap je. Aku ajak Echo keluar semula, maka bermulalah perjalanan kitaorang seluruh Hatyai hehehe memang penat tapi berbaloi sangat, masa makan kat Restoren Maliam, kitaorang jumpa 'someone' yang berprofil tinggi, dia pun makan kat situ, sempat la tukar name card n citer...nanti balik Penang, calling calling katanya, yeah i will! Makan kat sini memang sedap sangat sangat, barulah terasa ketomyammannya hehehe tapi agak mahal berbanding kat Malaysia la...

Menyelesuri Hatyai mengingatkan aku pada Bangkok, barang dagangan kat sini lebih kurang Bangkok jer. Yang pastinya banyak yang unik. Penat jugalah berjalan sampai sengal sengal rasanya, stay kat hotel ni buatkan aku hepi sangat coz nak ke mana mana semua dekat...tempat shopping, makan semua sekitar ni jer.

Malamnya aku ngan Echo dinner kat Hansa Plaza, dinner sambil tengok kabaret show, njoy tengok costume dan juga kecantikan 'perempuan' di atas pentas hehehhe oh ya aku nak pesan kat korang yang nak beli tiket kat agent untuk tengok show ni, pastikat kat tiket korang ada tertulis DINNER & SHOW dengan harga Bath 300. Aku sempat bertekak coz bila sampai kat sana, no dinner dengan harga tu so dengan perbualan ayam dan itik, akhirnya aku finally dapat dinner jugak hehhee....dan seat kat center juga hehehe echo pulak takut aku gaduh hehehhe tapi aku memang cam gini, tak akan puas kalau 'kepenggunaan' aku dicabar! Finally malam tu berlabuh gak, aktiviti kitaorang diteruskan lagi tapi tak boleh diceritakan di sini huhuhuhu....

Esoknya...awal lagi dah bangun n call 'abang tut tut' tapi sudahnya dia dok tidoq lagi, semalam beria je nak bawak kitaorang gi bekfast katanya. Finally aku panggil tut tut len, kalo korang nak sarapan atau lunch, korang cakap je nak gi PLAZA, ha kat tingkat 3 ada mcm mcm makanan Islam yang dijual di sini, semua sedap sedap belaka..

Pas makan, kitaorang ronda dalam Plaza ni tapi tak beli pa pun coz menda yang aku nak carik tak ada la pulak..mungkin ada tapi aku tak jumpa kedai tu. So ambik tut tut lagi, awalnya nak ke Market Kim Yong tapi dengan bahasa ayam itik, aku terangkan gak yang aku nak carik kedai yang ada jual headgear penari tradisional Thailand, aku pun tunjuk la cam ner design menda alah tu kat atas kepala, driver tut tut angguk kepala, ntah apa dia cakap. Tahu tak korang, kedai apa yang dia bawak kitaorang? Hmm kedai jual helmet! Macam aku nak hantuk je kepala dia ngan helmet lam kedai tu, punya la sakit hati aku, Echo tergelak gelak jer....last round kitaorang decide nak balik ke Pasar Kim Yong coz ada barang yang aku order. Aku beli dulang hantaran yang mini dengan harga Bath20 jer setiap satu, aku beli 12. Just ronda n beli buah gajus ngan coklat pastu move.

Sampai kat area hotel, naik bilik check out n turun ronda lagi, kat area sini memang banyak kedai jual barang n yang kat kaki lima pun ramai gak. Jalan punya jalan, terjumpa la kedai barang yang aku carik tu padahal kemarin dah berpuluh kali lalu kat situ, mungkin rezeki kot. Aku beli tali pinggang Thailand yang design sisik ular emas untuk kegunaan dancers, Echo tukarkan duit lagi, aku ada tempah gak beberapa barang len dengan janji will b back December or January...bukannya jauh pun nak datang sini lagik!

Perjalanan balik ke Penang ok ok jer, van yang kitaorang naik much much better...kitaorang satu van dengan pelancong dari Medan, satu family. Baik sangat chinese tu, lancar je Bahasa Indo nya...katanya sering ke Penang, dorang stay kat Gurney Park.

Short trip tapi memang best sangat sangat, njoy. InsyaAllah will be in Hatyai lagi, nak ajak kengkawan yang lain datang bercuti....

Friday, October 23, 2009

HATYAI...

Rencana mahu ke Genting Highlands dengan Echo...jadual aku jadi ting tong sangat bulan ni sampai Disember memang pack. Tadi decide nak gi Hatyai jer la so aku pun buat booking tapi penuh la pulak coz dah last minute. Dengan hampanya, aku drive ke Prangin Mall...saja nak survey package apa yang ada, sekali aku tanya kat situ, masih ada kekosongan untuk pakej Hatyai, terus aku bayar ler, RM200 untuk 2 orang (transport ngan hotel) untuk 2 hari 1 malam...hurmmm ok wat!

So, esok jam 8.30am aku akan bertolak ke Hatyai ngan Echo, ntah mcm mana Hatyai pun aku tak tau, dulu dah penah pegi tapi kejap je coz naik flight dari sana ke Bangkok. Harapnya trip yang singkat ini menghiburkan dan njoy lor!

Will be back on MONDAY......bubbyyeee!!!!

Wednesday, October 21, 2009

KECIKNYER ATI AKU ....

Beberapa minit sebelum azan Maghrib berkumandang, aku dapat cerita dari seorang teman berkisar tentang dua orang teman baik aku yang selama ini aku jaga, aku beri perhatian melebihi saudara kandung aku sendiri coz aku dapat tengok dorang ni tak punya keyakinan diri, kena diperhatikan dan diberikan semangat tapi hari ini hati aku betul-betul hancur, Allah saja yang tahu. Segala yang aku dengar, aku simpan seketika di hati, aku percaya dengan apa yang aku dengar coz aku tahu dorang tu mcm mana. Aku pernah cuba mengubah sifat yang ada pada dorang tapi dihujungnya aku harus tahu juga, jika dorang tak tolong diri dorang sendiri, apa pulak daya aku.

Cuma, hari ini hati memang terusik dengan apa yang aku dengar. Mujurlah aku ni jenis tak cepat melatah malah sempat aku pujuk hati....tak apalah, satu waktu korang akan menyesal dengan kehidupan korang sendiri.

Yang penting sekarang, hidup perlu diteruskan. Esok aku ada janji dengan owner kedai di Batu Ferringhi, INSYAALLAH Januari nanti akan bermula satu episod baru dalam kehidupan aku. Dengan izin YANG MAHA ESA.

Tuesday, October 13, 2009

finally .....



MAKASIH MAK & BA ATAS SEMANGAT DAN PENGORBANAN ....

Monday, October 12, 2009

bila KENANGAN TERCIPTA .....





Tadik aku singgah umah AYA coz nak antar telekung yang dia order dari Medan...aku sempat tengok photo Majlis Akad Nikah dia ari tu. Hmm....saja nak share ngan korang, sempat gak bincang dengan Majlis Kahwin dia Disember nanti, Alhamdulillah sekali lagi dia berikan aku kepercayaan untuk handle karang dengan tema Garden Wedding...






Sunday, October 4, 2009

citer KAWIN .....

AYA...is one of my dancers yang dah menyokong bisnes aku since 2000. Dia satu satunya dancer yang paling tak banyak karenah, senang di urus dan tak banyak songeh. Aku ngan dia agak rapat gak la, aku senang bila keja ngan dia, mak ayah dia pun baik giler, seluruh keluarga dia la memang baik baik.

Few months ago dia ada bilang dia nak kawin ngan Amar, dia datang bincang dengan aku tentang perancangan majlis kawin dia, finally dia nak aku jadi Wedding Planner dia. Hmm aku setuju je coz melakukan sesuatu untuk gembirakan orang kan ke bagus? Dan sejak itu bermulalah perjalanan persiapan perkahwinan Aya. Namun, sedihnya...sepatutnya segala urusan ini aku lakukan bersama seorang yang sudah berjanji untuk sama sama membantu dari A-Z namun sampai ke penghujung majlis nikah Aya, hanya aku seorang yang menanggung. Tapi petang tadi bila berakhir majlis, aku lah rasanya orang yang paling happy! Penat seminggu kebelakangan ini rasa hilang entah ke mana!

Kelmarin, segala persiapan hantaran dan pelamin selesai walaupun ke malam berlarutan dan pagi tadi aku ngan Bob ke umah Aya untuk sesi solekan. Aku ke town amek bunga tangan ngan sirih junjung. Sampai je semua dah siap. Aya n family ke Masjid Terapung Tanjung Bunga, aku nagn Bob stay kat umah je, hmm ada satu perasaan apa ntah bila tengok dia masuk keta, lambai tangan kat aku masa tu. Aku bual bual ngan Bob about frenz n wedding dorang, ramai gak yang melangkah ke alam umah tangga. Kitaorang je belum huhuhu....

Tak lama, Aya pulang ngan husband dia, Amar. Alhamdulillah semuanya dah selamat. Amar datang say thanks. Sweet sangat tengok dorang yang serba putih. Majlis nikah dorang punya la ramai jemputan sedangkan majlis kahwin bulan disember karang, ari tu masa tunang pun dah ramai orang, memang ramai kenalan dorang ni.

p/s : tiap kali tengok owang bersanding, lemah je aku rasa hmm.....