Wednesday, April 15, 2009

ZOOM TO KUALA LUMPUR


12 APRIL 2009

Awal lagi dah memang plan nak turun KL tapi asyik memacam je halangn. Finally pas tengok Cerekarama malam tu, aku cakap kat Fir, jom ar kita move. So berkemas la kitaorang, tetiba hujan plak turun. Keta Spektra aku plak mengalami masalah aircond so bertangguh la jap, aku sempat tido la jap, kol 2am aku bangun. Baru jer berdiri ada number 019 masuk kat hp aku, ingatkan sapa, rupanya akak ipar aku kol gitau abang aku sakit perut, teruk katanya. Hmm aku terus ar start keta bawak gi klinik, memang teruk pun aku tengok abang aku tuh. Sian plak dia, dari dulu dia memang ada masalah gastric. Tapi kali ini aku tengok cam serius jer, Pembantu Perubatan tu kasi abang aku injection. Aku terus antar abang aku balik umah mak coz jap lagi aku nak move ke Kuala Lumpur so kalo abang masih sakit, mak bleh panggil ambulan.

Aku ngan Fir pun bertolak pagi tu lebih kurang jam 3am. Alhamdulillah pot pet pot pet, sampai gak kitaorang ke KL. Aku selalu travel KL ngan Fir, best jalan jalan ngan dia coz banyak citer lawak yang kitaorang bual.

First stop ke umah Siti, Fir amek costume dia nak bawak balik Penang. Banyak gak costume mamat ni hehehe…next stop balik umah Fir, jumpa mama dia jap pastuh trus ge umah Saiful, dia dah keja ngan ASWARA sekarang sebagai Timbalan Pengarah (Department Tari), Alhamdulillah, bahagia dengar kengkawan dah semakin berjaya. Aku ngan Fir lepak kat umah dia sampai petang. Saiful stay dengan designer muda, Rizman Ruzaini, aku sempat tengok hasil-hasil tangan dorang dalam penghasilan fesyen, hmm terkedu sangat, rasa diri ni kerdil jer. Memang berbakat sangat dorang ni, aku luangkanmasa berbual dengan Saiful tentang kisah-kisah zaman muda remaja huhuhu hingga skarang. Dah banyak yang berubah dalam kehidupan kitaorang, sesekali berjumpa cam ni rasa njoy and hepi sangat.

Dari umah Saiful, aku ngan Fir move ke Sungai Wang, Fir kenalkan aku dengan owner Maleeq Fusion, Abang Maleeq. Aku bertuah sangat dapat jumpa ngan usahawan muda ni, banyak pengalaman yang dikongsi dengan aku malah Abang Maleeq offer aku francais lagi. Skarang ni butik Abang Maleeq tengah meletop letap kat KL, kalo kirang berkesempatan di Sungai Wang, visit la kedai retail n butik Fusion, memang cantik.

DIOR join kitaorang sekali, lepak sama kat Old Town, minum kopi sambil bincang tentang usaha dia untuk mengembangkan bakat, Dior banyak bagi suggestion kat aku ngan Fir bout bisnes, nyatanya dia banyak sangat idea perniagaan. Aku percaya Dior akan berjaya nanti, mungkin bukan rezekinya lagi untuk berada di puncak tapi dia yang aku kenali, jenis tak putus asa.

Bual punya bual, plan nak move petang dah lanjut sampai ke malam. Finally, nearly kol 9pm baru kitaorang move dari KL, jalan jem plak dengan hujan lebat n kemalangan. All the way back, aku bertukar drive ngan Fir sampai Penang. Punya la letih Tuhan je yang tahu…..
Tapi trip ni memang best.

ZAF … PRET A POTER … satu nama yang bakal menjengah industri fashion tanahair sedikit masa lagi, InsyaAllah by January 2010 dan ZAF … COUTURE akan menyusul by Jun 2010, doakan. Dengan izin Allah…..

Wednesday, April 8, 2009











8 APRIL – Its my birthday. Hmm semalam aku tidur awal coz aku mengantuk sangat sangat, aku tahu as usual aku akan dapat birthday wish dari frenz n family tapi serius aku ngantuk giler so aku tidur tapi detik 12 tengah malam memang banyak SMS masuk, thanks a lots buat semua kengkawan yang wish, first SMS aku dapat dari Ayoi hmm thanks so much, birthday wish yang wat aku senyum walaupun dalam mamai hehehe pastu aku dapat SMS dari Ila, adik aku. Dari Abang Asep gak, dari Mama Ana, dari Man, Fir, Abang Pras kat Jakarta, Saiful, Fazi, Eton, Ella, Echo, Sal.

Aku gi kelas cam biasa ari ni, segala perasaan bercampur baur tapi aku tempuh je hari ni, cam biasa jer. Dalam kelas ari ni aku jahit sarung bantal guna kain sutera cina, kiranya hadiah untuk diri sendiri, tak dapat nak bayangkan malam karang tidur berbantalkan kain sutera cina hehehe tetiba jer sapa ntah padamkan kipas, panas siot. Aku tanya ar pasal padam kipas, si Fir jawab ni ha kain nak melayang la apa la, pastu dorang tutup lampu n sing me a birthday song, aku sangkakan its just a song rupanya ada choc mint cake untuk aku, aduh malu siot dah besar cam ni ada celebration lagik! Pastuh ada acara menconteng wajah dengan kek, sabar ja la!

Malu ar, serius tapi aku hargai sangat kengkawan kat sini, lagi 2 bulan semua akan membawa arah haluan masing masing tapi aku percaya ikatan persabahatan ini tak akan putus, thanks so much to all my frenz especially Yana, Wanie n Fir for Birthday Cake – so sweet of u all, guys!
Malam karang aku nak kuar, sekadar memenuhi jemputan si dia yang pernah bertakhta di hati. Hmm sekadar makan, pastinya ada kenangan yang menerjah fikiran aku. SELAMAT HARI LAHIR buat diriku sendiri…

MALAM – am just back home, dinner birthday yang penuh santai. Dia tegur pasal aku nampak kurus, hmm busy keja, itu je jawapan aku. Tadik kitaorang banyak bual kosong, tentang keja, rancangan tv, family, lover, hmm banyak lagi la. Aku ngaku dengan dia aku memang serasi, bercerita mcm mcm hal, segala macam bleh sembang. Mungkin kitaorang takder jodoh yang panjang. Sekeping kad dan rantai tangan yang dia hadiahkan untuk aku terlalu bermakna, hmm aku dah pakai pun skarang tapi agak panjang, esok aku nak gi potong skit.

“Alhamdulillah kita masih bernafas dan mampu tersenyum melihat dunia. Walau dunia kita berbeza, ikatan kita masih utuh walau jarak, masa dan manusia lain memisahkan kita. Unik dan indahnya ikatan persaudaraan ini. Hargailah ia selagi bernilai, sekalipun satu hari nanti ia m enjadi tidak bernilai, kenang dan lekatkan dan patrikan di dalam hati awak. Semoga diri ini menjadi sebahagian kenangan terindah hidup awak. Walau ramai mana pun insan yang hadir dalam hidup saya, awak hanya ada satu”

Baris ayat di dalam kad ucapan itu aku akhiri dengan linangan air mata, hubungan kami sukar dimengertikan. Masing-masing tahu apa yang ada di dalam hati namun redha dengan apa yang ditempuhi. Aku pasrah dengan segala ketentuan dalam hidup aku. Yang aku yakini, kami senantiasa ada untuk satu sama lain, InsyaAllah.

p/s : awak, andai awak membaca coretan ini, terima kasih atas hadiah yang bermakna ini. Saya harap kita akan terus ‘bersama’ untuk selamanya. Hanya kita yang tahu apa yang kita tempuh. Saya sayang awak, selamanya.
7 APRIL – Antara hari yang paling bersejarah dalam hidup aku. Buat pertama kalinya aku diujibakat hmmm camner tuh? Smalam dah wat persediaan tapi tadik soalan yang keluar menyimpang jauh. 3 soalan diberikan, aku kena pilih 1 untuk dikoreografikan. Hmm aku amek yang number 3 di mana aku perlu koreograf satu segmen seorang kekasih bermimpi berjumpa kekasihnya yang sudah meninggal di alam mimpi. Haaaaaaaa, amek ko nak sangat kan! Tapi Alhamdulillah hehehe aku buat yang terbaik dan komen Pegawai yang interview aku pun bagus walaupun di permulaan sesi soal jawab teruk gak la aku kena gasak hmmm aku menjawab menggunakan pengalaman idup aku jer. Skarang ni kena ar tunggu jawapan! Doakan aku berjaya k

Pastu aku pegi IPD berhubung dengan waran tangkap ke atas aku, settle kes. Tamau cakap banyak hehehehe…..
6 APRIL – hari ni mcm mcm yang jadik kat aku, hari yang penuh warna warni….aku ke kelas cam biasa dengan penuh semangat.

Cabaran yang pertama, aku salah jadualkan perjalanan percutian aku. Hmm aku dah beli tiket nak ke Kuching pada 30 Julai dan kembali ke Penang pada 3 Ogos, ok la kan tak jadi masalah hmm yang menjadi masalahnya tadi pagi aku gi beli tiket ke Medan bertarikh 23 Julai – 29 Julai, tat mean aku tak akan sempat basuh baju untuk bawak ke Kuching hmmm harus siapkan 2 beg karang sebelum berlepas ke Medan.

Cabaran yang kedua, petang tadik baru aku decide untuk ke temuduga kerajaan sebagai Artis Budaya B27 di Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara esok! Hmm sebenarnya aku berat hati nak pegi tapi kengkawan sekeliling yang bagi semangat suh pegi, sian dorang gak coz mostly ramai yang apply tapi tak dapat so aku ni rasa cam nak pagi je lah guna semangat dorang. Yang sedihnya, dorang cakap dorang akan hepi kalo aku dapat. Hmm aku just go hanya untuk melengkapkan syarat panggilan temuduga. So tadik kelam kabut la cari baju, seluar, kasut segala bagai.

Cabaran yang ketiga ada kena mengena dengan yang kedua, bayangkan aku dah bertahun tinggalkan dunia tarian. Memang dah keras badan ni tapi dek kerana interview esok adalah interview amali so aku terpaksa menjalani latihan kembali. Bob datang umah kol 11 malam, buat lagu dan training. Ya Allah, aku rasa cam liatnya badan dah tu penat sangat padahal step senang jer. Hmm ntahlah, memang aku susah hati sangat nak menjalani esok. Aku tawakal jer la. So sempat la refresh Inang, Joget dan Zapin.

Cabaran yang keempat hmmm mak call ada waran tangkap untuk aku di rumah mak. Waran dikeluarkan coz aku tak hadir mahkamah, bila masa pulak aku dapat surat mahkamah aku tak tau la…tapi aku memang ar ada saman laju beberapa tahun sudah, masa travel ngan lover aku dulu pun ader gak, aku call la Incik Polis yang nama Halim kat surat tuh, aku bagitau yang aku dapat waran tangkap, esok dia suh aku gi Ibu Pejabat IPD Timur Laut, hmm kena la pegi, ntah ntah esok dia sumbat aku dalam lokap plak! Ntah arr…masa catatan ni ditulis aku tak tau cam ner nasib aku esok. Aku SMS kawan aku yang nama Farah mintak tolong settlekan, dia cakap dia ada kat Thailand la pulak hmmm esok apa nak jadik ntah!
4 APRIL – sib baik hari ni aku ok skit, dari petang sampai malam aku kat City Bayview Hotel coz ada event untuk Pembantu Perawatan Kesihatan Hospital Pulau Pinang, team aku siapkan 15 pasang pakaian siap rambut n makeup untuk dorang, hmm memang berubah wajah ar, thanks to Fir n Dasina yang membantu, sian aku tengok dorang langsung tak rehat dari petang. Fir punya letih sampai cakap merepek-repek jer hehehehe…..
3 APRIL – aku tak tahu apa yang jadi kat aku hari ini, elok je sembang ngan mak kat ruang tamu tetiba aku rasa dinding ngan siling upside down, aku cakap kat mak aku pening pastu aku baring atas kerusi kayu. Dada aku berombak, kepala aku pening giler…mak cam tau je bawakkan aku bekas nak muntah, terus zoooommm punya banyak aku muntah, banyak sangat. Pastuh aku baring semula, aku bangun je terus pening n muntah sampai aku takut nak bangun. Fir datang umah nak amek aku tapi aku langsung tak bleh bangun, kalo aku bangun je terus muntah, cam ner tuh? Finally, kol 2am aku gagahkan diri bangun gak, Fir drive tapi masuk je keta aku muntah lagi, banyak sangat. Sampai umah sewa, terus tido…..aku tak ingat apa dah, esok jam 11am baru aku tersedar…..aduhai, apa yang jadik kat aku ni…..
2 APRIL – tak pernah bermimpi untuk sampai ke Bukit Selambau, Sungai Petani. Awal pagi lagi aku dah sampai kat sini, penuh meriah dengan bendera parti coz nak pilihanraya tak lama je lagi. Kehadiran aku di sini untuk berjumpa ngan someone bergelar ‘Dato’ atas urusan perniagaan. Alhamdulillah, walaupun dari pagi menanti malam baru jumpa, satu berita yang penuh gembira buat aku. Hmm seolah hadiah hari lahir terawal untuk aku. Minggu depan ASB aku dah meningkat ke RM40,xxx, syukur sangat dengan rezeki Allah ini. Mungkin sebagai pendorong untuk aku dan juga sesapa yang membaca blog aku. Keperitan hidup telah aku alami terlalu lama, kata cikgu aku tahun ni tahun cemerlang untuk aku, mungkin juga ya! InsyaAllah.

APRIL – INDAHNYA PURNAMA

1 APRIL – Hmm hari yang agak sugul bagi aku walaupun aku tahu hari ini ada ‘fun’ yang tersendiri tapi aku hadir ke kelas dengan takder mood at all, masuk je kelas, si Nurul tegur zip suar aku, terkedu aku jap, rupanya aku telah di APRILFOOL kan hmm sempat la aku menguntum senyuman.

Aku jalani hari aku dengan suram, ada sesuatu yang sukar aku jelaskan. Menjelang petang ada sesuatu yang bikin aku gembira skit. Pas kelas trus gi ngajar catwalk kat spital n makan malam kat Astaka Tanjung Bunga. Aku makan Char Koay Teow ngan Roti John, sedap siot.

Balik umah, mandi, lepak bilik. Shahril balik jap, esok pagi baru dia balik Kulim. Lama tak borak so kitaorang borak depan tv sampai kol brapa ntah.