6 APRIL – hari ni mcm mcm yang jadik kat aku, hari yang penuh warna warni….aku ke kelas cam biasa dengan penuh semangat.
Cabaran yang pertama, aku salah jadualkan perjalanan percutian aku. Hmm aku dah beli tiket nak ke Kuching pada 30 Julai dan kembali ke Penang pada 3 Ogos, ok la kan tak jadi masalah hmm yang menjadi masalahnya tadi pagi aku gi beli tiket ke Medan bertarikh 23 Julai – 29 Julai, tat mean aku tak akan sempat basuh baju untuk bawak ke Kuching hmmm harus siapkan 2 beg karang sebelum berlepas ke Medan.
Cabaran yang kedua, petang tadik baru aku decide untuk ke temuduga kerajaan sebagai Artis Budaya B27 di Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara esok! Hmm sebenarnya aku berat hati nak pegi tapi kengkawan sekeliling yang bagi semangat suh pegi, sian dorang gak coz mostly ramai yang apply tapi tak dapat so aku ni rasa cam nak pagi je lah guna semangat dorang. Yang sedihnya, dorang cakap dorang akan hepi kalo aku dapat. Hmm aku just go hanya untuk melengkapkan syarat panggilan temuduga. So tadik kelam kabut la cari baju, seluar, kasut segala bagai.
Cabaran yang ketiga ada kena mengena dengan yang kedua, bayangkan aku dah bertahun tinggalkan dunia tarian. Memang dah keras badan ni tapi dek kerana interview esok adalah interview amali so aku terpaksa menjalani latihan kembali. Bob datang umah kol 11 malam, buat lagu dan training. Ya Allah, aku rasa cam liatnya badan dah tu penat sangat padahal step senang jer. Hmm ntahlah, memang aku susah hati sangat nak menjalani esok. Aku tawakal jer la. So sempat la refresh Inang, Joget dan Zapin.
Cabaran yang keempat hmmm mak call ada waran tangkap untuk aku di rumah mak. Waran dikeluarkan coz aku tak hadir mahkamah, bila masa pulak aku dapat surat mahkamah aku tak tau la…tapi aku memang ar ada saman laju beberapa tahun sudah, masa travel ngan lover aku dulu pun ader gak, aku call la Incik Polis yang nama Halim kat surat tuh, aku bagitau yang aku dapat waran tangkap, esok dia suh aku gi Ibu Pejabat IPD Timur Laut, hmm kena la pegi, ntah ntah esok dia sumbat aku dalam lokap plak! Ntah arr…masa catatan ni ditulis aku tak tau cam ner nasib aku esok. Aku SMS kawan aku yang nama Farah mintak tolong settlekan, dia cakap dia ada kat Thailand la pulak hmmm esok apa nak jadik ntah!
No comments:
Post a Comment